Yamaha SS110

bersua kembali dengan entri yang agak lain sikit iaitu mengenai pemasangan LED lampu brek motor yamaha ss110. sekiranya led dah rosak akibat jangka masa yang lama penggunaannya maka kita bolehlah menukarnya dengan yang baru. ikuti proses ini seperti mana yang akan saya paparkan seterusnya

bila upload dalam ni jadi terbalik pulak susunan gambar, sepatutnya permulaan di bawah sekali. ok lah, ni gambar spoiler yang dah siap dipasang led pada lampu brek dan telah sipa dipasang pada motor


yamaha ss110 first model yang dibeli pada tahun 1991, dah dapat pembelaan pada tahun 2014 ni. sayang jugak nak jual lagipun harga tak tinggi mana, jadi pakai je lah selagi boleh berkhidmat


spoiler dari model kedua ss110 


dah siap pasang


baru nak pasang kat motor


LED dah hidup


prose wiring iaitu dari lampu brek pada spoiler ada dua wire sahaja iaitu hitam dan kuning. wire untuk lampu brek pada motor pun mempunyai warna yang sama, jadi ikut je warna wire tersebut iaitu tap wire kuning ke kuning lampu asal dan yang hitam tap ke wire hitam lampu asal, selesai...


bahagian belakang board yang telah di ubah suai memandangkan banyak resistor yang rosak


 try masuk 3 led kat tengah jarang sikit


 LED penuh

 cover lampu yang telah dibuka dari penutupnya

 spoiler YAMAHA

 susunan LED

untuk memisahkan cover lampu ini agak susah memandangkan gam yang digunakan agak kuat. anda perlu mendapatkan pemotong papan perspek (pemotong papan plet motor). potong perlahan-lahan antara cover lampu dengan penutup sehingga terpisah antara keduanya. bila siap gam balik cover tersebut dengan menggunakan mana-mana gam yang sesuai


LED asal lampu brek yang dah rosak

sekian terima kasih, maaf sebab susunan gambar agak bercelaru
selamat mencuba

18 comments:

Izzat Farhan said...

Spoiler tuh harga kat kedai skrng ni brapa ?

jeff_tacra said...

saya dapat spoiler tu 2nd dengan harga rm30. kat kedai sekarang dah tak ada stock

Iejamkit kit said...

sape2 ade jual spoiler ni...aku serius buyer disini mahu beli

hAfiZ SaiDiN said...

tlg senaraikan komponen elektronik yamaha ss110 2nd model

zazu.ramli said...
This comment has been removed by the author.
zazu.ramli said...

skrg harga market cover set mcm ni bape ye bang? survey dkt shah alam seksyen 20 rm130..ok tak harga ni?

Dame Loost said...

Bang, brape kos restoration ni semue? Ade jual lagi x lampu2 cover clear punye? One set clutch plate ori ss brape harga? Sorry byk tanye. Nak convert blik ss saye.

Apit shuib said...

salam,bang saya cari ekzos yamaha ss 110 2nd model original.. kat mana ada jual lagi boleh abg syorkan tak?

krulz said...

As Salam. saya ada sebiji SS110 tahun 1992, geran ada, road tax mati.

Unknown said...

salam abg, cantek moto abg dh buat restoration. nk tanya sikit absorber belakang yg abg pasang tuh absorber lagenda ZR atau aftermarket? klau betul lagenda ZR saya nk pegi beli nie. sbb sekarang tgh buat restoration SS2 1999 saya. terima kasih

Ady Sidi said...

aslmkum sapa2 ada nak jual cover set yamaha ss110

Ady Sidi said...

ady 0176574756

muhammad razzi said...

salam nak tanya, boeh ke coverset ss2 masuk ke body ss110 ? atau kene buat modification sikit ?

Anonymous said...

wow still ada peminat jentera ni yea... ingat dh pupus ditelan zaman... baru jea saya beli ss110 minggu lepas... brg pun dh siap beli.. tinggal nak pasang je ni....

yie yuri said...

kaver set ss original korang tak payah la cari. aku hampir nak gila mencari. Tu pun dah berhabuk, ada stok lama kat kedai2 lama. Spoiler tu pulak, memang tak payah cari.dah takde. Kau pow jelah (beli) kat pakcik2 yang naik motor ni ke masjid. Absober tu legend zr punya, aku dah try masuk, tapi kena mod sikit,tayar blkg besar, sebab swing arm dia turun ke bawah,panjg sikit absober legend ni bndg ngn asal. kaver set ss2 pulak mmg ngam masuk ss. Brek disk blkg tu memang perit sape yang nak buat. tapi bila dah buat memang hensem lagi terpuji. cuba jgn tak cuba.ok, komen dah jadi karangan. sekian. :D

ling gob said...

Bos..nk tny..wiring lampu depan ss110 cmne sistem..lampu x mnyala..dah tu bila on suis utk lampu..signal dua-dua mnyala..pnyelesaian n pencerahan bos...

Aiman Hakimi said...

Bang buat mcm mana brek disk blkg
Beli kat mana

Homestayhasni said...

Bleh bagi nmber dye ?