Conrod Bearing & Main Bearing

conrod bearing dan main bearing merupakan dua benda yang berbeza, tapi kedudukannya sama iaitu di dalam enjin. conrod bearing merupakan ringkasan daripada connecting rod bearing manakala main bearing merupakan bearing utama enjin atau bearing yang dipasang di crankshaft sesebuah enjin. kedua-dua bearing ini memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah enjin dan tidak hairanlah sekiranya peminat kereta sanggup mengeluarkan modal yang sangat besar semata-mata untuk mendapatkan bearing yang mahal bagi jentera masing-masing. race bearing sangat digemari oleh peminat kereta kerana kualiti dan ketahanannya memang terjamin dan dapat melancarkan serta meringankan pusingan enjin sekali gus meningkatkan prestasi enjin tersebut. bukan tak boleh pakai brand biasa atau brand standard keluaran kereta, tapi kalau jenis race series sedikit sebanyak membantu meningkatkan performance kereta. brand biasa, contohnya brand TAIHO keluaran negara matahari terbit juga tidak kurang mutunya malahan harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan bearing brand lain


ternyata di pasaran sekarang banyak jenis bearing enjin yang dikeluarkan oleh pengeluar dan kebanyakan dari kalangan pecinta kereta selalunya memilih bearing brand ACL atau pun KING dan lain-lain jenama lagi. kedua-dua bearing ini selalu mendapat tempat di hati peminat kereta dan antara kedua-dua bearing tersebut merupakan bearing perlumbaan atau pun daripada RACE BEARING. harga race bearing ini boleh dikatakan agak mahal juga tapi tetap menjadi pilihan ramai. contohnya satu set bearing ACL daripada siri race bearing yang terdiri daripada conrod bearing, main bearing dan trust washer bernilai kira-kira rm550. harga ini lebih kurang sama sahaja dengan KING bearing tetapi jika hendak dibandingkan dengan bearing biasa seperti TAIHO adalah jauh beza harganya. contohnya conrod bearing brand taiho sahaja berharga sekitar rm40-rm55 sahaja bagi enjin proton atau enjin mitsubishi lancer 4G92

apa-apa sahaja bearing enjin boleh digunakan pada sesebuah kenderaan asalkan cara dan step pemasangan dilakukan dengan betul agar bearing tidak rosak, crankshaft pun tak bermasalah. kebanyakan kerosakan bearing berpunca daripada minyak enjin yang tidak cukup pada bearing berkenaan atau pun kerap over rev bagi yang menggunakan bearing standard, malahan cara pemasangan yang tidak sempurna pun boleh menyebabkan kerosakan bearing ini


antara tanda-tanda kerosakan conrod bearing ialah semasa enjin berada pada 3000 rpm akan kedengaran bunyi knocking atau ketukan yang kuat pada bahagian tengah enjin. kalau enjin anda ada simptom seperti ini besar kemungkinan conrod bearing anda bermasalah. lama-kelamaan ketukan akan menjadi lebih kuat dan mengakibat bukan sahaja bearing yang bercalar malahan crankshaft juga boleh menjadi calar dan rosak. bagi main bearing pula biasa susah mengalami kerosakan dan tanda kalau terdengar knocking pada setiap masa enjin dihidupkan daripada tengah enjin kemungkinan main bearing bermasalah


kaedah pemasangan main bearing dengan conrod bearing ada sedikit perbezaan sahaja iaitu beza pada tekanan atau torque yang perlu dikenakan terhadap nat nanti. untuk conrod bearing bagi kebanyakan kereta proton dan khususnya saya bincangkan di sini ialah enjin mitsubishi 4G9x iaitu sebaik sahaja conrod bearing dipasang pada rod enjin, pasangkan rod cap dan seterusnya pasang nat rod cap. kaedah standard yang perlu dipatuhi iaitu pada awalnya ketatkan cap nat sebanyak 20Nm dan kemudiannya tambahkan 90 degree ke 100 degree. kalau tak mahu gunakan kaedah ini anda perlu menguji oil clearance bearing rod ini dengan nilai antara 0.02mm - 0.05mm dan inilah kaedah yang terbaik sekiranya menggunakan race bearing


manakala untuk main bearing pula memerlukan torque pada awalnya sebanyak 25Nm dan diikuti dengan tambahan 90 degree ke 100 degree. oil clearance bagi main bearing ini ialah dalam lingkungan antara 0.02mm - 0.04mm bagi enjin 4G9x. dengan pemasangan yang betul dapat menjadikan enjin anda lebih bertahan lama tambahan pula bearing mendapat minyak enjin yang mencukupi untuk menjadikan sesebuah enjin lebih efisien. saya menggunakan rod bearing jenis KING dan untuk main bearing saya menggunakan bearing ACL. semoga dapat dijadikan panduan untuk semua. happy motoring

terima kasih
sincerely: jefftacra