Petro Canada - Heavy Duty Engine Oil

assalam dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan followers diytacra.com. kali ini saya paparkan entri berkaitan engine oil atau minyak hitam kereta. entri terdahulu ada saya jelaskan mengenai jenis-jenis minyak enjin dan beberapa kriteria yang perlu ada untuk kita sebagai pengguna memilih minyak enjin yang bersesuaian dengan enjin kereta kita. pelbagai jenama berada di pasaran semasa minyak enjin ini yang terdiri daripada jenis mineral, semi sintetik atau pun yang sintetik sepenuhnya. boleh rujuk entri terdahulu mengenai hal tersebut

berbalik kepada entri kali ini saya paparkan khusus mengenai minyak enjin brand petro canada yang sudah pasti berasal dari canada. minyak enjin jenis ini tidak terdapat di kedai-kedai spare part biasa tetapi ada dijual melalui dealer-dealer tertentu seperti yang terdapat di facebook. anda boleh masuk ke page facebook dengan nama heavy duty engine oil atau pun petro canada malaysia. boleh klik link berikut PETRO CANADA MALAYSIA atau pun HEAVY DUTY ENGINE OIL. page petro canada malaysia khusus untuk minyak petro canada sahaja manakala page heavy duty engine oil merangkumi kesemua minyak enjin jenis heavy duty. pelbagai maklumat yang anda boleh peroleh sekiranya berminat dengan produk petro canada atau [un minya heavy duty yang lain

PENULISAN SAYA INI MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI MENGENAI MINYAK ENJIN DURON INI DAN BUKAN BERTUJUAN UNTUK MERENDAHKAN MINYAK JENIS LAIN YANG BERADA DI PASARAN SEMASA. PENGGUNA BEBAS MEMILIH JENAMA MINYAK LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KENDERAAN MASING-MASING




perbincangan saya ialah khusus bagi minyak petro canada heavy duty engine oil (HDEO) jenama DURON E FULLY SYNTHETIC dengan viscocity 10w/40. sebenarnya kalau disebut minyak HDEO ini apa yang tergambar pada fikiran sesetengah orang atau golongan yang menyatakan bahawa minyak ini khusus untuk minyak lori. dan perkara ini memang diakui benar kerana HDEO sebenarnya minyak untuk enjin diesel lori-lori besar dan sebab itulah dikatakan sebagai minyak heavy duty. pada bahagian label hadapan minyak ini memang dinyatakan bahawa untuk kegunaan enjin diesel tetapi hal ini tidak menjadi masalah kerana pada bahagian belakang label ada dinyatakan juga untuk enjin diesel dan gasoline (petrol)




oleh yang demikian minyak heavy duty DURON ini sesuai digunakan juga pada enjin petrol, biasa, malahan pengguna motosikal sendiri ada yang menggunakan minyak ini tanpa sebarang masalah yang boleh memudaratkan sesebuah enjin kenderaan. saya sendiri pada awalnya ragu-ragu juga untuk menggunakan minyak petro canada DURON ini pada kenderaan saya. namun keinginan untuk mencuba tidak pernah pudar dan saya akui minyak ini memang sangat sesuai dengan karektor enjin kereta saya walaupun telah berusia. saya menggunakan pada enjin 4G93 MIVEC tanpa ada sebarang masalah semenjak 3 tahun yang lalu dan hingga sekarang saya masih menggunkannya




ada yang menggunakan minyak ini beberapa ketika pada jentera masing-masing dan didapati enjin leaking iaitu minyak enjin bocor. perkara ini boleh berlaku kerana minyak DURON ini juga bertindak sebagai agen pencuci bagi sesebuah enjin dan tidak mustahil bahagian dalaman enjin akan kelihatan bersih dan bebas daripada kotoran minyak hitam lama. ingin saya tegaskan sekiranya enjin anda berada pada tahap yang terbaik maka bolehlah menggunakan minyak enjin jenis ini dan sagatlah sesuai digunakan bagi yang baru lepas overhaul enjin. kereta baru pun boleh menggunakan minyak ini tanpa sebarang masalah

satu perkongsian yang boleh dikongsikan bersama iaitu pada tahun ini bertarikh 6 mac 2015 untuk yang ke beberapa kalinya saya telah menggunakan minyak DURON ini dan pada hari ini 30 disember 2015 barulah tiba masa untuk saya menukar minyak enjin kereta saya setelah 8,000km mileage penggunaan minyak heavy duty. kalau dianggarkan saya menggunakan minyak ini selama 9 bulan. dalam tempoh tersebut saya tidak pernah pun top up minyak enjin kereta saya hanya periksa sekali sekala sahaja takut kalau-kalau minyak berkurangan, tetapi minyak masih tidak kurang dan masih berada pada kedudukan yang bersesuaian dengan enjin berpandukan pada dipstick atau alat pengukur minyak enjin




saya telah memeriksa dipstick minyak enjin pada hari ini untuk membuat penukaran minyak baru dan anda boleh lihat sendiri kedudukan minyak pada dipstick tersebut. minyak tidak kurang dengan syarat enjin berada pada tahap yang terbaik, tidak leaking, valve seal cantik, piston ring bagus dan lain-lain faktor lagi. namun ada sesetengah kereta yang mengalami masalah minyak berkurangan dalam satu tempoh tertentu, ini disebabkan kerana enjin kemungkinan ada sedikit masalah yang perlu diperbetulkan. oleh kerana dah mencapai 8k mileage saya terus menukar juga minyak ini. saya pernah dengar ada yang menggunakan minyak HDEO DURON ini sehingga 10k - 15k mileage bergantung kepada kehendak masing-masing




saya juga membuat penukaran oil filter dengan yang baru dan seperti biasalah saya memilih oil filter jenis mitsubishi yang dibeli di kedai spare part dengan harga rm18 dan ada sesetengahnya kedai spare part menjualnya dengan harga rm20 ke atas. saya tidak pasti sama ada filter yang dibeli ini original atau pun tidak kerana terlalu banyak barangan tiruan di pasaran negara kita. minyak enjin pun diragui ketulenannya kerana kita pernah digemparkan dengan serbuan oleh penguatkuasa ke atas kilang yang menjalankan perusahaan kitar semula minyak enjin terpakai ini. hanya tokey kedai spare part sahaja yang mengetahui sama ada barangan yang dijualnya asli atau pun tidak




kalau kita ikut cara yang sebetulnya ialah setiap kali kita menukar minyak enjin maka perlulah kita menukar juga washer oil pan bolt ini. tetapi bagi saya selagi boleh pakai kita pakai je asalkan tidak mendatangkan masalah kebocoran pada tempat nat tersebut. oleh kerana agak lama tidak menukar washer ini saya telah menukarnya dengan jenis copper atau tembaga manakala nat yang saya gunakan adalah jenis bermagnet, tujuannya untuk memerangkap habuk-habuk besi yang dikeluarkan oleh enjin. kalau habuk besi terlalu banyak pada hujung magnet ini kemungkinan enjin mengalami kehausan di bahagian dalamnya seperti pada bearing enjin dan sebagainya. normalnya tidak banyak habuk besi lekat pada magnet tersebut, ini menunjukkan enjin berada pada tahap yang baik




inilah perbezaan minyak enjin DURON yang telah mencapai 8,000km mileage dengan minyak yang baru. kalau diikutkan minyak ini boleh pergi sejauh 10,000km pada enjin saya. oleh kerana dah mencapai 9 bulan adalah lebih baik saya menukarnya dengan minyak yang baru



bahagian dalaman head enjin kereta saya yang boleh dikatakan bersih apabila menggunakan minyak heavy duty ini. sebenarnya saya telah menggunakan pelbagai jenama minyak enjin semenjak tahun 2001 lagi seperti PETRONAS SYNTIUM, CASTROL MAGNATEC, PENNZOIL, SHELL, ENEOS, MAXOIL tetapi DURON E FULLY ini tetap menjadi pilihan setakat hari ini. mungkin saya akan kekalkan penggunaan minyak heavy duty sekiranya bekalan mudah diperolehi

sedikit ulasan mengenai minyak DURON pada enjin MIVEC ini iaitu enjin dirasakan lebih lancar, dan yang paling penting boleh dapat rasakan enjin menjadi semakin smooth, valve pun tidak bising, cold start pagi tidak mendatangkan masalah. ketika pemanduan rpm enjin cepat naik dan senang-senang nak mencapai rev cut rpm. MIVEC dapat ON dengan lancar tanpa sebarang masalah

terima kasih
sincerely: jefftacra

Radiator Coolant Flush

bersua lagi kali ini dengan entri mengenai bagaimana untuk flush coolant lama dan seterusnya menukar coolant baru bagi cooling system sesebuah kereta. perkara ini perlu dilakukan sekiranya kita hendak menukar coolant lama 100% dan menggantikanya dengan coolant baharu sama ada hendak menukar brand lain atau mengekalkan brand asal. kalau hanya sekadar untuk top up coolant sahaja memadai dengan menambahkan coolant di dalam coolant spare tank atau pun di dalam radiator kereta sahaja. cooling system ini seharusnya berada pada tahap yang optimum kerana sesebuah kenderaan bergantung kepada cooling system untuk menyejukkan  sesebuah enjin agar dapat beroperasi dengan maksimum. kita sebagai pengguna sesebuah kenderaan hendaklah mengambil tahu hal ini kerana kekurangan air di dalam radiator akan memudaratkan keseluruhan enjin kereta tersebut. selalulah perhatikan penunjuk suhu pada meter kerana daripada situ kita akan dapat memantau dan mengetahui kondisi enjin kita. bagi kereta proton khsusnya proton wira atau mitsubishi lancer yang seangkatan dengan wira kedudukan meter ini selalunya berada pada bahagian bawah sikit daripada separuh meter dan jika jarum meter temp ini berada melebihi daripada separuh maka tiba masanya anda memeriksa cooling system kereta kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem ini. mencegah lebih baik daripada merawat

cooling system kereta saling berkaitan antara satu sama lain yang bermula daripada coolant atau cecair penyejuk di dalam radiator dan seterusnya ke enjin. tugas mengalirkan air ini untuk disalurkan ke enjin dimainkan oleh water pump mankala yang mengawal pusingan air ialah termostat yang membenarkan air melaluinya apabila mencapai suhu tertentu. seterusnya dialirkan ke radiator dan kipas pada radiator berperanan untuk menyejukkan coolant itu tadi. begitulah seterusnya pusingan coolant di dalam sesebuah enjin




paparan entri DIY kali ini ialah bagaimana kita hendak menukar radiator coolant dengan melakukan flushing terhadap cooling system kereta kita dengan cara saya tersendiri. kalau di kedai mereka menggunakan mesin khas untuk pusingan air dan tambahan pula mereka hanya menggunakan air paip yang ternyata memudahkan proses pengaratan di dalam cooling system terutama di dalam radiator. sebelum ini saya menggunakan coolant toyota yang berwarna merah tetapi sekarang saya nak beralih arah dengan menggunakan coolant mitsubishi premix long life. jadi keseluruhan cooling system kereta saya akan saya flush dengan mengeluarkan semua sekali coolant toyota yang lama itu




premix longlife coolant mitsubishi ini tidak perlu dicampur dengan air, hanya gunakan 100% coolant ini sahaja di dalam cooling system kereta. jadi sekiranya pada masa akan datang coolant ini berkurangan maka perlulah ditambah dengan coolant ini juga supaya sukatannya betul mengikut yang dikehendakki oleh sesebuah enjin tertentu. ada juga coolant yang perlu ditambah air dengan kadar 50% coolant dan 50% lagi air dan ada yang nisbah 70/30 dan sebagainya. semasa membeli coolant selalulah baca label dan keterangan yang terdapat pada botol tersebut supaya kita mematuhi arahan seperti mana yang dicadangkan oleh pengeluar, barulah hasilnya memuaskan dan dapat beroperasi dengan baik terhadap sesebuah enjin




