Torque Android With ELM 327

salam sejahtera untuk semua. paparan saya kali ini ialah mengenai bagaimana kita hendak link antara hand phone dengan ecu kereta dengan menggunakan device ELM327 OBD2, ini khusus untuk kereta-kereta yang manggunakan port OBD2 sahaja. kebanyakan kereta baharu sekarang menggunakan protokol OBD2 pada kereta masing-masing. kebanyakan jenis ini compatible dengan device ELM327 yang akan saya terangkan nanti. jadi untuk memantau apa-apa fungsi sensor di kereta kita hanya perlukan telefon android dan dengan menggunakan aplikasi TORQUE yang boleh didapati di market store android secara percuma sahaja. kalau percuma hanya kita akan dapat versi lite sahaja dan untuk mendapatkan versi penuh anda perlu download TORQUE PRO. macam-macam fungsi ada seperti reading RPM, TPS, ENGINE TEMP, AFR dan lain-lain lagi akan muncul pada skrin hp anda. untuk percubaan kali ini saya menggunakan hp samsung galaxy S2 + device ELM327 + HONDA JAZZ 

inilah device yang saya gunakan yang diperoleh di UK secara online dengan harga seratus lebih. kalau made in china memang banyak tetapi device tidak dapat berhubung dengan ECU kereta saya. dengan device di atas proses pairing dengan hp dan komunikasi dengan ecu kereta sangat cepat dan tidak perlu menunggu masa yang lama, device made in china boleh pair dengan hp tapi liink dengan ecu honda jazz gagal sama sekali. tidak dapat  dinafikan ada sesetengah kereta boleh digunakan walaupun dengan menggunakan ELM327 from china, bukan saya kata tak boleh guna. up to you

apabila device dah ada maka seterusnya anda boleh download TORQUE PRO di market android seperti gambar yang tertera pada HP di atas. kebetulan hp ini tidak lagi digunakan, jadi saya mengambil peluang ini untuk menjalankan projek ini dan ternyata hasilnya sangat menggembirakan. versi percuma hanya versi lite sahaja tetapi versi pro kena bayar pulak, tapi berbaloi

seterusnya cucuk device ini kepada port OBD2 kereta, selalunya port ini ada pada bahagian bawah dashboard driver sama ada pada bahagian kiri atau kanan anda. honda jazz ada pada bahagian bawah berhampiran dengan konsol gear. semasa device ini dipasang lampu LED pada alat tersebut akan hidup walaupun kita masih belum on kunci, normal ye macam ni. sekarang boleh ON kunci tanpa menghidupkan kereta. ingat ye, jangan hidupkan kereta lagi pada masa ini

sekarang ON bluetooth pada hp dan scan device pada hp. sebaik sahaja kita scan device ini, hp akan memaparkan device baru yang kita pasangkan tadi. seterusnya masukkan code tertentu untuk pairing antara ELM327 dengan HP, code ini sama ada 0000 atau 1234 atau 6789. pasti akan dapat pair sekiranya code yang betul dimasukkan. anda boleh cuba ketiga-tiga code yang saya nyatakan di atas

nampaknya device tersebut telah dapat disambungkan dengan hp seperti yang tertera pada gambar di atas. apabila proses ini selesai maka bolehlah anda klik pada app torque di hp anda

sebaik sahaja aplikasi ini dibuka 3 lambang biru bahagian atas sebelah kanan akan berkelip-kelip kerana proses hp, device dan ecu akan berhubung antara satu sama lain. bila ketiga-tiga lambang tersebut statik bermakna anda telah berjaya menghubungkan hp anda dengan ecu kereta menggunakan device kecil ini. tahniah kerana anda telah berjaya, sekiranya tidak dapat bermakna mungkin device tidak serasi dengan ecu kereta anda

sebaik sahaja hp dapat berhubung dengan ecu kereta, lampu led pada device akan hidup berkelip-kelip dan bersedia untuk memindahkan data daripada ecu ke hp. sekarang bolehlah anda membuka mana-mana meter yang dikehendaki melalui hp anda

