Idle Speed Control Gear Kit

bersua kembali dengan entri mengenai pemasangan idle speed control (isc) pada throttle body SOHC atau selalu disebut single cam mmc sama ada proton atau mitsubishi. kebiasaannya antara simptom kerosakan isc ini ialah semasa cold start pada waktu pagi rpm terus menjunam ke bawah dan tidak naik antara 1.5k - 2k dan apabila mencapai normal temp barulah turun seperti asal. salah satu lagi tanda kerosakan isc ialah semasa on aircond rpm terus drop dan kadang-kadang enjin terus mati. sepatutnya apabila aircond dihidupkan isc ini mengambil peranan menaikkan sedikit rpm supaya idling kereta menjadi lebih stabil. selalunya ada dalam kalangan kita menggantikan sistem isc yang rosak ini dengan memasang FICD yang ternyata boleh selesaikan masalah ini. kebanyakan pomen menyatakan throttle body rosak dan harus ditukar dengan yang lain, namun sebenarnya kita boleh mencuba untuk menukar gear kit ini terlebih dahulu. bayangkan harga throttle body proton baru boleh mencecah sehingga rm700 ringgit manakala isc gear kit ini harganya di bawah rm100 (original)

 idle speed control gear ini boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part dengan harga serendah rm30 hingga ke rm100 lebih. pilihan di tangan anda tetapi saya cadangkan lebih baik beli yang berkualiti dan yang original. pek original kelihatan seperti di atas yang didatangkan bersama-sama pek berkenaan sedikit gris putih, jangan sesekali menggunakan gris lain dan sebaiknya dapatkan white grease (ada jual di spare part)

gambar atas ialah perbezaan antara throttle body mmc SOHC (kiri) dan DOHC (kanan). throttle body sohc menggunakan isc yang berupa gear seperti pada gambar pertama, manakala yang dohc menggunak isc yang berupa stepper motor seperti gambar di bawah. fungsinya tetap sama iaitu membenarkan kemasukan udara ke dalam throttle body untuk mengawal idling atau rpm kereta

ini merupakan isc (stepper motor) mitsubishi atau proton 1st generation yang berwarna cokelat yang kebanyakan digunakan pada enjin 4G9x 

gambar atas ialah stepper motor 2nd generation keluaran mitsubishi yang kebanyakan digunakan pada enjin 4G63 seperti pada evolution 3. untuk makluman kedua-dua stepper motor ini boleh ditukar ganti iaitu boleh digunakan sama ada pada enjin 4G9X atau enjin 4G63 evo123

perhatikan plate besi pada bahagian bawah throttle body sohc ini dan di sebalik plate inilah letaknya isc gear seperti yang dinyatakan di atas

anda boleh keluarkan throttle body dari intake manifold atau boleh memasangkan isc gear kit ini tanpa membuka throttle body dengan hanya membuka plate besi berkenaan

kereta ini sebenarnnya memang mempunyai masalah idling dan apabila dibuka plate tersebut didapati gear di dalamnya telah dikeluarkan oleh pomen terdahulu, sebab itu pada kereta ini mempunyai FICD

keluarkan kit dari bungkusannya, pastikan gris putih ada bersama kerana sekiranya menggunkan gris lain seperti gris drive shaft atau lain-lainya jangka hayat gear tak lama, akan cepat rosak

bersihkan kotoran dan minyak serta gris lama di dalamnya

pertamanya masukkan alatan seperti di atas ke dalam thread yang disediakan, sapukan gris terlebih dahlu

kedudukan alat yang pertama tadi (tak tahu nama apa benda ni). pusing perlahan-laha arah jam sehingga rapat ke dalamnya dan jangan ketatkan dengan peralatan lain, memadai gunakan tangan sahaja

masukkan gear lain mengikut manual yang disertakan dan jangan lupa pada gigi gear berkenaan, letakkan gris tadi. akhir sekali padankan seal hitam tu dan tutup balik dengan plate besi seperti yang dibuka tadi

jangan lupa sekiranya throttle body dibuka, pastikan anda membeli juga gasket throttle body yang baru seperti gambar di atas

terima kasih
sincerely - jeff tacra