Mounting, ARB Bush & Steering Rack Boot

assalamualaikum dan salam sejahtera. seperti biasa apabila menjelang hari sabtu maka selalunya akan ada kerja-kerja diy yang dilakukan sama ada terhadap kereta sendiri atau kereta rakan-rakan yang lain. pada hari ini juga saya telah berpeluang untuk melakukan kerja yang boleh dikatakan agak berat juga iaitu kerja-kerja penukaran bush sway bar atau anti roll bar hadapan proton wira, penukaran keseluruhan mounting enjin dan seterusnya penukaran dust boot steering rack kereta berkenaan. boleh dikatakan kerja hari ini agak berat juga memandangkan banyak kerja yang perlu dilakukan pada bahagian bawah kereta

inilah kereta poton wira sedan bernadikan enjin 4G91 auto yang mengalami masalah bunyian seperti bunyi besi berlaga terutamanya semasa memulakan perjalanan pada waktu pagi. bunyi tersebut agak jelas kedengaran pada bahagian bawah enjin. setelah diperiksa didapati bush anti roll bar koyak dan kesemua mounting enjin mengalami masalah, ada yang koyak iaitu mounting crossmember manakala mounting kiri dan kanan putus. masalah ini mungkin menyebabkan enjin bergegar dan sebab ituah apabila melalui jalan tidak rata akan mengeluarkan bunyian tertentu yang memang tidak enak didengar. seperti biasa anda perlu menggunakan jack stand untuk langkah keselamatan kerana kerja di bawah kereta begitu bahaya sekiranya menggunakan hydraulic jack 2 tan atau jack standard kereta. langkah keselamatan perlu diambil kira kerana malang tidak berbau

setelah dikeluarkan crossmember didapati mounting hadapan dan belakang sudah koyak dan lebih baik ditukar dengan yang baru sama ada diperoleh di mana-mana kedai spare part atau di service center proton. kalau di kedai spare part mounting agak murah sedikit jika dibandingkan dengan yang di SC proton. pilihan di tangan anda. saya cadangkan dapatkan barangan original proton atau mitsu kerana ternyata penggunaan barangan ori boleh bertahan lama sehinggakan 5 tahun penggunaan masih lagi tidak bermasalah. gambar atas ialah mounting crocssmember yang baru untuk kereta auto. haris diingatkan bahawa kereta auto dengan kereta manual mouting crossmember berbeza antara keduanya sebab itulah jika hendak mendapatkan di kedai perlu anda menyatakan jenis barangan mengikut kereta anda

saya terpaksa mengeluarkan cub frame kereta ini memandangkan sebiji nat bracket bush anti roll bar telah rosak akibat kerap kali terkena air air cond. bahaian tepi nat telah hilang akibat terserpih. jadi terpaksa kerja keras untuk menurunkan sub frame dan mengeluarkan nat tersebut secara memahatnya. sebenarnya kalau tiada masalah kita tak perlu pun mengeluarkan sub frame keseluruhannya jika hendak menukarkan bush anti roll bar, memadai dengan hanya menurunkan separuh sahaja daripada kereta sudah boleh membuka nat bracket bush tetapi masalah yang saya nyatakan di atas tadi menyebabkan saya terpaksa membuat kerja di luar untuk mengeluarkan nat tersebut

jadi untuk mengeluarkan nat yang rosak ditambah pula degan karatnya yang tebal, saya gunakan pahat dan tukul untuk mengeluarkannya. ketuk pada bahagian tepi nat beberapa kali sambil menggunakan wd40 untuk membantu kerja-kerja ini. nak keluarkan sub frame banyak kerja yang perlu dilakukan lagi iaitu buka down pipe extractor, buka nat bush steering rack dan seterusnya keluarkan lower arm kiri dan kanan kereta. amat memenatkan kerja hari ini tapi hasilnya pasti menggembirakan owner kereta

