Rear Brake Caliper Service

salam sejahtera... hari ini masih lagi bercuti sempena aidilfitri masuk hari yang ke-7, namun kerja diy tetap diteruskan memandangkan ada sebuah wira sedan yang mengalami masalah brek jem hingga panas disc brek belakang dan berbau hangit. masalah ini kebiasaannya berpunca daripada piston caliper yang lekat yang berkait rapat dengan masalah karat yang berlaku. bagi yang menggunakan rear disc brake sekiranya kereta terasa berat daripada biasa semasa memandu kereta kemungkinan inilah selalunya yang berlaku, kalau hal ini berlaku, cepat-cepat berhenti kereta dan rasa pada bahagian rim sama ada tahap kepanasan antara kedua-dua belah rim sama atau tidak. jika salah satu rim panas lebih daripada satu lagi bermakna kemungkinan piston caliper jem atau lekat dan sudah tiba masanya untuk servis caliper berkenaan.

sebelum memulakan projek servis caliper ini terlebih dahulu sediakanlah peralatan seperti spanar yang mencukupi, jack dan jack stand dan apa yang paling penting ialah brake caliper service kit serta minyak brek. repir kit caliper belakang boleh diperolehi di mana-mana kedai spare part dengan harga sekitar rm30 untuk satu set kiri dan kanan caliper. jika hanya menggunakan satu sahaja maka selebihnya boleh disimpan untuk kegunaan pada masa lain

seperti biasa terlebi dahulu jack kereta, keluarkan tayar, cabut cable handbrake daripada caliper, cabut hose minyak brek dan akhirnya keluarkan caliper daripada bracket caliper. dengan hanya membuka satu skru 12mm pada bahagian bawah caliper dan kemudiannya jongket caliper ke atas, seterusnya tolak caliper ke bahagian badan kereta dan dengan mudahnya caliper akan dapat dicabut daripada bracket caliper, tak perlu keluarkan pad brek atau bracket caliper daripada arm kereta

dengan menggunaka tool tertentu, pusing piston lawan arah jam sehingga piston terkeluar kesemuanya daripada caliper. sekiranya anda tidak mempunya tool seperti yang terdapat di atas, anda boleh menggunakan playar muncung tirus untuk memusingkan piston dan seterusnya mengeluarkan piston daripada tempatnya. kalau piston jem memang akan terasa ketat semasa hendak memusingkan piston dan penggunaak tool seperti di atas sangat membantu memudahkan kerja-kerja tersebut

kelihatan piston telah terkeluar daripada caliper dan memang ternyata piston tersebut telah berkarat, kemungkinan dimasukki air disebabkan dust boot piston bermasalah. pada masa ini boleh kita menarik piston daripada caliper hingga tercabut keseluruhannya

keadaan piston yang kelihatan agak berkarat namun masih boleh diubati lagi. gunakan kertas pasir 1000 grit dan gosoklah perlahan-lahan pada bahagian piston sehingga kesemua karat telah hilang, tak perlu gunakan air, hanya gosok sahaja sehingga bersih. kalau piston dah berkarat teruk dan ada kesan lekuk-lekuk tidak dapat tidak anda terpaksa menukar dengan piston yang baru, ada dijual di kedai spare part

inilah punca yang menyebabkan karat pada piston kerana didapati dust boot telah koyak dan dimasukki air yang lama-kelamaan akan menyebabkan karat berlaku. jadi boot ini perlu ditukar dengan yang baru

keluarkan dust boot lama dengan mencungkil klip pada bahagian tepi boot terlebih dahulu. cungkil dengan perlahan-lahan sehingga klip terkeluar kesemuanya dan kemudian barulah keluarkan dust boot tersebut. keluarkan juga oil seal pada bahagian dalam caliper untuk digantikan dengan yang baru

gambar dust boot dan klip yang telah dikeluarkan, oil seal tidak termasuk di dalam gambar ini. piston pun telah disuci dan kesan karat tersebut telah pun hilang

