Walbro In Tank Fuel Pump

bersua lagi kali ini dengan entri pemasangan internal fuel pump walbro 255lph. sememangnya fuel pump ini boleh dikatakan agak terkenal tetapi bunyinya yang agak bising bila kereta dihidupkan. namun begitu kaki kereta masih memerlukannya memandangkan performance fuel pump ini tidak mengecewakan walaupun pada rpm yang tinggi. kali ini saya paparkan step by step pemasangan in tank fuel pump berkenaan. harus diingat sekarang fuel pump walbro ini banyak yang imitation iaitu made in taiwan or made in china tetapi pada pump berkenaan masih lagi mengekalkan made in USA. harus berhati-hati ketika hendak membeli fuel pump walbro. saya membeli sendiri dari dealer walbro di USA, oleh itu kebarangkalian walbro yang saya dapat ini merupakan yang original adalah tinggi. ada desas desus menyatakan walaupun beli dari US kemugkinan barang imitation pun ada, jadi kita sebagai pengguna tak tahu mana satu yang fake dan original


kerja-kerja penukaran fuel pump melibatkan minyak petrol, perhatian yang lebih harus diberi keutamaan dan segala risiko untuk melakukan diy ini menjadi tanggungjawab sendiri. pertamnya buka terminal negatif bateri untuk mengelakkan kejadian tidak diingini yang kemungkinan boleh berlaku. berbalik pada proses ini langkah seterusnya ialah membuka 3 hose pada bahagian  kiri tank, rujuk gambar di atas. yang ada bolt itu outlet ke fuel rail pada enjin. dua lagi hanya menggunakan hose sahaja

seterusnya buka hose kemasukan minyak ke tank iaitu satu hose besar dan satu hose kecil seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. hose besar ada klip yang mempunyai nat 10mm manakala hose kecil hanya menggunakan klip sahaja

seterusnya dapatkan sekeping plywood nipis dan lapikkan di bawah tank dan dengan menggunakan jack sebagai penahan tank supaya tidak jatuh terhempas ketika membuka nat. terdapat 4 nat bersaiz 14mm pada tank dan apabila kesemuanya dibuka, dengan perlahan-lahan turunkan jack untuk menurunkan tank tersebut

hose tempat mengisi minyak ke dalam tank

tiga hose yang terdapat pada tank iaitu hose outlet ke fuel rail, hose return dan hose ke purge canister pada ruang enjin

jangan lupa sebelum menurunkan tank terlebih dahulu unplug soket wiring ke fuel pump. soket ini terdapat di bahagian bawah carpet belakang sebelah kiri kereta. kena buka seat terlebih dahulu untuk membuka soket ini dan keluarkannya melalui bawah kereta berhampiran dengan tank

langkah seterusnya ialah proses membuka holder fuel pump iaitu dengan membuka 5 biji nat bersaiz 8mm seperti yang ditunjukkan di atas. berhati-hati ketika mengeluarkan pump kerana terdapat seal getah yang melekat pada bahagian bawah dengan membuka perlahan-lahan agar tidak mengoyakkan seal getah tersebut

keluarkan pump asal dari tank

pump asal yang dibalut dengan getah untuk mengurangkan bunyi bising ketika pump beroperasi. fuel pump ini asalnya diambil dari model lancer evo3 yang boleh dikatakan tidak bising dan agak senyap jika dibandingkan dengan walbro

buka nat untuk mengeluarkan pump lama

ini ialah fuel pump walbro yang hendak dipasang pada holder pump

 fuel pump walbro dengan seal lama dan baru. saya menggunakan 2 seal untuk dipadankan pada pump ini supaya tekanan yang kuat masih tidak bocor

pasangkan stopper dan seterusnya 2 oil seal seperti gambar

sapukan sedikit minyak hitam pada oil seal dan dengan perlahan-lahan tekan fuel pump supaya masuk dengan kemas pada tempatnya. bagi yang menggunakan holder pump wira anda perlulah menyambungkan satu hose kecil dari pump ke holder pump dan kemaskan dengan klip yang disertakan sekali

