DIY - Manual Wheel Alignment Guide

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. entri kali ini khusus saya akan paparkan bagaimana hendak melakukan sendiri alignment tayar kereta dan entri ini dibuat berdasarkan kereta proton wira sedan sahaja. untuk kereta lain saya tidak pasti adakah kaedah ini boleh juga dipraktikkan atau pun ada kelainannya. untuk body wira sedan sama sahaja dengan wira aeroback dan kaedah ini boleh dilakukan pada aeroback jugk. walaupun khusus untuk kerea wira sahaja, namun untuk kereta lain konsepnya boleh dikatakan sama sahaja cuma atas keyakinan anda untuk melakukannya

tutorial ini saya tidak memberikan jaminan keputusannya sama seperti alignment di kedai 100% kerana di kedai menggunakan mesin khas yang lebih tepat bacaannya. namun setakat yang saya lakukan pada kereta saya ianya tetap memberikan keputusan yang memuaskan walaupun dibuat secara manual sahaja. sudah melebihi 8 tahun saya gunakan kaedah ini dan saya kira sudah 2 kali bertukar tayar, hasilnya tetap memuaskan, bunga tayar tetap rata dan tidak makan sebelah

pertamanya kita hendaklah pastikan kedudukan kereta mestilah sekata iaitu tapak atau lantai kereta berada dalam keadaan rata. saya menggunakan ukuran air seperti di atas untuk memastikan keadaan kereta berada dalam keadaan rata dan tidak senget ke kiri atau ke kanan kerana boleh menjejaskan bacaan camber nanti

inilah tool yang saya gunakan untuk menetukan kedudukan camber kereta sama ada negatif atau positif. saya telah membetulkan kedudukan tayar kereta mengikut timbangan air pada tool ini iaitu tidak sampai -1 darjah dan saya kira hanya -0.5 sahaja. sebenarnya kita boleh buat kedudukan camber ini 0 degree tetapi ini tidak digalakkan sangat. 0.5 degree bermakna kedudukan tayar senget sedikit sahaja iaitu bahagian atas tayar masuk ke dalam. untuk melaras camber ini kita boleh menggunakan nat camber yang dipasang pada knuckle absorber sehingga kita dapat kedudukan camber yang dikehendaki. kalau anda menggunakan pillow ball hanya adjust bahagian atas top mount absorber sahaja beberapa degree seperti yang dikehendaki. proses menentukan kedudukan camber ini perlu dilakukan pada semua tayar termasuk bahagian belakang. itulah hakikatnya bukan mudah kalau nak buat manual alignment ini agak cerewet jika dibandingkan buat di kedai

bagi pengguna telefon pintar kita boleh menggunakan apps yang disediakan untuk mengukur degree sama ada negatif atau positif. gunakan besi yang lurus, potong mengikut ukuran rim kereta dan letakkan telefon lurus dengan besi dan anda akan dapat bacaan yang terhasil daripada camber yang diadjust tadi. contoh gambar di atas ialah kedudukan camber pada -1 degree

apabila sudah melaras camber yang dikehendaki maka berpindah pula bagaimana hendak align kedudukan tayar kereta supaya lurus dengan body kereta iaitu kedudukan tayar sama ada tayar hadapan atau tayar belakang perlulah selari dengan badan kereta kita, barulah pemanduan menjadi stabil dan tidak terhuyung-hayang nanti. dengan menggunakan tali, tarik bermula hadapan hingga ke belakang dan tali tersebut mestilah lurus dan sama tinggi dengan ketinggian kereta. ukuran jarak tali dengan badan kereta perlu dilakukan pada bahagian bertanda panah di atas. jarak ukuran tersebut perlulah sama bacaannya antara bahagian hadapan dengan bahagian belakang badan kereta barulah kita akan berpindah ke proses seterusnya

inilah ukuran jarak tali tadi dengan bahagian depan dan belakang kereta. ukuran mestilah lurus dan sekata. mungkin ada ralat kalau buat dengan cara ini tetapi sekurang-kurangnya kedudukan tali ini selari dengan badan kereta

seterusnya ialah ukur kedudukan tayar belakang terlebih dahulu iaitu ukuran sisi tayar kiri mestilah sama dengan sisi tayar kanan (tayar yang sama). sekiranya ukuran tidak sama maka anda perlulah adjust kedudukan toe tayar belakang ini sehingga ukuran sama seperti contoh gambar di atas. nampak senang dan mudah tapi nak buat memang cerewet dan memenatkan kerana kita akan melakukan proses yang sama bagi keempat-empat tayar nanti. mulakan dengan tayar belakang terlebih dahulu

