3rd Brake Light Proton Wira

pada bulan julai yang lepas, satu kejadian ribut telah melanda kuala terengganu. banyak pokok tumbang dan ada yang menghempap kereta terutamnya di pantai batu buruk. kebanyakan kereta yang dihempap poko boleh dikatakan mengalami kerosakan yang teruk dan ada yang dikategorikan sebagai total lost, tak pasti owner dapat claim atau tidak

rentetan daripada itu kereta perodua myvi suadara saya pun mengalami nasib yang sama iaitu pokok rambutan telah menimpa kereta beliau. nasib baik hanya lampu belakang sahaja yang mengalami kerosakan pada bahagian kanan kereta. so tidak dapat tidak kena lah tukar lampu belakang myvi tersebut dengan yang baru atau yang 2nd di kedai potong


gambar menunjukkan beberapa buah kereta yang dihempap pokok di sekitar kuala terengganu. namun walaupun kelihatan agak teruk tetapi dilaporkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma kerosakan kereta dan harta benda sahaja. ye lah.. kereta boleh dicari ganti, nyawa yang selamat mestilah disyukuri


ini pula kejadian yang berlaku di rumah mentua saya iaitu dua buah kereta juga telah dihempap oleh sebatang pokok rambutan yang telah berusia. ditambah pula dengan angin kencang pada petang itu maka tumbanglah. sebelah kiri proton persona tidak mengalami apa-apa kerosakan, cuma perodua myvi yang di sebelah kanan tu yang menyebakan lampu belakang pecah terkena dahan

apa pula kaitannya dengan tajuk entri ini iaitu 3rd brake light proton wira. tidak ada wira pun dalam ceritan ini kan? sebenarnya apabila saudara saya itu meminta pertolongan untuk mencari dan mendapatkan lampu gantian bagi myvi beliau telah terlintas pada fikiran saya hendak meminta daripadanya lampu yang rosak ini untuk jalankan sesuatu projek iaitu saya hendak menggunakan LED lampu brek myvi untuk diubahsuai dan dipasangkan pada lampu brek ke-3 proton wira. so hari ini telah siap kerja-kerja berkenaan, lampu led telah terpasang pada lampu brek ke-3 proton wira manakala myvi tadi dah pun dapat lampu gantian. semua ini hasil daripada saya posting pada fb untuk mendapatkan lampu myvi, tak sampai sehari ada orang yang contact saya mengatakan dia hendak menjual lampu myvi yang ternyata masih dalam keadaan yang sangat baik

bebalik pada entri diy kali ini iaitu saya telah mengambil kesemua led di dalam lampu brek myvi dan dimasukkan ke dalam lampu brek ke-3 proton wira. hasilnya cahaya menjadi lebih terang kerana menggunakan led

inilah lampu perodua myvi yang telah pecah akibat dihempap dahan pokok rambutan. daripada terbuang begitu sahaja maka saya mengambil kesemua led di dalamnya untuk jalankan projek saya


buka beberapa nat pada bahagian belakang lampu ini untuk mengeluarkan led yang tersusun rapi pada housing lampu. kesemuan ada 15 biji led yang baik dan terdapat satu litar yang menyambungkan komponen tertentu dan seterusnya disambungkan ke led. dengan adanya litar tersebut lampu led ini tidak mudah terbakar atau rosak


untuk mendapatkan satu-satu led terpaksalah kerja sikit iaitu memotong pada setiap housing led satu-satu iaitu saya terpaksa memotong 15 housing led pada board lampu. agak memenatkan sedikit tapi kerja ini tetap diteruskan untuk melihat hasilnya nanti


keluarkan lampu brek ke-3 proton wira dengan membuka 2 biji nat 10mm pada bahagian bawah panel speaker di dalam boot kereta. unplug soket dan keluarkan lampu ini. buka kesemua klip dan nat yang ada sehinggalah nampak reflektor lampu ini yang terletak pada bahagian dalam lampu. kemudia susun led yang diambil tadi satu persatu seperti dalam gambar di atas dan lekatkan pada bahagian belakang tapak led dengan menggunakan double sided tape 3m pada reflektor lampu brek ke-3 proton wira. wire tak perlu potong, hanya susun sahaja seperti gambar di atas


