Throttle Body Half Set (SOHC)

bersua lagi dengan entri penukaran bahagian bawah throttle body single cam khususnya bagi pengguna enjin mitsu atau proton. TB half set ini sebenarnya berperanan untuk menjaga dan menstabilkan igling kereta terutamanya semasa on aircond, rpm tak drop dan idling berfungsi macam biasa. normal bagi TB single cam bahagian bawah mencair dan lama-kelamaan akan merosakkan terus fungsinya. begitu juga dengan bahagian ISC iaitu bahagian tepi TB yang di dalamnya terdapat gear juga bertujuan untuk menjaga idling kereta. sekiranya anda menukar gear kit namun idling masih lagi tidak stabil sudah sampai masanya untuk ditukar half set bawah dengan yang baru

gambar atas menunjukkan bahagian bawah throttle bodi singel cam atau juga lebih dikenali dengan SOHC. bahagian hitam itu ialah isc yang berperanan menghidupkan gear di dalamnya untuk mengawal rpm kereta supaya stabil terutamnya ketika idling serta semasa aircond dihidupkan. boleh didapati di kedai spare part 


ini pula ialah sebagai perbandingan dengan throttle body DOHC iaitu menggunakan sistem stepper motor yang berperanan sebagai ISC untuk mengawal rpm kereta. sistem agak berlainan tetapi mempunya fungsi yang sama antara keduanya


di dalam plate besi itulah letaknya gear untuk mengawal rpm yang kebanyakannya gear akan rosak apabila tiba waktunya dan apabila kerosakan ini berlaku maka rpm kereta sudah tidak dapat di kawal lagi. antara tanda-tanda kerosakan ini ialah semasa cold start pada waktu pagi rpm terus drop yang sepatutnya naik sehingga 1.5k dan perlahan-lahan turun apabila mencapai normal temp


salah satu tanda lagi ialah semasa kita on sistem pendingin hawa rpm terus drop dan ada yang mati kereta. hal ini disebabkan fungsi ISC telah tidak berjalan dengan betul


inilah bahagian yang mudah cair akibat kepanasan dan haba di dalam enjin bay. sebab itulah adanya laluan air (coolant) in dan out ke throttle body, tujuannya untuk mengawal suhu isc agar tidak terlalu panas


perkara ini amatlah biasa berlaku pada throttle body SOHC sama ada keluaran proton atau mitsubishi sebab proton juga menggunakan part yang sama seperti mitsu


untuk menukarnya, buka nat phillips yang kesemuanya terdapat 4 biji sahaja. boleh dikatakan agak susah jugak nak buka nat tersebut dan saya menggunakan impact driver untuk memudahkan kerja-kerja tersebut


 perbandingan yang lama dan baru


pastikan anda dapat sekali pakej half throttle body ini iaitu seal seperti yang ditunjukkan di atas.


 pasangkan pada throttle body


 pastikan skru diketatkan dengan sebaiknya untuk mengelakkan kebocoran coolant nanti


 kelihatan baru


 siap sedia untuk dipasangkan pada kereta


apabila siap dipasangkan pada kereta, start kereta seperti biasa dan adjust BISS screw sehingga 1300 rpm dan biarkan idling selama 15-20 minit, kemudiannya barulah laras semula rpm antara 850-900rpm

terima kasih
sincerely - jeff tacra