bersihkan juga bahagian dalam caliper supaya ebas daripada kesan karat. anda boleh menggunakan bahan anti karat sepert WD40 dan sebagainya. cucilah sehingga bersih

akhirnya pasangkan balik repair kit baru. pasangkan terlebih dahulu oil seal pada bahagian dalam caliper, pasangkan juga dust boot serta klip dan diikuti dengan piston. terlebih dahulu sapukan sedikit gris pada bahagian berkenaan supaya pergerakan nanti tidak terlalu ketat. pusingkan piston mengikut arah pusingan jam dan pastikan piston masuk dengan sempurna tanpa merosakkan boot tersebut. pasangkan semula caliper pada bracketnya, laraskan caliper supaya dapat masuk dengan baik dengan brek pad. pasangkan semula cable handbrake, hose minyak brek dan ketatkan semula nat caliper. apabila segalanya telah selesai, lakukan proses bleeding untuk membuang bubble trap di dalam saluran hose minyak brek serta di dalam caliper. pastikan tida kebocoran berlaku dan bolehlah memasang kembali tayar kereta. dah pun selesai, murah dan menjimatkan sekiranya kita lakukan sendiri secara diy sahaja

terima kasih
sincerely: jefftacra

Honda Jazz Side Mirror Switch Conversion

salam sejahtera, bersua lagi dengan entri mengenai honda jazz pula iaitu bagaimana menukar suis side mirror honda jazz GE dengan menggunakan suis side mirror honda CRZ. bentuk suiz sama manakala fungsinya pun sama, warna pun sama tetapi kenapa saya menukar dengan suiz honda CRZ. apa agaknya yang menarik dengan suiz honda CRZ ini sedangkan kesemuanya fungsinya adalah sama dan juga boleh dimasukkan secara plug n play pada honda Jazz. apa agaknya ye? cuba lah teka, nanti pada akhir entri ini ada jawapannya mengapa saya berbuat demikian, mungkin ada yang dah tahu agaknya.

saya sanggup membeli suiz CRZ ini dari AUCTION JAPAN semata-mata kerana berkehenddakan suis sahaja, tambahan pula bila dibelek-belek laman auction japan suiz terpakai CRZ ini boleh dikatakan agak murah juga dan berbaloi untuk menjalankan proses penukaran ini. jangka masa untuk sampai ke Malaysia memakan masa yang agak lama iaitu hamper sebulan kerana pihak pos japan iaitu EMS JAPAN telah tersilap hantar barang ini ke TORONTO, CANADA. ingatkan dah lesap macam tu sahaja tetapi rezeki masih menyebelahi saya. akhirnya sampai juga barang yang ditunggu-tunggu ini pada 21 julai 2015 bersamaan dengan hari raya aidilfitri yang ke-5. alhamdullilah sampai dalam keadaan sempurna walaupun kotak hamper pecah. barang yang dibungkus dengan plastic bubble tu masih lagi elok dan tidak ada cacat celanya


saya cuma mahu suis side mirror sahaja tapi kalau diperhatikan pada gambar atas dapat satu set suis dashboard honda CRZ, tak apa lah boleh jual kot suis yang lain tu sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkannya. lihat gambar di bawah ini, inilah suis asal side mirror honda JAZZ yang akan ditukar dengan suis CRZ, sama je kan?



pertamanya kena buka panel meter honda jazz kerana suis side mirror berada pada panel tersebut. bermula dengan mengumpil pada bahagian kanan bawah, tepi kanan, tepi kiri dan seterusnya bahagian kiri bawah panel. umpil dengan berhati-hati agar tidak merosakkan klip pada panel tersebut, kalau patah nanti apabila dipasang kembali sudah tak sempurna macam asal, dah longer. unplug soket putih suis side mirro dan keluarkan panel tersebut


