Replacement : Carbon Brush Radiator Fan Evo

selamat berpuasa bagi yang beragama Islam, raya lebih kurang seminggu sahaja lagi. walaupun dalam bulan puasa aktiviti DIY tetap diteruskan seperti biasa, hanya terhad kepada kerja-kerja ringan sahaja :) entri kali ini saya paparkan mengenai pemasangan carbon brush bagi radiator fan motor evo3 dan kebiasaannya adalah sama sahaja dengan mana-mana radiator fan. antara simpton carbon bruh nak habis ialah temp kereta naik daripada biasa dan fan berpusing dengan perlahan daripada sebelumnya dan ada kalanya fan terus mati, kena ketuk sedikit barulah berpusing. jika kereta anda ada tanda-tanda seperti ini saya kira sudah sampai masanya untuk menukar carbon brush di dalam motor fan tersebut. ikuti langkah di bawah bagaimana kita boleh melakukannya tanpa menuka radiator fan baru ataupun menukar motor fan baru yang harganya mencecah ratusan ringgit. sepasang carbon brush hanyalah berharga rm5-rm8 sahaja

terlebih dahulu kita mestilah membuka radiator fan ini daripada radiator kereta dengan hanya membuka 4 skru 10mm sahaja dan jangan lupa untuk unplug soket fan motor ini. jangan main tarik je fan ini kot-kot wire bermasalah nanti atau kemungkinan boleh putus pada soket, bukalah dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan fin atau sirip radiator ataupun wire yang berkaitan dengannya

kemudian buka kipas dengan menggunakan spanar 8mm, keluarkan nat dan tarik bilah kipas putih ke hadapan. ada juga kipas radiator yang berwarna hitam seperti kebanyakan yang dipakai pada kereta proton. keluarkan motor dari housing dengan membuka 3 skru mata phillips seperti yang tertera pada gambar


bagi motor evo tidak ada nat untuk membuka bahagian belakang motor, kita hanya perlu umpil lock seperti gambar di atas. ada beberapa lock di sekeliling motor, umpil dengan berhati-hati supaya tidak mematahkan besi lock penutup motor tersebut kerana jika patah akan mengalami malah semasa hendak memasangnya kembali.

gambar menunjukkan beberapa lock penutup motor, umpil kesemuanya dengan berhati-hati

apabila kesemua lock telah diumpil maka boleh kita membuka penutup bontot radiator. sekiranya tidak boleh kerana terlalu ketat maka bolehlah mengetuk menggunakan tukul plastik pada bahagian tepi sekeliling penutup ini, dengan mudah penutup mulai renggang daripada silinder motor tersebut dan dapat dicabut

kelihatan habuk atau debu yang berwarna hitam dan itulah yang keluar apabila penutup dibuka. habuk ini merupaka carbon brush yang terhakis di dalam motor

kelihatan carbon brush yang sudah habis dan pendek sebab itulah fan berpusing lemah ataupun tidak berfungsi langsung

plate tembaga pada bahagian yang menyentuh carbon brush hendaklah diperhatikan dengan teliti, sekiranya terdapat kesan haus yang dalam dan menyebabkan plate tembaga nipis, fan juga akan berpusing lemah. tapi kebiasaannya plate ini masih lagi baik keadaannya

ini pula ialah stopper dan spring carbon brush yang perlu dibuka untuk mengeluarkan carbon brush lama. hati-hati ketika mengendalikan stopper ini kerana kedudukannya agak sukar untuk mengeluarkannya, kena ada cara tertentu untuk mengeluarkannya dan jangan sampai patah apa-apa alat yang berkaitan

carbon brush boleh diperolehi di kebanyakan kedai seperti di kedai spare part, hardware ataupun kedai menjual bateri. bawak sample untuk memudahkan tokey kedai mendapatkan saiz dan bentuk yang kita kehendaki. kalau tak ada sample alamatnya tak tau yang mana satu tokey kedai nak bagi pada kita

gambar atas ialah carbon yang telah siap saya pasang pada kedudukan asalnya. perlu solder wire dari kereta dengan wire carbon supaya kedudukan akan kemas dan tidak mudah longgar ataupun tercabut

klip kembali lock penutup motor seperti asal

dah pun siap dan bolehlah menguji kipas tersebut. sebelum tu saya ambil peluang untuk mencuci dan mengecat kembali housing radiator fan ini, nampaklah baru sikit kan...

video
berfungsi seperti asal dan barulah radiator fan akan kuat seperti sebelum ini

sekian, terima kasih
selamat berpuasa dan selamat hari raya
jumpa lagi

3 comments:

Anonymous said...

Abg jeff..lepas pasang carbon brush tu,mcmana nk msuk balik mtor tu..sbb carbon baru tu kn dia btol2 fix..kalau x,xboleh msuk motor tu balik sangkut dgn carbon brush tu..ada cara x nk bg laluan shaft motor tu masuk dgn senang?

paydoth said...

ada spring. carbon brush tu boleh bergerak. gambar ke 3 dr bawah ada petakkan putih. spring .

MOHD ALI HANAFIAH MOHD SHUHAILI said...

Salam,tau x size bearing yang ada kat dalam radiator fan nie? Sekarang saya pakai denso radiator fan