Rear View Camera Installation

selamat tahun baru 2016 diucapkan kepada semua followers dan pengunjung serta pembaca page ini semoga tahun ini lebih baik lagi daripada tahun lepas. begitulah azam kita apabila menjelma tahun baru dan hari ini 1 januari 2016 telah bermula meninggalkan tahun 2015 yang mungkin banyak meninggalkan kenangan dan imbauan pahit manis dalam kehidupan, begitu juga, mungkin jentera kita pada tahun ini akan bertambah berseri-seri lagi dengan perancangan baru yang bakal dilaksanakan


hari ini saya berpeluang untuk membuat tutorial bagaimana memasang dan seterusnya proses wiring rear view camera bagi sesebuah kereta. bagi yang menukar sistem head unit DVD atau double din yang mempunyai skrin sudah pasti kita perlu manfaatkan function yang ditawarkan seperti function untuk rear view camera. pemasangan rear view camera boleh dikatakan penting juga kerana selalunya apa sahaja objek yang lebih rendah daripada pandangan kereta, kita sudah tidak dapat melihatnya. dengan adanya rear view camera apabila kita masuk sahaja gear R atau gear reverse secara automatik skrin head unit kita akan memaparkan imej pandangan belakang kereta kita. hal ini sebenarnya boleh dijadikan panduan bagi pemanduan kita sekiranya ada objek tertentu ataupun ada kanak-kanak di belakang kereta serta merta kita dapat melihatnya, di samping mengatasi masalah blind spot pada kerata. ok, saya akan tunjukkan bagaimana memasang rear view camera di bawah ini



seperti biasa pada penghujung tahun 2015 baru-baru ini selalunya akan ada offer menarik daripada penjual tidak kira apa-apa jualan sekalipun. saya mengambil peluang ini untuk membeli rear view camera dari negara matahari terbit memandangkan offer yang dibuat agak menarik juga, ada pos free lagi ke tempat kita ini. bolehlah shopping di web tertentu sekiranya hendak membeli barangan kereta dari japan. gambar kecil pada penjuru atas kanan merupakan rear view camera yang telah selamat saya terima dari japan, tidak sampai seminggu barang sudah dapat kalau menggunakan EMS japan




pertamanya pasang dahulu camera pada bahagian belakang kereta, kebiasaanya bahagian atas plet nombor kerana di situ amat sesuai tambahan pula wire nanti senang untuk dimasukkan ke bahagian dalam kereta sama ada melalui bahagian lampu nombor plet kereta atau apa-apa ruang yang bleh digunakan. saya memasangkan camera ini pada bahagian kiri nombor plet honda jazz GE ini dan memasukkan wire ke dalam bonet kereta melalui lubang pada lampu malam nombor plet. gunakan skru yang ada untuk memasangkan camera ini kerana dengan cara ini kedudukan camera ini akan kemas jika dibandingkan dengan hanya menggunakan double tape sahaja yang saya kira akan tercabut suatu hari nanti



masukkan wire camera ke dalam bonet kereta (honda jazz GE) dan wire ini nanti akan disambungkan dengan soket yang akan menghubungkan camera ini ke bahagian hadapan kereta iaitu pada bahagian belakan head unit nanti untuk membuat penyambungan seterusnya. kemaskan wire dengan menggunakan cable tie agar kelihatan teratur mengikut harness wiring kereta




wire yang disambungkan dengan soket yang sedia ada hendaklah dimasukkan ke dalam hose getah seperti pada gambar untuk dilalukan pula ke bahagian lampu reverse kereta sebelum di bawa ke hadapan kereta. buka hose dari bonet dan body kereta dan masukkan atau lalukan wire tadi ke dalam hose dan bukannya melalui luar hose. ada sesetengah kedai yang menebuk hose getah ini untuk memudahkan kerja-kerja laluan wire tetapi saya tidak suka mengamalkan cara tersebut. lebih baik bersabar sedikit untuk memasukkan wire ke dalam hose agar terlindung dan tidak terkena air, tambahan pula kelihatan kemas



