Honda Sport Pedals Installation

hari ini saya berpeluang memasang sport pedal pada sebuah kereta auto berjenama honda. kerja-kerja pemasangan boleh dikatakan agak mudah tetapi anda perlukan beberapa tools tertentu seperti hand drill dan hand rivet tool untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan nanti. pemasangan pelapik pedal ini hanya sebagai penyeri atau sebagai kosmetik sahaja, iaitu untuk mencantikkan interior kereta sahaja. ikutilah langkah-langkah pemasangan seperti yang ditunjukkan di bawah ini

sport pedal honda diperbuat daripada aluminium dan tersangat ringan. boleh didapati di pasaran negara kita sekitar rm1xx dan ke atas

inilah pedal standard sesebuah kereta dalam keadaan standard iaitu pelapik getah sahaja

pada bahagian brek terlebih dahulu keluarkan getah asal dengan hanya menariknya daripada bahagian tepi pedal tersebut. tidak perlu menggunakan apa-apa peralatan untuk membukanya

setelah pelapik pedal dibuka inilah rupa pedal brek kereta honda. perhatikan lubang kiri dan kanan yang telah saya tandakan, iaitu lubang tersebut telah tersedia dan kita tidak perlu menebuknya lagi. dua lubang inilah yang akan digunakan nanti

masukkan pelapik pedal aftermarket seperti kedudukan gambar di atas

masukkan pula pelapik aluminium pada bahagian atas getah tersebut

tekan supaya kedudukannya betul-betul rapat dan tidak senget

gunakan rivet yang dibekalkan sekali persama-sama perlatan lain yang disediakan sekali

dengan menggunakan tool hand rivet, pasangkan rivet dengan kemas

akhirnya selesai dipasang pada pedal brek

ini pula ialah pada bahagian pedal minyak atau throttle. anda perlu menebuk 3 lubang mengikut ukuran pelapik pedal tersebut. tandakan tempat untuk ditebuk dengan betul supaya kedudukan lubang selari dan tepat dengan pelapik pedal

masukkan plet besi pada bahagian bawah pedal yang berfungsi untuk menahan rivet nanti supaya kemas

throttle pedal

brek pedal

pemasangan telah siap dilakukan

terima kasih
sincerely - jeff tacra