Remote Trunk Release

bersua kembali dengan entri bagaimana membuka boot kereta anda dengan hanya menekan butang sahaja pada remote control kereta anda. sekiranya berjaya dilakukan anda tidak lagi perlu membuka kunci pada bonet kereta atau pun tidak lagi perlu menarik tuil pembuka bonet kereta tetapi dengan hanya menekan butang tertentu pada remote sahaja bonet kereta anda boleh dibuka dengan mudah. ikutilah penerangan dan tutorial di bawah ini untuk memudahkan anda melakukan kerja-kerja pendawaian dan lain-lainya secara DIY sahaja tanpa mengupah mana-mana pihak ketiga


pertama sekali dan paling penting ialah pastikan sistem kereta anda ada fungsi trunk release iaitu anda seharusnya membelek kembali manual alarm kereta untuk mendapatkan satu wire yang berperanan untuk trunk release. biasanya alarm after market sekarang kebanyakan mempunyai fungsi ini tetapi orang yang memasangnya tidak memanfaatkan fungsi ini pada kereta atau dengan kata lain tukang pasang hanya biarkan sahaja tanpa memasangnya. jadi sekiranya ada wire untuk fungsi trunk release ini maka bolehlah anda memulakan projek ini dan semoga berjaya dengan cemerlang

gambar atas menunjukkan pistol atau modul untuk lock dan unlock pintu kereta dan alat inilah yang saya gunakan untuk menjalankan projek ini. pistol ini boleh didapati di mana-mana kedai accessories dengan harga sekitar rm25-30 seunit dan anda boleh membelinya hanya satu sahaja untuk tujuan ini. pastikan hanya ada 2 wire sahaja seperti di atas. di kedai spare part selalunya dijual satu set (4 unit) tapi kita hanya perlukan satu sahaja

seterusnya buka bonet kereta dan lihat penutup seperti gambar yang saya tunjukkan. buka penutup tersebut dan langkah seterusnya ditunjukkan di bawah

drill satu lubang untuk memasang nat atau screw pada badan pistol tadi supaya kedudukannya kemas dan tidak beralih ke tempat lain. sebelum menebuk lubang masukkan dulu pistol dalam ruangan itu dan tandakan dengan tepat lubang yang akan ditebuk nanti. hanya gunakan satu screw sahaja


inilah kedudukan pistol dalam ruangan bonet tadi. pastikan kedudukan sama seperti yang saya tunjukkan pada gambar di atas

dengan menggunakan cable brek basikal atau apa-apa bahan yang berkaitan juga boleh digunakan seperti dawai halus dan sebagainya. pasangkan cable seperti kedudukan di atas ataupun gunalah daya kreativiti masing-masing untuk mengekalkan hujung cable pada hujung pistol tersebut

pistol telah dipasang berserta dengan cable sekali seperti kedudukan di atas

hujung cable yang dipasang pada pistol tadi hendaklah dimasukkan ke dalam bonet sehingga keluar pada tempat lock bonet. dengan menggunakan kreativiti masing-masing pasangkan atai ikatkan cable pada penarik lock bonet supaya apabila pistol berfungsi secara automatik cable manrik lock bonet dan inilah fungsi yang membolehkan bonet dibuka nanti

 laluan cable yang saya pasang dan diikatkan pada lock bonet

apabila telah selesai kerja-kerja mekanikal maka tibalah pula pada kerja-kerja elektrikal iaitu proses wiring uantuk membolehkannya berfungsi dengan baik. diagram di atas menunjukkan segala-galanya, tak perlu saya terangkan dengan panjang lebar

bahagian bawah dashboard sebelah pemandu, carilah wire modul alarm dan kenal pasti yang manakah satu wire untuk remote trunk release, hati-hati supaya tidak bertukar dengan wire lain, ingatlah risiko ketika membuat proses ini merupakan tanggungjawab anda sendiri. sekiranya betul tidak menjadi apa-apa masalah dan sekiranya kesilapan berlaku akan menyebabkan litar pintas dan boleh merosakkan peralatan kereta anda. rujuklah manual sistem alarm untuk mendapatkan wire yang tepat

alarm kereta saya yang mempunyai fungsi remote trunk ialah wire yang berwarna merah stripe putih dan warna wire ini bergantung pada sistem alarm kereta anda. gambar di atas saya sambungkan wire remote trunk dengan wire yang berwarna hijau ke relay

proses wiring telah 100% disiapkan dan boleh menguji sistem ini dengan menggunakan remote kereta anda. sebelum tu pastikan butang mana pada remote yang perlu ditekan. kalau remote kereta saya perlu menekan butang AUX selama 3 saat barulah alarm trigger pistol yang saya pasangkan tadi. rujuk manual sistem alarm kereta anda

remote alarm kereta saya dan ternyata bonet dapat dibuka dengan begitu mudah

video yang membuktikan proses ini telah berjaya dilakukan pada kereta saya

sekian, terima kasih
jumpa lagi