e-Manage Vol. 1 - Intro

entri kali ini saya akan menerangkan pengenalan kepada piggyback engine management khusus kepada e-manage blue (emb). sebenarnya piggyback ialah alat atau device yang dipasangkan pada enjin injection dengan tujuan untuk menipu dan memanipulasi bacaan dan voltage sensor tertentu untuk mengoptimakan lagi keupayaan enjin agar kuasa yang lebih sedikit dapat dihasilkan dengan penalaan yang betul, tepat dan sempurna. pemasangan peralatan piggyback ini masih lagi bergantung kepada engine controller unit asal (ecu) kereta untuk sama-sama bekerja dan saling bantu membantu antara satu sama lain untuk meningkatkan kuasa enjin. pemasangan piggyback hanyalah proses tapping dan penyambungan pada wayar asal yang terdapat pada ecu sesebuah kereta. antara contoh piggyback yang biasa kita dengar atau biasa digunapakai oleh kebanyakan pemilik dan peminat kereta iaitu brand apexi (safc1, safc2, vafc2, afc neo) manakala keluaran brand greddy pula seperti e-manage blue (emb) atau pun e-manage ultimate. jenama lain seperti AEM, works dan lain-lain lagi

piggyback ini berlainan sekali dengan sistem standalone iaitu penggunaan device stand alone ini tidak lagi memerlukan ecu asal malahan ecu asal hendaklah dibuka dan tidak digunakan lagi. engine management diambil alih sepenuhnya oleh stand alone tersebut. antara jenis stand alone yang popular ialah seperti haltech, microtech dan lain-lain lagi. entri ini saya hanya bincangkan khusus kepada e-manage blue sahaja dan kemungkinan akan ada sambungan yang lebih detail lagi mengenai piggyback ini sehingga kepada bagaimana hendakan melakukan wideband street tuning

e-manage blue versi awal boleh dikatakan agak familiar bagi kaki-kaki kereta yang mementingkan performance kereta. device ini masih lagi ada peminantnya yang tersendiri sehingga sekarang. harga semasa used (2nd hand) sekitar rm700 - rm850 bergantung dengan kondisi dan harnes yang ditawarkan. biasanya harga yang dijual sekiranya 2nd hand adalah sekitar seperti yang saya nyatakan di atas termasuk sekali dengan main harness dan ignition harness. sekiranya anda hanya memperoleh main harness sahaja harganya sekitar rm700 sahaja

inilah mainboard e-manage blue versi besar yang terdapat di dalam casingnya. cip berbentuk segi empat panjang menunjukkan bahawa main board ini merupakan barangan original kerana bentuk cip yang lain daripada ini sudah pasti barangan tersebut ialah barangan tiruan (fake). di bawah ini nanti saya akan paparkan bagaimana hendak mengenal pasti sama ada e-manage yang anda beli itu original atau pun tiruan kerana ada part dan tanda-tanda tertentu yang membezakan barangan ori atau pun fake

terbaru ialah pihak greddy telah menghasilkan e-manage blue versi mini dan di pasaran sekarang memang versi inilah yang banyak dijual. walaupun dah berubah saiz kepada lebih kecil sedikit tetapi fungsi dan antara muka software yang digunakan sama sahaja dengan versi besar. cuma penggunaan software version sahaja yang berbeza iaitu versi lama menggunakan ver. 1.49 manakala versi mini menggunakan ver.1.50 software e-manage ini boleh diperoleh secara percuma di greddy.com anda hanya perlu download sahaja di web page tersebut. harus diingat software e-manage ini compatible dengan windows xp sahaja tanpa ada apa-apa masalah. windows lain kemungkinan mendatangkan masalah tertentu

bahagian dalaman main board emb mini version ini ternyata masih mengekalkan part yang sama seperti versi lama, bezanya cuma cip sahaja yang berbentuk segi empat tepat. bilangan jumper juga sama namun kedudukan jumper berubah tempatnya jika dibandingkan antara keduanya. hal ini akan saya terangkan pada entri akan datang, tunggu sambungan pada volume seterusnya. pengubahsuaian jumper yang perlu dilakukan bergantung kepada apa fungsi yang kita hendak gunakan nanti