apabila dah siap menyusun dan melekatkan led maka pasang balik housing lampu brek ke-3 wira seperti asal. pada bahagian bawah lampu ini lekatkan board led pada housing lampu brek ini. soket asal lampu wira kena potong dan disambungkan pula dengan wire lampu led ini. dah pun selesai dan tibalah masanya untuk menguji sama ada led ini berfungsi atau pun tidak


led dah hidup cuma penutup lampu je belum pasang lagi. nampak tidak teratur sedikit kedudukan led ini kerana permukaan reflektor lampu brek wira melengkung ke dalam. nak cantik lagi boleh gunakan bahan lain yang rata dan dimasukkan ke dalam lampu ini


cermin lampu telah siap dipasang dan kelihatan cahaya yang dihasilkan agak terang jika dibandingkan dengan sebelum ini yang hanya menggunakan satu bulb sahaja. sekarang dah ada 15 biji led dan sudah tentu kalau malam cahaya ini bertambah terang. belum test lagi waktu malam bagaimana tahap kecerahan cahaya ini


ini video yang saya uji pada kereta dengan menekan pedal brek lampu ini berfungsi dengan baik. lampu berkelip-kelip 6 kali dan akan statik seperti asal. untuk menghasilkan fungsi ini kena tambah 12v flasher module pada lampu ini yang boleh dibeli di kedai elektronik

terima kasih
sincerely : jefftacra

Honda Jazz GE Audio Control

honda jazz GE8 ckd malaysia keluaran tahun 2013 berharga kira-kira 70k lebih. 2nd generation honda jazz ini sekarang telah digantikan dengan jazz baru keluaran tahun 2014 yang dikenali sebagai jazz GK manakala generasi awal jazz pertama dahulu disebut sebagai jazz GD sama ada GD1-GD3. berbalik kepada jazz GE CKD PETROL malaysia ini bertransmisi auto 5 speed manakala ada juga keluaran HYBRID iaitu untuk pemjimatan penggunaan bahan api dan lebih mesra alam. perbincangan entri kali ini ialah bagaimana untuk menjalankan fungsi audio control pada stereng honda jazz ge ckd malaysia


stereng jazz ge ckd ini tidak didatangkan dengan audio control seperti pada gambar ini iaitu stereng sebelah kanan, hanya ruang kosong sahaja pada kiri dan kanan stereng tersebut. jadi perlulah anda mendapatkan set audio control sama ada yang dibeli baru atau pun mendapatkannya daripada kebanyakan kedai potong. sekiranya dah dapat set audio control ini maka bolehlah terlebih dahulu memasangnya pada stereng secara plug n play sahaja seperti gambar sebelah kiri di atas. boleh juga anda dapatkan stereng honda jenis ini versi leather yang memang sudah tersedia dengan audio control dan auto cruise controller


seterusnya kita perlu mendapatkan pula clock spring atau spiral cable honda FIT japan yang mempunyai banyak pin pada soket hadapan dan soket belakang clock spring ini. kegunaan pin ini lah untuk kita menyambungkan wire dari audio control ke clock spring dan seterusnya ke head unit di kereta. kalau clock spring jazz ge ckd hanya mempunya 2 pin sahaja iaitu untuk menjalankan fungsi horn sahaja dan memang tidak boleh digunakan untuk menghidupkan apa-apa fungsi pada stereng. anda boleh membeli baru atau 2nd di kedai halfcut tapi pastikan clock spring ini berfungsi dengan baik, tambahan pula wire air bag pun menggunakan soket yang terdapat pada clock spring ini untuk mengaktifkan air bag apabila berlaku hentakan di hadapan kereta


sebelum membuka stereng terlebih dahulu buka terminal negatif bateri dan tunggu sekurang-kurangnya 15 minit supaya arus dalam capacitor abs module tidak aktif lagi. ini perlu dilakukan supaya tidak merosakkan air bagi pada stereng kerana kesilapan seperti shor circuit boleh menyebabkan air bag meletup. selepas 15 minit buka cover bahagian bawah stereng dan un-plug soket kuning untuk air bag dan barulah boleh keluarkan air bag pada bahagian tengah stereng dan kemudiannya cabut stereng daripada kedudukannya


buka cover stereng sub seperti di dalam gambar, hanya terdapat 3 nat phillips sahaja yang kesemuanya terdapat pada bahagian bawah cover tersebut. keluarkan stereng cover ini bahagian atas dan bawahnya


inilah gambar selepas cover stereng dibuka dan akan nampak dengan lebih jelas clock spring asal honda jazz ge ckd. jika dibandingkan dengan yang sebelah kanan tu nampak sama dan tiada bezanya tetapi kalau diperhatikan pada jumlah pin pada soket baru ada perbezaan yang ketara, seperti yang saya jelaskan pada bahagian permulaan tadi. kalau menggunakan clock spring standard mesti tidak boleh nak sambungkan wire pada audio control di stereng. keluarkan clock spring asal dan diganti dengan clock spring baru. cara nak buka ialah umpil sikit lock pada bahagian belakang atas dan bawah clock spring yang dipadankan pada stereng colum itu


inilah wiring dan soket asal pada jazz ge ckd iaitu hanya ada dua wire sahaja untuk kegunaan horn dan tidak boleh digunakan untuk fungsi lain. pada soket putih pun hanya terdapat dua wire juga, sebab itulah kena tukar clock spring yang mempunya banyak pin dan soket audio control pun sememangnya ada wire yang perlu digunakan untuk menyambungkannya ke head unit kereta. jadi wire di atas ini tidak digunakan lagi, boleh tanggalkan daripada stereng dan simpan sahaja


ini ialah soket yang akan kita gunakan iaitu mempunyai banyak wire jika dibandingkan dengan yang standard tadi. soket ini banyak wire kerana ada dua wire untuk audio control dan disambungkan ke head unit serta dua wire untuk illumination untuk menghidupkan lampu pada suis audio control. di situ juga terdapat dua wire untuk hidupkan horn dan selebihnya ialah wire auto cruise, wire auti cruise ini kita tidak akan gunakan sebabnya ialah fungsi atau module auto cruise tidak ada pada honda jazz ge ckd ini.

lihat lakaran yang saya buat pada soket di atas dan inilah wire yang perlu kita pinda kedudukan sedikit. pertamanya wire cokelat dan wire hijau/merah dioptong dan wire pink dan hijau/hitam pun dipotong juga. sambungkan wire hijau/merah daripada audio control ke wire hijau/hitam manakala wire cokelat daripada audio control disambungkan ke wire pink. wire pink dan hijau/hitam yang dipotong tadi dari auto cruise tidak disambung ke mana-mana. 

wire cokelat dan wire hijau/merah daripada soket disambungkan ke wire hijau dan wire merah hitam yang bersambung ke suis audio control dan wire auto cruise untuk menghidupkan lampu di dalam suis. untuk wire horn ikut kedudukan pin asal pada soket asal yang dibuka tadi. selesai penyambungan pada soket biru ini yang akan diplug in dengan soket di hadapan clock spring


ini gambar wiring yang telah siap dipinda mengikut apa yang saya telah terangkan di atas tadi. dalam prose ini anda perlu berhati-hati kerana kesilapan pada proses ini boleh menyebabkan short circuit dan boleh mendatangkan masalah pada suis atau pada fuse kereta nanti


ini pula ialah soket pada bahagian belakan clock spring. pada soket putih ini peerlu ditambah dua pin lucar wire yang berfungsi untuk menghidupkan lampu pada suis di stereng nanti. wire ini nanti akan disambungkan positif dan negatif lampu kecil yang terdapat pada bahagian bawah dashboard. dua wire lagi ke head unit atau radio tidak perlu dibuat kerana pada soket putih ini sudah tersedia dua wire yang telah disambungkan ke radio. wire ini telah pun ada pada wiring jazz ge ckd. sekiranya dua wire ini tidak ada maka perlulah disambungkan ke soket belakang head unit. saya tak tunjukkan penyambungan wire ini kerana wire dah sedia ada dari kilang lagi

apabila telah selesai proses wiring maka boleh memasang kembali peralatan yang dibuka tadi. sambungkan soket pada belakang clock spring, sambungkan soket kuning air bag pada bahagian belakang clock spring, pasangkan semula cover stereng, pasangkan stereng dan plug ini soket biru dengan soket clock spring hadapan. apabila dah selesai jangan lupa sambungkan wire soket kuning untuk air bag dan sekiranya lupa nak sambung soket kuning ini maka akan keluarlah indicator air bag pada meter, susah pulak nak reset nanti


