Ralliart Panel Meter Replacement

assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berpuasa kepada semua. setelah agak lama page saya ini tidak ada apa-apa penambahan entri terbaru dan pada hari ini saya berpeluang untuk memasukkan tutorial mengenai bagaimana cara memasang panel meter aftermarket iaitu owner meter ini telah memilih satu set panel ralliart putih. kos satu set ini saya pun tak pasti dan saya kira harganya mungkin hampir rm200 atau lebih kot. rakan saya telah menghantar meter dan panel ini untuk dipasangkan pada meter mivec beliau dan saya mengambil peluang ini untuk menjadikan sebagai bahan page saya yang sekian lama tidak dikemaskinikan. saya akan jelaskan secara terperinci bagaimana langkah memasang panel tersebut
inilah panel meter ralliart putih yang akan dipasangkan pada meter mivec. saya hanya memberikan panduan secara terperinci di sini dan segala kerja yang anda lakukan adalah menjadi tanggungjawab anda sekiranya terdapat apa-apa masalah yang berlaku pada meter anda nanti. kerja-kerja pemasangan ini perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana kita perlu mencabut dan memasang kembali jarum penunjuk meter supaya berfungsi seperti keadaan asal tanpa menjejaskan apa-apa pun. sekali lagi saya jelaskan, risiko dan sebarang kemungkinan masalah yang berlaku nanti menjadi tanggungjawab anda. sekiranya kerja-kerja pemasangan ini dilakukan dengan step by step dan kaedah yang betul sepatutnya tidak mendatangkan apa-apa masalah pada meter kereta anda, segalanya dapat berfungsi dengan sempurna

keluarkan meter daripada dashboard kereta dan perhatikan 3 bulatan yang telah saya bulatkan pada bahagian atas meter tersebut. inilah lock atau klip cermin meter yang perlu dibuka untuk kerja-kerja pemasangan panel baru nanti. tekan klip satu persatu sehingga bahagian atas housing meter terpisah dengan bahagian cermin meter. kemudian beralih pula pada klip bahagian bawah meter yang kesemuanya terdapat 4 klip yang perlu ditanggalkan. caranya sama sahaja iaitu tekan klip ke arah bawah sambil asingkan panel cermin dengan housing meter

apabila cermin meter telah dapat dipisahkan daripada housing meter maka bolehlah anda mencabut bahagian kiri dan kanan meter dan di sini tidak ada apa-apa skru pun untuk mencabutnya. tarik sahaja ke hadapan. kemudian cabut keseluruhan jarum meter satu persatu dengan berhati-hati supaya jarum meter tidak patah. terlebih dahulu ambil gambar atau buat marking kedudukan meter sebelum jarum dicabut supaya dapat dijadikan panduan semasa memasang kembali jarum meter. gambar di atas menunjukkan bahagian TEMP dan FUEL penunjuk meter. bulatan kuning yang saya paparkan ialah tiang (tak tahu nama sebenar) yang perlu kita ambil untuk dipasangkan pada bahagian RPM nanti


inilah bahagian belakang tiang yang saya telah cabut tadi dan caranya ialah dengan menggunakan solder panas dan sentuh bahagian belakang tiang sehinggga plastik tiang mencair sedikit dan apabila dah cair maka dengan mudahnya tiang dapat ditarik keluar pada bahagian hadapan panel meter. jangan paksa sekiranya tidak berjaya keluarkan, panaskan lagi tetapi dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan panel meter. tarik sehingga tiang tercabut daripada panel meter. gambar atas ialah tiang yang telah saya keluarkan daripada panel meter berkenaan

pasangkan tiang tersebut pada panel RPM meter yang telah tesedia lubang pada panel meter yang baru. masukkan tiang dan pada bahagian belakangnya pula, panaskan balik tiang tersebut dan apabila dan mula lembik maka bolehlah anda menggunakan apa-apa bahan sekalipun untuk meleperkan balik tiang tersebut supaya dapat melekat dengan sempurna pada panel meter baru. saya kira penerangan saya ini sudah cukup jelas. apa yang penting cara mencabut dan memasang tiang hendaklah menggunakan kaedah yang betul kerana terdapat individu yang hendak mencabut tiang tersebut sehingga patah dan ini menyukarkan kita mendapat gantian bahan tersebut

ok, langkah seterusnya ialah proses menampal sticker merah transparent pada jarum meter. sticker ini boleh dapati di mana-mana kedai membuat iklan dengan harga yang murah sahaja. saya menggunakan sticker lampu belakang yang dibeli suatu ketika dahulu secara online di UK. tampal sticker dengan berhati-hati pada jarum meter dan kemudiannya potong balik bahagian tepi jarum penunjuk supaya sticker menjadi bentuk yang sama dengan jarum tersebut. gunakan kreativiti anda untuk memotong lebihan sticker mengikut shape jarum meter