inilah rupa suis tersebut, sama je kan? yang sebelah kanan ialah suis asa honda jazz yang telah dikeluarkan daripada housingnya manakala di sebelah kiri ialah suis honda crz yang telahpun saya masukkan pada housing suis honda jazz. cuma nampak beza tulisan pada suis itu yang berlainan sedikit iaitu suiz jazz nampak lebih jelas dan terang sedangkan tulisan dan corak pada suis crz nampak agak pudar sedikit. tapi tak jadi masalah, masih boleh nampak dengan jelas


seterusnya pada soket asal suis honda jazz saya tambahkan dua wire seperti yang terdapat pada gambar iaitu wire warna hijau dan merah. hijau tu untuk negative (-) manakala warna merah stripe hitam tu untuk positif 12v (+). dah dapat teka apa sebenarnya nak buat ye... untuk menambahkan dua wire ni saya cuma ambil femal lucar daripada wire pada sokel lain yang terpakai yang saiznya lebih kurang sama dengan slot soket ini, so terus dapat plug in sahaja ke dalam slot soket warna putih ini


inilah rupanya female lucar terminal yang hanya diambil daripada soket lain. lucar inilah saya masukkan dalam soket side mirror asal honda jazz tadi. tak perlu susah-susah nak fikir macamana dank buat untuk tambahkan wire pada soket. cari je soket lain yang terpakai yang sudah tidak digunakan lagi


apabila wiring dah siap dijalankan dan cuba test wire yang telah ditambah tadi. wire positif (+) tap ke wayar positif lampu kecil dan apabila di buka suis lampu maka ada supply 12v pada wire ini. dah lengkap projek kali ini dan pasangkan balik suis pada panel dashboard dan kenakan semula panel pada dashboard. semasa memasang kembali panel ini pada dashboard perlu dibeli perhatian kepada pelaras meter supaya masuk dengan betul pada lubang di panel. kalau tak betul kemungkinan pelaras tersebut akan patah. pelaras tu nak sebuat apa saya tak berapa pasti dalam bahasa sebenarnya, ala... tombol untuk reset mileage kat meter tu. tekan sahaja panel meter ini supaya klip dapat masuk dengan sempurna, dah pun selesai


haa... barulah terjawab apa sebenarnya fungsi tambahan pada suis side mirror honda crz ini yang tidak terdapat pada suiz honda jazz. dah tahu kan? sebaik sahaja suis lampu dihidupkan maka hiduplah LED yang terdapat pada suis ini, tu je bezanya. kalau sebelum ini kelam dan tak nampak apa apabila malam maka kali ini apabila malam on je suis lampu maka suis ini akan ada cahaya pada gambar dan tulisan yang tertera. tu je lah... tak ada apa yang menariknya, sekadar menambahkan keceriaan pada dashboard kereta je :) betul ke tekaan anda pada awal tadi?

terima kasih
sincerely: jefftacra

Conrod Bearing & Main Bearing

conrod bearing dan main bearing merupakan dua benda yang berbeza, tapi kedudukannya sama iaitu di dalam enjin. conrod bearing merupakan ringkasan daripada connecting rod bearing manakala main bearing merupakan bearing utama enjin atau bearing yang dipasang di crankshaft sesebuah enjin. kedua-dua bearing ini memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah enjin dan tidak hairanlah sekiranya peminat kereta sanggup mengeluarkan modal yang sangat besar semata-mata untuk mendapatkan bearing yang mahal bagi jentera masing-masing. race bearing sangat digemari oleh peminat kereta kerana kualiti dan ketahanannya memang terjamin dan dapat melancarkan serta meringankan pusingan enjin sekali gus meningkatkan prestasi enjin tersebut. bukan tak boleh pakai brand biasa atau brand standard keluaran kereta, tapi kalau jenis race series sedikit sebanyak membantu meningkatkan performance kereta. brand biasa, contohnya brand TAIHO keluaran negara matahari terbit juga tidak kurang mutunya malahan harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan bearing brand lain