setelah semua soket disambung dan periksa sekali lagi setiap pemasangan yang dilakukan agar tidak ada yang tertinggal atau lupa pasang. sambungkan terminal negatif bateri, start kereta dan pastikan indicator air bag hidup dan padam seperti asal. kemudiannya uji lah button audio control pada stereng. pada kereta yang saya lakukan modifikasi ini semuanya button dapat berfungsi dengan baik dan saya telah ubah suai suis MODE untuk ON dan OFF head unit atau radio. jadi nak pasang radio hanya tekan button MODE dan nak off radio pun tekan button yang sama. cuma pada bahagian kanan stereng iaitu gambar bawah tu tak function lah sebab itu untuk auto cruise, rancagan akan datang saya nak mod suis auto cruise ini untuk fungsi lain yang akan difikirkan semula. lampu suis pun dah bercahaya seperti gambar di atas

selamat mencuba dan sedikit ingatan segala apa yang anda lakukan saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini terhadap kereta anda. menjadi tanggungjawab anda sendiri apabila melakukannya

terima kasih
sincerely : jefftacra

Over Size Disc Rotor

kali ini saya berpeluang menaiktaraf disc rotor sebuah honda jazz GE iaitu penukaran oversize disc rotor daripada disc rotor asal. saiz disc baru ini ialah kira-kira 285mm sahaja dan dirasakan penukaran disc yang lebih besar bagi sesebuah kereta boleh menambahkan lagi keberkesanan sistem brek kereta tersebut. anda boleh rujuk entri terdahulu mengenai braking sistem components atau pun anda boleh KLIK SINI untuk mendapatkan maklumat mengenai sistem brek kereta. ikut paparan di bawah sebagai panduan dan rujukan, mana tahu ada juga yang berminat untuk menjalankan modifikasi seperti ini dan sedikit sebanyak dapat mengikuti langkah yang perlu dilakukan dengan betul


inilah pakej yang anda dapat sekiranya membeli oversize disc rotor untuk honda JAZZ GE tahun 2008 hingga 2014, saya tak pasti honda JAZZ GK dapat menggunakan set ini atau pun tidak. apa yang diperoleh di dalam kotak ini ialah sepasang disc rotor bersaiz 286mm, sepasang bracket untuk pemasangan caliper brek dan satu set brake pad berwarna biru seperti yang tertera dalam gambar di atas


sebenarnya set oversize disc ini daripada brand VTTR keluaran negara taiwan. set pad brake pun daripada jenama yang sama juga. brake pad ini boleh dikatakan salah satu brake pad yang baik juga untuk digunakan pada kereta kita. tahap kepanasan pad brake ini ialah dalam lingkungan 50 degree hingga 500 degree. kalau tahap seperti ini nak turun dari genting pun tak jadi masalah, brek masih lagi mencengkam dengan baik. brake pad ini sama saiz seperti pad standard honda jazz kerana dalam proses modifikasi ini nanti kita tidak perlu menukar caliper lain dan hanya perlu menggunakan semula caliper brek honda jazz yang asal 


inilah disc rotor dan caliper serta bracket asal honda jazz ge 2014. saiz disc saya tak berapa pasti kerana tidak mengukurnya terlebih dahulu. dalam proses penukaran kepada saiz disc besar ini kita hanya perlu menukar disc rotor, bracket dan pad brek sahaja, manakala caliper asal ini masih digunakan lagi, tak perlu tukar caliper lain. seperti biasa keluarkan rim dan kemudian buka nat 14mm pada bahagian atas dan bawah caliper dan seterusnya keluarkan caliper. hose minyak brek ta perlu buka sebab caliper ini akan dipasang pada bracket baru nanti. langkah seterusnya keluarkan bracket caliper dengan membuka nat 17mm pada bahagian belakang disc rotor. akhirnya keluarkan pula disc rotor asal ini


lihat perbandingan antara disc rotor asal honda jazz (kiri) dengan vttr disc dan memang nampak agak ketara perbezaan saiznya. selain daripada saiznya yang besar, disc vttr ini juga didatangkan dengan slotted pada bahagian disc, jadi ini juga sebenarnya ada peranan tertentu ketika kita membrek