akhirnya nat yang bermasalah tadi tapat dikeluarkan setelah berhempas pulah memahatnya. bahagian yang satu lagi tak ada masalah pun, dapat dibuka dengan tool biasa sahaja. kalau tak keluarkan sub frame daripada kereta memang tak dapat buka lah nat yang rosak ini. jadi saya gantikan nat lain apabila dah memasang bush dan bracket pada sub frame

inilah bush anti roll bar yang sudah merekah dan pada bahagian tepinya dah tembus, sebab itulah akan mengeluarkan bunyi apabila memandu kereta lebih-lebih lagi ketika memandu pada permukaan jalan yang tidak rata. bush ini murah sahaja tapi nak menukarkannya memanglah memenatkan. ada sesetengah kedai agak keberatan hendak menukar bush ini sahaja

mouting pada bahagian kanan kereta iaitu bahagian gearbox enjin didapati telah merekah dan hampir putus. sebab itulah anda perlu memeriksa mouting kereta anda sekiranya enjin bergegar kuat atau bagi kereta auto pada masa nak masukkan gear D enjin bergerak agak kuat. tukarlah dengan yang baru dan pemanduan anda akan serta merta menjadi lebih baik dan menyeronokkan tanpa ada sebarang masalah lagi

pasang semula segala peralatan tadi dengan berhati-hati, kenakan torque yang betul pada setiap nat. kelihatan si kecil begitu berminat dengan kerja-kerja saya pada hari ini. dah hampir selesai kerja hari ini

inilah barang yang rosak yang ditukar pada hari ini iaitu keseluruhan mounting enjin, bush anti roll bar dan boot steering rack. apabila dah siap tadi saya berpeluang menguji kereta ini dan ternyata tida lagi masalah bunyian seperti sebelumnya, sekian terima kasih

sincerely: jefftacra

Steering Pump Shaft Bearing Replacement

salam kemerdekaan yang ke-58, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkannya kepada pengunjung dan followers page diytacra.com. kali ini saya paparkan cara untuk menukar shaft bearing power steering pump bagi kereta mitsubishi khasnya bagi enjin yang mempunyai kod 491/2/3 ataupun power steering pump mitsubishi evolution 1/2/3. kaedah ini juga boleh dilakukan kepada pemilik kenderaan proton terutama wira/satria/putra yang berkapisiti 1.6/1.8 liter. power steering pump sangat penting kerana sebaik sahaja kereta dihidupkan maka berjalanlah pulley pump yang seterusnya menggerakkan mekanisme pump untuk mengalirkan minyak power steering ke steering rack dan begitulah seterusnya minyak akan sentiasa rolling untuk meringankan stereng kereta kita. tanpa motor power steering maka beratlah terasa pada setereng apabila kita mengendalikannya

seorang rakan yang juga pemilik wira aeroback telah menelefon saya dan memberitahu masalah keretanya iaitu terdapat bunyi yang sangat kuat pada bahagian pump power steering kereta. sebaik sahaja memandu keretanya ke tempat kerja didapati minyak power stereng telah terkeluar daripada tabung minyak dan hal ini adalah berpunca daripada kerosakan yang berlaku pada power steering pump. untuk pulang ke rumah saya mencadangkan agar dia membuka belting power stereng kerana dikhuatiri kerosakan bertambah teruk sekiranya terus menggunakan power steering. jadi bolehlah dia pulang ke rumah dengan stereng yang sangat berat kerana dah bukan power steering, nasib tak jauh sangat antara tempat kerja dengan rumahnya

apabila diperiksa didapati memang pulley pump telah bergoyang dan pada anggapan saya kemungkinan bearing shaft telah rosak atau dah hancur. telahan saya memang benar kerana setelah dikeluarkan bearing daripada pump didapati bearing tersebut rosak teruk kerana ada bracket bebola besi dalam bearing telah hilang entah ke mana, mungkin akibat pergerakan semasa memandu kenderaan tadi menyebabkan ada besi yang hancur akibat geseran