setelah selesai pada bahagian tayar belakang maka sekarang pada bahagian tayar hadapan pula. ambillah ukuran antara sisi tayar sehingga dapat ukuran yang sekata atau hampir sama. pada bahagian tayar hadapan ini kita perlu adjust toe menjadi toe in sedikit dan janganlah terlalu banyak. toe ini bermaknan hadapan tayar masuk ke dalam beberapa degree sahaja. kalau nak buat lurus pun boleh tapi kebiasaannya kedai tayar pun akan mengubah menjadi toe in sedikit sahaja. terlalu banyak toe in tayar akan makan tepi dan sekiranya banyak toe out tayar makan bahagian dalam. untuk melaras kedudukan tayar depan ini stereng mestilah lurus dan tidak berubah. proses ini selalunya dilakukan berulang-ulang kali sehingga dapat ukuran yang dihendaki, bukan sekali buat je terus jadi ye. apabila siap bahagian kiri kereta maka buatlah pula kaedah dan cara yang sama pada bahagian kanan kereta

untuk mengubah toe tayar belakang kita perlu melaras nat seperti yang dibulatkan pada gambar. 2 spanar 17mm perlu digunakan iaitu satu untuk menahan nat dan satu lagi untuk membuka nat tersebut. apabila selesai maka ketatkan nat secukupnya dan jangan overtighten kerana nat ini mudah loose

nat ini pula gunanya untuk melaras camber tayar belakang sama ada camber negatif atau positif. untuk melaras camber, terlebih dahulu kerata hendaklah dijack dalam keadaan tayar tegantung. kalau tidak buat cara ini agak sukar untuk menggerakkan tayar, sebab itulah di kedai tayar, bahagian bawah tayar kereta ini boleh digerak-gerakkan, tak perlu lagi jack kereta

bahagian rack end ini pula gunanya untuk kita melaras toe tayar hadapan, iaitu toe in atau pun toe out. nak adjust rack end ini kita perlu hidupkan kereta dan pusing stereng sehingga kita dapat memasukkan spanar pada bahagian ini. kemudiannya boleh melaras toe dalam keadaan enjin hidup kerana tayar mudah bergerak in atau out

sebenarnya untuk melakukan alignment secara manual ini bukanlah perkara mudah kerana kita perlu melaras kesemua tayar, jack kereta, ukur tali lagi serta ukur kedudukan pada tayar berulang kali. selepas siap kita perlu pula test kereta di jalan. perkara biasa pada mulanya steering akan senget dan kita perlu betulkan supaya seteering lurus dan kereta pun bergerak lurus. cara adjust steering supaya lurus ialah dengan melaras kedudukan rack end tadi dengan mengambil kira ukuran toe pada tayar hadapan sama ada pada bahagian kiri atau kanan kereta. teorinya napak mudah tapi praktikal agak mencabar jugak. apabila dah siap hasilnya agak memuaskan hati kita dengan tangan kita sendiri yang melakukannya. bayangkan di kedai tayar harga nat camber sebijik sekitar 60-80 manakala di kedai spare part hanya berharga rm5 sahaja, itu tak termasuk adjust bahagian lain lagi. bukan kata tak mampu pergi kedai tapi nak tengok hasil tangan kita sendiri dan sekiranya berjaya kita akab berasa puas melakukannya

ini tayar kedua saya gunakan setelah melakukan alignment secara manual. dah guna tayar ini 4 tahun kot dan ternayata bunga tayar masih lagi rata dan tidak makan sebelah. saya kira dah hampir 10 tahun saya tidak menggunakan perkhidmatan alignment tayar di mana-mana kedai tayar


begitu juga dengan kereta jazz wife saya ini, walaupun dah tukar adjustable dan lowered, keadaan tayar masih lagi cantik dengan cara manual wheel alignment sahaja. kereta honda jazz ini alignment lebih senang jika dibandingkan dengan wira kerana bahagian tayar belakang jazz menggunakan sistem torsion beam, jadi kita perlu ikut kedudukan tayar belakang sahaja untuk align tayar hadapan, lebih mudah dan senang kerana tayar belakang statik camber dan toe, tak boleh ubah

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

2 comments:

A Firdaus said...

Abg jeff kalau chamber blkng jazz tue lari sikit mcm mana yea? Kan x boleh adjust?

Hafeez Mahfod said...

Abg jeff..toe ni sebenarnya nak adjust in ke out?berapa banyak nak adjust?