Rear Arm Bush Replacement

salam sejahtera semua. entri kali ini berbeza sedikit dengan yang sebelumnya :) tajuknya nampak biasa sahaja tetapi projek diy saya kali ini bukannya terhadap kereta. paparan kali ini ialah khusus tentang bagaimana cara untuk menukar bush rear arm atau juga dikenali sebagai swing arm motor yamaha ss110 saya. maaf atas tajuk yang mengelirukan. mungkin ada yang beranggapan ialah bagaimana cara menukar bush rear arm kereta. tapi tak apa, semua ini mungkin dapat diaplikasikan dan dapat dijadikan panduan untuk semua khususnya bagi pemilik motor iaitu bagaimana cara menukarnya. apabila naik motor dan rasa goyang sikit pada bahagian belakang sudah sampai masanya anda memeriksa bush swing arm motor anda, mungkin dah rosak, pecah dan sebagainya. part motor boleh dikatakan agak murah jika dibandingkan dengan part kereta. part kereta harganya ratus-ratus tapi part motor belas-belas dan puluhan sahaja bagi part tertentu yang boleh diperoleh di kedai spare part motor

inilah rear arm atau swing arm motor yamaha ss110. motor jenis ini agak jarang dijumpai sekarang dan kalau ada pun dah dikira sebagai barangan antik dan nampak sedikit uzur. namun ada segelintir peminat atau anak muda yang masih lagi meminati motor jenis ini. anda boleh tengok group motor ini di FB iaitu YAMAHA SS OWNER'S CLUB (YASSOC), founder group ini juga merupakan rakan fb saya yang berasal dari melaka. berbalik kepada swing arm tadi pula, sebenarnya saya hendak menggantikan swing arm ini pada motor saya memandangkan yang terdapat pada motor sekarang agak berusia dan dah banyak dimakan karat. sebelum pemasangan lebih baik kita cat dulu supaya nampak menarik lagi. gambar atas ialah yang dah siap digosok dengan kertas pasir untuk melincinkannya supaya cat tidak menggerutu nanti

setelah siap dogosok dengan kertas pasir maka proses seterusnya ialah spray dengan cat anti karat yang boleh diperoleh di kedai menjual cat. harga kalau tak silap dalam belas-belas ringgit kot. proses ini dilakukan supaya karat dapat dicegah dan bolehlah bertahan lebih lama lagi, tambahan pula kawasan rumah saya berhampiran dengan pantai. sangat mudah untuk berkarat, jadi langkah seperti ini memang elok dilakukan terhadap mana-mana permukaan besi yang hendak dicat semula

selepas itu spray pula beberapa layer menggunakan undercoat yang bersesuaian. saya menggunakan spray biasa sahaja brand anchor yang berwarna silver dengan harga bawah rm10. tunggu kering sehingga 10 minit barulah dapat dilapisi dengan layer yang lain. spray nipis sahaja terlebih dahulu supaya permukaan cat sekata

apabila undercoat dah nampak kering maka bolehlah kita spray dengan warna pilihan masing-masing. saya menggunakan cat lebihan kereta saya dengan kod 16941 medium silver. spray beberapa layer dan kemudiannya diakhiri dengan clear coat untuk menambahkan lagi seri permukaan cat yang kita lakukan tadi. jemur hingga betul-betul kering barulah proses seterusnya iaitu memasang bush pada rear arm ini dilakukan

inilah barang yang saya beli di kedai spare part motor dengan harga rm8.00 sahaja. entah brand apa pun saya tak pasti. nak dapatkan part original yamaha tak tahu pulak mana nak beli. so memadailah menggunakan jenis ini, sekurang-kurangnya dapat bertahan setahun dua pun cukuplah. kalau diikutkan di situ ada tertulis quality nylon bushes tapi tak pastilah kualiti setakat mana. dah boleh pakai kot :)

inilah rear arm yang telah siap dispray dengan warna medium silver tadi. dah siap sepenuhnya dan cat pun telah kering. jadi bolehlah kita memasang bush pada arm tersebut. dah nampak seperti baru sedikit jika dibandingkan dengan gambar pertama di atas tadi

masukkan bush pada tempatnya dan apit dengan menggunakan ragum manual seperti di atas sehingga masuk keseluruhan ke dalam lubang arm. jangan ketuk dengan tukul besi kerana dikhuatiri bush tersebut akan pecah, kalau nak gunakan tukul terlebih dahulu lapik dengan kayu pada bahagian bush itu dan ketuk dengan perlahan-lahan sehingga masuk dengan sempurna. lebih baik sapukan sedikit gris supaya memudahkan kerja-kerja yang kita lakukan ini

dah masuk dengan sempurna pada rear arm motor. pada bahagian belakangnya pasang balik oil seal asal atau jika tidak ada oil seal maka asal kita boleh menggunakan o-ring supaya bahagian dalamnya nanti tidak dimasukki air. terdapat juga kes shaft rear arm yang dipasangkan ke body motor berkarat teruk, dah jadi macam sebati dengan body motor. jika ini berlaku memang agak sukar untuk membuka shaft atau nat panjang itu, dan nak keluarkan swing arm ini dari motor pun agak sukar. kena gunakan kaedah tertentu untuk mengeluarkan nat panjang ini daripada motor. sebelum pasang balik masukkan gris dalam bush ini dan pasangkan pula besi yang bersama bush ini ke dalam bush yang dipasangkan tadi. maka bolehlah pasang semula pada motor dengan memasang kembali segara peralatan yang dibuka tadi

sudah siap rear arm terpasang pada motor dengan bush yang baru. motor lama pun boleh kelihatan baru dan masih lagi menarik jika terjaga dengan rapi. inilah motor pertama yang dibeli pada tahun 1991 dan masih lagi dapat berkhidmat dengan baik tanpa masalah

sekian, terima kasih
sincerely: jefftacra