sekarang bolehlah start kereta dan perhatikan bacaan pada gauge yang dipilih hidup dan berfungsi mengikut fungsi sebenar pada enjin kereta. anda boleh memilih bermacam-macam theme meter yang boleh diperoleh secara percuma melalui aplikasi ini mengikut kesesuaian dan cita rasa sendiri


satu lagi kelebihan aplikasi ini ialah boleh mengesan error code ecu dan memaparkan sensor apa yang bermasalah. seterusnya kita bole erase error code tersebut melalui aplikasi ini. sangat mudah dan bermakna untuk pemilik kereta tanpa perlu menghantar ke bengkel kerana kita akan dapat tahu sensor apa yang bermasalah sekiranya check engine light hidup


paparan video gauge yang berfungsi 100% semasa kereta hidup. kita boleh memantau mana-mana gauge yang dikehendaki tanpa perlu memasang gauge tambahan yang lain

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra

e_Manage Ultimate Remote Switch

assalamualaikum dan salam sejahtera. bertemu lagi kita kali ini dengan entri bagaimana kita hendak merekod datalogger emanage ultimate tanpa menggunakan laptop, maksudnya kita boleh rekod datalog dengan hanya menekan switch dan kemudiannya data akan disimpan di dalam emanage ultimate. kita boleh download semula dengan menggunakan laptop untuk tindakan seterusnya. sebenarnya greddy ada mengeluarkan remote switch ini tetapi harganya boleh dikatakan mahal juga, tambahan pula dengan kejatuhan nilai ringgit kita, semakin tinggi jumlah yang perlu kita bayar untuk membeli cable ini. namun ada caranya, kita boleh melakukan secara DIY sahaja cable ini dengan menggunakan peralatan yang murah sahaja. ikutilah penerangan selanjutnya di bawah ini

dua komponen penting yang perlu digunakan untuk menjalankan proses diy kali ini ialah pertamanya momentary switch (sama dengan switch reset kebanyakan alarm), kat kedai elektronik atau pasar raya pun ada jual. harga rm1 lebih sahaja kot. dan komponen yang kedua ialah audio jack seperti yang terdapat pada gambar di atas. buat sedikit penyambungan wiring berpandukan diagram di atas iaitu satu terminal momentary switch ke hujung tip audio jack dan satu terminal lagi ke ground atau body audio jack. anda boleh dapatkan mana-mana cable audio jack terpakai yang sedia ada bersambung wayar, gunakan multimeter untuk menentukan wire mana bersambung ke hujung tip dan satu wire lagi ke ground/body audio jack. yang tengah-tengah tu tak pakai. ok, dah pun siap peralatan penting yang kita hendak gunakan nanti

apabila dah siap jadilah seperti ini. proses menghasilkannya bukan payah pun, cari switch dan audio jack terpakai pun boleh digunakan. kalau tak ada boleh beli dengan harga yang murah sahaja. sesetengah supermarket pun ada jual komponen ni

input SWITCH seperti yang ditanda kuning pada gambar di atas perlu digunakan. yang SERIAL tu tak boleh pakai, akan ada projek lain pada masa akan datang yang akan saya jelaskan nanti. cucuk je audio jack kat lubang tu, sedikit konfigurasi pada software emanage perlu dilakukan untuk membolehkannya berfungsi dengan sempurna

sambungkan laptop dengan emanage, buka parameter setting atau gambar kereta biru seperti di atas. lepas tu klik main logger dan di sini dapat dilihat menu yang keluar iaitu masa merekod dan apa yang penting anda perlu tetapkan switch tu dengan kedudukan REMOTE seperti di atas. kemudiannya anda perlu menambah datalogger mana yang anda hendak digunakan atau hendak rekod dan mainkan balik nanti. terdapat hanya 8 pilihan datalogger sahaja. selesai, klik APPLY

