Top Mounting Absorber Replacement

bersua lagi dengan entri pemasangan mounting absorber wira atau dalam istilah sebenar disebut sebagai insulator front suspension. hanya kita sahaja mengambil jalan mudah menyebutnya sebagai mounting absrober ataupun ada juga yang menggelarkannya sebagai tapak maounting atas absorber. sekiranya mounting absorber ini rosak ianya boleh menyebabkan bunyi seperti besi berlaga ketika kita membawa kereta dan sekiranya kerosakan dah agak teruk bila kita memusing stereng tanpa kereta bergerak pun akan mengeluarkan bunyi besi berlaga. bunyinya seakan-akan bunyi spring absorber berpusing. agak sukar juga saya nak terangkan bagaimana bunyi tersebut. kerosakan mounting ini juga boleh dilihat secara visual iaitu kita akan dapati strut absorber akan senget ke bahagian dalam enjin dan boleh menyebabkan kedudukan setereng akan senget ketika memandu. jika kerosakan serius boleh menyebabkan strut absorber menembusi mounting ini dan akan mengakibatkan kereta menjadi senget sebelah.


kedudukan mounting iaitu pada bahagian atas absorber dan gambar di atas merupakan pandangan di dalam ruang enjin kereta wira. untuk menukar mounting ini anda tidak perlu menanggalkan keseluruhan absorber kereta dan cukup hanya membuka tayar dan mengeluarkan mounting ini melalui bahagian bawah kereta sahaja. pertamanya buka nat strut absorber yang letaknya di tengah-tengah mounting. longgarkan 2 biji nat mounting yang dipasangkan pada body kereta

sekiranya kereta anda mempunya drop link seperti di atas, buka drop link bahagian atas sahaja. ini bertujuan untuk memudahkan absorber dapat diturunkan ke bawah nanti

jack kereta dan buka tayar, pada masa inilah absorber perlahan-lahan aku turun ke bawah dan akan terpisah daripada mounting

buka nat 14mm seperti di atas dan keluarkan mounting melalui bahagian bawah kereta. kelihatan pada gambar di atas ialah strut absorber yang telah terpisah daripada mounting. langkah ini hanya boleh dilakukan bagi mereka yang menggunakan adjustable atau spring sport sahaja. sekiranya menggunakan spring standard anda perlulah mengeluarkan keseluruhan absorber dan memprosesnya di luar kerana tekanan spring standard sangat kuat jika dibandingkan dengan adjustable atau spring sport

mounting lama (kanan) dan baru (kiri). saya nasihatkan bagi mereka yang menukar enjin perlulah mendapatkan mounting original proton atau ori mitsu kerana sekiranya menggunakan mounting yang terdapat di spare tidak dapat bertahan lama seperti yang original. kalau menggunakan enjin standard tidak ada masalah kalau hendak menggunakan yang after market kat kedai spare part. berat enjin standard dan enjin convert tidak sama dan sebab itulah mouting mudah rosak

top mounting baru original proton yang boleh dibeli di service center proton dengan harga rm1xx.xx

mounting yang telah rosak dan anda boleh lihat pada kedudukan bearing tengah yang telah senget ke tepi. kedai spare part biasa ada menjualnya dengan harga serendah rm30 seunit

perbandingan yang baru dan lama. kelihatan di sebelah kanan bearing telah rosak

baru (kiri) dan lama (kanan)

inilah kerosakan yang berlaku iaitu bearing telah rosak menyebabkan bunyi tertentu terhasil semasa memandu. kadangkala kerosakan pada getah mounting juga seringkali berlaku, seperti getah crack, atau getah timbul dan menonjol ke atas

mounting original proton

kerosakan pada bearing

 bebola bearing dah hampir nak keluar dari housingnya

dah siap dipasang pada tempat asalnya. tombol hitam tersebut ialah untuk melaras soft dan hard adjustable. owner kereta wira aero ini menggunakan adjustable brand BC

ini merupakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan pillow ball bagi menggantikan mounting asal absorber dan ternyata lebih tahan lama berbanding menggunakan mounting asal. saya telah menggunakan pillow ball jenama GAB dah hampir 7 tahun dan masih bertahan sehingga sekarang. harga brand new pillow ball GAB hampir rm500 sepasang. tepuk dada tanya selera

terima kasih
sincerely - jeff tacra