Kelisa Auto Flip Side Mirror

bertemu lagi denga entri pemasangan autoflip side mirror untuk kelisa yang kebiasaannya diambil dari model daihatsu. side mirror autoflip hanya terdapat dua alat yang penting iaitu side mirror itu sendiri dan suis sahaja, tidak seperti pada kebanyakan model mitsubishi yang mempunya relay untuk mengawal buka dan tutup side mirror. pastikan semasa membeli mana-mana set side mirror, dapatkan sekali soket-soket yang diperlukan supaya proses wiring dapat dibuat dengan mudah dan kemas. kuti langkah-langkah yang saya paparkan di bawah

langkah pertama buka cover skru side mirror pada pintu dengan hanya menarik sahaja cover tersebut dengan berhati-hati

buka door trim pintu perodua kelisa, hanya ada dua skru sahaja, tarik door trim ke arah anda dengan berhati-hati. buka side mirror asal dengan membuka 3 skru seperti yang terdapat pada gambar di atas

 pasangkan side mirror autoflip

sekarang proses wiring bermula iaitu terdapat 3 wire pada side mirror untuk adjust kedudukan cermin dan 2 wire untuk buka dan tutup side mirror

wire untuk melaraskan kedudukan cermin iaitu merah, hitam dan putih, manakala 2 wire lagi (tidak terdapat pada gambar) untuk autoflip

memandangkan side mirror perodua kelisa sudah terdapat wire untuk melaras cermin maka anda hanya perlu tap ke wire asal pada soket tersebut, ikuti warna wire seperti yang terdapat pada side mirror dan soket sama sahaja

 dua wire ini pula ialah untuk flip side mirror, tarik wire dari soket dan keluarkan dari pintu dengan memasukkan ke dalam hose getah untuk disambungkan pada suis

wire flip kiri dan kanan kereta dicantumkan dan tap pada wire suis

 dua wire pada soket suis untuk buka dan tutup side mirror

sambungkan wire dan balut dengan tape hitam atau heat shrink

pasangkan suis pada dashboard

test side mirror anda, sekiranya tidak berfungsi cek semula wiring yang telah dipasangkan tadi

 well done

terima kasih
sincerely - jeff tacra