tutup suis dan unplug cable usb laptop dengan emanage. dah pun selesai konfigurasi software untuk merekod nanti. sekarang cucuk audio jack pada lubang SWITCH dan hidupkan kereta. cuba uji dahulu berjaya atau tidak, caranya ialah tekan momentary switch sekali dan proses merekod mula dilakukan. anda boleh perhatikan LED dalam petak yang saya tanda tersebut akan berkelip-kelip, ini bermakna recording sedang dijalankan. bila dah selesai atau nak berhenti rekod, tekan momentary switch sekali lagi, lampu LED akan berhenti berkelip-kelip. itu sahaja proses merekod datalogger. emanage ultimate memerlukan 1 pulse untuk ON dan 1 pulse lagi untuk OFF. remote switch ini berguna untuk kita merekod di mana-mana sahaja, tak perlu lagi sentiasa bersambung dengan laptop 

untuk download balik perlukan laptop iaitu buka software emanage, buka juga data logger dan pada bahagian bawah terdapat logo menu download data logger from main unit. klik ok dan data logger akan didownload, apabila selesai save dalam laptop anda dan bolehlah mainkan balik data logger ini untuk proses seterusnya

inilah hasilnya yang anda akan dapat tetepi terhad kepada 8 data log sahaja. anda boleh kaji balik dengan membuka mapping tertentu dan boleh ubah semula nilai yang terdapat pada mapping berpandukan datalog ini untuk tuning dengan lebih cantik lagi

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra

Launch Control via e-Manage Ultimate

salam sejahtera. kali ini saya paparkan tutorial mudah untuk melakukan launch control bagi pengguna e-manage ultimate (emu) sahaja. semua option sudah sedia ada di dalam emu, hanya kita sahaja perlu masukkan nilai-nilai tertentu untuk mengaktifkan launch control bagi sesebuah kereta. apakah yang dimaksudkan dengan launch control atau ada dalam kalangan kaki kereta menggunakan istilah launching (loncing). launch control sangat berguna untuk kereta drag racing sebagai permulaan untuk pergerakan kereta. dengan adanya fungsi launch control ini driver boleh menekan pedal minyak sampai lantai atau bergantung pada berapa setting pada % throttle tertentu, manakala kereta dalam keadaan statik dan pada masa ini enjin akan tersekat-sekat dengan rpm tertentu untuk memulakan pergerakan kereta. sebaik sahaja clutch dilepaskan kereta akan bergerak dengan cepat ke hadapan


sebenarnya banyak engine management menyediakan option launch control ini sama ada piggyback seperti emu ini, ada juga pengguna e-manage blue yang kreatif dapat menghasilkan launch control ini. kebanyakan standalone management pun menyediakan option ini. salah satu gadget yang terkenal yang sedia dikeluarkan oleh syarikat tertentu iaitu power builder bee*R seperti gambar di atas. dengan pemasangan device ini sahaja pun kita boleh melakukan launch control pada kereta kita. mungkin pada masa akan datang saya akan tunjukkan pula tutorial pemasangan bee*R ini, kali ini hanya tertumpu pada emu sahaja


harga semasa emu ini kalau brand new sekitar rm2500 tapi saya tak pasti sama ada yang baru ini betul-betul made in japan kerana kebanyakan seller mengatakan sudah tidak ada keluaran baru emu ini di japan. kebanyakannya dihasilkan di taiwan, saya pun tidak pasti kesahihan ini sama ada betul atau tidak. bagi yang 2nd kebanyakan seller menjual dengan harga rm1.7k - 1.8k bergantung pada kondisi barang tersebut


berbalik kepada projek kita kali ini, pertamanya sambungkan cable usb a to usb b antara usb port emu dengan laptop. on kunci kereta dan bila laptop dan dapat berhubung dengan emu, klik parameter setting iaitu klik pada gambar kereta biru seperti di atas. selepas itu satu tetingkap menu akan keluar seperti di bawah ini pula


sebagai contoh, saya lakukan kepada kereta yang menggunakan enjin 4G93. klik drop down menu vehicle pada bahagian atas sebelah kiri dan tetingkap ini akan keluar. dapatkan menu RPM Signal type dan klik drop down menu dan pilih IGNITION SIGNAL dan klik apply. ruangan lain biarkan dalam keadaan asal


kemudiannya klik menu IGN (ignition). yang perlu dimasukkan nilai tertentu ialah pada ruang IGN Cut Setting iaitu, ruangan start ialah berapa rpm yang dikehendaki untuk memulakan launch control ini. anda boleh masukkan rpm yang bersesuai dengan kereta anda. saya menggunakan 5000 rpm sahaja dan pada sebelah kanannya pula tick kotak Adj seperti di atas.

