Rear Wheel Bearing Installation

bersua kembali dengan entri mengenai penukaran rear wheel bearing bagi proton wira. saya kira telah ada entri terdahulu di dalam blog ini mengenai wheel bearing ini. kebetulan hari ini sempena cuti tahun baru cina ada rakan yang datang dan meminta saya naik keretanya untuk mendengar bunyi pelik dari bahagian hadapan keretanya. setelah duduk dan rakan saya membawa keretanya saya pasti bunyi itu bukan dari bahagian hadapan tetapi bunyi bearing dari tayar belakang dan apabila diperiksa ternyata bearing belakang sudah rosak. cara nak mengujinya ialah, jack bahagian belakang kereta dan pusing tayar belakang dan akan kedengaran geselan bearing ini dan pergerakan tayar menjadi tidak smooth seperti yang sebelah lagi


video
video menunjukkan jelas kedengaran wheel bearing yang telah rosak dan sudah sampai masanya untuk ditukar dengan yang baru. sekiranya rosak bearing ini semasa kita memandu kereta memang akan jelas kedengaran bunyi dengung daripada bahagian ini, amati betul-betul sama ada bahagian belakang atau hadapan, sama ada kiri atau kanan kereta

pertamanya jack kereta dan keluarkan cable handbrake seperti yang ditunjukkan di atas. umpil bahagian cable handbrake dan keluarkan cable dengan menariknya ke bahagian hadapan kereta



 buka nat caliper dan angkat caliper ke atas dan seterusnya keluarkan brake pad. seterusnya buka nat 14mm untuk keluarkan caliper brake daripada bracketnya


 keluarkan caliper dan bracket


 buka penutup tengah skru hub


 nat hub pada bahagian tengah bearing


 keluarkan rotor disc


 buka nat tengah


terdapat beberapa jenis hub bearing di kedai spare part. owner memilih untuk membeli bearing brand KOYO tetapi anda terdapat beberapa pilihan lain seperti bearing made in taiwan dengan harga rm50-rm60 sahaja. kalau brand koyo sekitar rm120-rm130 satu. pilihan di tangan anda tapi saya cadangkan ambik brand KOYO, NSK atau NTN kerana telah terbukti mutu dan ketahanannya


rear wheel bearing sama ada yang menggunakan disk belakang atau drum brake sama sahaja antara keduanya, begitu juga tanpa mengira cc kereta yang bermula daripada 1.3-1.8 proton adalah sama sahaja bearingnya


 keluarkan bearing


 lama dan baru


 masukkan bearing baru dan ketatkan nat tengah secukupnya


apabila dah siap, pasangkan semula komponen lain seperti asal


sekian, terima kasih
jumpa lagi

16 comments:

Leepaz said...

Bro nk tny, kalu wira PCD 100 yg stended tu blh ke gn bearing PCD 114? Sbb skrg tgh guna bearing PCD 100 tp dh tebuk jd 114. Rotor pn dh tebuk jd 114. Juz utk safety nk msk yg bearing PCD 114. Model mn blh pnp bro? Tq.

jeff_tacra said...

bearing 114,3 macam seperti evo tak sama dengan pcd 100. evo/gsr punya bearing macam tayar depan, kena press untuk keluar dan masuk

Leepaz said...

Maksud sy bearing belakang pn kn press jgk ke atau blh msk bearing blkg waja?

Pyanto said...

Kenapa video tu xboleh play pun bang Jeff..

Leepaz said...

Try play kt full website.

faizul richie said...

off topic jap,berapa degree camshaft standard 4g15?

naruto said...

klau tukar ni kena buat alingment atau ejas chamber lagi tak?

jeff_tacra said...

tak perlu allignment

Mohd Yui said...

Bro Jeff... blog tuan bayak membantu saya dalam aktiviti DIY. mohon tunjukkan cara membuka dashboard saga LMST.percubaan saya gagal.

agriculture lady said...

bro jeff...mntak tlg tnjuk cara tukar clock spring steering yg ada airbag..tq

A WAN said...

front wheel bole d.i.y jgk ke abg jeff

jeff_tacra said...

front wheel earing boleh diy sekiranya tool mencukupi. kebanyakannya buat kat kedai kerana mempunyai peralatan masin press yang cukup mudah untuk mengeluarkan dan memasukkan kembali bearing

mohd faizal said...

salam bro.boleh tlg post cara tukar bering depan x wira 1.6.

Ahbas Asbag said...

Salam bro jeff..boleh tolong postkan cara tukar bearing belakang untuk avanza 1.3MT..tq bro

Ahbas Asbag said...

bro..kenapa rear avanza 1.3MT saya berbunyi..adakah bush haus? Apabila gear rendah bunyi serta gegar...adakah axle oil dah abis? tq bro

nadzri said...

SALAM BRO, DISC ROTOR BELAKANG HALF CUT MITSUBISHI, SAIZ DIA SAMA TAK DENGAN DISC ROTOR WIRA 1.6 BELAKANG?