ternyata di pasaran sekarang banyak jenis bearing enjin yang dikeluarkan oleh pengeluar dan kebanyakan dari kalangan pecinta kereta selalunya memilih bearing brand ACL atau pun KING dan lain-lain jenama lagi. kedua-dua bearing ini selalu mendapat tempat di hati peminat kereta dan antara kedua-dua bearing tersebut merupakan bearing perlumbaan atau pun daripada RACE BEARING. harga race bearing ini boleh dikatakan agak mahal juga tapi tetap menjadi pilihan ramai. contohnya satu set bearing ACL daripada siri race bearing yang terdiri daripada conrod bearing, main bearing dan trust washer bernilai kira-kira rm550. harga ini lebih kurang sama sahaja dengan KING bearing tetapi jika hendak dibandingkan dengan bearing biasa seperti TAIHO adalah jauh beza harganya. contohnya conrod bearing brand taiho sahaja berharga sekitar rm40-rm55 sahaja bagi enjin proton atau enjin mitsubishi lancer 4G92

apa-apa sahaja bearing enjin boleh digunakan pada sesebuah kenderaan asalkan cara dan step pemasangan dilakukan dengan betul agar bearing tidak rosak, crankshaft pun tak bermasalah. kebanyakan kerosakan bearing berpunca daripada minyak enjin yang tidak cukup pada bearing berkenaan atau pun kerap over rev bagi yang menggunakan bearing standard, malahan cara pemasangan yang tidak sempurna pun boleh menyebabkan kerosakan bearing ini


antara tanda-tanda kerosakan conrod bearing ialah semasa enjin berada pada 3000 rpm akan kedengaran bunyi knocking atau ketukan yang kuat pada bahagian tengah enjin. kalau enjin anda ada simptom seperti ini besar kemungkinan conrod bearing anda bermasalah. lama-kelamaan ketukan akan menjadi lebih kuat dan mengakibat bukan sahaja bearing yang bercalar malahan crankshaft juga boleh menjadi calar dan rosak. bagi main bearing pula biasa susah mengalami kerosakan dan tanda kalau terdengar knocking pada setiap masa enjin dihidupkan daripada tengah enjin kemungkinan main bearing bermasalah


kaedah pemasangan main bearing dengan conrod bearing ada sedikit perbezaan sahaja iaitu beza pada tekanan atau torque yang perlu dikenakan terhadap nat nanti. untuk conrod bearing bagi kebanyakan kereta proton dan khususnya saya bincangkan di sini ialah enjin mitsubishi 4G9x iaitu sebaik sahaja conrod bearing dipasang pada rod enjin, pasangkan rod cap dan seterusnya pasang nat rod cap. kaedah standard yang perlu dipatuhi iaitu pada awalnya ketatkan cap nat sebanyak 20Nm dan kemudiannya tambahkan 90 degree ke 100 degree. kalau tak mahu gunakan kaedah ini anda perlu menguji oil clearance bearing rod ini dengan nilai antara 0.02mm - 0.05mm dan inilah kaedah yang terbaik sekiranya menggunakan race bearing


manakala untuk main bearing pula memerlukan torque pada awalnya sebanyak 25Nm dan diikuti dengan tambahan 90 degree ke 100 degree. oil clearance bagi main bearing ini ialah dalam lingkungan antara 0.02mm - 0.04mm bagi enjin 4G9x. dengan pemasangan yang betul dapat menjadikan enjin anda lebih bertahan lama tambahan pula bearing mendapat minyak enjin yang mencukupi untuk menjadikan sesebuah enjin lebih efisien. saya menggunakan rod bearing jenis KING dan untuk main bearing saya menggunakan bearing ACL. semoga dapat dijadikan panduan untuk semua. happy motoring

