Braided Fuel Hose Installation

bersua kembali setelah sekian lama menyepi, agak sibuk dengan kerja-kerja rasmi. kali saya berpeluang untuk berkongsi dengna anda semua bagaimana cara memasang braided fuel hose yang sesuai bagi sesiapa yang ingin memasang adjustable fuel regulator. dengan penggunaan braided hose ini, pressure minyak dapat dikekalkan dengan lebih baik dan kemungkinan untuk bocor agak susah tidak seperti fuel hose yang terdapat di kedai spare part. selalu lah periksa hose getah kereta anda sekiranya menggunakan hose dari kedai spare part kerana lama-kelamaan hose tersebut akan menjadi keras dan kemudiannya retak dan seterusnya kebocoran minyak akan berlaku. saya telah mengendalikan beberapa buah kereta yang mengalami kebocoran fuel hose yang dibeli di spare part

braided fuel hose untuk semua kereta 4G sama ada proton atau mitsu, disertakan sekali dengan adapter brand WORKS. sekiranya anda hendak mendapatkan fuel hose ini, saya boleh tolong dapatkan, boleh pm saya di FB atau email jefftacra@gmail.com

sebenarnya wira ini telah dipasang dengan adjustable fuel regulator SARD tetapi mengalami masalah kebocoran pada hose dari fuel rail ke regulator. saya cadangkan kepada owner kereta ini supaya menukar hose getah kepada braided hose


pertamanya buka adapter pada fuel rail sekiranya anda telah memasang adjustable fuel regulator. jika standard terlebih dahulu buka regulator asal pada hujung fuel rail tersebut


adapter WORK digunakan untuk menyambungkan braided hose dengan fuel rail. adaptor ini akan dibagi sekali bersama-sama dengan fuel hose


 balut dengan teflon tape bagi mencegah kebocoran


hujung fuel hose yang dipasangkan dengan fuel regulator


 adaptor yang dipasangkan pada hujung fuel rail berserta dengan fitting braided hose

 lagi gambar hose dan regulator


 pasangkan braded hose dari fuel filter ke fuel rail


 hose asal dari filter ke fuel rail


 pasangkan adaptor work pada hujung fuel rail dan padankan dengan hujung braided hose


bahagian kanan fuel rail telah siap dipasangkan sepenuhnya dengan hose baru 

 bahagian kiri fuel rail


custom made bracket untuk diletakkan pada mana-mana bahagian seperti pada fire wall atau seperti gambar di atas



siap dipasang sepenuhnya, sebelum terlupa untuk memasangkan hose ini terlebih dahulu buka terminal negatif bateri untuk langkah keselamatan. apabila dah siap pasangkan semula terminal bateri dan start kereta dan sebaik sahaja kereta hidup, matikan kereta semula dan dengan serta merta cek setiap sambungan untuk mengesan kemungkinan ada kebocoran minyak berlaku. sekiranya bocor ketatkan mana-mana nat penyambungan dan sekiranya tidak mengalami kebocoran maka bolehlah hidupkan kembali kereta dan periksa sekali lagi bahgian penyambungan, rev enjin dan cek sekali lagi.

sekian, terima kasih
jumpa lagi

2 comments:

Unknown said...

abg jeff..nk tnye cket...fitting hose tu sme x gn hose utk minyak turbo..

Unknown said...

Fuel regulater 1 utk minyak kuar dri fuel raling,,1lg yg bwh nk pasang kemna?