Jazz GE Tail Light Modification

salam sejahtera dan berjumpa lagi dengan tutorial terkini mengenai modifikasi tail light atau pun melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap lampu belakang honda jazz GE. sebenarnya lampu belakang yang akan saya paparkan di bawah ini nanti ialah tail light honda fit GE RS model negara matahari terbit yang ternyata lampu ge rs versi awal ini masih lagi mempunyai warna merah pada bahagian bawah lampu. kalau lampu ge rs terkini kesemuanya berwarna putih sahaja dan harga lampu yang ada sedikit warna merah ini di pasaran terpakai ialah sekitar rm600 lebih bergantung kepada kondisinya. manakala lampu ge rs versi putih berharga sekitar rm1k lebih. ternyata barangan honda lebih mahal jika dibandingkan dengan barangan mitsubishi. dah nama honda kan, tentulah mahal daripada biasa


ini ialah honda jazz versi malaysia punya dan bahagian belakang ini telah dilakukan pengubahsuaian kepada bodykit versi RS iaitu bahagian bumper, spoiler dan lampunya. kalau kita perhatikan pada lampu ini seperti yang saya nyatakan di atas tadi mempunyai warna merah pada bahagian bawah lampu tetapi hanya sekadar merah sahaja dan di dalamnya tidak mempunyai bulb pun. jadi entri ini saya jelaskan bagaimana kita hendak menambah LED pada ruangan lampu berkenaan. saya pernah nampak gambar lampu ini di web yang kemungkinan mempunyai bulb pada bahagian tersebut tetapi tail laight yang saya dapat ini tidak mempunyai apa-apa ruang untuk menempatkan bulb atau LED. terpulang kepada penyambungan wiring nanti sama ada hendak menjadikan lampu brek atau lampu malam atau pun sebagai fog lamp


pertamanya buka bonet kereta seperti biasa dan kalau kita perhatikan pada bahagian belakang kiri dan kanan lampu terdapat satu cover plastik yang menutupi bahagian belakangnya. ini bertujuan supaya memudahkan pengguna untuk menukar bulb yang terbakar dan sebagainya. umpil cover ini dengan menggunakan tools yang bersesuaian, sekiranya menggunakan skru driver terlebih dahulu lapik dengan menggunakan kain supaya bahagian panel itu tidak tercalar, nanti dah nampak lain macam pulak. kalau kereta tercalar, hati pun turut tercalar sama


sebaik sahaja cover dibuka inilah yang kelihatan pada bahagian yang tertutup tadi. terdapat 3 soket utama serta 3 skru yang perlu dibuka untuk mengeluarkan lampu daripada badan kereta. buka 3 skru bersaiz 8mm dan berhati-hati semasa mengeluarkan skru tersebut kerana jika kesilapan berlaku dan menyebabkan skru tersebut terlepas daripada tangan maka untuk mengambilnya anda terpaksa membuka keseluruhan panel tepi ini. agak memenatkan kalau nak buka panel ini, banyak benda lain kena buka dahulu barulah skru tadi dapat dikeluarkan, so berhati-hati 


seperti yang saya nyatakan tadi terdapat 3 soket yang bersambung dengan soket lampu (lihat gambar). soket ini perlu dibuka untuk memudahkan kita mengeluarkan lampu tersebut. soket putih untuk lampu signal, soket hijau untuk lampu reverse manakala soket kelabu pula ialah untuk lampu malam (LED)


gambar atas menunjukkan bahagian belakang lampu yang perlu ditebuk lubang untuk memasukkan holder bulb atau LED. bahagian bonjol seperti itu perlu ditebuk lubang dengan saiz yang bersesuaian dengan holder bulb kerana kesilapan tersalah besar lubang yang dibuat akan menyusahkan kita untuk memadankan holder berkenaan. biasanya holder bulb T10 atau LED T10 bersaiz 16mm sahaja dan dengan menggunakan tools yang sesuai tebuk dengan berhati-hati lubang bersaiz seperti yang dikehandakki tadi. saya menggunakan tool di atas dan ternyata amat membantu kerja-kerja saya ketika membuat lubang mengikut saiz tertentu kerana saiz lubang yang boleh dibuat dengan menggunakan peralatan ini bermula daripada 4mm hingga 32mm. agak susah nak dapat kat tempat saya tool ini, jadi saya beli secara online di luar negara