ruangan throttle position perlu dimasukkan berapa % throttle yang perlu ditekan untuk mengaktifkan launch control ini. anda boleh masukkan 4000 - 5000 rpm dan nilai ini bergantung kepada kehendak anda. IGN adjustment pula ialah kita perlu retard ignition sama ada -5 hingga -10, retard ignition ini boleh diubah bergantung kepada bunyi enjin semasa launch control berfungsi. pastikan bunyi enjin kuat dan nyaring



akhir sekali ialah masukkan input speed pulse iaitu nilai speed berapa baru launch control ini berakhir. maksudnya di sini ialah emu akan detect speed kereta untuk membolehkan kereta bergerak secara normal balik. kalau menggunakan emb atau bee*R biasanya menggunakan switch untuk mematikan fungsi ini yang kebiasaannya disambung pada wire hand brake kereta. bagi kebanyakan engine management, fungsi ini dapat dikesan melalui speed pulse sesebuah kereta. masukkan nilai 4 atau 5 pada speed pulse tersebut dan selesailah sudah konfigurasi untuk membuat launch control pada emu ini. bolehlah mencubanya sama ada berjaya atau tidak

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra

Shift Light With e-Manage Blue

assalamualaikum dan salam sejahtera. seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan paparkan bagaimana cara untuk menghasilkan shift light dengan menggunakan engine management e-manage blue (emb). sekiranya anda menggunakan apexi RSM pun boleh menghasilkan shift light mengikut point rpm yang dikehendaki. shift light ini berguna sebagai panduan untuk kita menukar gear apabila telah mencapai satu-satu point rpm yang akan kita tetapkan nanti. lampu tersebut sebagai indicator untuk kita menukar gear sahaja kot. kali ini saya paparkan projek shift light dengan menggunakan signal sub-injector sebab kebiasaannya kita tidak menggunakan fungsi sub-injector ini. sebenarnya kita pun boleh jalankan shift light ini dengan menggunakan signal vtec output tetapi bagi pengguna enjin mivec sudah pasti memerlukan signal vtec ini untuk menjalankan fungsi trigger mivec. bezanya ialah signal sub-injector yang dihasilkan adalah negatif (-) manakala signal vtec output adalah positif (+)


saya akan tunjukkan tutorial dengan menggunakan emb mini version dan kaedah ini sama sahaja jika anda menggunakan emb keluar terdahulu yang fizikalnya lebih besar sedikit daripada keluaran sekarang. perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan kedua-dua model ini ialah, model sekarang hanya menggunakan cable USB A to USB B sahaja untuk diconnect dengan laptop. cable printer biasa pun boleh pakai. versi terdahulu memerlukan usb to serial port untuk membolehkan emb berkomunikasi dengan laptop. jadi versi sekarang lebih mesra pengguna sedikit agaknya


ini merupakan main harness socket emb manakala yang di sebelah kanannya ialah ignition harness. main soket harnes ini sebenarnya terdapat injector wire jika sekiranya anda hendak trim fuel melalui injector pada kereta. tetapi harus diingatkan, bagi pengguna enjin mitsu sekiranya anda menyambungkan wire injector ini, lampu check engine akan keluar nanti tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan pada prestasi kereta. mungkin ecu tidak mengenali signal yang dihasilkan oleh emb ini. solusinya anda memerlukan injector adapter 3 keluaran greddy untuk mengatasi masalah ini. ok, berbalik pada projek kita ini, perhatikan soket yang saya tanda dengan petak kuning di atas. pin tersebut merupakan pin untuk sub-injector yang akan kita gunakan untuk emb menghasilkan signal negatif (-) yang seterusnya akan disambungkan ke bulb 12v terminal negatif (-) nanti