inilah keadaan shaft bearing yang telah dikeluarkan daripada pump tersebut dan untuk mengeluarkannya bukan cara yang mudah kerana memerlukan hydraulic press machine. biasanya kita boleh buat di mana-mana bengkel atau kedai spare part yang mempunyai perkhidmatan seperti ini. ada dalam kalangan pomen yang agak keberatan untuk membaik pulih pump ini kerana kerja-kerja yang perlu dilakukan agak cerewet sedikit. bukan saya katakan semua pomen tak nak buat, ada yang nak buat tapi mostly mencadangkan agar tukar dengan pump yang baru sahaja, senang kerja iaitu buka pump lama dan pasang sahaja pump baru

setelah bearing dikeluarkan bolehlah membawanya ke kedai spare part untuk mendapatkan bearing yang baru. kalau tak nak bawak sample anda kena tahu part number bearing tersebut. bagi bearing power steeering pump ini no partnya ialah 6203 seperti yang tertera pada kotak berdasarkan gambar di atas. part number ini juga boleh didapati pada permukaan bearing tersebut. saya dapat dengan harga rm10 sahaja di kedai spare part teong lean di jalan pulau kambing, kuala terengganu. bagi yang tinggal di negeri terengganu khususnya sekitar kuala terengganu kedai ini agak familiar bagi sesiapa yang berhajatkan spare part kereta

inilah peralatan pump power steering yang telah diservis sepenuhnya oleh saya sendiri dan bersedia untuk dipasangkan dengan bearing baru. di dalam pump juga terdapat satu oil seal yang perlu ditukar sekiranya bocor, kalau tak bocor boleh pakai lagi yang lama tu, rasanya tak ada masalah pun

untuk memasang bearing pada tempatnya iaitu pertamanya masukkan atau padankan bearing kepada shaft pump tadi. kalau tak ada press machine sebenarnya anda boleh mengetuk shaft untuk dimasukkan ke bearing tapi cara ini tidak digalakkan kerana boleh merosakkan bearing

kemudiannya press bearing ke dalam housing pump seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. jangan lupa sapukan sedikit gris pada bahagian bearing dan shaft sebelum dipasangkan bearing agar dengan cara ini dapat melicinkan permukaan yang bergeser agar senang dipasangkan nanti

setelah bearing berjaya dipasangkan pada housing pump maka boleh kita memasang kembali snap ring yang berfungsi sebagai lock untuk bearing tersebut agar tidak mudah terkeluar atau tercabut semasa pump beroperasi nanti. washer seperti gambar di atas dimasukkan dahulu pada permukaan bearing dan kemudiannya diikuti dengan snap ring

pasangkan pulley power steering pump seperti gambar yang ditunjukkan dan jangan lupa untuk meletakkan kepingan besi bulat pada bahagian bawah pulley agar pemasangan dapat dilakukan dengan sempurna dan juga tidak menyebabkan pulley bengkok apabila menggunakan mesin press ini

akhir sekali pasangkan penutup pump pada bahagian belakang pump dan ketatkan nat secukupnya. masukkan minyak power steering sedikit agar bahagian yang bergeser tidak rosak. dah siap sepenuhnya cuba pusingkan pulley beberapa kali. memang akan terasa ketat sikit sebab bearing baru, jangan risau sebab hal ini tidak mendatangkan apa-apa masalah dengan syarat pulley dapat dipusingkan tanpa ada bunyi-bunyi geseran luar biasa berlaku

kebetulan owner kereta ini datang tadi dan saya serahkan balik power steering pump ini kepadanya. owner tak nak jual dan nak jadikan spare part untuk kereta. yang dipasangkan pada keretanya itu ialah part saya sendiri yang saya jualkan kepadanya, kebetulan saya ada satu pump ini yang saya simpan untuk kegunaan sekiranya rakan-rakan terdekat yang memerlukannya. sekian terima kasih

sincerely: jefftacra