inilah holder bulb saiz T10 yang saya gunakan yang boleh dibeli di kedai aksesori. dalam modifikasi ini saya telah menggunakan SMD LED T10 sahaja kerana cahaya yang dihasilkan boleh dikatakan sesuai untuk lampu malam kerana diy ini saya lakukan untuk menjadikan lampu tersebut sebagai lampu malam dan bukannya lampu brek atau pun fog lamp. kalau nak buat sebagai fog lamp belakang pun boleh tapi kena gunakan bulb yang lebih besar watt lagi supaya nampak lebih terang cahaya yang dihasilkan. apabila diperhatikan pada bahagian belakang lampu tadi terdapat marking bertulis 21w dan ini bermakna memang ada wujudnya lampu atau bulb pada bahagian merah tersebut bagi sesetengah versi atau bagi negara-negara tertentu sahaja. kalau 21w adalah sama dengan bulb signal atau bulb reverse


masukkan LED pada holder dan seterusnya masukkan pula holder ke dalam lubang 16mm yang dibuat tadi. pada bahagian tepi lubang perlu diubahsuai sedikit supaya dapat dipadankan dengan lock holder supaya pemasangan nanti akan menjadi lebih kemas. pastikan juga pada holder terdapat satu o-ring yang berperanan untuk menghalang air daripada memasukki bahagian lampu tersebut. terpulang kepada anda hendak menggunakan bulb saiz berapa dan dengan watt yang bersesuaian


setelah bulb holder dipasangkan pada bahagian lampu maka tibalah masanya pula untuk proses penyambungan wiring untuk membolehkan lampu tersebut berfungsi sebagai lampu malam atau lampu brek atau pun sebagai foglamp. kalau untuk foglamp saya sarankan membuat satu suis pada bahagian dashboard supaya dapat on/off mengikut keperluan tertentu. saya hanya membuat penyambungan sebagai lampu malam sahaja dan wire yang perlu disambung ialah wire pada soket kelabu seperti di atas. terdapat 3 wire iaitu hitam (-), hijau (+) lampu brek, manakala putih (+) lampu malam. jadi untuk fungsi fog lamp atau lampu biasa sambungkan ke wire hitam dan wire putih sahaja. kalau nak buat lampu brek tap wire hitam dan wire hijau terpulang pada minat anda. anda tak perlu memotong atau melukakan wire, caranya ialah bubuh timah solder pada hujung wire dan ini menyebabkan urat wire menjadi keras dan cucuk hujung wire ini ke bahagian belakang soket wire mengikut warna wire yang dikehendakki


inilah hasilnya apabila kesemuanya dah siap proses nanti. LED yang saya gunakan ini tidaklah seterang seperti bulb biasa. jadi tidak lah silau sangat seperti foglamp yang terdapat pada sesetengah kereta proton, sorry ye pemilik kereta wira yang sentiasa memasang foglamp apabila malam, lampu anda menyilaukan mata saya :) dengan modifikasi seperti ini maka bertambahlah lagi cahaya bahagian belakang honda jazz anda, nampak lebih meriah sikit


akhirnya siaplah projek diy pada kali ini. kalau diperhatikan pada lampu belakang honda jazz, hanya menggunakan 6 biji LED kecil sahaja untuk lampu malam dan boleh dikatakan tidak berapa cukup terang jadi dengan penambahan cahaya pada bahagian bawah akan nampak kelainan sedikit daripada kebiasaan. saya tak menguji lagi lampu ini pada waktu malam, bagaimana pula keadaan cahaya yang dihasilkan

terima kasih
sincerely: jefftacra

No comments: