Honda Jazz Side Mirror Switch Conversion

salam sejahtera, bersua lagi dengan entri mengenai honda jazz pula iaitu bagaimana menukar suis side mirror honda jazz GE dengan menggunakan suis side mirror honda CRZ. bentuk suiz sama manakala fungsinya pun sama, warna pun sama tetapi kenapa saya menukar dengan suiz honda CRZ. apa agaknya yang menarik dengan suiz honda CRZ ini sedangkan kesemuanya fungsinya adalah sama dan juga boleh dimasukkan secara plug n play pada honda Jazz. apa agaknya ye? cuba lah teka, nanti pada akhir entri ini ada jawapannya mengapa saya berbuat demikian, mungkin ada yang dah tahu agaknya.

saya sanggup membeli suiz CRZ ini dari AUCTION JAPAN semata-mata kerana berkehenddakan suis sahaja, tambahan pula bila dibelek-belek laman auction japan suiz terpakai CRZ ini boleh dikatakan agak murah juga dan berbaloi untuk menjalankan proses penukaran ini. jangka masa untuk sampai ke Malaysia memakan masa yang agak lama iaitu hamper sebulan kerana pihak pos japan iaitu EMS JAPAN telah tersilap hantar barang ini ke TORONTO, CANADA. ingatkan dah lesap macam tu sahaja tetapi rezeki masih menyebelahi saya. akhirnya sampai juga barang yang ditunggu-tunggu ini pada 21 julai 2015 bersamaan dengan hari raya aidilfitri yang ke-5. alhamdullilah sampai dalam keadaan sempurna walaupun kotak hamper pecah. barang yang dibungkus dengan plastic bubble tu masih lagi elok dan tidak ada cacat celanya


saya cuma mahu suis side mirror sahaja tapi kalau diperhatikan pada gambar atas dapat satu set suis dashboard honda CRZ, tak apa lah boleh jual kot suis yang lain tu sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkannya. lihat gambar di bawah ini, inilah suis asal side mirror honda JAZZ yang akan ditukar dengan suis CRZ, sama je kan?



pertamanya kena buka panel meter honda jazz kerana suis side mirror berada pada panel tersebut. bermula dengan mengumpil pada bahagian kanan bawah, tepi kanan, tepi kiri dan seterusnya bahagian kiri bawah panel. umpil dengan berhati-hati agar tidak merosakkan klip pada panel tersebut, kalau patah nanti apabila dipasang kembali sudah tak sempurna macam asal, dah longer. unplug soket putih suis side mirro dan keluarkan panel tersebut


inilah rupa suis tersebut, sama je kan? yang sebelah kanan ialah suis asa honda jazz yang telah dikeluarkan daripada housingnya manakala di sebelah kiri ialah suis honda crz yang telahpun saya masukkan pada housing suis honda jazz. cuma nampak beza tulisan pada suis itu yang berlainan sedikit iaitu suiz jazz nampak lebih jelas dan terang sedangkan tulisan dan corak pada suis crz nampak agak pudar sedikit. tapi tak jadi masalah, masih boleh nampak dengan jelas


seterusnya pada soket asal suis honda jazz saya tambahkan dua wire seperti yang terdapat pada gambar iaitu wire warna hijau dan merah. hijau tu untuk negative (-) manakala warna merah stripe hitam tu untuk positif 12v (+). dah dapat teka apa sebenarnya nak buat ye... untuk menambahkan dua wire ni saya cuma ambil femal lucar daripada wire pada sokel lain yang terpakai yang saiznya lebih kurang sama dengan slot soket ini, so terus dapat plug in sahaja ke dalam slot soket warna putih ini


inilah rupanya female lucar terminal yang hanya diambil daripada soket lain. lucar inilah saya masukkan dalam soket side mirror asal honda jazz tadi. tak perlu susah-susah nak fikir macamana dank buat untuk tambahkan wire pada soket. cari je soket lain yang terpakai yang sudah tidak digunakan lagi


apabila wiring dah siap dijalankan dan cuba test wire yang telah ditambah tadi. wire positif (+) tap ke wayar positif lampu kecil dan apabila di buka suis lampu maka ada supply 12v pada wire ini. dah lengkap projek kali ini dan pasangkan balik suis pada panel dashboard dan kenakan semula panel pada dashboard. semasa memasang kembali panel ini pada dashboard perlu dibeli perhatian kepada pelaras meter supaya masuk dengan betul pada lubang di panel. kalau tak betul kemungkinan pelaras tersebut akan patah. pelaras tu nak sebuat apa saya tak berapa pasti dalam bahasa sebenarnya, ala... tombol untuk reset mileage kat meter tu. tekan sahaja panel meter ini supaya klip dapat masuk dengan sempurna, dah pun selesai


haa... barulah terjawab apa sebenarnya fungsi tambahan pada suis side mirror honda crz ini yang tidak terdapat pada suiz honda jazz. dah tahu kan? sebaik sahaja suis lampu dihidupkan maka hiduplah LED yang terdapat pada suis ini, tu je bezanya. kalau sebelum ini kelam dan tak nampak apa apabila malam maka kali ini apabila malam on je suis lampu maka suis ini akan ada cahaya pada gambar dan tulisan yang tertera. tu je lah... tak ada apa yang menariknya, sekadar menambahkan keceriaan pada dashboard kereta je :) betul ke tekaan anda pada awal tadi?

sincerely
jefftacra

1 comment:

Idzwans said...

Assalam.. cikgu mana nk beli Pencungkil OREN tu?