GSR/EVO Driveshaft Hanger - Bearing Installation

bertemu lagi dengan entri pemasangan bearing pada hanger driveshaft (tak pasti apa nama sebenar benda ni) kereta evo/gsr khusus bagi kereta turbo yang menggunakan gearbox 4 wheel. sekiranya bearing roasak akan mengeluarkan bunyi ngauman pada bahagian tertentu dan kebetulan tanda ini ada pada sebuah wira, apabila diperiksa didapati bearing hanger driveshaft ini dah rosak. bila dibuka boleh terasa pusingan driveshaft yang sangkut-sangkut akibat kerosakan bearing. saya tunjukkan bagaiamana langkah membuang dan memasang balik bearing secara DIY dengan kos hanya rm20 sahaja bagi harga bearing. kalau buat kat kedai semestinya nilai upah boleh memenuhkan minyak satu tangki kereta wira

peralatan asas untuk diy ini ialah jaw puller berfungsi untuk mengeluarkan bearing, boleh didapati di hardware. tukul, nat box saiz 30mm, bush terpakai dan nat paip terpakai, jumpa dalam setor. peralatan ini sudah cukup untuk keluarkan bearing dan memasangnya. kalau di kedai terdapat mesin press hydraulic yang ternyata memudahkan kerja-kerja berkenaan

pertamnya keluarkan hanger driveshaft seperti di atas dan pasangkan jaw puller untuk memisahkan shaft dengan hanger tersebut. disebut hanger kerana benda ni dipasangkan pada gearbox dan terdapat satu lagi driveshaft pendek untuk menyambungkannya ke tayar sebelah kiri. kelebihan menggunakan hanger ini membuatkan kereta lebih stabil semasa memecut kerana pergerakan tayar tidak meliar ke kanan dan kiri

pusingkan nat jaw puller sehingga shaft terkeluar seperti gambar di atas. agak berat semasa memusingkan nat kerana pada masa ini pergerakan bearing mula keluar perlahan-lahan dari hanger, teruskan hingga tercabut keseluruhannya

shaft telah dapat dipisahkan dari bearing dan sekarang dua bahagian telah dapat dipisahkan, namun bearing masih lagi melekat di dalam hanger tersebut

bearing masih lagi ada di dalamnya dan untuk mengeluarkan bearing tersebut masukkan box saiz 30mm tadi dan ketuk perlahan-lahan sehingga bearing terkeluar sepenuhnya. pada masa ini oil seal pun turut terkeluar, berhati-hati dengan oil seal kerana ita akan menggunkannya lagi untuk pemasangan semula pada tempatnya. tak pasi oil seal ini ada jual atau tidak kat spare part

bearing telah dapat dikeluarkan dari housingnya, gambar kiri atas bongkah kayu ialah bearing dan kanan pula ialah oil seal, semuanya diselaputi gris yang agak tebal

 hanger telah kosong kerana bearing serta oil seal kiri dan oil sel kanan telah dikeluarkan

rujukan daripada manual mitsubishi 4WD

 housing tempat bearing dimasukkan (hanger) driveshaft

 bearing ini boleh didapati di mana-mana kedai spare part dengan harga rm20 sahaja

proses pemasangan pertamanya masukkan bearing baru, bearing lama jangan dibuang kerana ada gunanya iaitu sebagai lapik atas bearing baru tadi dan ini tidak merosakkan bearing baru apa bila kita ketuk untuk memasukannya

 lapikkan bearing lama atas bearing baru dan atas sekali saya gunakan bush yang rosak untuk diketuk dengan tukul nanti. ketuk perlahan-lahan sehingga bearing baru masuk dalam housing, pastikan bearing rapat di dalamnya kerana ada halangan untuk bearing masuk dengan betul di bahagian bawahnya, maksudnya bearing baru tadi tidak terkeluar ke bahagian sebelah lagi kerana terdapat sekatan sebagai penanda bearing telah rapat dan masuk dengan sempurna

 bearing baru telah tersemat rapi didalamnya housingnya

kaedah atas ini pula ialah untuk memasukan oil seal pada hanger driveshaft. ketuk perlahan-lahan sehingga oil seal masuk dan rata dengan permukaan tepinya

 shaft hanger gsr/evo. makluman yang evo lebih kecil sedikit jika dibandingkan dengan gsr

apabila dah siap masukkan oil seal kiri dan kanan tibalah pula kerja untuk memasukan shaft pada hanger tersebut. dengan menggunakan nat box saiz 30mm yang ternyata ngam dengan bulatan tengah bearing, ketuk atas nat sehingga hanger masuk ke shaft sepenuhnya

dah siap sepenuhnya, bolehlah pasang di kereta semula dan ternayata bearing baru ini tidak mempunya free play dan tidak mengeluarkan bunyi-bunyian yang menyakitkan telinga. sebenarnya hanger gsr ini saya mod dan gunakan pada kereta saya yang ternyata mempunyai kelainan jika menggunakan driveshaft seperti ini. mengapa kereta turbo dan honda vtec menggunakan hanger driveshaft seperti ini?

sekian, terima kasih
selamat mencuba

6 comments:

Tun said...

Mungkin drive shaft d pegang oleh hanger utk elak gegaran.

WenGSR said...

Hanger atau nama sebenarnya 'centre shaft' ni sebahagian daripada gearbox. Fungsi dia supaya panjang driveshaft kiri dan kanan sama. Tujuan dia untuk mengurangkan effect 'torque steer' yg lazimnya berlaku pada keta dgn henjen berkuasa tinggi. Torque steer juga boleh berpunca daripada setting suspension ( camber / toe ) yang tak sama kiri dan kanan. Ada sesetengah driveshaft ada damper atau getah bulat kat tengah2 dia, yang ni untuk kurangkan effect gegaran.

Btw, thanks Bro Tacra sebab beri pencerahan yang beringnya boleh didapati di sparepart.

fadlhi khalid said...

gearbox 4g 92,93 bleh msuk ke hanger drive shaft ni.

jeff_tacra said...

tak boleh plug n play, kena mod kalau nak masuk kat gearbox NA

mr.q said...

kne mod ape bang jeff?tebuk lobang ke?kos?

adi c99 said...

bro jeff bleh tunjuk tak cara2 nak diy drive shaft ni, drive shaft keta saya dah berbunyi bila buat pusingan u. 4g93p