Engine Knock Detection

bersua lagi dengan entri bagaimana cara nak menghasilkan engine knock detection. knocking pada enjin boleh menyebabkan kerosakan enjin secara kekal dan perlulah dituning dengan sebaiknya agar knocking atau detonation ini tidak terjadi pada sesebuah enjin. knocking ini merupakan musuh utama sesebuah enjin kerana boleh memudaratkan enjin dan perkara inilah yang perlu dielakkan bagi sesiapa yang menjalankan proses tuning agar inigtion timing tidak terlalu advance yang boleh menyebabkan enjin tidak power dan terasa sebu

bagi pengguna e-manage ketika bermain dengan mapping ignition timing perlulah berhati-hati agar knocking tidak berlaku. amat sukar untuk mendengar bunyi knocking ini dengan telinga sahaja kerana proses knocking ini berlaku di dalam kebuk pembakaran enjin. bunyi seakan-akan hammer drill akan muncul sekiranya ignition timing terlalu advance. e-manage blue menyediakan mapping ignition timing 16x16 iaitu kita dapat retard atau advance ignition berdasarkan keupayaan enjin sesebuah kereta dan bukannya secara anggaran sahaja ketika hendak memasukkan nilai di dalam mapping tersebut

peralatan utama yang diperlukan ialah sebuah unit ultra compact low noise mixer seperti di atas untuk melakukan diy ini. unit ini saya beli secara online dari luar negara yang memerlukan power 12v sahaja iaitu sesuai dengan bateri kereta kita. input daripada knocking sensor jenis donut masuk ke dalam unit ini dan seterusnya diproses lalu dikeluarkan output dengan menggunakan head speaker dan kita boleh melaras volume mengikut apa yang bersesuaian dengan pendengaran kita. sedikit ubah suai perlu dilakukan pada unit ini kerana saya tidak mahu menggunakan adapter speaker jack jenis besar ke kecil. jadi saya pasangkan output jack speaker jenis kecil seperti yang terdapat pada bahagian kiri unit ini

sebenarnya tak perlu pun mod apa-apa unit ini kerana kita boleh membeli input output adapter jack yang jenis kecil ke besar. ada dijual di kedai elektronik. saya lakukan penambahan speaker output ini pun kerana barang telah sedia ada, dan ambil daripada speaker pc lama. jadi pertamanya perlu baraikan unit ini seperti gambar di atas. nak barai senang sahaja, buka skru bunga dan keluarkan board unit tersebut

tebuk lubang yang bersesuaian dengan speaker output tersebut dan pasangkan pada lubang yang dibuat pada casing unit tadi. ketatkan nat yang disertakan supaya kemas dan tidak mudah longgar. anda boleh merujuk kepada gambar pertama di atas nat yang saya maksudkan pada bahagian ini

sambungkan 2 wire seperti di atas, terlebih dahulu kita mestilah kenal pasti di mana kedudukan point wire out speaker serta mana satu negatif dan mana satu positif. dalam hal ini kita perlukan multimeter untuk mengenal pasti point wire tersebut. apabila dah jumpa maka boleh solder dua wire berkenaan

apabila segalanya dah selesai maka bolehlah pasang kembali board pada tempatnya dan tutup semula casing unit ini. inilah kedudukan lubang speaker output baru yang bersaiz kecil seperti biasa. nampak kemas juga bila dibuat dengan teliti :) langkah seterusnya ialah bagaimana membuat wiring pada sensor, power 12v dan seterusnya output ke head speaker. semuanya akan saya jelaskan di bawah ini

unit ini didatangkan dengan power adapter plug 3 pin untuk kegunaan rumah. output yang dihasilkan hanya 12v sahaja. jadi untuk digunakan pada kereta kita perlu ubah suai sedikit power cord asal atau kalau sayang nak potong kita boleh hasilkan sendiri power cord untuk menghidupkan unit ini di dalam kereta dengan memasukkannya ke cigar lighter kereta. anda perlu dapatkan pencucuk cigar lighter terpakai, saya tak pasti ada jual baru atau pun tidak. satu lagi ialah input jack ke unit di atas tadi. sebelum wiring kenal pasti dahulu mana satu 12v dan mana satu ground pada kereta. solder wire berkenaan agar tidak mudah tertanggal nanti. dah pun siap power cord untuk unit ini

saya menggunakan knock sensor jenis donut kerana jenis ini mudah dipasangkan di enjin kereta. saya memasangkan sensor ini pada hanger enjin iaitu besi tempat untuk mengeluarkan enjin. ada dua wire yang akan keluar dari sensor ini iaitu wire ground dan wire sensor. dengan menggunakan multimeter kenal pasti mana satu wire yang dinyatakan tadi. sambungkan wire ini ke input jack untuk dicucukkan ke unit tadi. pada mixer tadi terdapat 4 input, yang kita hendak gunakan hanyalah satu sahaja iaitu input daripada sensor knock ini

output ke speaker pula hanya cucukkan jack speaker ke unit ini. dah pun selesai dan bolehlah kita menguji knock detection ini pada kereta kita. cara untuk tuning ignition iaitu kebiasaannya pada rpm di bawah 4k rpm dan selebihnya kita sukar mendegar bunyi knocking akibat enjin terlalu bising. dengan menggunakan peralatan sepeti ini sebenarnya banyak membantu proses tuning kereta terutamanya bagi yang menggunakan engine management tertentu. caranya ialah sebagai contoh kita menggunakan emanage blue. setelah kita tuning wideband air fuel ratio dan kita seudahpun dapat reading afr yang terbaik pada setiap rpm, maka kita boleh advancekan sedikit ignition pada rpm tertentu untuk memaksimumkan power enjin, sekiranya berlaku knocking kita dapat mendengar bunyi knocking melalui alat ini dan ketika ini kita turunkan balik ignition hingga tidak lagi kedengaran bunyi tersebut. sekiranya tuning dibuat dengan betul anda boleh merasakan sedikit power yang keluar daripada enjin kereta anda

video menunjukkan bunyi knocking pada enjin

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra