Kelisa Power Window Replacement

bersua lagi setelah agak lama saya tidak memasukkan entri baru ke dalam blog saya ini. sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan agak 'slow' saya melakukan kerja-kerja diy memandangkan kekangan masa yang dihadapi sekarang. namun kali ini saya berpeluang melakukan kerja-kerja penukaran motor power window perodua kelisa. saksikan penerangan dan cara melakukan secara diy di bawah ini semoga dapat dijadikan panduan kepada mana-mana pemilik kelisa untuk melakukan sendiri

motor power window perodua kelisa boleh didapati di mana-mana kedai spare part dengan harga sekitar rm40.00 seunit (local). sekiranya ingin mendapatkan yang original maka anda hendaklah membelinya di mana-mana service center perodua, harga saya tak berapa pasti berapakah jumlahnya

buka plastik cover pintu seperti di atas. sebelum saya terlupa antara tanda-tanda motor rosak ialah tekan suis utama kadang-kadang cermin tingkap tidak turun atau naik seperti biasa. dalam kes perodua kelisa ini cermin tingkap dapat turun ke bawah seperti biasa tetapi apabila menaikkan tingkap cermin terhenti dan tak naik seperti biasa. masalah ini berpunca daripada motor power window yang sudah tidak kuat untuk menjalankan tugasnya seperti biasa

 unplug soket daripada suis ke motor power window seperti pada gambar yang ditunjukkan

untuk mngeluarkan regulator bagi menukar motor power window terlebih dahulu anda mengeluarkan cermin daripada pintu kereta dengan cara membuka 2 nat 10mm di kiri dan kanan bahagian bawah cermin. gambar atas ialah nat pada bahagian sebelah kiri yang perlu dibuka melalu lubang pintu yang telah disediakan

 ini pula ialah nat 10mm pada bahagian bawah kanan cermin yang perlu dibuka

setelah dua biji nat tadi dikeluarkan makan anda perlu berhati-hati untuk mengeluarkan cermin kerana pergerakan yang kasar boleh menyebabkan geseran berlaku pada bahagian besi frame pintu dan boleh mengakibatkan kerosakan pada tinted kereta anda. cermin perlu dikeluarkan melalui bahagian dalam pintu

6 biji nat bersaiz 10mm perlu dibuka untuk mengeluarkan regulator power window. rujuk nat yang telah ditandakan pada gambar di atas

setelah 6 biji nat dikeluarkan maka bolehlah anda mula keluarkan regulator daripada pintu

 regulator yang baru dikeluarkan daripada pintu

perhatikan pada bahagian hujung kiri regulator dan di situlah letaknya motor power window

motor power window yang bakal menggantikan motor lama telah bersedia untuk mengambil alih tugas motor lama yang telah hilang kudratnya. biasalah... kalau dah lama memang akan jadi macam tu :)

special tool perlu digunakan untuk membuka 3 biji nat untuk keluarkan motor power window. star key perlu digunakan, kalau gunakan skru driver mata philips biasa memang tidak dapat membukanya

satu set special tool yang saya ada untuk kegunaan tertentu

setelah motor dipasangkan pada regulator maka jalankan kerja-kerja seperti awal tadi untuk menempatkan kembali regulator pada tempatnya

masukkan cermin dan test power window kereta anda

terima kasih
sincerely - jeff tacra