entri ini khusus untuk enjin 4G9x atau 4G1X sama ada proton atau mitsu lancer dan tidak diguna pakai pada enjin lain kerana kemungkinan cara dan kaedahnya berbeza dengan apa yang saya paparkan di sini. pertamanya sejukkan kereta sekiranya baru lepas memandu dan jangan sesekali membuka radiator cap ketika panas kerana pressure coolant boleh mencederakan kita. apabila dah sejuk buka radiator drain nut pada bahagian bawah sebelah kanan radiator, pusing dengan tangan sahaja sehingga habis dan pada masa ini coolant di dalam radiator akan keluar sehingga habis. terlebih dahulu buka radiator cap supaya aliran keluar coolant pada bahagian radiator ini berjalan lancar dan cepat keluar. ingat ye, hanya dalam radiator sahaja yang keluar air ini dan masih berbaki lagi di dalam water jacket pada engine block




baiklah, sekarang kita akan mengeluarkan air pada bahagian blok enjin. perhatikan pada bahagian no enjin pada blok dan didapati pada sebelah kanan sedikit terdapat nat bersaiz 14mm. nat inilah yang akan dibuka nanti untuk mengeluarkan keseluruhan coolant lama di dalam enjin. pusing arah lawan jam dan keluarkan nat tersebut, dan sebaik sahaja nat dibuka coolant akan keluar melalu lubang itu sehingga habis di dalam blok. saya tidak membuka thermostat kerana memadai dengan hanya membuka nat pada blok enjin ini sahaja coolant dapat dikeluarkan. apabila dah keluarkan semuanya tutup balik nat ini dan juga tutup nat pada radiator tadi dan isikan air (jangan guna air paip), saya gunakan air bertapis sahaja. isikan sehingga penuh, start enjin beberapa ketika, tak perlu tunggu sehingga enjin panas. tujuan start ini ialah supaya air baru dapat melalui cooling system kereta. matikan enjin buka balik radiator drain nat dan block drain nat tadi. ulagi proses ini beberapa kali sehingga air yang keluar akan jernih tanpa coolant lama. saya hanya melakukan proses ini sebanyak 3 kali sahaja dah memadai




jangan lupa untuk membuka coolant spare tank ini untuk mengeluarkan keseluruhan coolant lama. keluarkan dan basuh sehingga bersih bahagian dalam tank ini. sekiranya terdapat kotoran atau karat masukan sedikit pasir kasar kira-kira segenggam ke dalam tank ini dan masukkan air sehingga separuh tank. tutup tank dengan tangan dan goncangkan air serta pasir di dalam tank tersebut. ulangi beberapa kali dan hasilnya karat atau kotoran akan mudah ditanggalkan. kalau perlu tambahkan sedikit bahan pencuci untuk mempercepatkan proses ini




apabila segalanya telah memauskan, periksa radiator drain nat serta nat pada blok tadi supaya berada pada kedudukan yang kemas. anda boleh meletakkan sedikit teflon tape putih pada nat di blok tadi supaya tidak berlaku kebocoran di situ. kalau tak letak pun tak apa asalkan kemas dan dipasang dengan baik. saya menggunakan radiator aloi ini dan memerlukan cecair coolant sebanyak 5 liter untuk memenuhkan keseluruhan cooling system kereta saya. kalau menggunakan radiator single layer atau radiator kecil saya kira 3 liter lebih dah memadai




bagi yang menggunakan enjin 4G9X terdapat satu nat juga bersaiz 14mm di bahagian belakang blok sebelah kiri yang dipasangkan pada termostat housing. tujuan nat atau lubang ini ialah sebagai breather untuk coolant iaitu semasa kita memasukkan coolant baru sekiranya tangki kosong perangkap udara akan keluar melalui lubang ini. cara menggunakannya ialah, semasa kita memasukkan coolant buka nat ini dan perhatikan lubang tersebut, apabila coolant hampir penuh coolant akan mengalir keluar melalui lubang menandakan keseluruhan cooling system telah dipenuhi air. gelembung udara juga akan dapat dilihat melalui lubang ini. apabila aliran dah tidak ada gelembung udara maka tutup dengan segera nat ini. isi air dalam radiator sehingga penuh seperti biasa. bagi yang hanya hendak top up coolant sahaja di dalam radiator tidak perlu membuka nat ini


akhir sekali apabila dah selesai pada bahagian radiator maka kita perlu memasukkan coolant ke dalam spare tank ini sehingga kedudukan coolant pada tah FULL, marking ini ada pada spare tank kereta. 


Important
salah satu petua sekiranya anda henda top up coolant atau air radiator iaitu jika air pada spare tank ini berkurangan iaitu tidak berada pada tahap FULL pada masa enjin sejuk maka bolehlah anda menambah cecair penyejuk memadai pada spare tank ini sahaja. sebaliknya jika anda dapati spare tank kereta anda kosong, tidak ada air langsung maka anda perlu top up coolant ini di dalam radiator serta di dalam spare tank iaitu kedua-dua sekali. sudah menjadi lumrah, lama-kelamaan coolant ini akan kurang sedikit dan anda perlu top up dengan yang lain. harus diingatkan jika coolant berkurangan pada masa yang singkat kemungkinan ada kebocoran pada cooling system kereta anda. saya hanya mengamalkan top up coolant sahaja dan sangat jarang flush seperti ini melainkan hendak menukar coolant brand lain seperti ini. alhamdulillah, cooling system kereta saya sangat memuaskan




gambar di atas saya tunjukkan kedudukan drain nut pada blok enjin serta breather pada bahagian belakang blok enjin. coolant yang saya gunakan ini tidak perlu dicampur dengan air maka saya perlukan 5 liter lebih untuk cooling system kereta saya. harga sebotol coolant ini rm20, anda boleh kira sendiri berapa rm saya belanjakan untuk coolant sahaja. duit bukan segalanya tetapi kepuasan di hati itulah yang paling penting. tambahan pula buka selalu saya menukar coolant kereta saya, hanya top up sahaja sekiranya air berkurangan. semoga penulisan ini bermanfaat untuk semua

terima kasih
sincerely: jefftacra

Audio System Installation

bersua lagi kali yang boleh dikatakan sebagai entri penutup bagi tahun 2015 kerana tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2016 yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. semoga tahun 2016 lebih baik daripada tahun sebelumnya yang pasti meninggalkan banyak kenangan suka dan duka yang dialami oleh kita semua.
berbalik kepada entri kita pada hari ini ialah bagaimana memasang komponen audio bagi sesebuah kereta dan ada juga istilah popular yang digunakan ialah in car entertainment. saya telah berpeluang memasang sistem audio ini terhadap sebuah honda jazz GE. harus diingatkan agar perlulah lebih perhatian apabila menjalani kerja-kerja pendawaian di dalam kereta kerana kesilapan sedikit boleh menyebabkan fuse akan putus dan kemungkinan terjadi perkara yang lebih buruk juga akan berlaku. risiko adalah menjadi tanggungjawab sendiri ketika memasang perlatan ini terhadap kereta masing-masing, namun sekiranya ada keyakinan dan sedikit pengetahuan mengenai pendawaian di dalam kereta tidak mendatangkan apa-apa masalah pun, semoga berjaya.

inilah head unit (HU) standard honda jazz GE iaitu keluaran 2nd batch honda jazz selepas model GD dan bagi tahun 2015 ini honda telah mengeluarkan 3rd generation honda jazz yang lebih dikenali sebagai jazz GK. HU standard ini dilengkapi dengan MP3 dan WMA yang membolehkan kita memainkan muzik dalam format berkenaan sahaja dan ini amatlah terhad dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan yang lain pun. jadi saya telah mengambil keputusan untuk menukar HU ini dengan keluaran aftermarket yang brand pun saya tak pasti tetapi memandangkan banyak fungsi yang ditawarkan saya tidak teragak-agak untuk mendapatkannya. antara fungsi HU yang bakal dimasukkan nanti antaranya boleh memainkan MP3, USB, TV, DVD, GPS, WIFI, INTERNET, IPOD dan beberapa fungsi lain lagi. HU ini juga compatible dengan audio control pada stereng (lihat entri terdahulu mengenai pemasangan audio control pada stereng)

inilah antara speaker yang dipilih iaitu hanya speaker midrange brand carrozerria 6.5" yang diperoleh daripada barangan 2nd hand sahaja. walau pun barang 2nd tetapi bunyi yang dihasilkan tidaklah mengecewakan kerana output yang dihasilkan memenuhi cita rasa saya dengan setting tertentu pada HU dan pada graphic equalizer yang dipasang dalam sistem ini

inilah antara peralatan yang bakal dipasang nanti iaitu 7 band graphic equalizer (bukan pre amp) yang popular sekitar tahun 90-an dahulu dan sekarang agak sukar untuk mendapatkannya kerana pengeluar sudah tidak meenghasilkan sistem ini, sekarang banyak menggunakan active crossover, preamp dan power amp. sudah agak lama saya mencari equalizer ini dan kebetulan berjaya memperolehinya dengan harga yang munasabah, bukan nak setup sistem yang extrem pun, hanyalah sekadar sesedap rasa sahaja. equalizer yang saya gunakan ini adalah untuk drive speaker pintu depan dan juga tweeter (carrozerria 2nd). manakala gambar atas equalizer itu pula ialah power amp oldschool 4 channel yang digunakan untuk drive active subwoofer dan 2 speaker pintu belakang. antenna digunakan ialah active antenna untuk mendapatkan siaran TV tempatan

untuk melengkapkan sistem ini saya menggunakan active subwoofer brand carrozerria yang dibeli terus di negara matahari terbit. saya tidak menggunakan subwoofer jenis box memandangkan ruang bahagian bonet yang agak terhad sahaja. jadi active subwoofer ini boleh diletakkan pada bahagian bawah seat hadapan atau pun boleh diletakkan pada bahagian dinding pada ruang boot belakang. terpulang kepada cita rasa masing-masing

sekarang tibalah masa untuk prose wiring sistem audio ini. saya langsung tidak memotong atau mengusik wiring asal pada kereta kerana saya menggunakan soket tambahan yang lain yang dipadankan terus kepada soket HU asal kereta. secara asasnya terdapat 3 wire utama untuk menghidupkan HU iaitu wire merah disambung pada acc kereta yang diambil daripada wire acc asal, wire kuning untuk constant 12v iaitu wire yang ada supply 12v walaupun tidak on kunci dan wire hitam untuk ground, boleh disambungkan ke mana-mana bahagian besi kereta pada ruang HU

untuk equalizer dan power amp perlulah menggunakan wire power 12v yang diambil secara langsung daripada + bateri kereta. perlu letakkan fuse 15A untuk equalizer dan satu lagi fuse 15A untuk power amp. untuk mengaktifkan equalizer dan power amp perlu disambungkan masing-masing dengan menggunakan satu wire remote yang biasanya ditulis sebagai REM pada peralatan tersebut. wire remote ini disambungkan kepada wire remote pada bahagian belakang HU yang biasanya berwarna biru + putih atau pun memang dah tersedia dilabel dengan REM pada wire berkenaan. seperti biasa GROUND untuk di tap pada body kereta. pilihlah mana-mana tempat untuk meletakkan equalizer dan power amp ini. saya telah meletakkan peralatan ini di bawah dashboard sebelah pemandu dengan meletakkannya di atas tray yang sedia ada pada bahagian bawah dashboard. jadi memang terlindung dan tidak nampak daripada pandangan kita


seterunya untuk speaker pintu depan iaitu wire front left dan front right daripada HU hendaklah disambungkan ke wire speaker input pada bahagian belakang equalizer mengikut polarity + dan - yang betul. wire speaker output equalizer pula sambung dengan wire speaker pintu depan kiri dan kanan dengan menyambungkannya dengan wire speaker pada bahagian HU asal (gunakan wire speaker asal). dua channel lagi speaker output pada equalizer disambungkan pula dengan tweeter dan letaklah pada bahagian kiri dan kanan dashboard atau mana-mana tempat yang sesuai. selesai pemasangan untuk equalizer

bagi power amp pula saya gunakan untuk drive active sub woofer dan speaker pintu belakang. dengan menggunakan RCA cable yang bermula pada bahagian belakang HU sambungkan cable ini terus ke input channel pada power amp. 2 channel speaker output power amp tap ke wire speaker pintu belakang manakala 1 channel lagi ialah untuk ke active subwoofer. selesai semua proses penyambungan maka boleh menguji sistem anda dan sekiranya tidak mendatangkan apa-apa masalah bolehlah kemaskan wiring tadi


