Walbro In Tank Fuel Pump

bersua lagi kali ini dengan entri pemasangan internal fuel pump walbro 255lph. sememangnya fuel pump ini boleh dikatakan agak terkenal tetapi bunyinya yang agak bising bila kereta dihidupkan. namun begitu kaki kereta masih memerlukannya memandangkan performance fuel pump ini tidak mengecewakan walaupun pada rpm yang tinggi. kali ini saya paparkan step by step pemasangan in tank fuel pump berkenaan. harus diingat sekarang fuel pump walbro ini banyak yang imitation iaitu made in taiwan or made in china tetapi pada pump berkenaan masih lagi mengekalkan made in USA. harus berhati-hati ketika hendak membeli fuel pump walbro. saya membeli sendiri dari dealer walbro di USA, oleh itu kebarangkalian walbro yang saya dapat ini merupakan yang original adalah tinggi. ada desas desus menyatakan walaupun beli dari US kemugkinan barang imitation pun ada, jadi kita sebagai pengguna tak tahu mana satu yang fake dan original


kerja-kerja penukaran fuel pump melibatkan minyak petrol, perhatian yang lebih harus diberi keutamaan dan segala risiko untuk melakukan diy ini menjadi tanggungjawab sendiri. pertamnya buka terminal negatif bateri untuk mengelakkan kejadian tidak diingini yang kemungkinan boleh berlaku. berbalik pada proses ini langkah seterusnya ialah membuka 3 hose pada bahagian  kiri tank, rujuk gambar di atas. yang ada bolt itu outlet ke fuel rail pada enjin. dua lagi hanya menggunakan hose sahaja

seterusnya buka hose kemasukan minyak ke tank iaitu satu hose besar dan satu hose kecil seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. hose besar ada klip yang mempunyai nat 10mm manakala hose kecil hanya menggunakan klip sahaja

seterusnya dapatkan sekeping plywood nipis dan lapikkan di bawah tank dan dengan menggunakan jack sebagai penahan tank supaya tidak jatuh terhempas ketika membuka nat. terdapat 4 nat bersaiz 14mm pada tank dan apabila kesemuanya dibuka, dengan perlahan-lahan turunkan jack untuk menurunkan tank tersebut

hose tempat mengisi minyak ke dalam tank

tiga hose yang terdapat pada tank iaitu hose outlet ke fuel rail, hose return dan hose ke purge canister pada ruang enjin

jangan lupa sebelum menurunkan tank terlebih dahulu unplug soket wiring ke fuel pump. soket ini terdapat di bahagian bawah carpet belakang sebelah kiri kereta. kena buka seat terlebih dahulu untuk membuka soket ini dan keluarkannya melalui bawah kereta berhampiran dengan tank

langkah seterusnya ialah proses membuka holder fuel pump iaitu dengan membuka 5 biji nat bersaiz 8mm seperti yang ditunjukkan di atas. berhati-hati ketika mengeluarkan pump kerana terdapat seal getah yang melekat pada bahagian bawah dengan membuka perlahan-lahan agar tidak mengoyakkan seal getah tersebut

keluarkan pump asal dari tank

pump asal yang dibalut dengan getah untuk mengurangkan bunyi bising ketika pump beroperasi. fuel pump ini asalnya diambil dari model lancer evo3 yang boleh dikatakan tidak bising dan agak senyap jika dibandingkan dengan walbro

buka nat untuk mengeluarkan pump lama

ini ialah fuel pump walbro yang hendak dipasang pada holder pump

 fuel pump walbro dengan seal lama dan baru. saya menggunakan 2 seal untuk dipadankan pada pump ini supaya tekanan yang kuat masih tidak bocor

pasangkan stopper dan seterusnya 2 oil seal seperti gambar

sapukan sedikit minyak hitam pada oil seal dan dengan perlahan-lahan tekan fuel pump supaya masuk dengan kemas pada tempatnya. bagi yang menggunakan holder pump wira anda perlulah menyambungkan satu hose kecil dari pump ke holder pump dan kemaskan dengan klip yang disertakan sekali

fuel pump telah berjaya dimasukkan pada holder dan jangan lupa masukkan kembali soket wire pump berkenaan, kalau terlupa dan tank telah dipasangkan pada kereta mesti start kereta tidak akan hidup. double check soket, pump pada holder sebelum memasukkannya ke dalam tank. apabila siap pasangkan tank pada kereta, kenakan semula segala hose yang dibuka tadi dan pasangkan soket wiring. start kereta dan sebaik sahaja kereta hidup, matikan enjin dan cek pada hose sambungan tadi untuk mengesan sekiranya ada kebocoran. kalau ok boleh start kereta anda, sekarang kereta anda dah mula bunyi nyamuk pada bahagian tank. untuk enjin NA setkan fuel regulator pada 38 psi dan sekiranya perlu re-tune kereta anda sekali lagi

sekian, terima kasih
jumpa lagi

10 comments:

wan said...

Kawan saya pakai wira jgk, dia cakap alang2 dah bukak tank minyak dan fuel pump tu, pegi kedai ketuk body suruh dia potong bahagian bawah seat tu. Buat 1 pintu untuk memudahkan kerja2 di lain masa kalau2 ade problem pada fuel pump (x payah nak turunkan tank tank lagi sekali). Tapi buat dengan kemas supaya nampak original macam kereta2 yang ada pintu utk access ke fuel pump seperti keta saya TX3 1.8.

Sharol 4G92 said...

Kalo hantar puspakom untuk check body, lepas x?

Sharol 4G92 said...

Kalo hantar puspakom untuk check body, lepas x?

fadlhi khalid said...

sye pn upgrade jgk fuel pump jnis ni 255lph tpi avs pnyer warranty 1 thun.psl sblum ni dh 2,x tkr fuel pump.

fadlhi khalid said...

sye pn upgrade jgk fuel pump jnis ni 255lph tpi avs pnyer warranty 1 thun.psl sblum ni dh 2,x tkr fuel pump.

DiNieezyANe said...

Apa petanda fuel pump perlu ditukar ye?

mohd misnadie said...

Assalam bang.. sya nak tnya skit psal walbro ni. Knape kalu sya brjln jauh okai walbro ni, dia brbunyi sgt bising & ade ketika smpai keta sya semput sbb myk x support? So, sya trpksa bhenti keta dlm 15-20mnit, bru blh jln smula. Apakah punca2 prkara ni trjadi? Sbb ia hnya trjadi bila jln jauh shj.. tq

fadlhi khalid said...

kemungkinan pressure pd regulator x stbil atau fuel hose mengembng bila time pnas.

mohd taufid hashim said...

salam bang jeff, sya nk tya sikit pelampung atau sensor dia yg rosak sbb. meter minyak tunjuk bwah sikit. pada sentengah. lampu minyak dah menyala. mcm mana nk tahu yg mna rosk.sya pakai tangki 4wd

adiodoni said...

bro nk tny..knape kelisa sy bila start ok semua..tp dia punya fuel pump xmati2. bising bila duk blakang. Dulu klau start, lepas tu fuel pump akan senyap balik. Ape yg perlu sy tukar untuk jadikan fuel pump tu senyap balik. fuel regulator ok 2.5.