jadi, kita perlu menambahkan pin wire pada slot kosong bersebelahan dengan wire merah seperti gambar atas tadi. anda boleh mendapatkan mana-mana wire daripada socket ignition yang tidak dipakai dan kemudiannya dipindahkan ke soket sub-injector tadi. caranya ialah, tolakkan lock wire yang berwarna putih ke atas (panah kuning), masukkan jarum atau pin ke dalam lubang pin wire yang hendak dikeluarkan, umpil lock pin sambil tarik wire biru tersebut. dengan mudah wire yang kita kehendaki akan dapat dikeluarkan daripada soket. tolakkan balik lock pin yang berwarna putih itu ke bawah seperti keadaan asal


berbalik kepada soket main harness, seperti tadi juga, tolakkan lock socket ke atas dan masukkan wire biru tadi ke lubang pin yang ditunjukkan seperti gambar di atas iaitu bersebelah dengan wire power 12v emb. masukkan wire sehingga berbunyi klik dan tolakkan balik lock wire tersebut. ok, selesai pada proses pemindahan wiring pada soket emb


langkah seterusnya ialah kita perlu mengaktifkan output signal sub-injector ini pada board emb. keluarkan board emb dan anda perlu mendapatkan jumper (jp) iaitu JP5 dan JP6 yang akan saya paparkan di bawah ini


untuk mengenali setiap jumper memang ada marking pada board yang tertera pada setiap JP tersebut. gambar atas saya tunjukkan JP5 dan JP6 yang perlu kita setkan daripada OPEN (factory setting) kepada kedudukan 1-2 dengan hanya mencabut plastik hitam jumper dan dicucukan pada kedua-dua pin jumper sahaja. ok siap konfigurasi pada board emb. pasangkan balik board ke dalam casing emb


 ini diagram yang saya lakarkan untuk membuat wiring daripada emb ke bulb dan seterusnya ke sumber 12v. wire dari soket emb yang kita ubah tadi disambungkan ke negatif (-) bulb atau led 12v manakala kaki positif (+) disambungkan ke mana-mana sumber 12v semasa kunci di ON. sebagai langkah keselamatan letakkan fuse 10A pada wire positif tersebut. lakaran diagram tak cantik tapi dapatlah dijadikan sedikit panduan untuk semua, saya tak pandai melukis pun


selesai proses wiring kita perlu lakukan sedikit perubahan pada software emb. sambungkan emb ke laptop, on kunci dan apabila emb dah dapat berhubung dengan laptop, klik parameter setting atau lambang kereta yang berwarna biru. pada map select tick pada kotak sub injector map dan klik confirm


sekarang buka sub-injector map dan ruangan atas sebelah kanan pilih throttle position (%) dan masukkan nilai injector duty cycle 50 pada mana-mana rpm yang dikehendaki dan pada rpm berikutnya sehingga habis masukkan nilai 100. ini bermakna apabila rpm sampai pada nilai 50%, lampu shift light akan mula berkeli-kelip dan apabila rpm berada pada duty cycle 100% lampu shift light akan solid menyala sehingga rpm seterusnya. nak test dulu rpm rendah pun boleh, nak pastikan lampu shift light berfungsi sahaja. kemudian baru ubah ke mana-mana rpm yang dikehendaki. ok lah, dah pun selesai projek shift light dengan menggunakan emb

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra

e-Manage Ultimate Option Port (A/F)

bersua kembali, diharapkan pembaca page ini berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping tuga-tugas dan jentera masing-masing. entri kali ini saya paparkan khusus bagaimana hendak menggunakan option port 1 pada front panel emanage ultimate (emu) untuk berfungsi sebagai output untuk reading air fuel ratio. ini sangat berguna pada pengguna yang mempunyai innovate wideband LC-1 yang dipasangkan secara kekal di dalam kereta. kita boleh memantau dan mengetahui reading afr hanya berpandukan logwork emu sahaja dan satu lagi yang penting ialah kita dapat auto tuning afr dengan menggunakan map afr target map di dalam emu. jadi emu akan secara automatik menala afr kereta kita mengikut nilai afr yang kita masukkan pada afr target map. jadi kita ikuti langkah-langkah bagaimana kita hendak melakukan secara diy sahaja

