Rear Brake Caliper Service

salam sejahtera... hari ini masih lagi bercuti sempena aidilfitri masuk hari yang ke-7, namun kerja diy tetap diteruskan memandangkan ada sebuah wira sedan yang mengalami masalah brek jem hingga panas disc brek belakang dan berbau hangit. masalah ini kebiasaannya berpunca daripada piston caliper yang lekat yang berkait rapat dengan masalah karat yang berlaku. bagi yang menggunakan rear disc brake sekiranya kereta terasa berat daripada biasa semasa memandu kereta kemungkinan inilah selalunya yang berlaku, kalau hal ini berlaku, cepat-cepat berhenti kereta dan rasa pada bahagian rim sama ada tahap kepanasan antara kedua-dua belah rim sama atau tidak. jika salah satu rim panas lebih daripada satu lagi bermakna kemungkinan piston caliper jem atau lekat dan sudah tiba masanya untuk servis caliper berkenaan.

sebelum memulakan projek servis caliper ini terlebih dahulu sediakanlah peralatan seperti spanar yang mencukupi, jack dan jack stand dan apa yang paling penting ialah brake caliper service kit serta minyak brek. repir kit caliper belakang boleh diperolehi di mana-mana kedai spare part dengan harga sekitar rm30 untuk satu set kiri dan kanan caliper. jika hanya menggunakan satu sahaja maka selebihnya boleh disimpan untuk kegunaan pada masa lain

seperti biasa terlebi dahulu jack kereta, keluarkan tayar, cabut cable handbrake daripada caliper, cabut hose minyak brek dan akhirnya keluarkan caliper daripada bracket caliper. dengan hanya membuka satu skru 12mm pada bahagian bawah caliper dan kemudiannya jongket caliper ke atas, seterusnya tolak caliper ke bahagian badan kereta dan dengan mudahnya caliper akan dapat dicabut daripada bracket caliper, tak perlu keluarkan pad brek atau bracket caliper daripada arm kereta

dengan menggunaka tool tertentu, pusing piston lawan arah jam sehingga piston terkeluar kesemuanya daripada caliper. sekiranya anda tidak mempunya tool seperti yang terdapat di atas, anda boleh menggunakan playar muncung tirus untuk memusingkan piston dan seterusnya mengeluarkan piston daripada tempatnya. kalau piston jem memang akan terasa ketat semasa hendak memusingkan piston dan penggunaak tool seperti di atas sangat membantu memudahkan kerja-kerja tersebut

kelihatan piston telah terkeluar daripada caliper dan memang ternyata piston tersebut telah berkarat, kemungkinan dimasukki air disebabkan dust boot piston bermasalah. pada masa ini boleh kita menarik piston daripada caliper hingga tercabut keseluruhannya

keadaan piston yang kelihatan agak berkarat namun masih boleh diubati lagi. gunakan kertas pasir 1000 grit dan gosoklah perlahan-lahan pada bahagian piston sehingga kesemua karat telah hilang, tak perlu gunakan air, hanya gosok sahaja sehingga bersih. kalau piston dah berkarat teruk dan ada kesan lekuk-lekuk tidak dapat tidak anda terpaksa menukar dengan piston yang baru, ada dijual di kedai spare part

inilah punca yang menyebabkan karat pada piston kerana didapati dust boot telah koyak dan dimasukki air yang lama-kelamaan akan menyebabkan karat berlaku. jadi boot ini perlu ditukar dengan yang baru

keluarkan dust boot lama dengan mencungkil klip pada bahagian tepi boot terlebih dahulu. cungkil dengan perlahan-lahan sehingga klip terkeluar kesemuanya dan kemudian barulah keluarkan dust boot tersebut. keluarkan juga oil seal pada bahagian dalam caliper untuk digantikan dengan yang baru

gambar dust boot dan klip yang telah dikeluarkan, oil seal tidak termasuk di dalam gambar ini. piston pun telah disuci dan kesan karat tersebut telah pun hilang

bersihkan juga bahagian dalam caliper supaya ebas daripada kesan karat. anda boleh menggunakan bahan anti karat sepert WD40 dan sebagainya. cucilah sehingga bersih

akhirnya pasangkan balik repair kit baru. pasangkan terlebih dahulu oil seal pada bahagian dalam caliper, pasangkan juga dust boot serta klip dan diikuti dengan piston. terlebih dahulu sapukan sedikit gris pada bahagian berkenaan supaya pergerakan nanti tidak terlalu ketat. pusingkan piston mengikut arah pusingan jam dan pastikan piston masuk dengan sempurna tanpa merosakkan boot tersebut. pasangkan semula caliper pada bracketnya, laraskan caliper supaya dapat masuk dengan baik dengan brek pad. pasangkan semula cable handbrake, hose minyak brek dan ketatkan semula nat caliper. apabila segalanya telah selesai, lakukan proses bleeding untuk membuang bubble trap di dalam saluran hose minyak brek serta di dalam caliper. pastikan tida kebocoran berlaku dan bolehlah memasang kembali tayar kereta. dah pun selesai, murah dan menjimatkan sekiranya kita lakukan sendiri secara diy sahaja

terima kasih
sincerely: jefftacra