terima kasih
sincerely: jefftacra

Roadtax & MYEG

paparan entri kali ialah bagaimana mendapatkan roadtax dengan menggunakan perkhidmatan MYEG iaitu perkhidmatan secara online yang boleh dimanfaatkan oleh semua pengguna kenderaan tanpa perlu lagi membuang masa seperti di pusat pembayaran insurans kenderaan ataupun di JPJ. segalanya di hujung jari sahaja dan dengan hanya berada di rumah atau di mana-mana sahaja kita boleh berurusan tanpa sekatan mana-mana pihak. perkara penting yang perlu ada di tangan anda ialah no. chasis dan no. enjin kereta anda. jadi anda perlukan geran ataupun salinan geran untuk mendapatkan nombor yang dinyatakan tadi. urusan ini boleh dibuat sekiranya geran masih lagi berada di bank tertentu, selalunya semasa membeli kereta pihak bank atau salesman memberikan kita salinan geran. tak perlu risaulah sekiranya hendak menggunakan perkhidmatan MYEG.

pengalaman saya sendiri iaitu saya membeli kereta di kuala lumpur memandangkan kereta yang diinginkan sudah kehabisan stok tambahan pula merupakan tahun akhir pengeluarannya. mahu tak mahu terpaksa berurusan dengan salesman di sana melalui panggilan telefon, whatsapps dan email. apabila selesai saya pergi ambil kereta tersebut dan geran asal dipegang oleh pihak bank, dapat salinan sahaja. sudah setahun berlalu dan saya hanya menggunakan perkhidmatan MYEG sahaja untuk mendapatkan roadtax. mungkin ada yang bertanya, pada geran tidak ada cap JPJ ke sebab ambik roadtax. jawabnya memang tidak ada cap JPJ tetapi kita boleh update kemudian hari di mana-mana JPJ sekiranya kereta tersebut sudah dipindahkan milik kepada kita. bawa je geran ke JPJ dan pihak JPJ akan print kesemua urusan yang kita jalankan secara online tadi


1. langkah pertama lawatilah web MYEG https://www.myeg.com.my/ sekiranya masih belum daftar dan tidak mempunyai akaun dengannya anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu. isikan registration form dengan memenuhkan setiap ruang menggunakan maklumat yang betul dan terkini. sesudah daftar barulah anda boleh login ke akaun MYEG anda. setelah login pilihlah perkhidmatan JPJ

2. pilih menu AUTO INSURANCE RENEWAL kerana sebelum kita boleh membeli roadtax dengan pihak JPJ kita perlu membeli insuran terlebih dahulu.


3. seterusnya akan keluar 3 syarikat insurans yang perlu kita pilih iaitu sama ada RHB INSURANCE, ETIQA TAKAFUL atau pun AIG INSURANCE. pilihlah mana-mana insurance yang anda kehendaki. saya menggunakan perkhidmatan etiqa takaful memandangkan sudah agak lama menggunakan perkhimatan ini.

4. langkah seterusnya ialah masukkan butiran seperti Vehicle Registration NoVehicle Chassis NoNew IC,  dan Previous insurance company/takaful operator . maklumat ini diperlukan untuk mengesahkan NCD kereta anda iaitu peratusan NCD insurans kereta

5. quotation akan diberikan dengan memasukkan butiran yang diperlukan. isikan ruangan dengan teliti terutamnya nila kereta semasa. sekiranya kita meletakkan value terlalu rendah sistem ini tidak akan menerimanya dan sudah dicadangkan berapa value atau insured kereta kita.

6. pengesahan diperlukan iaitu kita perlu menyemak setiap butiran yang kita masukkan tadi. sekiranya betul kita perlu sahkan dan tibalah masanya untuk buat pembayara secara online sama ada menggunakan online bankin atau pembayaran melalui kad kredit. selesai pembayara resit akan dikeluarkan berserta no rujukan pembelian insurans yang kita lakukan. simpan atau print resit ini untuk rujukan kita. jangan lupa untuk print online cover note insurans juga

7. setelah pembelian insurans selesai anda perlu ke menu seperti di atas dan klik ROAD TAX RENEWAL. di sini kita perlu membuat pembayaran untuk memperbaharui roadtax kereta kita. jangan risau berapa jumlah yang perlu kita bayar kerana sistem ini telah memaparkan jumlah bayaran mengikut maklumat dan rekod kenderaan kita di JPJ. kita boleh memilih untuk penghantaran di rumah atau pun self collect di mana-mana kiosk MYEG. kalau yang tinggal di kuala terengganu anda boleh mengambil di kiosk MYEG di batu 6, nak buat terus roadtax kat situ pun boleh