fuel pump telah berjaya dimasukkan pada holder dan jangan lupa masukkan kembali soket wire pump berkenaan, kalau terlupa dan tank telah dipasangkan pada kereta mesti start kereta tidak akan hidup. double check soket, pump pada holder sebelum memasukkannya ke dalam tank. apabila siap pasangkan tank pada kereta, kenakan semula segala hose yang dibuka tadi dan pasangkan soket wiring. start kereta dan sebaik sahaja kereta hidup, matikan enjin dan cek pada hose sambungan tadi untuk mengesan sekiranya ada kebocoran. kalau ok boleh start kereta anda, sekarang kereta anda dah mula bunyi nyamuk pada bahagian tank. untuk enjin NA setkan fuel regulator pada 38 psi dan sekiranya perlu re-tune kereta anda sekali lagi

sekian, terima kasih
jumpa lagi

Gate Lock & Unlock Installation

selamat menyambut maulidur rasul... pada kesempatan cuti hari ni seperti biasa kerja-kerja diy tetap diteruskan tapi terhad pada kerja-kerja ringan sahaja. kerja berat tidak dilakukan. entri kali ini saya paparkan bagaimana membuat pendawaian untuk menyambung suis gate lock & unlock khusus bagi pengguna dashboard lancer kerana pada bahagian kanan dashboard terdapat satu ruang yang boleh dimasukkan suis ini dengan begitu kemas tanpa ada apa-apa pengubahsuaian dilakukan. ikuti langkah dan penerangan bergambar yang saya tunjukkan di bawah



pertamanya, perhatikan bawah dashboard sebelah kanan atau sebelah driver terdapat holder relay seperti gambar di atas. anda perlu buka panel dashboard terlebih dahulu untuk memudahkan kerja-kera wiring dilakukan nanti. dapatkan satu relay besar iaitu pada gambar tersebut relay terletak di sebelah kiri atas (gambar - dekat ibu jari) kerana relay inilah yang mengawal buka dan tutup pintu kereta. ada sesetengah kerata wira yang convert enjin ke enjin mitsubishi relay ini berwarna merah tetapi sama sahaja fungsi relay tersebut. buka nat saiz 10mm pada bahagian atas holder ini, ada 2 biji nat kesemuanya
apabila nat telah berjaya dibuka, terbalikkan holder ini dan anda akan dapat melihat 6 wayar yang keluar dari relay besar itu tadi.


seterusnya dapatkan dua wayar iaitu wayar cokelat belang biru dan cokelat belang putih kerana 2 wayar ini akan kita tap dengan 2 wayar dari suis lock unlock yang akan dipasang nanti. untuk makluman cokelat belang biru ialah untuk unlock manakala cokelat belang putih ialah untuk lock pintu. anda boleh menguji wayar ini dengan menyambungkan satu wayar ground ke wayar yang dinyatakan tadi, hasilnya kunci pintu akan turun dan naik mengikut wayar mana yang kita groundkan






ini pula ialah wayar yang terdapat pada suis gate lock & unlock. kalau 4 wayar seperti di atas menunjukkan bahawa suis tersebut tidak mempunyai bulb di dalamnya, kalau ada tambahan dua wayar lagi iaitu hitam belang kuning dan hijau belang putih menunjukkan suis berkenaan ada bulb di dalamnya. sekarang wayar yang kita hendak gunakan iaitu 3 wayar sahaja iaitu hitam untuk negatif (boleh tap kat mana-mana body kereta atau mana-mana wayar hitam pada wayar kereta) tetapi secara mudahnya tap ke body kereta sahaja dengan mendapatkan mana-mana nat dan sambung di situ sahaja. seterusnya wire biru belang merah untuk unlock iaitu kita perlu tap pada wire cokelat belang biru (unlock) dan satu lagi biru belang hitam tap pada wire cokelat belang putih (lock). wayar merah abaikan. saya kira penerangan ini sudah cukup jelas dan tak perlu lagi saya sertakan wiring diagram kat sini




