e_Manage Ultimate Remote Switch

assalamualaikum dan salam sejahtera. bertemu lagi kita kali ini dengan entri bagaimana kita hendak merekod datalogger emanage ultimate tanpa menggunakan laptop, maksudnya kita boleh rekod datalog dengan hanya menekan switch dan kemudiannya data akan disimpan di dalam emanage ultimate. kita boleh download semula dengan menggunakan laptop untuk tindakan seterusnya. sebenarnya greddy ada mengeluarkan remote switch ini tetapi harganya boleh dikatakan mahal juga, tambahan pula dengan kejatuhan nilai ringgit kita, semakin tinggi jumlah yang perlu kita bayar untuk membeli cable ini. namun ada caranya, kita boleh melakukan secara DIY sahaja cable ini dengan menggunakan peralatan yang murah sahaja. ikutilah penerangan selanjutnya di bawah ini

dua komponen penting yang perlu digunakan untuk menjalankan proses diy kali ini ialah pertamanya momentary switch (sama dengan switch reset kebanyakan alarm), kat kedai elektronik atau pasar raya pun ada jual. harga rm1 lebih sahaja kot. dan komponen yang kedua ialah audio jack seperti yang terdapat pada gambar di atas. buat sedikit penyambungan wiring berpandukan diagram di atas iaitu satu terminal momentary switch ke hujung tip audio jack dan satu terminal lagi ke ground atau body audio jack. anda boleh dapatkan mana-mana cable audio jack terpakai yang sedia ada bersambung wayar, gunakan multimeter untuk menentukan wire mana bersambung ke hujung tip dan satu wire lagi ke ground/body audio jack. yang tengah-tengah tu tak pakai. ok, dah pun siap peralatan penting yang kita hendak gunakan nanti

apabila dah siap jadilah seperti ini. proses menghasilkannya bukan payah pun, cari switch dan audio jack terpakai pun boleh digunakan. kalau tak ada boleh beli dengan harga yang murah sahaja. sesetengah supermarket pun ada jual komponen ni

input SWITCH seperti yang ditanda kuning pada gambar di atas perlu digunakan. yang SERIAL tu tak boleh pakai, akan ada projek lain pada masa akan datang yang akan saya jelaskan nanti. cucuk je audio jack kat lubang tu, sedikit konfigurasi pada software emanage perlu dilakukan untuk membolehkannya berfungsi dengan sempurna

sambungkan laptop dengan emanage, buka parameter setting atau gambar kereta biru seperti di atas. lepas tu klik main logger dan di sini dapat dilihat menu yang keluar iaitu masa merekod dan apa yang penting anda perlu tetapkan switch tu dengan kedudukan REMOTE seperti di atas. kemudiannya anda perlu menambah datalogger mana yang anda hendak digunakan atau hendak rekod dan mainkan balik nanti. terdapat hanya 8 pilihan datalogger sahaja. selesai, klik APPLY

tutup suis dan unplug cable usb laptop dengan emanage. dah pun selesai konfigurasi software untuk merekod nanti. sekarang cucuk audio jack pada lubang SWITCH dan hidupkan kereta. cuba uji dahulu berjaya atau tidak, caranya ialah tekan momentary switch sekali dan proses merekod mula dilakukan. anda boleh perhatikan LED dalam petak yang saya tanda tersebut akan berkelip-kelip, ini bermakna recording sedang dijalankan. bila dah selesai atau nak berhenti rekod, tekan momentary switch sekali lagi, lampu LED akan berhenti berkelip-kelip. itu sahaja proses merekod datalogger. emanage ultimate memerlukan 1 pulse untuk ON dan 1 pulse lagi untuk OFF. remote switch ini berguna untuk kita merekod di mana-mana sahaja, tak perlu lagi sentiasa bersambung dengan laptop 

untuk download balik perlukan laptop iaitu buka software emanage, buka juga data logger dan pada bahagian bawah terdapat logo menu download data logger from main unit. klik ok dan data logger akan didownload, apabila selesai save dalam laptop anda dan bolehlah mainkan balik data logger ini untuk proses seterusnya

inilah hasilnya yang anda akan dapat tetepi terhad kepada 8 data log sahaja. anda boleh kaji balik dengan membuka mapping tertentu dan boleh ubah semula nilai yang terdapat pada mapping berpandukan datalog ini untuk tuning dengan lebih cantik lagi

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra

No comments: