Honda Jazz 3rd Brake Light Replacement

assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini saya berpeluang untuk menambahkan entri blog saya ini dengan satu pengubahsuaian lampu brek ke-3 6 LED honda jazz dengan lampu brek 12 LED yang diambil daripada honda fit GD3. sebenarnya fungsi masih lagi sama dan masing-masing dapat menghasilkan cahaya lampu yang baik tetapi lampu brek ke-3 honda fit GD3 ini mempunyai 12 biji LED yang dapat menghasilkan cahaya yang lebih terang lagi jika dibandingkan dengan honda jazz yang mempunya 6 LED sahaja. sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan pada wire lampu tapi tidak melibatkan pemotongan wire pada bahagian soket lampu, nanti penjelasan seterusnya akan saya paparkan di bawah nanti




gamabr atas ialah item baru lampu brek ke-3 honda fit GD3 tapi dalam projek saya kali ini saya cuma dapatkan lampu tersebut daripada kedai halfcut sahaja. ternyata harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan barang baru seperti di atas. di kedai potong lampu ini boleh diperoleh dengan harga sekitar rm60 - rm100 bergantung pada kondisi barang serta kepandaian buyer untuk tawar menawar ketika proses pembelian. sebaiknya anda test dahulu lampu ini, mana tahu balik rumah tengok ada LED yang tak hidup dan sebagainya, tapi kebiasaanya LED buatan jepun ini tidak mudah padam seperti kebanyakan LED biasa di tempat kita. pastikan soket dapat sekali semasa membeli tapi sebenarnya tak perlu pakai pun soket ini, kita boleh guna soket asal pada honda jazz nanti dengan sedikit pengubahsuaian pada wire sahaja




langkah seterusnya ialah kita perlu keluarkan lampu brek asal pada kereta iaitu dengan menekan klip pada bahagian kiri dan kanan lampu seperti yang ditunjukkan pada gambar, tekan dan tarik cover lampu brek untuk dipisahkan daripada lampu tersebut. perlu tekan dengan jari sahaja tanpa menggunakan apa-apa peralatan pun




unplug soket seperti yang ditunjukkan dan soket ini masih lagi digunakan ketika memadankan dengan lampu baharu nanti. soket lampu brek jazz sama sahaja dengan lampu brek fit GD3. untuk mengeluarkan lampu ini daripada kereta hanya perlu membuka 2 biji nat 10mm yang terdapat pada bahagian kiri dan kanan lampu, boleh rujuk gambar di atas. sebaik sahaja 2 biji nat ini dikeluarkan maka dengan mudah lampu tersebut dapat dikeluarkan, berhati-hati juga kerana wire masih melekat pada bahagian belakang lampu, kena keluarkan wire tersebut daripada tempatnya barulah lampu ini dapat dikeluarkan sepenuhnya





inilah sedikit perbezaan antara lampu jazz dengan lampu honda fit GD. daripada segi saiz dan bentuknya nampak sama sahaja cuma yang membezakannya ialah warna lens lampu tersebut iaitu merah dengan putih. satu lagi perbezaan yang paling ketara ialah bilangan LED pada kedua-dua lampu ini seperti mana yang telah saya nyatakan pada bahagian awal entri ini. pada bahagian belakang pula hanya sedikit perbezaan sahaja tapi soket tetap sama




sekiranya kita terus plug in soket asal tanpa membuat apa-apa pengubahsuaian pada wire ternyata lampu brek fit GD ini tidak akan berfungsi kerana kedudukan wire terbalik jika dibandingkan dengan lampu honda jazz. kita hanya perlu keluarkan wire daripada belakang soket dan ubah kedudukan antara dua wire ini sahaja. untuk keluarkan wire daripada soket ini begitu mudah sekali iaitu pertamanya anda perlu keluarkan klip putih (lihat gambar kecil) yang terdapat pada soket ini. klip ini berfungsi sebagai lock pada wire supaya tidak mudah tercabut daripada soket. apabila klip putih ini dikeluarkan, dapatkan jarum peniti atau apa-apa sahaja yang bersesuaian, masukkan pada bahagian hadapan soket dan tuil klip lock soket dan tarik wire keluar melalui belakang soket. buka kedua-dua wire ini dan ubah kedudukan antara kiri dan kanan sahaja tanpa perlu melakukan pemotongan terhadap wire tersebut, ternayata nampak lebih kemas dan asli. ini sahaja yang perlu dilakukan untuk menghidupkan lampu brek ke-3 honda fit GD3, mudah kan?




apabila sudah siap melakukan pengubahsuaian pada wire maka bolehlah anda memasang kembali lampu brek ke-3 tersebut, kenakan torque yang bersesuaian pada nat 10mm supaya tidak merosakkan lampu itu. selesai pasang lampu, plug in balik soket dan akhirnya pasang balik cover lampu tersebut. tibalah masanya anda menekan brek untuk menguji sama ada lampu itu berfungsi atau sebaliknya. inilah (lihat gambar) hasilnya apabila menggunakan lampu brek ini, 12 led menyala dan cahayanya lebih terang lagi jika dibandingkan dengan lampu asal honda jazz. nampak lebih jelas oleh pemandu lain ketika kita membrek pada waktu siang tambahan pula nampak lebih menarik sedikit kerana lens yang berwarna putih. bukan apa pun, nak kelainan sikit daripada biasa :)





gambar atas ini ialah perbezaan hasil cahaya antara lampu honda fit GD (atas) dan honda jazz (bawah). apa pun bergantung atas minat masing-masing, ada yang mengekalkan lampu asal dan ada yang menukarnya, fungsi tetap sama sahaja

terima kasih
sincerely: jefftacra