kedudukan active antenna pada bahagian atas hadapan windscreen. satu wire di plug ini ke belakang HU untuk antenna dan terdapat 2 lagi wire iaitu merah di tap kepada wire remote HU dan hitam ke body

sebaik-baiknya wire power dengan wire speaker asingkan dan jangan dicampurkan sekali antara kedua-duanya kerana inilah yang menyebabkan terjadinya bunyi engine whine iaitu bunyi yang dihasilkan mengikut bunyi enjin kereta. sudah pasti tidak menyenangkan telinga kita mendenganrnya kerana semakin kuat kita menekan pedal minyak semakin kuat bunyi tersebut. satu lagi seboleh-bolehnya gunakan cable ground yang besar sedikit untuk equalizer dan power amp dan tap pada body kereta sedekat yang boleh dengan peralatan tersebut. ini juga untuk mengelakkan bunyi engine whine. sekiranya masih berlaku bunyi tersebut maka anda bolehlah mencuba memasang NOISE SUPPRESSOR iaitu alat untuk mencegah bunyi tersebut, keberkesanannya saya tak pasti keran tak pernah memasang peralatan ini. alhamdulillah sistem saya ini terhindar daripada bunyi engine whine

apabila segalanya dah selesai, bunyi telahpun di setting dengan baik maka bolehlah kemaskan wiring dan pasang semula peralatan pada tempatnya. dan inilah hasil HU baru yang dipasangkan pada honda jazz GE. bergantung pada kehendak masing-masing untuk setting bunyi yang dihasilkan dan bagi saya bunyi midrange daripada speaker pintu hadapan dan tweeter hendaklah jelas kedengaran pada bahagian hadapan, manakala untuk midrange pintu belakang sekadar membantu untuk menaikkan bunyi pada bahagian ruang tengah kereta dan akhirnya bunyi subwoofer untuk menimbulkan lagi bass muzik yang dihasilkan


imej tv yang dihasilkan pun boleh dikatakan agak terang dan bolehlah dipasang ketika menunggu sementara puan isteri membeli barang, tak lah boring sangat di dalam kereta :)

terima kasih
sincerely: jefftacra

Jazz GE Tail Light Modification

salam sejahtera dan berjumpa lagi dengan tutorial terkini mengenai modifikasi tail light atau pun melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap lampu belakang honda jazz GE. sebenarnya lampu belakang yang akan saya paparkan di bawah ini nanti ialah tail light honda fit GE RS model negara matahari terbit yang ternyata lampu ge rs versi awal ini masih lagi mempunyai warna merah pada bahagian bawah lampu. kalau lampu ge rs terkini kesemuanya berwarna putih sahaja dan harga lampu yang ada sedikit warna merah ini di pasaran terpakai ialah sekitar rm600 lebih bergantung kepada kondisinya. manakala lampu ge rs versi putih berharga sekitar rm1k lebih. ternyata barangan honda lebih mahal jika dibandingkan dengan barangan mitsubishi. dah nama honda kan, tentulah mahal daripada biasa


ini ialah honda jazz versi malaysia punya dan bahagian belakang ini telah dilakukan pengubahsuaian kepada bodykit versi RS iaitu bahagian bumper, spoiler dan lampunya. kalau kita perhatikan pada lampu ini seperti yang saya nyatakan di atas tadi mempunyai warna merah pada bahagian bawah lampu tetapi hanya sekadar merah sahaja dan di dalamnya tidak mempunyai bulb pun. jadi entri ini saya jelaskan bagaimana kita hendak menambah LED pada ruangan lampu berkenaan. saya pernah nampak gambar lampu ini di web yang kemungkinan mempunyai bulb pada bahagian tersebut tetapi tail laight yang saya dapat ini tidak mempunyai apa-apa ruang untuk menempatkan bulb atau LED. terpulang kepada penyambungan wiring nanti sama ada hendak menjadikan lampu brek atau lampu malam atau pun sebagai fog lamp


pertamanya buka bonet kereta seperti biasa dan kalau kita perhatikan pada bahagian belakang kiri dan kanan lampu terdapat satu cover plastik yang menutupi bahagian belakangnya. ini bertujuan supaya memudahkan pengguna untuk menukar bulb yang terbakar dan sebagainya. umpil cover ini dengan menggunakan tools yang bersesuaian, sekiranya menggunakan skru driver terlebih dahulu lapik dengan menggunakan kain supaya bahagian panel itu tidak tercalar, nanti dah nampak lain macam pulak. kalau kereta tercalar, hati pun turut tercalar sama


sebaik sahaja cover dibuka inilah yang kelihatan pada bahagian yang tertutup tadi. terdapat 3 soket utama serta 3 skru yang perlu dibuka untuk mengeluarkan lampu daripada badan kereta. buka 3 skru bersaiz 8mm dan berhati-hati semasa mengeluarkan skru tersebut kerana jika kesilapan berlaku dan menyebabkan skru tersebut terlepas daripada tangan maka untuk mengambilnya anda terpaksa membuka keseluruhan panel tepi ini. agak memenatkan kalau nak buka panel ini, banyak benda lain kena buka dahulu barulah skru tadi dapat dikeluarkan, so berhati-hati 


seperti yang saya nyatakan tadi terdapat 3 soket yang bersambung dengan soket lampu (lihat gambar). soket ini perlu dibuka untuk memudahkan kita mengeluarkan lampu tersebut. soket putih untuk lampu signal, soket hijau untuk lampu reverse manakala soket kelabu pula ialah untuk lampu malam (LED)


gambar atas menunjukkan bahagian belakang lampu yang perlu ditebuk lubang untuk memasukkan holder bulb atau LED. bahagian bonjol seperti itu perlu ditebuk lubang dengan saiz yang bersesuaian dengan holder bulb kerana kesilapan tersalah besar lubang yang dibuat akan menyusahkan kita untuk memadankan holder berkenaan. biasanya holder bulb T10 atau LED T10 bersaiz 16mm sahaja dan dengan menggunakan tools yang sesuai tebuk dengan berhati-hati lubang bersaiz seperti yang dikehandakki tadi. saya menggunakan tool di atas dan ternyata amat membantu kerja-kerja saya ketika membuat lubang mengikut saiz tertentu kerana saiz lubang yang boleh dibuat dengan menggunakan peralatan ini bermula daripada 4mm hingga 32mm. agak susah nak dapat kat tempat saya tool ini, jadi saya beli secara online di luar negara


