3rd Brake Light Proton Wira

pada bulan julai yang lepas, satu kejadian ribut telah melanda kuala terengganu. banyak pokok tumbang dan ada yang menghempap kereta terutamnya di pantai batu buruk. kebanyakan kereta yang dihempap poko boleh dikatakan mengalami kerosakan yang teruk dan ada yang dikategorikan sebagai total lost, tak pasti owner dapat claim atau tidak

rentetan daripada itu kereta perodua myvi suadara saya pun mengalami nasib yang sama iaitu pokok rambutan telah menimpa kereta beliau. nasib baik hanya lampu belakang sahaja yang mengalami kerosakan pada bahagian kanan kereta. so tidak dapat tidak kena lah tukar lampu belakang myvi tersebut dengan yang baru atau yang 2nd di kedai potong


gambar menunjukkan beberapa buah kereta yang dihempap pokok di sekitar kuala terengganu. namun walaupun kelihatan agak teruk tetapi dilaporkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma kerosakan kereta dan harta benda sahaja. ye lah.. kereta boleh dicari ganti, nyawa yang selamat mestilah disyukuri


ini pula kejadian yang berlaku di rumah mentua saya iaitu dua buah kereta juga telah dihempap oleh sebatang pokok rambutan yang telah berusia. ditambah pula dengan angin kencang pada petang itu maka tumbanglah. sebelah kiri proton persona tidak mengalami apa-apa kerosakan, cuma perodua myvi yang di sebelah kanan tu yang menyebakan lampu belakang pecah terkena dahan

apa pula kaitannya dengan tajuk entri ini iaitu 3rd brake light proton wira. tidak ada wira pun dalam ceritan ini kan? sebenarnya apabila saudara saya itu meminta pertolongan untuk mencari dan mendapatkan lampu gantian bagi myvi beliau telah terlintas pada fikiran saya hendak meminta daripadanya lampu yang rosak ini untuk jalankan sesuatu projek iaitu saya hendak menggunakan LED lampu brek myvi untuk diubahsuai dan dipasangkan pada lampu brek ke-3 proton wira. so hari ini telah siap kerja-kerja berkenaan, lampu led telah terpasang pada lampu brek ke-3 proton wira manakala myvi tadi dah pun dapat lampu gantian. semua ini hasil daripada saya posting pada fb untuk mendapatkan lampu myvi, tak sampai sehari ada orang yang contact saya mengatakan dia hendak menjual lampu myvi yang ternyata masih dalam keadaan yang sangat baik

bebalik pada entri diy kali ini iaitu saya telah mengambil kesemua led di dalam lampu brek myvi dan dimasukkan ke dalam lampu brek ke-3 proton wira. hasilnya cahaya menjadi lebih terang kerana menggunakan led

inilah lampu perodua myvi yang telah pecah akibat dihempap dahan pokok rambutan. daripada terbuang begitu sahaja maka saya mengambil kesemua led di dalamnya untuk jalankan projek saya


buka beberapa nat pada bahagian belakang lampu ini untuk mengeluarkan led yang tersusun rapi pada housing lampu. kesemuan ada 15 biji led yang baik dan terdapat satu litar yang menyambungkan komponen tertentu dan seterusnya disambungkan ke led. dengan adanya litar tersebut lampu led ini tidak mudah terbakar atau rosak


untuk mendapatkan satu-satu led terpaksalah kerja sikit iaitu memotong pada setiap housing led satu-satu iaitu saya terpaksa memotong 15 housing led pada board lampu. agak memenatkan sedikit tapi kerja ini tetap diteruskan untuk melihat hasilnya nanti


keluarkan lampu brek ke-3 proton wira dengan membuka 2 biji nat 10mm pada bahagian bawah panel speaker di dalam boot kereta. unplug soket dan keluarkan lampu ini. buka kesemua klip dan nat yang ada sehinggalah nampak reflektor lampu ini yang terletak pada bahagian dalam lampu. kemudia susun led yang diambil tadi satu persatu seperti dalam gambar di atas dan lekatkan pada bahagian belakang tapak led dengan menggunakan double sided tape 3m pada reflektor lampu brek ke-3 proton wira. wire tak perlu potong, hanya susun sahaja seperti gambar di atas


apabila dah siap menyusun dan melekatkan led maka pasang balik housing lampu brek ke-3 wira seperti asal. pada bahagian bawah lampu ini lekatkan board led pada housing lampu brek ini. soket asal lampu wira kena potong dan disambungkan pula dengan wire lampu led ini. dah pun selesai dan tibalah masanya untuk menguji sama ada led ini berfungsi atau pun tidak


led dah hidup cuma penutup lampu je belum pasang lagi. nampak tidak teratur sedikit kedudukan led ini kerana permukaan reflektor lampu brek wira melengkung ke dalam. nak cantik lagi boleh gunakan bahan lain yang rata dan dimasukkan ke dalam lampu ini


cermin lampu telah siap dipasang dan kelihatan cahaya yang dihasilkan agak terang jika dibandingkan dengan sebelum ini yang hanya menggunakan satu bulb sahaja. sekarang dah ada 15 biji led dan sudah tentu kalau malam cahaya ini bertambah terang. belum test lagi waktu malam bagaimana tahap kecerahan cahaya ini


ini video yang saya uji pada kereta dengan menekan pedal brek lampu ini berfungsi dengan baik. lampu berkelip-kelip 6 kali dan akan statik seperti asal. untuk menghasilkan fungsi ini kena tambah 12v flasher module pada lampu ini yang boleh dibeli di kedai elektronik

terima kasih
sincerely : jefftacra