original vs fake


e-manage blue keluaran asal ialah dihasilkan di japan manakala yang tiruan pula ada yang mengatakan dibuat di taiwan atau pun china. fungsinya tetap sama tetapi kemungkinan ada beberapa kelemahan tertentu yang terdapat pada e-manage tiruan ini. antaranya ialah kemungkinan memori mapping dan tuning yang kita lakukan akan hilang sebaik sahaja bateri kereta dibuka atau pun ada yang mendakwa tuning yang dilakukan boleh 'lari' dan tidak stabil. saya pernah berpengalaman jumpa dengan e-manage tiruan ini yang dibawa oleh customer untuk dipasangkan pada keretanya. saya jelaskan kepada owner tersebut bahawa barangan yang dibeli tidak sama seperti yang kebanyakan saya pasang pada kereta orang lain dan kemungkinannya barang itu tiruan berdasarkan adanya tanda-tanda tertentu yang akan saya jelaskan di bawah nanti. harga yang dibelinya rm700 termasuk pos (brand new). owner tersebut tak jadi nak pasang pada keretanya

salah satu cara nak kenal ori atau tiruan ialah kita perhatikan pada soket yang dibekalkan sekali dengan unit utamanya. kalau berpandukan pada gambar di atas yang mana satukah original dan yang mana tiruan agaknya. fikir sejenak...  jawapannya ialah, yang atas original manakala bawahnya tiruan. bentuk dan keadaan soket agak berbeza antara satu sama lain iaitu soket original terdapatnya warna putih pada bahagian dalam soket, warna putih ini merupakan lock kepada wire tersebut. jika dibandingkan dengan soket bawah bentuknya agak kecewa sedikit, nampak pun tak kemas seperti gambar atas.

satu lagi ialah ejaan connecter (ori japan) manakala tiruan dieja dengan connector. yang ejaan salah itulah sebenarnya emb yang original. satu lagi ialah wire yang original kecil sedikit dibandingkan dengan wire e-manage tiruan (gambar sumber internet, credit to owner)

emb original terdapat no siri pada bahagian bawahnya dan ini tidak terdapat pada kebanyakan set tiruan. saya pernah tengok secara live emb triuan dan ternyata memang tidak ada no siri seperti yang tertera pada gambar di atas. sekarang yang tiruan pun ada no siri seperti ini dan bagaimana pula kita nak kenal pasti yang itu adalah tiruan?

inilah rupa bentuk perbandingan soket yang telah saya jelaskan di atas tadi. yang penting perhatikan soket original adanya lock yang berwarna putih

ini ialah gambar yang saya copy daripada internet (credit kepada owner gambar) yang menunjukkan main board original dan part ini ada kelainan sedikit dengan yang tiruan. sudah pasti kita hendak barang yang betul-betul original kan supaya tidak mendatangkan masalah tertentu di kemudian hari. paling penting tidak memudaratkan enjin kereta kita kerana jika lean (minyak kurang) boleh menyebabkan enjin panas melampau dan jika rich (minyak lebih) boleh menyebabkan kereta menjadi sebu dan hilang tenaganya. penggunaan minyak pun akan menjadi lebih daripada kebiasaan

gambar sumber internet (credit to owner) tak tahu siapa pemiliknya. terima kasih atas gambar ini. gambar menunjukkan main board emb tiruan dan anda boleh bandingkan sendiri dengan gambar di atas, pasti anda dapat menemui beberapa perbezaan antara keduanya. terdapat beberapa perbezaan lagi yang boleh anda temui dengan menggunakan bantuan google di internet :)

pada entri akan datang saya akan jelaskan fungsi-fungsi yang terdapat pada e-manage blue ini dan fungsi tertentu ini boleh diaplikasikan pada enjin kereta mengikut apa yang telah kita mod pada enjin kereta kita. tunggu kemunculan vol. 2 sedikit masa lagi

sekian, terima kasih
sencerely: jeff tacra