inilah holder bulb saiz T10 yang saya gunakan yang boleh dibeli di kedai aksesori. dalam modifikasi ini saya telah menggunakan SMD LED T10 sahaja kerana cahaya yang dihasilkan boleh dikatakan sesuai untuk lampu malam kerana diy ini saya lakukan untuk menjadikan lampu tersebut sebagai lampu malam dan bukannya lampu brek atau pun fog lamp. kalau nak buat sebagai fog lamp belakang pun boleh tapi kena gunakan bulb yang lebih besar watt lagi supaya nampak lebih terang cahaya yang dihasilkan. apabila diperhatikan pada bahagian belakang lampu tadi terdapat marking bertulis 21w dan ini bermakna memang ada wujudnya lampu atau bulb pada bahagian merah tersebut bagi sesetengah versi atau bagi negara-negara tertentu sahaja. kalau 21w adalah sama dengan bulb signal atau bulb reverse


masukkan LED pada holder dan seterusnya masukkan pula holder ke dalam lubang 16mm yang dibuat tadi. pada bahagian tepi lubang perlu diubahsuai sedikit supaya dapat dipadankan dengan lock holder supaya pemasangan nanti akan menjadi lebih kemas. pastikan juga pada holder terdapat satu o-ring yang berperanan untuk menghalang air daripada memasukki bahagian lampu tersebut. terpulang kepada anda hendak menggunakan bulb saiz berapa dan dengan watt yang bersesuaian


setelah bulb holder dipasangkan pada bahagian lampu maka tibalah masanya pula untuk proses penyambungan wiring untuk membolehkan lampu tersebut berfungsi sebagai lampu malam atau lampu brek atau pun sebagai foglamp. kalau untuk foglamp saya sarankan membuat satu suis pada bahagian dashboard supaya dapat on/off mengikut keperluan tertentu. saya hanya membuat penyambungan sebagai lampu malam sahaja dan wire yang perlu disambung ialah wire pada soket kelabu seperti di atas. terdapat 3 wire iaitu hitam (-), hijau (+) lampu brek, manakala putih (+) lampu malam. jadi untuk fungsi fog lamp atau lampu biasa sambungkan ke wire hitam dan wire putih sahaja. kalau nak buat lampu brek tap wire hitam dan wire hijau terpulang pada minat anda. anda tak perlu memotong atau melukakan wire, caranya ialah bubuh timah solder pada hujung wire dan ini menyebabkan urat wire menjadi keras dan cucuk hujung wire ini ke bahagian belakang soket wire mengikut warna wire yang dikehendakki


inilah hasilnya apabila kesemuanya dah siap proses nanti. LED yang saya gunakan ini tidaklah seterang seperti bulb biasa. jadi tidak lah silau sangat seperti foglamp yang terdapat pada sesetengah kereta proton, sorry ye pemilik kereta wira yang sentiasa memasang foglamp apabila malam, lampu anda menyilaukan mata saya :) dengan modifikasi seperti ini maka bertambahlah lagi cahaya bahagian belakang honda jazz anda, nampak lebih meriah sikit


akhirnya siaplah projek diy pada kali ini. kalau diperhatikan pada lampu belakang honda jazz, hanya menggunakan 6 biji LED kecil sahaja untuk lampu malam dan boleh dikatakan tidak berapa cukup terang jadi dengan penambahan cahaya pada bahagian bawah akan nampak kelainan sedikit daripada kebiasaan. saya tak menguji lagi lampu ini pada waktu malam, bagaimana pula keadaan cahaya yang dihasilkan

terima kasih
sincerely: jefftacra

Dust And Pollen Filter & Blower

Dust & Pollen Filter (JAZZ)

bertemu kembali dengan entri yang berkaitan dengan penyelenggaraan sistem aircond kereta. sistem pendingin hawa kenderaan memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan sama ada pada cuaca panas atau pada hari hujan kerana tanpa sistem aircond ini pemanduan akan terganggu. oleh itu kita seharusnya servis sistem aircond kereta seperti yang dicadangkan oleh pengeluar ialah setiap dua tahun sekali. tapi, bagi sesetengah daripada pengguna selagi aircond tak rosak selagi tu akan pakai, ye lah.. nak servis apa, sedangkan aircond masih berfungsi dengan cemerlang. sekiranya kita servis secara berkala mengikut apa yang dicadangkan oleh pengeluar kereta ini dapat memanjangkan jangka hayat sistem pendingin hawa kenderaan. kalau rosak bukan sedikit perlu keluar duit, malahan ada yang menjangkau ribuan ringgit kerana sistem aircond ini saling berkaitan antara satu sama lain seperti compressor, condenser, cooling coil, piping aircond, blower, valve dan lain-lain lagi. 

kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan cabin filter atau pun dust n pollen filter bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran daripada memasukki cooling coil aircond dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. terpaksalah keluarkan duit untuk servis cooling coil ini pulak. jadi dengan adanya filter ini sedikit-sebanyak dapat mengurangkan habuk daripada memasukki cooling coil tadi


entri paparan saya kali ini ialah bagaimana menukar cabin filter kereta honda jazz dan kaedah ini lebih kurang sama sahaja dengan kereta lain seperti perodua dan sebagainya. mengikut pengeluar honda ini kita perlu menukar filter aircond ini setiap 20,000km mileage dan saya kira jarak penukaran ini lebih kurang sama sahaja dengan kereta lain. rujuk kepada buku manual kereta masing-masing untuk mendapat maklumat yang lebih tepat. saya telah membeli filter ini terus daripada japan dan di tempat kita pun ada jual terutamanya di spare part atau service center honda sendiri. pilihan di tangan anda, ada yang murah, sederhana dan mahal bergantung kepada jenama, kualiti serta penapisan filter ini


pertamnya, buka drawer atau laci pada bahagian kiri dashboard dan di belakangnya terdapat satu slot yang menempatkan filter ini. pada bahagian kiri dan kanannya terdapat klip pengunci untuk housing filter ini dan kita hanya perlu menekan kedua-dua klip tersebut dan tarik ke arah anda untuk mengeluarkan housing filter ini. sangat mudah dilakukan. kebanyakan kereta perodua pun kaedahnya sama sahaja


