Idle Position Switch & TPS Sensor Adjustment

assalamualaikum dan salam sejahtera. sedar tak sedar dah masuk bulan 10 dan lagi 2 bulan bermakna tahun 2016 akan ditinggalkan. begitu cepat masa berlalu ye. walau apa pun, kehidupan tetap diteruskan di samping tugas dan kerjaya seharian. baiklah, entri kali ini saya paparkan bagaimana kaedah dan cara yang boleh dilakukan untuk adjust atau melaras kedudukan idle switch dan seterusnya kedudukan throttle position sensor (TPS) pada throttle body. ada kaedah lain yang boleh dilakukan seperti kaedah mendapatkan bacaan voltage pada TPS iaitu dalam keadaan enjin mati, bacaan voltage tps mengikut apa yang dicadangkan oleh mitsubishi ialah sekitar 0.535v - 0.735v. bagi kereta saya bacaan terbaik ialah pada 0.650v dan ternyata bacaan ini menghasilkan idling yang stabil pada enjin kereta saya. mungkin kereta lain tidak sesuai dan anda perlu menguji bancaan tertentu untuk disesuaikan pada enjin kereta anda. kali ini saya tunjukkan kaedah lain untuk melaras TPS pada kereta anda seperti mana yang dicadangkan oleh manual mitsubishi bagi enjin 4G awal tahun 90-an
perlatan yang perlu ialah multimeter, feeler gauge, wire bersoket dan throttle body pada kereta. apa yang saya paparkan ialah throttle body bukan pada enjin, kerana kebetulan terdapat sebiji throttle body dalam simpanan saya. anda boleh jalankan kaedah ini pada throttle body di kereta masing-masing tanpa membuka throttle body dari enjin

ini ialah feeler gauge yang saya gunakan untuk melaras tepet atau valve clearance enjin kereta. feeler gauge ini perlu digunakan untuk melaras TPS sensor ini. dapatkan feller gauge dengan bacaan ketebalan yang diperlukan iaitu 0.45mm sahaja

seterusnya selitkan feeler gauge 0.45mm tadi pada tengah-tengah fixed SAS screw dan throttle lever seperti mana yang dipaparkan pada gambar di atas. fixed SAS screw ialah screw yang digunakan untuk menahan  kedudukan butterfly pada throttle body

inilah gambaran yang jelas di manakah kedudukan feeler gauge tadi perlu diletakkan iaitu antara fixed SAS screw dan lever throttle body. masukkan sahaja di tengah-tengahnya

buka soket TPS pada sensor tersebut. perhatikan pada bahagian atas TPS terdapat marking yang menunjukkan + O S -. kita hanya perlu menyambung dua wire sahaja iaitu pada kedudukan no. 3 (S = switch) dan no. 4 (- = negatif/grounding). pin 1 dan 2 tidak disambung ke mana-mana. enjin juga tidak dihidupkan dengan posisi kunci pada OFF

kedudukan 2 wire yang disambungkan pada S dan - pada TPS sensor. perhatikan marking yang terdapat pada TPS sensor tersebut. anda boleh menyambungkan wire mengikut marking tersebut sahaja

sekarang sambungkan wire daripada TPS tadi ke multimeter, pastikan set multimeter pada kedudukan untuk menguji continuity

sebaik sahaja disambung dengan multimeter, buzzer akan berbunyi menunjukkan adanya continuity antara kedua-dua pin TPS tersebut. longgarkan skru TPS sensor dan pusingkan kedudukan TPS arah lawan jam sehingga habis. pada masa ini continuity masih lagi ada. kemudian dengan perlahan-lahan pusing TPS arah lawan jam sehingga non-continuity iaitu sehingga buzzer multimeter tidak berbunyi. anda boleh juga menggunakan bulb kecil atau led dan sekiranya menggunakan bulb atau led pusing tps arah jam sehingga bulb atau led padam. ketatkan nat TPS sensor pada kedudukan ini iaitu pada kedudukan non-continuity. ingat ye, feeler gauge masih lagi berada pada celah fixed SAS screw

multimeter menunjukkan non-continuity. setelah selesai proses ini dan feeler gauge masih lagi berada pada tengah fixed SAS screw anda boleh menguji bacaan voltage dengan kedudukan yang dilaraskan dengan cara ini. sepatutnya bacaan yang anda dapat ialah antara 0.40v - 1.0v (400mV - 1000mV). apabila telah selesai, cabut balik feeler gauge dan pasangkan semula soket TPS, anda bolehlah start kereta seperti biasa. selesai sudah bagaimana cara melaras kedudukan TPS dengan kaedah ini. pada entri lain saya akan paparkan pula bagaimana melaras fixed SAS screw untuk mendapatkan kedudukan butterfly yang betul pada throttle body

terima kasih
sincerely: jeff tacra