dari bonet laluan wire tadi akan melalui bahagian belakang body kereta dan agak sukar untuk memasukkan wire ke dalam body kereta. tapi ada caranya iaitu dengan menggunakan dawai besi halus kita dapat menyelesaikan kerja ini dengan mudah. masukkan dawai ke dalam ruangan body kereta sehingga keluar hujungnya pada bahagian tertentu, sambungkan hujung wire dengan hujung dawai dengan menggunakan tape hitam dan tarik sahaja dawai tersebut. dengan mudah wire tadi akan masuk dengan senangnya melalui ruang-ruang sempit yang tertentu. seterunya wire ini dimasukkan pada bahagian tapi panel lantai kereta, ke bawah dashboard dan seterusnya ke belakang head unit. dah pun siap membuat laluan wire untuk rear view camera



sekarang tibalah proses wiring pula iaitu terdapat dua bahagian atau tempat yang perlu disambungkan wire tertentu. pertamanya pada bahagian lampu reverse kereta terlebih dahulu. lampu reverse terdapat 2 wire utama iaitu positive dan negative. sambungkan wire dari camera iaitu wire merah ke positive (+) wire lampu reverse. dalam gambar wire putih kerana saya telah menyambungkan wire merah dengan wire putih, agak pendek wire merah asal. manakala wire hitam pula sambung ke negative (-) lampu reverse ataupun boleh juga disambungkan ke body kereta. jadi kebetulan dah ada nat untuk wire negative asal kereta, saya hanya sambungkan wire negative camera ini ke body kereta sahaja tanpa menyambungkannya dengan wire negative lampu reverse. ok selesai proses penyambungan wire pada bahagian belakang kereta



pada bahagian hadapan kereta pula iaitu pada bahagian head unit hanya plug in sahaja soket RCA video ini (soket kuning) ke soket camera in belakang head unit. biasa dah ada label untuk camera in di bekanag head unit yang selalunya juga berwarna kuning. tinggal hanya satu lagi wire iaitu wire merah yang keluar daripada belakang RCA socket ini yang selalunya merah kecil sahaja. wire ini ialah wire trigger iaitu apabila kita memasukkan gear R wire ini akan supply current 12v yang akan menghantar isyarat ke head unit untuk mengaktifkan skrin seupaya memaparkan imej camera belakang. ke mana pula hendak disambungkan wire merah kecil ini?



lihat wire pada bahagian belakang head unit kerea anda. bagi yang double din atau ada skrin dengan fungsi rear view camera akan ada satu wire yang dilabelkan dengan REVERSE atau BACK. sambungkan wire merah kecil tadi (wire merah soket RCA) ke wire reverse atau back ini. wire inilah nanti akan trigger signal untuk head unit bertukar ke mode camera. saya kira proses wiring ini tidak rumit sangat, boleh diy sendiri di rumah sahaja dan paling penting boleh jimatkan kos upah wireman luar lagipun hasil kerja kita sendiri tentulah kita puas hati. ok, kira selesailah proses pemasangan rear view camera serta proses wiring pun dah siap



sebelum pasang dan kemaskan balik head unit anda, ambil kunci kereta dan on kunci tanpa start kereta terlebih dahulu dan tanpa on head unit. masukkan gear R dan dengan serta merta imej belakang kereta akan terpapar di skrin. ini bermakna projek anda dah pun berjaya dilakukan



pasangkan semula head unit, kemaskan wire yang ada dan tibalah masa untuk menguji camera ini. hidupkan enjin, ON head unit dalam apa-apa mode sekalipun dan masukkan gear R, sepatutnya skrin akan menunjukkan imej belakang kereta tanpa mematikan muzik yang anda pasang. ubah ke gear 1 atau D secara automatik imej akan terpadam. selesailah projek pemasangan rear view camera sempena tahun baru 2016 ini :)

terima ksih
sincerely: jefftacra