sebaik sahaja di tarik ke arah hadapan maka kita akan nampaklah kedudukan filter pada housing filter ini. aliran udara daripada bahagian atas filter akan disedut oleh blower dan seterusnya udara tadi dialirkan pula melalui cooling coil dan kemudiannya dikeluarkan melalui corong aircond yang terdapat pada bahagian dashboard kereta


anda boleh perhatikan habuk dan kotoran yang melekat pada filter ini, agak banyak juga dan baru sahaja 20,000 penggunaan kereta. jika kita abaikan penukaran filter ini kesannya seperti yang saya nyatakan di atas tadi dan aliran angin juga akan menjadi perlahan. buka tombol aircond no. 2 atau no. 3 pun masih terasa perlahan, tidak seperti mula-mula beli kereta dahulu. filter ini tak perlu dicuci, tukar sahaja dengan yang baru. kalau di kedai spare part harga sekita rm45-rm90 bergantung pada brand tertentu


pasangkan filter baru ke housing asal dan pastikan jangan terbalik. kebiasaannya pada bahagian tepi filter terdapat tulisan dan anak panah yang menunjukkan aliran angin (AIR FLOW). patuhi kedudukan ini kerana sekiranya terbalik kemungkinan penapisan menjadi tidak sempurna. apabila dah selesai masukkan balik dalam slot blower di belakang drawer dan hidupka enjin serta pasangkan aircond, sudah pasti aliran angin lebih laju dan terasa segar



Blower Proton / Mitsu

sekarang saya beralih kepada bagaimana cara mencuci blower aircong proton atau mitsubishi lancer enjin 4G15/13 atau 4G9X. untuk makluman semua, sistem aircond proton atau mitsu keluaran ini tidak mempunyai filter seperti kebanyakan kereta moden sekarang. blower aircond ini mengambil angin sama ada daripada luar kereta atau pun dalaman kereta bergantung kepada kedudukan suis pada panel aircond. ada ketikanya kita dah tutup rapat tombol angin kemasukan angin luar tetapi masih terdapat kemasukan angin daripada luar maka suda sampai masanya anda memeriksa kedudukan pintu kemasukan angin luar tersebut, kemungkinan tidak tertutup rapat. anda boleh melaras semula kedudukan pintu ini supaya rapat. mungkin entri akan datang saya akan menceritakan bagaimana melaras kedudukan pintuk kemasukan angin luar ini.

berbalik kepada sistem aircond proton ini, sekiranya dalaman kereta kotor atau berhabuk maka cepetlah sistem aircond kereta kotor atau tersumbat pada bahagian cooling coil kerana tidak ada penapis untuk menapis kotoran dan habuk ini. oleh itu kita hendaklah sentiasa atau kerap mencuci blower aircond ini supaya bersih dan dapat memanjangkan hayat aircond kereta kita

buka panel bawah dashboard sebelah penumpang, ada 3 klip sahaja yang perlu dibuka dan keluarkan panel tersebut. kalau boleh panel ini juga hendaklah dibasuh supaya bersih


sebaik sahaja panel itu dibuka maka kita akan boleh melihat bahagian bawah blower ini. unplug soket serta hose kecil yang terdapat pada blower motor ini. pada bahagian bawah ini terdapat 3 skru 8m dan anda perlu membuka kesemua skru tersebut uantuk mengeluarkan blower. jangan risau, gas aircond tidak akan keluar sekiran kita keluarkan blower ini


sebaik sahaja 3 skru tadi dibuka maka bolehlah tarik blower motor ini ke bawah dan dengan mudahnya blower motor ini dapat dikeluarkan daripada tempatnya.


perhatikan pada gambar kiri blower tersebut, didapati di dalamnya terdapat rumput kering yang mungkin masuk ke dalamnya melalui kemasukan angin luar kereta ataupun masuk melalui dalaman kereta. ada juga yang saya jumpa terdapat pembungkus makanan ringan di dalamnya kerana mungkin anak-anak owner kereta membuangnya di dalam kereta dan tanpa disedari disedut oleh blower ini. 

untuk mengeluarkan blower ini daripada motornya, buka nat 8mm pada bahagian tengah-tengah kipas dan tarik keluar. anda boleh cuci menggunakan air dan sabun pencuci biasa. apabila telah bersih, keringkan kipas ini dan pasangkan balik pada kereta. saya akan mencari jalan untuk memasangkan filter pada blower kereta wira ini dan apabila berjaya saya akan update pada blog ini untuk entri akan datang

terima kasih
sincerely: jefftacra

Common Hand Brake Problems

apa khabar semua, sekarang sudah pun masuk bulan disember dan sedar tak sedar kita dah berada pada penghujung tahun 2015 dan lebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan mersua dengan tahun baru 2016. begitu cepat masa berlalu. ok lah, berbalik pada entri kita pada kali ini iaitu saya akan paparkan bagaimana cara hendak menyelesaikan masalah hand brake yang tak berapa cengkam bagi pengguna rear disc brake pada proton wira dan sewaktu dengannya. masalah ini juga berlaku kepada kereta lancer bernadikan enjin 4G9X atau 4G63. situasinya ialah kebanyakan daripada kita terutamnya pengguna kereta proton wira/satria akan menaiktaraf sistem drum brake kepada sistem disc brake. masalah utamanya ialah semasa kita park kereta dan tarik handbrake, namun kereta masih lagi boleh bergerak kerana hand brake tidak mencengkam dengan baik jika dibandingkan dengan drum brake yang sangat efisien dan mencengkam dengan kuat. saya ada penyelesaiannya dan jangka masa bertahan lama mana saya tidak pasti tapi pada kereta saya masalah ini boleh selesai dan hand brake dapat berfungsi dengan jayanya, hanya tarik satu klik sahaja kereta dah tak dapat bergerak lagi

saya akan tunjukkan caranya seperti di bawah ini dan apa-apa sahaja risikonya menjadi tanggungjawab anda sekiranya tidak mematuhi cara yang telah ditetapkan kerana kita perlu melakukan sedikit pengubahsuaian pada pad brake secara minima sahaja. kalau betul cara dan kaedahnya tidak mendatangkan apa-apa masalah dan jika tidak yakin melakukan secara diy, serahlah pada yang berkeyakinan untuk melakukannya