perhatikan pada bracket yang dipasang, kenapa warna berlainan dengan gambar di atas sekali, kenapa bukan warna merah. jawabnya owner kereta ini tidak berminat dengan warna merah dan saya telah spray bracket warna merah tadi dengan warna silver high temp. mula-mula masukkan disc rotor, pasangkan bracket, pasangkan pad brek dan kemudiannya pasangkan caliper. itu sahaja yang perlu dilakukan. jangan lupa untuk mengikat nat bracket bersaiz 17mm dengan kuat dan betul supaya tidak mendatangkan apa-apa masalah apabila membrek nanti. jelas tertera pada disc rotor ini iaitu jenamanya VTTR SPORTS dengan part number SBK106F


anda boleh lihat pada gambar ini iaitu caliper asal honda jazz boleh dipadankan dengan kemas pada bracket baru oversize disc ini. pastikan semasa memasang caliper letakkan sedikit gris pada lubang caliper pin atas dan bawah untuk melancarkan pergerakan caliper ketika membrek. satu lagi jangan tertukar antara pin caliper atas dengan yang bawah kerana ada sedikit perbezaan pada hujung pin tersebut. bahagian atas pinnya solid sahaja manakala pada bahagian bawah terdapat getah pada hujung pin caliper


apabila segalanya dah selesai dan telah berpuashati dengan kerja ini maka bolehlah kita memasang kembali rim pada kereta. owner kereta ini menggunakan rim bersaiz 16 inci dan saya tak pasti bagi yang menggunakan rim 15 inci oversize disc ini dapat masuk atau tidak, takur sangkut pada caliper. kalau ada rim 15 inci tadi boleh  lah saya mencubanya dulu 

apabila segalanya dah siap, berhati-hati semasa membawa kereta kerana brek ini masih lagi belum mencengkam sepenuhnya. kena ambil masa sedikit supaya permukaan disc dapat disesuaikan dengan permukaan pad brek. jangan terus lenjan, bawak perlahan-lahan dan saya kira mengambil masa seminggu juga untuk membolehkan sistem brek berkesan seperti asal

terima kasih
sincerely: jefftacra

Braking System Components

salam sejahtera. dah masuk bulan ogos rupanya, sekejap je masa berlalu dan tak lama lagi tahun 2015 akan berganti dengan tahun 2016, bermakna bertambah lagi lah usia kita. ok, berbalik pada entri blog kali ini ialah saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang ada kepada anda semua mengenai sistem brek pada sesebuah kereta. brek amat penting bagi sesebuah kereta untuk menghentikan kereta apabila diperlukan terutamanya semasa kecemasan atau pun pada situasi biasa. jangan ambil mudah hal berkaitan dengan sistem brek kerana kegagalan brek boleh mengundang padah. oleh itu selalulah kita periksa sistem brek kereta kereta supaya berada pada tahap yang memuaskan dan boleh berkhidmat dengan cemerlang untuk keselamatan kita dan famili


sistem brek kereta bermula daripada kita menginjakkan kaki pada pedal brek dan dari situlah sistem brek mula memainkan peranan dan menjalankan tugasnya. dari pedal brek ke servo brek dan ke master pump brek. kemudiaanya ke body pump, pipe brek, ke caliper, pad brek dan akhirnya ke disc rotor atau drum brek dan kemudiannya ke tayar kereta yang berperanan untuk mencengkam di atas permukaan untuk memberhentikan kereta. jadi sistem ini mestilah efisien dan berfungsi dengan sempurna dan saling berkaitan antara satu sama lain untuk memberhentikan kereta. jika salah satu peralatan tadi gagal berfungsi maka gagallah sistem brek kereta kita


