AC Panel Digital Wiring

kali ini saya akan paparkan secara khusus mengenai fungsi beberapa wire yang terdapat pada panel aircond digital lancer dan kemungkinan wire lain akan ada sambungan tutorial entri lain pada masa akan datang. entri ini khusus untuk beberapa fungsi tertentu sahaja yang boleh dikatakan sebagai asas kepada ac panel digital ekon mitsubishi khusus untuk model 4G9X. saya banyak menerima pertanyaan mengenai wiring panel aircond digital ini melalui whatsapp atau pm atau mesej. bukan tak nak bagitau tetapi hal-hal yang melibatkan wiring ini jangan diambil mudah kerana kesilapan kita menyambung pada kereta kita sebenarnya boleh mengundang padah seperti shock circuit, spark dan yang lebih parah ialah boleh menyebabkan kereta terbakar. sekiranya kita tidak yakin atau tiada maklumat untuk melakukannya lebih baik kita serahkan kepada yang pakar seperti wireman dan sebagainya

paparan pertama yang saya akan tunjukkan ialah bagaimana kita hendak menguji ac panel digital ini sama ada berfungsi dengan baik atau sebaliknya. di samping itu kita juga boleh menguji button pada panel digital untuk mengetahui ia benar-benar elok atau tidak. perkara ini khusus kita boleh lakukan sekiranya kita membeli panel digital di kedai halfcut, jadi tidaklah berulang dua tiga kali ke kedai halfcut untuk menukar dengan yang lain sekiranya tidak berfungsi

kita boleh menguji ac panel digital aircond ini secara diy sahaja tetapi dengan syarat mesti ada soket di belakang panel tersebut. jadi tidaklah kita tergopoh gapah hendak mengujinya di kereta, tambahan pula akan mengambil masa yang lama untuk membuka dan memasang pada dashboard kereta nanti. langkah pertama ialah pada soket kecil di belakang panel dapatkan dua wire seperti di atas iaitu wire pada kedudukan (rujuk gambar) yang berwarna hitam dan biru. kebiasaannya hitam untuk negatif (-) manakala biru ialah untuk positif (+). tidak cukup lagi ni, ada satu wire lagi pada soket besar yang perlu disambung nanti

pada soket besar ini pula dapatkan wire berwarna biru stripe merah sepert pada kedudukan pinout soket di atas. pastkan wire betul-betul seperti yang dikehendaki kerana sedikit kesilapan akan membawa kerosakan pada panel digital nanti sebaik sahaja kita menyambungnya pada punca kuasa

langkah seterusnya ialah gabungkan wire biru pada soket kecik tadi dengan wire biru stripe merah yang terdapat pada soket besar. gabungan wire ini nanti akan disambungkan ke positif (+) kuasa 12v di kereta atau anda boleh menyambungkannya dengan elektrik rumah dengan menggunakan adapter untuk 12v sahaja. kalau sambung terus api rumah 230v pasti panel tersebut terus meletup kot. satu wire lagi iaitu wire hitam ialah negatif (-) atau sambungkan pada punca negatif bateri atau pada body kereta. lebih mudah kita test pada positif dan negatif bateri kereta

sebaik sahaja wire tadi di sambungkan ke negatif dan positif sepatutnya ac panel digital akan terus hidup seperti yang ditunjukkan di atas. paparan jam dan orang lidi serta paparan lain akan tertera pada skrin. pada masa inilah anda boleh menguji kesemua button yang ada untuk mengetahui sama ada button itu berfungsi atau tidak. ada button yang tekan biasa sahaja dah dapat ke menu seterusnya dan ada kalanya kena tekan kuat baru berubah kepada pilihan menu kita. dan satu jenis lagi iaitu ada button yang apabila kita tekan langsung tidak menunjukkan perubahan pada skrin, yang ni telah dikira sebagai rosak dan perlu ditukar dengan button yang lain. anda boleh search entri lain bagaimana cara menukar button ac panel digital ini pada entri yang lalu. satu lagi ialah pastikan juga jam dapat berfungsi dengan baik dengan menkan button untuk jam

berpindah pula kepada dua wire yang saya tanda pada gambar di atas. wire ini ialah wire untuk menguji lampu panel sama ada hidup atau tidak. kebanyakan panel digital ini apabila kita buka lampu malam, kelihatan gelap sahaja dan ini bermakna bulb pada panel ini telah rosak dan perlu diganti baru. saya akan paparkan secara khusus bagaimana hendak menukar dan memasang bulb atau LED pada panel digital pada entri yang akan datang. berbalik pada dua wire tadi iaitu wire hijau stripe putih ialah untuk positif (12v) dan wire hitam stripe kuning pula untuk negatif (-)

sepatutnya lampu panel digital akan hidup sebaik sahaja wire di atas dipasang pada punca kuasa 12v negatif dan positif seperti mana yang dijelaskan. kalau tak hidup jangan risau sebab bulb ini boleh ditukar dengan bulb lain atau LED

ini contoh ac panel digital aircond yang ditukarkan dengan LED 12v berwarna biru. LED 12v ini tidak perlu lagi menggunakan resistor dan boleh dipasang terus pada panel digital. kalau menggunakan LED 3v seperti yang terdapat di kedai elektronik di tempat kita maka perlu menggunakan resistor untuk mengubah dengan mengecilkan voltage kereta 12v kepada voltage pada led tersebut. kalau tak guna resistor sebaik sahaja lampu dihidupkan led tersebut akan padam serta merta akibat voltage yang lebih

ini bulb lama yang dibuka daripada panel digital serta suis-suis pada dashboard yang saya gantikan dengan LED mengikut kehendak customer. kebanyakan LED 12v saya order dari luar malaysia seperti united kingdom dan china

akhir sekali ialah dua wire seperti di atas iaitu khusus untuk panel digital memaparkan out temperature pada skrin. kebanyakan daripada kita tidak menyedari akan wujudnya out temp yang boleh dipaparkan pada panel atau ada sesetengahnya yang tidak menyambungkan wire tersebut dengan out temp sensor yang terdapat di luar dan hadapan radiator kereta. kalau sensor ini tidak ada maka bolehlah anda membelinya di halfcut atau mana-mana individu yang menjualnya dengan harga sekitar rm50 sahaja

anda perlu menyambungkan wire hitam stripe biru dan kuning stripe biru pada dua wire sensor out temp untk membolehkan skrin panel digital memaparkan temp luar kereta. ada button yang perlu ditekan pada panel untuk memaparkan fungsi ini. ok lah, cukup di sini untuk kali ini dan saya akan menyambung dengan fungsi wire yang lain pada panel digital ini. tunggu kemunculannya pada entri lain

sekian, terima kasih
sincerely: jefftacra