8. selesai urusan pembaharuan roadtax secara online. tunggu 2 atau 3 hari nanti sampailah roadtax kat rumah kita. seminggu selepas itu kita akan dapat pulak cover note serta polisi insurans yang telah kita lakukan tadi, cukup mudah dan senang, tak perlu lagi beratur, kejar ke sana-sini, nak parking lagi yang kadang-kadang membuatkan kita stress pulak


Panduan Sebelum Memulakan Perjalanan

puasa dah sampai ke pengakhirannya bagi tahun 2015 ini dan seperti biasa bagi yang tinggal berjauhan dengan kampung halaman selalunya akan memulakan perjalanan jauh untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut kedatangan syawal bersama-sama keluarga tercinta. sebelum memulakan perjalanan jauh perlulah kita memeriksa kenderaan kita agar berada dalam kondisi yang mantap supaya tidak mendatangkan masalah semasa dalam perjalanan nanti. kesibukan jalan raya memang mengambil masa yang lama dalam perjalanan ditambah lagi dengan kesesakan yang berlaku dan sudah semestinya kereta mengharungi perjalanan yang memakan masa yang panjang. di sini saya kemukakan sedikit panduan sebelum memulakan perjalanan agar semuanya berjalan lancar. periksalah kenderaan anda terlebih dahulu seperti yang akan saya paparkan di bawah ini. sebaik-baiknya periksalah awal sehari sebelum memulakan perjalanan

coolant dan sistem penyejukan kereta
periksalah paras air di dalam radiator agar air mencukupi. tambahkan coolant sekiranya dah lama kita tidak berbuat demikian kerana penggunaan coolant membantu untuk mengekalkan suhu sesebuah enjin kereta agar tidak mengalami kepanasan melampau terutamanya untuk perjalanan yang mengambil masa lama. 

periksa juga paras air di dalam tangki spare coolant dan pastikan kedudukannya berada pada tahap FULL supaya sistem penyejukan dapat berfungsi dengan efisien. pastikan juga radiator fan berfungsi dan berada dalam keadaan baik kerana kerosakan pada motor radiator fan ini boleh menyebabkan enjin overheat. kita juga yang susah nanti

engine oil
tarik dipstick dan pastikan tahap minyak enjin berada pada kedudukan antara MIN dan FULL. jangan pula berada di bawah MIN kerana enjin tidak mendapat minyak yang mencukupi untuk bekerja nanti dan jangan pula melebihi paras FULL kerana enjin seolah-olah dipaksa berkerja, tambahan pula kereta akan terasa lembap dan berat nanti bila minyak enjin melebihi daripada yang sepatutnya. walaupun kita dah servis kereta di mana-mana bengkel, apabila pulang ke rumah kita perlu cek juga paras minyak di dalam enjin, bukannya susah sangat, tarik dipstick dan lihat di mana kedudukan minyak enjin