apabila kesemua langkah di atas telah selesai maka bolehlah anda memasang keseluhan panel meter pada housing meter. terdapat 4 skru kecil pada panel meter iaitu masing-masih 2 skru pada bahagian mileage dan 2 lagi skru pada bahagian RPM. pasangkan panel dengan kemas dan berhati-hati dan janganlah terlalu ketat semasa memasang skru kerana hal ini boleh merosakkan panel meter anda

tibalah masanya yang boleh dikatakan agak rumit juga iaitu proses memasang kembali kesemua jarum meter supaya berkeadaan seperti asal dan dapat berfungsi dengan sempurna tanpa ada sebarang masalah yang tidak diingini. pada bahagian temp dan minyak sebelum anda mencabut jarum tadi terlebih dahulu ambil gambar atau buat marking untuk mengetahui kedudukan asal meter. hal ini perlu dilakukan untuk memudahkan kita memasang kembli jarum meter seperti asal. untuk meter temp tak menjadi masalah sangat kerana jarum akan turun habis ke bawah dan pasangkan jarum mengikut kedudukan paling bawah. bagi meter minyak pula anda perlu turunkan meter perlahan-lahan secara manual (jangan paksa) ke takuk paling bawah dan kemudiannya pasangkan jarum mengikut takuk tersebut.

bagi jarum penunjuk mileage pula pasangkan biar betul-betul kedudukan pada 0KM. yang ni agak mudah juga. bagi jarum rpm pula agak rumit sedikit kerana kita perlu pasang supaya jarum meter terletak betul-betul pada tiang yang dipasangkan tadi. apabila kesemuanya telah berjaya dilakukan jangan pasang dahulu cermin hadapan panel meter kerana kita perlu test dulu meter dan kedudukan jarum supaya betul-betul sempurna. pasangkan meter pada dashboard, on kunci dan perhatikan meter minyak dan meter rpm. sekiranya ada masalah cabut meter minyak kembali dan pasangkan mengikut kedudukan gambar atau marking yang dibuat tadi. begitu juga dengan meter rpm, sekiranya on kunci dan meter rpm telah naik ke atas, cabut jarum dan pasangkan pada kedudukan rapat dengan tiang. apabila segalanya telah dilakukan maka boleh anda start kereta dan panaskan sehingga temp mencapai tahap kepanasan yang betul iaitu sehingga radiator fan berpusing. sekiranya jarum temp tidak normal, cabut dan pasang kembali mengikut gambar yang diambil tadi atau mengikut kebiasaan kedudukan jarum temp apabila enjin telah panas

apabila segalanya sudah berfungsi macam asal, cabut balik meter dan pasangkan cermin hadapan meter. dah pun siap... bolehlah bergaya dengan panel meter yang baru dan ini menambahkan lagi seri meter kereta anda

sekian, terima kasih
sincerely: Jeff Tacra

11 comments:

عزين الد ين محمد said...

Cikgu, jarum 2 tarik je ke?

Jeff Tacra said...

Yup, jarum tarik keluar je. Ada juga yang agak ketat, tarik dengan hati2

Muhammad Firdaus said...

Cikgu, kalo meter auto boleh ke pakai cover Ralliart nie? Display auto sy da xpakai coz sy da pki gearbox manual skrg..

Jeff Tacra said...

Boleh je pakai panel meter manual pada meter auto. Cuma jarum temp dan minyak akan pendek sedikit

naruto said...

maaf cikgu jeff.. pada pengalaman saya meter bahagian minyak tu auto ngan manual tak sama.. kedudukan lobang tu lain.. klau beli manual punya pasang kat auto tak boleh..begitu juga sebaliknya..

Jeff Tacra said...

terima kasih atas info

Wan Salleh said...

Tq cikgu jeff.terlalu bnyk ilmu yg sy dapat.harapan sy agar cikgu teruskan mengarang...semoga dipermudahkan segala urusan...amin

Wan Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Nur Iman said...

cikgu jeff..nk tnya ni..kete iswara sy..lmpu malap tu msih mnyala skli lmpu blkg walau dh ttup n cbut suis..lmpu rendah x nyala pastu lmpu tinggi kna tahan dgn jari klau x,xnyala..tpksa cbut wire btery ..huu..hrap cg dpt mmbntu

Wan Salleh said...

Salam bro jeff...boleh tnjok cara pasang grounding stabilizer lbh trperinci.yg sblm ni sy xpaham.pivot eart tu join kan sendri ngan ground kan.dari pivot tros ke negatf betry ke?

Wan Salleh said...

Salam bro jeff...boleh tnjok cara pasang grounding stabilizer lbh trperinci.yg sblm ni sy xpaham.pivot eart tu join kan sendri ngan ground kan.dari pivot tros ke negatf betry ke?