Automatic Transmission Cooler (Oil Cooler)

bersua kembali pada kali ini dengan entri mengenai pemasangan ATF oil cooler khusus bagi kereta automatik. sebenarnya cooler gearbox auto dah tersedia ada iaitu minyak atf disalurkan ke bahagian bawah radiator untuk menyejukannya dan seterusnya kembali semula pada gearbox. sistem penyejukan cara ini boleh dikatakan tidak berapa efisien kerana hanya menumpang pada bahagian bawah radiator sahaja dan sekiranya kita menambahkan oil cooler tambahan boleh menjadikan sistem gearbox sesebuah kereta auto lebih efisien dan dapat bertahan dengan lebih lama lagi. salah satu punca kegagalan gearbox auto ialah disebabkan minyak atf yang panas dan tidak dapat disejukkan dengan berkesan

sebenarnya terdapat banyak jenama oil cooler untuk gearbox auto ini dan kali ini saya paparkan pemasangan oil cooler brand jasma yang berharga sekitar rm200 yang boleh diperolehi di mana-mana kedai menjual peralatan performance kereta. disertakan sekali di dalam kotak ialah hose dan klip manakala bracket pemasangan terpaksa dibuat sendiri mengikut kreativiti masing-masing. brand jasma ini saya pasangkan pada sebuah wira auto bernadikan enjin mitsubishi 4G91

ini pulah ialah brand HAYDEN transaver yang saya pasangkan pada sebuah honda jazz auto. disertakan sekali kit pemasangan iaitu 4 unit klip, bracket pemasangan iaitu berupa seperti cable tie dan buku manual pemasangan. ikuti langkah pemasangan yang akan saya terangkan di bawah nanti

terdapat 2 kaedah dan teknik pemasangan iaitu sama ada masih hendakkekalkan cooler asal pada radiator ataupun direct pada oil coole tambahan tanpa melalui bahagian radiator. saya mencadangkan anda memasang menggunakan kaedah 1 iaitu masih mengekalkan laluan asal pada radiator kerana cara ini ternyata lebih berkesan lagi jika dibandingkan dengan kaedah kedua. pastikan dahulu hose sejuk iaitu hose masuk balik ke gearbox dipasangkan oil coole ini. cara menguji hose aliran minyak ke gearbox ialah cabut mana-mana hose dan lihat aliran minyak atf dan cara kedua ialah semasa enjin sejuk start kereta dan biarkan seketika dan anda sentuh hose atf. sekiranya panas itu menunjukkan hose outlet daripada gearbox dan sekiranya sejuk itu menunjukkan hose inlet ke gearbox. gunakan hose sejuk atau hose in atf ke gearbox untuk memasang oil cooler tambahan. ini bermakna tahap penyejukkan atf menjadi lebih baik kerana aliran atf dari gearbox masuk ke cooler radiator dan setersunya ke oil cooler tambahan dan barulah masuk balik ke gearbox

pilih tempat yang sesuai iatu seboleh-bolehnya tempatkan pada bahagian gearbox iaitu kalau boleh hose ke radiator sependek yang boleh. bagi honda jazz pemasangannya adalah mengikut gambar di atas dan gunakan bracket hitam yang disediakan untuk menempatkan oil cooler pada bahagian hadapan condenser. masukkan hose atas ke oil cooler dan seterusnya disambungkan terus ke gearbox. hose bawah oil cooler ini sambungkan ke radiator, jadi satu hose asal kereta tidak akan digunakan lagi. gunakan klip yang disertakan di dalam kit ataupun boleh gunakan mana-mana klip untuk mengetatkan hose agar tidak berlaku kebocoran nanti

pastikan laluan hose tidak bergeser terhadap mana-mana bahagian body kereta dan sekiranya ada hose yang bersentuhan dengan kereta balut hose atf ini dengan menggunakan insulflex atau apa-apa bahan getah yang lain kerana kemungkinan lama-kelamaan hose boleh bocor akibat geseran tersebut. ikat dengan menggunakan cable tie mana-mana hose agar kemas dan tidak mudah bergoyang

ini pula ialah kedudukan pada kereta wira yang menggunakan oil cooler brand JASMA. anda boleh pilih kedudukan mengikut kehendak masing-masing dan saya pasangkan dengan keadaan seperti gambar di atas supaya hose dapat dimasukkan dengan kemas ke bahagian engine bay kereta. boleh juga letak dengan kedudukan melintang tapi memerlukan hose yang panjang sedikit dan tambahan pula hose akan berlipat kerana dimasukkan ke dalam lubang pada bahagian hadapan kereta tersebut

sekali lagi diingatkan agar memberi perhatian yang lebih pada kedudukan hose yang bersentuhan dengan body kereta. lapik dengan getah atau bahan lain yang bersesuaian agar hose tidak rosak akibat getaran dan geseran semasa kereta bergerak nanti. sentiasa pantau keadaan hose ini dari semasa ke semasa agar keadaannya memuaskan

dengan pemasangan oil cooler tambahan ini terasa sedikit perbezaan semasa memandu kereta iaitu dalam cuaca panas atau dalam perjalanan jauh atf dapat disejukkan dengan baik, menjadikan pertukaran gear lebih smooth dan lancar. jangka hayat gearbox auto dapat bertahan lebih lama daripada biasa, tambahan pula terasa sedikit pickup dan boleh tarik panjang lagi daripada sebelumnya

terima kasih
sincerely : jefftacra

9 comments:

Lan said...

Salam tuan. Mohon bertanya berkenaan ATF oil cooler ni tuan. Saya difahamkan Proton Perdana V6 majoriti mengalami masalah pada gearbox yang mana akan rosak dalam tempoh 3 tahun dari tarikh penggunaan. Ini menyebabkan ramai yang tidak memilih untuk menggunakan Proton Perdana terutama bagi yang kerap memandu dalam jarak yang jauh. Adakah penggunaan ATF oil cooler ini dapat mengatasi masalah gearbox Proton Perdana atau masalah gearbox tersebut berpunca dari perkara yang lain?

Jeff Tacra said...

penggunaan oil cooler pada gearbox perdana sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah tersebut, rama pemilik perdana telah memasang oil cooler tambahan ini

Anonymous said...

Salam bang Jeff,
kalau gearbox manual boleh guna ke?

Jeff Tacra said...

gearbox manual tak perlu pakai cooler

Anonymous said...

as'salam bang jeff.minyak gearbox kene tambah ke?

cucoq said...

salam..oil cooler gear box dan atf cooler benda yg sama ka? sebab saya dah pasang oil cooler gear box di kenari yrv saya.

Jeff Tacra said...

oil cooler gearbox auto sama sahaja dengan atf cooler

shahrizad mansor said...

salam..cikgu,,kalau myvi 1.5 boleh tak?...boleh ajar sikit x?..

Muhammad Hafiz Razmi said...

Boleh minta No tuan. Apa2 saya x tahu pasang, saya Call.