brek dan tayar
brek juga hendaklah diberi keutamaan kerana aspek keselamatan sesebuah kereta banyak juga bergantung pada brek. pastikan pad brek masih lagi boleh digunakan. salah satu perkara yang kebanyak orang lupa nak buat ialah untuk cek minyak brek di dalam tabung minyak brek. pastikan brake fluid juga berada pada paras yang betul. pastikan DOT minyak brek betul dan jangan campur antara DOT3 dengan DOT4. kebiasaannya DOT3 berwarna merah manakala DOT4 berwarna putih dan jernih. tayar juga memainkan peranan penting, jangan gunakan tayar yang hampir botak atau bunganya dah kurang kerana cengkaman tayar di atas permukaan jalan tidak seperti yang diharapkan terutamanya pada hari hujan. cara memeriksa bunga tayar sama ada masih boleh digunakan lagi atau tidak ialah dengan memasukkan duit 20 sen ke celah bunga tayar. sekiranya tulisan SEN tidak kelihatan bermakna bunga tayar masih lagi tebal dan boleh digunakan dan sekiranya tulisan SEN nampak jelas sudah sampai masanya anda menukar tayar baru. maksima usia tayar boleh digunakan ialah selama 3 tahun dan selepas 3 tahun kebiasaannya getah tayar akan menjadi keras dan sudah tidak sesuai digunakan walupun bunga tayar masih lagi tebal. sebab itulah berhati-hati bila ada tawaran tayar baru yang murah kerana tayar tersebut sudah expired. anda boleh memeriksa sendiri tarikh tayar dikilangkan dengan memerhatikan pada tepi tayar yang kebiasaanya ditulis seperti ini 0215 bermakna tayar tersebut dikilangkan pada minggu ke 2 tahun 2015. tekanan angin tayar pastikan cukup iaitu 29PSI atau 200KPA

others fluid
lain-lain minyak yang perlu diperiksa ialah, minyak power steering, minyak clutch serta minyak gearbox. sebaiknya bagi kereta manual tukarlah minyak gearbox kereta anda setiap 40k mileage dan bagi kereta bertransmisi automatik penukaranya ialah setiap 20k-30k. gunakan minya yang sesuai untuk kereta anda. air pengelap cermin juga mestilah diisi penuh


bateri
pastikan bateri berada dalam keadaan yang baik dan masih kuat bekerja untuk kereta anda. sekiranya ada yang menggunakan volmeter senanglah nak pantau kesihatan bateri kereta. bateri terbahagi kepada dua jenis iaitu bateri sel kering atau lebih dikenali mantainance free dan juga bateri basah. bagi yang menggunakan sel kering biasanya tak perlu diberi perhatian sangat tetapi harus diingat bateri jenis ini kalau dah melebihi satu tahun berjaga-jagalah keranan boleh flat bila-bila masa sahaja. perhatikan indicator bateri kering yang selalunya ditandakan dengan HIJAU (baik) PUTIH (perlu charge) HITAM (rosak). bagi yang menggunakan sel basah pastikan keadaan paras air bateri mencukupi dan sekiranya air kurang tambahlah agar mencukupi. 


diri sendiri
kesihatan dan keadaan diri sendiri juga mestilah diberi perhatian. sekiranya mengantuk semasa memandu berhentilah di tempat yang sesuai untuk berehat seketika kerana sekali terlelap buruk padahnya, malang tidak berbau. rancang perjalanan kita dengan mengambil kira waktu dan masa yang sesuai. satu perkara yang tidak kurang penting ialah buatlah kunci spare yang jenis kecil dan disimpan di dalam dompet anda kerana kemungkinan pada suatu hari nanti kita sangat-sangat memerlukannya.

akhir kata selamat pulang ke kampung dan selamat hari raya semoga anda selamat menuju destinasi masing-masing. pandulah kenderaan secara berhemah, patuhilah peraturan jalan raya. memandu mengikut peraturan dan bukannya memandu mengikut perasaan. bilr lambat asal selamat kerana anda mampu mengubahnya. ingatlah sekuat mana pun kereta kita ada lagi kereta lain yang lebih kuat :)


terima kasih
jefftacra

Replacement : Carbon Brush Radiator Fan Evo

selamat berpuasa bagi yang beragama Islam, raya lebih kurang seminggu sahaja lagi. walaupun dalam bulan puasa aktiviti DIY tetap diteruskan seperti biasa, hanya terhad kepada kerja-kerja ringan sahaja :) entri kali ini saya paparkan mengenai pemasangan carbon brush bagi radiator fan motor evo3 dan kebiasaannya adalah sama sahaja dengan mana-mana radiator fan. antara simpton carbon bruh nak habis ialah temp kereta naik daripada biasa dan fan berpusing dengan perlahan daripada sebelumnya dan ada kalanya fan terus mati, kena ketuk sedikit barulah berpusing. jika kereta anda ada tanda-tanda seperti ini saya kira sudah sampai masanya untuk menukar carbon brush di dalam motor fan tersebut. ikuti langkah di bawah bagaimana kita boleh melakukannya tanpa menuka radiator fan baru ataupun menukar motor fan baru yang harganya mencecah ratusan ringgit. sepasang carbon brush hanyalah berharga rm5-rm8 sahaja