EMU mempunya 2 option port pada front panel iaitu port yang berwarna kuning pada gambar yang tertera di atas. terdapat 3 pin pada setiap soket iaitu dari kiri pin satu untuk signal, pin 2 kebiasaannya voltage bernilai 5v dan pin 3 untuk ground atau body. untuk menjayakan projek kali ini kita hanya perlu menggunakan pin 1 dan pin 3 sahaja. pin 2 abaikan


sebenarnya pihak greddy ada mengeluarkan soket untuk option port ini dengan harga sekitar rm100 tetapi tidak berbaloi untuk membelinya kerana kita dapat menghasilkan sendiri dengan menggunakan cable cd rom drive yang terdapat pada dekstop komputer. ambil je kat mana-mana dekstop yang tidak digunakan


cable ini mempunya 4 female pin, jadi kita perlu mod atau buang pin terakhir untuk dipadankan dengan soket option pada emu. potong dengan berhati-hati bahagian tepi supaya jadi seperti gambar di atas


try padankan dengan soket EMB dan ternyata dapat dimasukkan dengan sempurna. jadi kita dah boleh jimat daripada membeli cable yang dikeluarkan oleh greddy ini


seterusnya ialah diagram yang perlu kita ikuti untuk proses penyambungan wire daripada option port kepada analog out yang terdapat pada wire innovate LC-1. pada wire lc 1 ini terdapat 2 analog output iaitu warna kuning dan warna cokelat. kita boleh pilih mana-mana wire tersebut dan salah satunya perlu digunakan untuk bacaan pada meter afr innovate



saya menggunakan wire analogl-1 output yang berwarna kuning dan disambungkan ke pin 1 option port emu tadi. manakala pin 3 option port emu disambungkan ke wire ground (hitam) di wire lc-1. jadi siaplah proses wiring ini. agak mudah bukan?


langkah seterunya ialah kita nak setting sedikit dalam software emu ini. sambungkan emu dengan laptop, buka software dan klik pada parameter atau lambang kereta pada emu. seterusnya pilih menu front panel dan pada ruang option 1 kita pilih a/f meter - innovate - dan nilai seperti di atas. kalau guna afr jenis lain pun boleh juga. tekan apply dan ok. kalau kita start kereta kita akan boleh nampak reading afr ini di dalam data log emu


kemudian pilih menu a/f target iaitu untuk kita menetapkan target afr pada map nanti. kita perlu konfigurasi sedikit nilai tertentu di dalam ruangan ini. ikut seperti di atas pun tidak menjadi masalah


buka map a/f target dan injector adjusment map P. pada ruangan table injector adjustment P kita tidak perlu mengisi apa-apa nilai kerana nanti akan diisi secara auto oleh emu berdasarkan target a/f ratio yang kita tetapkan di dalam map tersebut. duty cycle injector akan diisi secara automatik nanti apabila kita menghidupkan kereta dan seterusnya memandu kereta nanti


contoh target map dan bahagian map atas itu emu calculate sendiri. pastikan anda menggunakan duty cycle untuk injector dan jangan ubah dengan menggunakan duration kerana emu tidak dapat menjalankan tugasnya untuk mengisi map injector adjustment tersebut. test kereta dan kita dapati pada meter air fuel ratio berkeadaan seperti hampir sama dengan apa yang kita tetapkan di dalam target map. happy tuning and happy motoring