semasa kita menekan pedal brek sebenarnya kita menekan push rod pada servo brek yang mempunyai vacuum di dalamnya dan seterusnya menolak pula master pump brek di hadapan servo brek. kita dapati servo brek ini terdiri daripada dua jenis iaitu single layer dan double layer. kebanyakan kereta proton dibekalkan dengan servo brek single layer dan ternyata dah memadai dengan keupayaan kereta. kalau menggunakan servo double layer sistem brek menjadi lebih cekap kerana cengkaman akan menjadi lebih baik daripada menggunakan single layer, tak perlu lagi menekan pedal sehingga terangkat punggung sekiranya berlaku kecemasan. anda boleh pilih servo double layer daripada lancer evo atau pun daripada nissan. saya dah merasai kedua-dua servo double layer ini dan ternyata servo nissan daripada model SR20 lebih 'sedap' daripada evo punya. feel rasa lembut apabila menekan pedal brek tetapi brek sangat memberikan respons yang baik. pemasangan double layer servo brek KLIK SINI


daripada master pump ini kemudiannya bendali minyak brek akan memasukki body pump iaitu di sini peranannya ialah untuk membahagikan ke bahagian mana minyak brek akan disalurkan. kebiasaanya kalau brek hadapan cengkaman atau aliran minyak dibenarkan sebanyak 70% manakala untuk brek belakang sebanyak 30% cengkaman. tugas ini dimainkan oleh body pump kerana di dalamnya terdapat valve yang berperanan membenarkan aliran minyak mengikut nisbah tertentu ke caliper brek sama ada di hadapan atau di belakang. sekiranya body pump ini tersumbat maka aliran minyak brek tidak lancar dan boleh menyebabkan brek tidak makan atau makan sebelah. apabila masalah ini berlaku boleh service body pump ini KLIK SINI


seterusnya minyak brek akan dialirkan pula melalui paip brek yang akan menuju ke caliper. kebiasaannya paip brek ini terdiri daripada bahan logam iaitu paip logam yang akan menuju ke kiri dan kanan kereta dan seterusnya melalui bahagian bawah kereta untuk ke bahagian belakang caliper brek. daripada paip brek ini pula disambungkan dengan hose brek sebelum sampai ke caliper. standardnya hose getah akan digunakan oleh pengeluar kereta. kita boleh menukar hose getah ini kepada braided hose seperti gambar di atas yang ternyata boleh memberikan kesan yang baik untuk sistem brek kereta kita. hose getah apabila panas atau pun apabila minyak brek menjadi panas dan apabila kita menekan pedal hose getah ini akan mengembang sedikit dan sudah tentu ada kesannya pada sistem brek kereta tanpa kita sedari. penggunaan braided hose brek boleh mengatasi masalah ini dan sebab itu lah kalau kita lihat banyak brand braided hose ini yang terdapat di pasaran. saya hanya mengguankan hose S-FILDA yang diambil daripada halfcut evo3 dan masih lagi berkhidmat hingga kini


pengakhiran minyak brek akan terhenti di dalam caliper brek atau pump brek bagi yang menggunakan sistem drum pada brek belakang. caliper juga mempunyai peranan penting kerana sistem caliper inilah yang menekan pad brek pada disc rotor. asasnya semua kereta standard proton dipasang dengan caliper single piston atau single pot sahaja, tapi dah memadai untuk kereta tersebut. penggunaan caliper selain single pot amat berkesan dan begitu baik sekali, contohnya saya menggunakan caliper twin pot daripada evo3 dan memang saya cukup puas hati dengan caliper ini dengan enjin dan kereta saya. gambar atas ialah caliper twin pot evo3. namun begitu masih banyak lagi jenis caliper di luar sana yang digunakan oleh kereta-kereta tertentu sehinggakan ada yang 4 pot, 6 pot terutamanya bagi kereta sport mewah. kalau kereta perodua atau viva amat berbaloi upgrade brek standard kepada brek myvi kerana boleh dipasang secara plug n play sahaja seperti MIVEC BRAKE pada wira 1.5


pemilihan brek pad yang baik juga membantu kecekapan sistem brek. banyak jenama aftermarket di luar sana yang disediakan oleh pengeluar dan masing-masing ada alasan tersendiri mengenai kelebihan jenama masing-masing. ada yang murah dan ada yang mahal dan selalunya yang mahal itu memang lah baik. saya menggunakan brek pad 2nd jenama PROJECT MU seperti dalam gambar yang juga diambil daripada lancer evo 3. apa kelebihan brek pad berjenama ini? boleh bagi jawapan? bukan brek pad standard tak boleh digunakan, malahan brek pad standard pun berupaya memberhentikan kereta dengan baik, itu tidak dinafikan. penggunaan brek performance brek pad sebenarnya sangat baik kerana mempunyai daya ketahanan suhu masing-masing. contohnya brek pad jenama VTTR BLUE mempunyai ketahanan suhu mencecah 500 degree dan ini sangat baik, contohnya kalau kita turun dari genting yang 100% bergantung kepada brek, pad ini masih boleh bertahan dan mampu memainkan peranannya dengan sangat baik. sudah tentu kalau pad biasa apabila turun genting akan rasa macam tak berapa makan lah jugak