pertamanya jack kereta iaitu kedua-dua bahagian tayar belakang kiri dan kanan dan keluarkan tayar tersebut. sebaiknya gunakan jack stand kerana jack hydraulic tidak digalakkan, keselamatan itu penting dan perlu diberi keutamaan. apabila tayar sudah dikeluarkan, pada bahagian konsol hand brake (seperti dalam gambar) terdapat satu nat 10mm yang digunakan untuk melaras hand brake. longgarkan nat tersebut sehingga pada hujung atas bolt tetapi jangan sampai tercabut nat tersebut. pastikan kereta tidak bergerak kerana hand brake tidak digunakan pada masa ini


berbalik kepada bahagian caliper brek belakang kereta pula iaitu kita perlu keluarkan bracket dan klip kecil yang terdapat pada bahagian hujung cable hand brake, klip itu pula terdapat pada bahagian penahan cable hand brake. perlu keluarkan dua benda ini kerana kita hendak keluarkan cable hand brake daripada caliper. jika tidak dikeluarkan alat ini maka sudah pasti cable hand brake tidak akan dapat dikeluarkan dan sekali gus juga caliper brek tidak dapat dikeluarkan nanti. semuanya saling berkaitan antara satu sama lain. jangan risau, minyak brek tidak akan keluar kerana kita tida perlu membuka hose minyak brek atau pun keluarkan piston caliper sepenuhnya


apabila bracket dan klip di atas sudah dikeluarkan maka dengan menggunakan playar hujung tirus atau skru driver atau apa-apa sahaja tools yang bersesuaian tuil bahagian spring (lihat gambar) supaya cable hand brake tidak menegang, tujuannya ialah untuk mengeluarkan cable hand brake daripada caliper. sebaik sahaja dituil hujung tersebut maka keluarkanlah hujung cable hand brake seperti yang tertera pada gambar kecil


seterusnya pula ialah buka nat 12mm pada bahagian bawah caliper dan keluarkan bolt tersebut daripada caliper. jongketkan caliper dan perhatikan pada petak merah itu ialah piston caliper yang terdapat dua lekuk V berkenaan. nanti kita perlu adjust piston caliper ini sama ada masuk ke dalam atau keluarkan sedikit daripada kedudukan asal. lekuk V tersebut sebenarnya akan 'ngam' dimasukkan pada bahagian brake pad sebelah dalam, nanti akan saya ceritakan dengan lebih jelas apa yang perlu dilakukan


ok, sekarang keluarkan pad brake bahagian dalam dan tak perlu keluarkan kedua-dua pad brake, memadai bahagian dalam atau bahagian belakang sahaja. sebenarnya bahagian piston berlekuk itu akan dipadankan dengan marking (bulatan merah) apabila kita memasang caliper nanti. jika bahagian lain pada piston terkena pada marking tersebut sudah pasti caliper tidak dapat dipasangkan dengan rapat atau dengan betul, perlu pusing piston supaya 'ngam' dengan marking pada pad brake. masalahnya ialah piston tidak akan rapat dengan baik pada bahagian pad brake dan sebab itulah hand brake tidak dapat berfungsi dengan cemerlang. jadi kita perlu grind atau bunag marking pada pad brake tersebut supaya piston betul-betul sentuh dengan pad brake apabila memasang caliper, tidak ada lagi ruang kosong antara piston dengan pad brake


apabila marking pada pad brake telah dibuang maka pasangkan semula pad brake pada kedudukan asalnya. gunakan tools seperti di atas atau nama sebenarnya ialah four wheel disc brake piston tool, dapatkan angle yang bersesuaian dengan lekuk piston itu tadi dan pusingkan piston arah lawan jam sebanyak 90 darjah daripada kedudukan asal. harus diingatkan tool lain pun boleh digunakan seperti playar hujung tirus tetapi piston caliper ini sangat ketat dan dikhuatiri akan merosakkan dust cover piston jika tersalah melakukannya. dengan tool seperti di atas kerja dapat dibuat dengan mudah sahaja


apabila sudah pusingkan piston caliper arah lawan jam 90 darjah cuba turunkan balik caliper, sudah pasti piston akan sangkut dengan pad brake kan? ok, pusingkan balik piston perlahan-lahan ke arah jam sedikit demi sedikit dan turunkan balik caliper dan lakukan berulang-ulang kali sehingga piston betul-betul sentuh dengan pad brake. jangan paksa masukkan caliper jika tertalu ketat nanti brek akan lekat terus dan tidak boleh memusingkan tayar. lakukan proses ini sehingga piston hampir-hampir sentuh dengan pad brake dan sebaik sahaja memuaskan hati anda maka pasangkan balik bolt caliper. cuba pusingkan disc dan pada masa ini akan terasa geseran antara pad dengan disc rotor. ingat jangan terlalu ketat sehingga sukar memusingkan disc. jangan lupa pasangkan balik cable hand brake, bracket dan klip tadi pada kedudukan asalnya


 lakukan pada kedua-dua belah bahagian dan apabila sudah selesai maka bolehlah laraskan balik nat 10mm pada bahagian dalam konsol gear. pada masa ini tayar boleh dipasangkan dan jangan turunkan lagi daripada jack kerana kita hendak menguji pusingan tayar tersebut. selesai laras nat, tarik hand brake kereta 1 atau 2 klik dan periksa pergerakan tayar dengan memusingkannya dengan tangan anda. turunkan balik hand brake dan sekali lagi pusingkan tayar dan pastikan tayar dapat dipusingkan dengan sempurna ketika hand brake ini diturunkan. sekiranya berjaya sudah pasti hand brake kereta anda dapat berfungsi dengan begitu baik sekali


apabila segalanya sudah selesai maka bolehlah turunkan kereta seperti asal dan ketatkan nat tayar dengan torque sekitar 85ft.Lbs - 90ft.Lbs. pandu uji kereta anda dan brek beberapa kali supaya pad dan disc serasi bersama. pasti hand brake menggigit lebih daripada biasa

terima kasih
sincerely: jefftacra