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra

Idle Position Switch & TPS Sensor Adjustment

assalamualaikum dan salam sejahtera. sedar tak sedar dah masuk bulan 10 dan lagi 2 bulan bermakna tahun 2016 akan ditinggalkan. begitu cepat masa berlalu ye. walau apa pun, kehidupan tetap diteruskan di samping tugas dan kerjaya seharian. baiklah, entri kali ini saya paparkan bagaimana kaedah dan cara yang boleh dilakukan untuk adjust atau melaras kedudukan idle switch dan seterusnya kedudukan throttle position sensor (TPS) pada throttle body. ada kaedah lain yang boleh dilakukan seperti kaedah mendapatkan bacaan voltage pada TPS iaitu dalam keadaan enjin mati, bacaan voltage tps mengikut apa yang dicadangkan oleh mitsubishi ialah sekitar 0.535v - 0.735v. bagi kereta saya bacaan terbaik ialah pada 0.650v dan ternyata bacaan ini menghasilkan idling yang stabil pada enjin kereta saya. mungkin kereta lain tidak sesuai dan anda perlu menguji bancaan tertentu untuk disesuaikan pada enjin kereta anda. kali ini saya tunjukkan kaedah lain untuk melaras TPS pada kereta anda seperti mana yang dicadangkan oleh manual mitsubishi bagi enjin 4G awal tahun 90-an
perlatan yang perlu ialah multimeter, feeler gauge, wire bersoket dan throttle body pada kereta. apa yang saya paparkan ialah throttle body bukan pada enjin, kerana kebetulan terdapat sebiji throttle body dalam simpanan saya. anda boleh jalankan kaedah ini pada throttle body di kereta masing-masing tanpa membuka throttle body dari enjin

ini ialah feeler gauge yang saya gunakan untuk melaras tepet atau valve clearance enjin kereta. feeler gauge ini perlu digunakan untuk melaras TPS sensor ini. dapatkan feller gauge dengan bacaan ketebalan yang diperlukan iaitu 0.45mm sahaja

seterusnya selitkan feeler gauge 0.45mm tadi pada tengah-tengah fixed SAS screw dan throttle lever seperti mana yang dipaparkan pada gambar di atas. fixed SAS screw ialah screw yang digunakan untuk menahan  kedudukan butterfly pada throttle body

inilah gambaran yang jelas di manakah kedudukan feeler gauge tadi perlu diletakkan iaitu antara fixed SAS screw dan lever throttle body. masukkan sahaja di tengah-tengahnya

buka soket TPS pada sensor tersebut. perhatikan pada bahagian atas TPS terdapat marking yang menunjukkan + O S -. kita hanya perlu menyambung dua wire sahaja iaitu pada kedudukan no. 3 (S = switch) dan no. 4 (- = negatif/grounding). pin 1 dan 2 tidak disambung ke mana-mana. enjin juga tidak dihidupkan dengan posisi kunci pada OFF

kedudukan 2 wire yang disambungkan pada S dan - pada TPS sensor. perhatikan marking yang terdapat pada TPS sensor tersebut. anda boleh menyambungkan wire mengikut marking tersebut sahaja

sekarang sambungkan wire daripada TPS tadi ke multimeter, pastikan set multimeter pada kedudukan untuk menguji continuity

sebaik sahaja disambung dengan multimeter, buzzer akan berbunyi menunjukkan adanya continuity antara kedua-dua pin TPS tersebut. longgarkan skru TPS sensor dan pusingkan kedudukan TPS arah lawan jam sehingga habis. pada masa ini continuity masih lagi ada. kemudian dengan perlahan-lahan pusing TPS arah lawan jam sehingga non-continuity iaitu sehingga buzzer multimeter tidak berbunyi. anda boleh juga menggunakan bulb kecil atau led dan sekiranya menggunakan bulb atau led pusing tps arah jam sehingga bulb atau led padam. ketatkan nat TPS sensor pada kedudukan ini iaitu pada kedudukan non-continuity. ingat ye, feeler gauge masih lagi berada pada celah fixed SAS screw

multimeter menunjukkan non-continuity. setelah selesai proses ini dan feeler gauge masih lagi berada pada tengah fixed SAS screw anda boleh menguji bacaan voltage dengan kedudukan yang dilaraskan dengan cara ini. sepatutnya bacaan yang anda dapat ialah antara 0.40v - 1.0v (400mV - 1000mV). apabila telah selesai, cabut balik feeler gauge dan pasangkan semula soket TPS, anda bolehlah start kereta seperti biasa. selesai sudah bagaimana cara melaras kedudukan TPS dengan kaedah ini. pada entri lain saya akan paparkan pula bagaimana melaras fixed SAS screw untuk mendapatkan kedudukan butterfly yang betul pada throttle body