penggunaan disc rotor juga boleh dikatakan ada kaitannya dengan kecekapan sistem brek. terdapat disc yang permukaannya kosong sahaja seperti kebanyakan disc rotor standard, ada yang slot disc seperti gambar di atas, ada yang cross drilled dan juga ada gabungan antara slotted disc dan cross drilled. kelebihannya pad dapat mencengkam dengan lebih baik lagi dan dapat membebaskan haba dengan berkesan. kekurangannya pula ialah pad brek cepat habis jika dibandingkan dengan penggunaan standard disc. saiz disc juga mempengaruhi keberkesanan sistem brek, disc besar lagi baik. sebab itulah ada pengguna yang sanggup mengeluarkan duit untuk upgrade kepada over size disc rotor yang banyak terdapat di pasaran dan ternyata memang berbaloi-baloi. contohnya bayang kedai yang jual over size disc dan caliper untuk dipasangkan pada perodua myvi. selain nampak cantik sistem brek juga bertambah mantap


minyak brek juga perlu diberi perhatian, sekiranya kurang kena lah tambah supaya sistem brek tidak gagal menjalankan peranannya. sekiranya indicator brek pada meter hidup bermakna minyak brek kurang atau tiada langsung, periksalah di dalam tabung minyak brek pada master pump. selalunya akan kurang dan sekiranya kurang anda boleh menambah minyak brek. minyak brek ada yang dot 3, dot 4 dan dot 5.1. saya kira pengguna yang menggunakan keempat-empat brek disc eloklah menukarnya kepada minyak brek dot4 kerana dot4 tahah boiling pointnya adalah lebih tinggi daripada minyak dot 3. saya selalu menggunakan minyak brek dot 4 daripada keluaran BENDIX. normalnya dot 3 berwarna merah manakala dot 4 jernih. bermula tahun 2014 saya beralih pula kepada minya brand ATE yang berwarna biru, selalunya digunakan oleh kebanyakan kereta conti seperti merc atau volvo


sekiranya permukaan disc rotor kereta anda tidak rata, nampak beralun dan sebagainya maka eloklah anda skim atau ratakan balik permukaan disc tersebut. disc bengkok pun kena betulkan dengan cara skimming ini. hantar ke kedai machinery dan tahulah mereka kerjakan disc rotor anda. kalau anda tekan brek dan sekiranya terdapat gegaran pada pedal brek bermakna disc rotor anda telah bengkok. hantar lah skim, tak mahal mana pun, lebih kurang rm70 je sepasang, demi keselamatan anda dan keluarga anda juga. faktor disc bengkok kebiasannya terkena air pada masa disc panas, ini selalunya kita tidak sedar contohnya lepas berjalan jauh terus singgah kedai car wash untuk basuh kereta, pada masa ini disc rotor masih lagi panas dan bila terus disiram air maka disc boleh bengkok sedikit dan inilah punca yang kebanyakan daripada kita tidak menyedarinya. ada juga yang terkena lopak air dan boleh menyebabkan keadaan ini berlaku


motor saya pun pasang disc belakang jugak, untuk menambahkan seri sahaja tapi berfungsi dengan baik dan berkesan. motor yamaha ss tahun 1991 ditukar kepada rear disc yamaha lagenda aftermarket brand apido racing. pemasangannya bukan secara plug n play tetapi banyak kerja yang perlu dilakukan.


akhirnya, selalu lah periksa sistem brek kereta anda terutamanya bagi yang hendak memulakan perjalanan jauh seperti pada musim perayaan dan sebagainya. pad brek yang haus perlu ditukar dengan yang baru, minyak brek kurang perlu ditambah dengan secukupnya. SAFETY FIRST

terima kasih
sincerely: jefftacra