terlebih dahulu kita mestilah membuka radiator fan ini daripada radiator kereta dengan hanya membuka 4 skru 10mm sahaja dan jangan lupa untuk unplug soket fan motor ini. jangan main tarik je fan ini kot-kot wire bermasalah nanti atau kemungkinan boleh putus pada soket, bukalah dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan fin atau sirip radiator ataupun wire yang berkaitan dengannya

kemudian buka kipas dengan menggunakan spanar 8mm, keluarkan nat dan tarik bilah kipas putih ke hadapan. ada juga kipas radiator yang berwarna hitam seperti kebanyakan yang dipakai pada kereta proton. keluarkan motor dari housing dengan membuka 3 skru mata phillips seperti yang tertera pada gambar


bagi motor evo tidak ada nat untuk membuka bahagian belakang motor, kita hanya perlu umpil lock seperti gambar di atas. ada beberapa lock di sekeliling motor, umpil dengan berhati-hati supaya tidak mematahkan besi lock penutup motor tersebut kerana jika patah akan mengalami malah semasa hendak memasangnya kembali.

gambar menunjukkan beberapa lock penutup motor, umpil kesemuanya dengan berhati-hati

apabila kesemua lock telah diumpil maka boleh kita membuka penutup bontot radiator. sekiranya tidak boleh kerana terlalu ketat maka bolehlah mengetuk menggunakan tukul plastik pada bahagian tepi sekeliling penutup ini, dengan mudah penutup mulai renggang daripada silinder motor tersebut dan dapat dicabut

kelihatan habuk atau debu yang berwarna hitam dan itulah yang keluar apabila penutup dibuka. habuk ini merupaka carbon brush yang terhakis di dalam motor

kelihatan carbon brush yang sudah habis dan pendek sebab itulah fan berpusing lemah ataupun tidak berfungsi langsung

plate tembaga pada bahagian yang menyentuh carbon brush hendaklah diperhatikan dengan teliti, sekiranya terdapat kesan haus yang dalam dan menyebabkan plate tembaga nipis, fan juga akan berpusing lemah. tapi kebiasaannya plate ini masih lagi baik keadaannya

ini pula ialah stopper dan spring carbon brush yang perlu dibuka untuk mengeluarkan carbon brush lama. hati-hati ketika mengendalikan stopper ini kerana kedudukannya agak sukar untuk mengeluarkannya, kena ada cara tertentu untuk mengeluarkannya dan jangan sampai patah apa-apa alat yang berkaitan

carbon brush boleh diperolehi di kebanyakan kedai seperti di kedai spare part, hardware ataupun kedai menjual bateri. bawak sample untuk memudahkan tokey kedai mendapatkan saiz dan bentuk yang kita kehendaki. kalau tak ada sample alamatnya tak tau yang mana satu tokey kedai nak bagi pada kita

gambar atas ialah carbon yang telah siap saya pasang pada kedudukan asalnya. perlu solder wire dari kereta dengan wire carbon supaya kedudukan akan kemas dan tidak mudah longgar ataupun tercabut

klip kembali lock penutup motor seperti asal

dah pun siap dan bolehlah menguji kipas tersebut. sebelum tu saya ambil peluang untuk mencuci dan mengecat kembali housing radiator fan ini, nampaklah baru sikit kan...

berfungsi seperti asal dan barulah radiator fan akan kuat seperti sebelum ini

sekian, terima kasih
selamat berpuasa dan selamat hari raya
jumpa lagi