 ruang tempat meletakkan suis gate lock dan unlock pada dashboard lancer



setelah siap kesemuanya maka boleh anda menguji dengan menekan gate lock untuk mengunci pintu dan unlock untuk membuka kunci semula. dengan adanya suis ini memudahkan kerja menekan dan menarik kunci pintu pada pintu. harus diingat, anda masih lagi boleh menekan dan menarik lock pada pintu seperti biasa





 suis yang telah dimasukkan LED supaya nampak lebih jelas pada waktu malam





sampingan - pelbagai suis yang telah dimasukkan LED. sesiapa yang berminat hendak menghidupkan semula suis anda, boleh menghantar pada saya untuk memasangkan LED dengan kadar 1 LED 1 SUIS RM10 termasuk pemasangan. bagi suis side mirror lain sikit harganya. ramai juga dalam kalangan pembaca blog dan rakan FB yang mengepos suis kepada saya untuk dimasukkan LED


sekian, terima kasih
jumpa lagi

GSR/EVO Driveshaft Hanger - Bearing Installation

bertemu lagi dengan entri pemasangan bearing pada hanger driveshaft (tak pasti apa nama sebenar benda ni) kereta evo/gsr khusus bagi kereta turbo yang menggunakan gearbox 4 wheel. sekiranya bearing roasak akan mengeluarkan bunyi ngauman pada bahagian tertentu dan kebetulan tanda ini ada pada sebuah wira, apabila diperiksa didapati bearing hanger driveshaft ini dah rosak. bila dibuka boleh terasa pusingan driveshaft yang sangkut-sangkut akibat kerosakan bearing. saya tunjukkan bagaiamana langkah membuang dan memasang balik bearing secara DIY dengan kos hanya rm20 sahaja bagi harga bearing. kalau buat kat kedai semestinya nilai upah boleh memenuhkan minyak satu tangki kereta wira

peralatan asas untuk diy ini ialah jaw puller berfungsi untuk mengeluarkan bearing, boleh didapati di hardware. tukul, nat box saiz 30mm, bush terpakai dan nat paip terpakai, jumpa dalam setor. peralatan ini sudah cukup untuk keluarkan bearing dan memasangnya. kalau di kedai terdapat mesin press hydraulic yang ternyata memudahkan kerja-kerja berkenaan

pertamnya keluarkan hanger driveshaft seperti di atas dan pasangkan jaw puller untuk memisahkan shaft dengan hanger tersebut. disebut hanger kerana benda ni dipasangkan pada gearbox dan terdapat satu lagi driveshaft pendek untuk menyambungkannya ke tayar sebelah kiri. kelebihan menggunakan hanger ini membuatkan kereta lebih stabil semasa memecut kerana pergerakan tayar tidak meliar ke kanan dan kiri

pusingkan nat jaw puller sehingga shaft terkeluar seperti gambar di atas. agak berat semasa memusingkan nat kerana pada masa ini pergerakan bearing mula keluar perlahan-lahan dari hanger, teruskan hingga tercabut keseluruhannya

shaft telah dapat dipisahkan dari bearing dan sekarang dua bahagian telah dapat dipisahkan, namun bearing masih lagi melekat di dalam hanger tersebut

bearing masih lagi ada di dalamnya dan untuk mengeluarkan bearing tersebut masukkan box saiz 30mm tadi dan ketuk perlahan-lahan sehingga bearing terkeluar sepenuhnya. pada masa ini oil seal pun turut terkeluar, berhati-hati dengan oil seal kerana ita akan menggunkannya lagi untuk pemasangan semula pada tempatnya. tak pasi oil seal ini ada jual atau tidak kat spare part

