Mivec ECU Capacitor

selamat tahun baru 2014. entri pertama pada tahun ini ialah mengenai pemasangan capacitor (caps) pada ecu khususnya ecu mivec code 4828 dan sebenarnya sama sahaja bilangan caps bagi mana-mana ecu 4G9X yang lain. mengikut yang dicadangkan oleh mitsu apabila capacitor dah mencecah 10 tahun lebih baik menukar caps dengan yang baru kerana apabila caps bocor elektrolit atau cecair di dalam caps boleh menyebabkan kerosakan komponen lain pada litar dan lebih teruk pcb board itu sendiri boleh rosak. jadi untuk mengelakkan kerosakkan lebih besar dan boleh mengakibatkan perbelanjaan ribuan ringgit bagi ecu mivec dicadangkan mengambil langkah awal dengan memeriksa caps ecu anda. lihat sahaja perubahan bentuk caps tersebut sama ada kembung, tak seperti bentuk asal atau ada menunjukkan tanda-tanda kebocoran

ecu mivec 4828 yang sekarang ini mencecah rm1k seunit. buka casing seperti di atas dengan membuka 4 biji skru yang terdapat di sisi ecu

 ini pula ialah tapak bawah untuk menempatkan ecu juga ada 4 biji skru

 board ecu yang telah dikeluarkan dari casing

 sedia untuk mengeluarkan caps lama

 ecu mivec atau 4g9x yang lain mempunya 4 biji capacitor seperti yang ditandakan pada litar gambar atas

untuk memudahkan kerja peralatan penting yang perlu digunakan ialah sucker solder dan kalau ada soldering wick seperti gambar atas kerja membuang timah lama menjadi lebih mudah kerana timah solder diserap oleh bahan tersebut dengan mudah

caps pada ecu
 berjaya dikeluarkan

 kesemua 4 biji telah dikeluarkan dari pcb board

 caps lama

saya menggantikan capacitor brand RUBYCON yang diorder terus dari JAPAN dengan temp 105'c kesemuanya

 caps ecu 4g9x ada 4 semuanya, satu ialah 22uf 50v

satu 100 uF 16v

 2 biji 47uF 50v

 kedudukan caps baru yang telah siap dipasang

apabila selesai pasang balik ecu pada casing dan sedia untuk dipasangkan pada kereta. jangan lupa sebelum membuka dan memasang ecu pada kereta tanggalkan terminal negatif bateri terlebih dahulu untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku yang boleh menyebabkan kerosakan kekal pada ecu kereta anda

sekian, terima kasih
jumpa lagi

10 comments:

Sir Khairi said...

sangat kemas !!

imi said...

Bro kete ambe pakai mivec 4g92 masalahnye enjin tersedut bila mula nak bergerak.apa masalahnya bila bukak aircond lg kuat sengguka
kannya

MAZA PIZZA said...

Salam bang jeft, kalau ECU vdo yg dah lebih 10thn kena tukar juga ke ?

jeff_tacra said...

kalau ikutkan mana-mana ecu dah melebihi 10 tahun kena tukar capacitor

chinta90 said...

wira 1.5 boleh wat camni gak ke ckgu..tukar caps tu..

Afiq Husaini said...

Salam abg, nak tanya kete sy bunyi ekzos letup2 pastu rpm dia turun naik kadang2 pastu rpm tak boleh set bwh 1000 kalau tak engine mati. Ada kena mengena dgn ecu ke? Tq

Afiq Husaini said...

Salam abg, nak tanya kete sy bunyi ekzos letup2 pastu rpm dia turun naik kadang2 pastu rpm tak boleh set bwh 1000 kalau tak engine mati. Ada kena mengena dgn ecu ke? Tq

Mah Kamfu said...

Bos boleh tolong repair ECU saya? sama case yang ditujuk abang.

Mah Kamfu said...

Or can you selling me capacitor, as bro show... i wan 2 set. means 8 biji capacitor.

Afiq said...

berape ecu tu kalau dijual ?