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Test And Find a Battery Drain

assalamualaikum dan salam sejahtera. pernahkah anda mengalami masalah begini, bateri kereta masih baru tapi cepat sangat kondem sehingga nak start kereta pun tidak boleh, ataupun kereta kuat 'makan' bateri. sepatutnya jangka hayat bateri boleh bertahan melebihi satu tahun, dua tahun malahan ada yang dapat bertahan sehingga 3 tahun atau lebih. jika bateri kereta anda cepat kondem, sebenarnya ada current kereta yang berjalan walaupun kereta telah dimatikan. keadaan ini berlaku disebabkan terdapatnya masalah wiring kereta yang perlu diperiksa dan diperbetulkan supaya keadaan bateri kereta berada dalam keadaan normal dan tidak cepat habis. berlainan sekali dengan masalah alternator iaitu bateri kereta pun cepat habis kerana alternator yang rosak menyebabkan bateri tidak dapat dicas dengan baik. entri kali ini saya paparkan bagaimana kita hendak menguji dan memperbetulkan masalah battery drain pada sesebuah kereta

tool penting yang mesti ada ialah multimeter, tidak kira yang mahal atau pun murah asalkan ada fungsi untuk menguji ampere elektrik. biasanya multimeter yang mempunyai fungsi ini akan ada 3 input jack iaitu com untuk common (-) dan dua lagi ialah jack input jack biasa dan paling penting ialah input jack A (ampere). gunakan jack hitam untuk com dan jack merah untuk A seperti di atas. jangan gunakan terminal ini untuk menyentuh negati dan positif bateri kerana boleh merosakkan multimeter anda

tetapkan tombol multimeter ke arah A seperti gambar di atas. sesetengah multimeter biasa pun ada fungsi untuk menguji ampere ini

display sepatutnya akan menunjukkan angka kosong kerana tidak ada apa-apa current lagi. satu perkara lagi ialah pastikan setting multimeter diset pada direct current (DC) dan bukannya pada AC. sekarang dah sedia untuk diuji pada kereta anda

seterusnya ialah buka terminal negatif bateri kerana kita akan melakukan ujian untuk mengetahui berapa bacaan yang akan keluar pada display multimeter nanti

sentuh hujung positif kepada terminal bateri dan hujung negatif ke wire ground kereta. ada sedikit spark akan keluar apabila hujung ini tersentuh tetapi hanya kecil sahaja dan tidak mendatangkan apa-apa masalah pun

mengikut apa yang tertera pada display multimeter di atas bacaan ampnya ialah 0.068A dan ini bersamaan dengan 68 milliampere (1A = 1000 milliampere). saya telah mengenal pasti bacaan ini iaitu kerana LED alarm pada kereta saya masih lagi hidup walaupun wire ground pada bateri dicabut. saya tak hendak terangkan lebih lanjut kenapa lampu LED alarm ini masih hidup pada kereta saya, ada seseuatu yang tersirat di sebaliknya, hehe...


sekiranya ada masalah bateri kerap mati kemungkinan bacaan amp lebih besar seperti 3A atau lebih dan perkara ini berlaku kerana ada sesuatu masalah pada wiring tertentu di kereta anda. anda harus memeriksa dengan mencabut kesemua fuse yang ada pada kereta satu persatu sehingga anda mendapat bacaan 0 pada display multimeter

cabut fius aircond kereta satu persatu dan pasang balik satu demi satu. jika tidak ada apa-apa perubahan pada fius bahagian ini maka beralih pula pada fius di sebelah kanan engine bay

buka penutup kotak fius pada bahagian ini dan cabut satu persatu fius. jika tiada lagi perubahan maka berpindah pula pada fius di bawah dashboard kereta anda. sekiranya dah jumpa masalah di sini maka bolehlah anda memeriksa fius mana dan wire berkenaan yang bermasalah

periksa juga pada fius di bahagian bawah dashboard ini hingga selesai. sekiranya tidak berlaku apa-apa perubahan pada display multimeter berkemungkinan alternator kereta anda bermasalah. cuba cek kondisi alternator di mana-mana kedai bateri atau menggunakan device kecil khusus untuk mengetahui keadaan bateri dan alternator kereta anda seperti yang saya jual di FB saya

terima kasih
sincerely: jeff tacra