bearing telah dapat dikeluarkan dari housingnya, gambar kiri atas bongkah kayu ialah bearing dan kanan pula ialah oil seal, semuanya diselaputi gris yang agak tebal

 hanger telah kosong kerana bearing serta oil seal kiri dan oil sel kanan telah dikeluarkan

rujukan daripada manual mitsubishi 4WD

 housing tempat bearing dimasukkan (hanger) driveshaft

 bearing ini boleh didapati di mana-mana kedai spare part dengan harga rm20 sahaja

proses pemasangan pertamanya masukkan bearing baru, bearing lama jangan dibuang kerana ada gunanya iaitu sebagai lapik atas bearing baru tadi dan ini tidak merosakkan bearing baru apa bila kita ketuk untuk memasukannya

 lapikkan bearing lama atas bearing baru dan atas sekali saya gunakan bush yang rosak untuk diketuk dengan tukul nanti. ketuk perlahan-lahan sehingga bearing baru masuk dalam housing, pastikan bearing rapat di dalamnya kerana ada halangan untuk bearing masuk dengan betul di bahagian bawahnya, maksudnya bearing baru tadi tidak terkeluar ke bahagian sebelah lagi kerana terdapat sekatan sebagai penanda bearing telah rapat dan masuk dengan sempurna

 bearing baru telah tersemat rapi didalamnya housingnya

kaedah atas ini pula ialah untuk memasukan oil seal pada hanger driveshaft. ketuk perlahan-lahan sehingga oil seal masuk dan rata dengan permukaan tepinya

 shaft hanger gsr/evo. makluman yang evo lebih kecil sedikit jika dibandingkan dengan gsr

apabila dah siap masukkan oil seal kiri dan kanan tibalah pula kerja untuk memasukan shaft pada hanger tersebut. dengan menggunakan nat box saiz 30mm yang ternyata ngam dengan bulatan tengah bearing, ketuk atas nat sehingga hanger masuk ke shaft sepenuhnya

dah siap sepenuhnya, bolehlah pasang di kereta semula dan ternayata bearing baru ini tidak mempunya free play dan tidak mengeluarkan bunyi-bunyian yang menyakitkan telinga. sebenarnya hanger gsr ini saya mod dan gunakan pada kereta saya yang ternyata mempunyai kelainan jika menggunakan driveshaft seperti ini. mengapa kereta turbo dan honda vtec menggunakan hanger driveshaft seperti ini?

sekian, terima kasih
selamat mencuba

Autoflip Side Mirror Switch

bersua lagi... entri kali ini mengenai pemasangan LED pada suis side mirror autoflip lancer. kebiasaannya bulb biasa di dalam suis berkenaan banyak yang rosak sebab itulah apabila kita membuka lampu cahaya daripada suis yang sepatutnya hidup tidak berfungsi. jadi saya tunjukkan bagaimana langkah memasang LED 12v yang ternyata lebih tahan lama daripada bulb asal

pertamanya buka lock housing switch seperti gambar di atas, umpil perlahan-lahan kerana plastik hitam ini agak mudah untuk patah

apabila dah dibuka lock tadi maka umpil perlahan-lahan kiri dan kanan board suis untuk mengeluarkan suis dari housingnya

 keluarkan board suis

 board suis dah dapat dikeluarkan dari housing suis

 pcb board suis

 ada marking nama lagi ni, dari negeri cik siti wan kembang pos untuk masukkan LED pada suis ini

 bulb asal yang berkondom biru yang dimasukkan dari bawah board tersebut

untuk menukar bulb atau LED terpaksa memisahkan board atas dan bawah, jadi perlulah desolder kesemua pin yang ditunjukkan di atas

 pisahkan board atas dan bawah

 bulb asal

 kedudukan tapak bulb dari bawah pcb board tadi

 keluarkan bulb asal

 masukkan LED baru
 dah siap pasang boleh test LED tersebut
 LED putih

LED biru

sekian, terima kasih
jumpa lagi