Clutch Master Cylinder Repair

bersua kembali kita dengan entri diy kali ini mengenai clutch master cylinder repair atau pun dengan bahasa mudah yang kita sebut sebagai clutch pump atas bagi kereta proton atau mitsubishi lancer 4G91/92/93/63 dan yang bersamaan dengannya. selalunya ada tanda-tanda tertentu yang menjadikan clutch tidak sebaik seperti dahulu. salah satu tanda kerosakan clutch pump ialah semasa kita menekan pedal clutch pada awalnya ok dan tidak ada masalah tetapi lama-kelamaan clutch pedal dirasakan semakin pendek dan akhirnya nanti memang kita tidak akan dapat memasukkan gear langsung. apabila simptom ini berlaku bermakna terdapat kebocoran pada sistem pump clutch sama ada master clutch pump iaitu pump atas atau pun secondary clutch pump iaitu clutch pump bawah.


paparan saya kali ini ialah mengenai bagaimana kita hendak menukar repair kit clutch pump atas jika mengalami kebocoran akibat seal di dalam pump sudah rosak dan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan. simptom seperti yang saya nyatakan di atas kemungkinan besar clutch pump atas bocor dan ini boleh diperhatikan dengan berkurangnya minyak clutch di dalam tabung minyak ataupun kesan minyak yang keluar pada bahagian pump clutch dekat pedal clutch bawah dashboard


penghargaan khas saya tujukan kepada rakan facebook saya iaitu Suhaimi B. Zainol (boleh klik nama tersebut) atas sumbangan gambar-gambar beliau yang sangat bermakna ini untuk saya masukkan ke dalam page saya ini. semua gambar merupakan kerja-kerja beliau dengan bimbingan daripada saya juga melalui pm fb, tahniah kerana anda berjaya melakukannya dengan begitu baik sekali. terima kasih sekali lagi



inilah rupa clutch master cylinder pump atau clutch pump atas kereta bagi kebanyakan kereta proton dan mitsubishi lancer. semasa kita menekan pedal clutch sebenarnya kita menekan push rod pump ini yang berfungsi mengalirkan minyak clutch ke clutch pump bawah dan seterusnya menggerakkan fork clutch pressure dan menjadikan sistem clutch dapat berfungsi dengan jayanya. jadi tidak hairanlah kalau clutch pump ini mengalami kebocoran tertentu akibat penggunaan yang sangat kerap. apabila sudah dikenal pasti kerosakan clutch pump ini maka keluarkanlah pump ini daripada kereta iaitu dengan membuka nat yang bersambung dengan pedal clutch serta membuka dua biji nat pada bahagian engine bay pada clutch pump berkenaan. jangan lupa juga untuk membuka hose minyak clutch terlebih dahulu



inilah rupa repair kit yang baru yang boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part. gambar di atas ialah contoh repair kit brand TRW yang boleh dikatakan agak baik juga dengan pemilihan jenama ini. ada juga brand lain yang ditawarkan oleh tokey kedai spare part



untuk membuka bracket U di atas gunakanlah mana-mana cara yang difikirkan sesuai asalkan dapat memisahkan U bracket dengan push rod clutch pump tersebut. tujuan untuk membuka U bracket ini ialah untuk mengeluarkan boot clutch dengan mudah sekiranya boot mengalami kerosakan seperti terkoyak dan sebagainya. kalau boot masih cantik maka tidak perlulah membuka U bracket ini



langkah seterusnya ialah mengeluarkan kit seal yang terdapat di dalam pump ini. pertamanya cungkil keluar klip seperti gambar di atas dengan menggunakan tools yang bersesuaian. sebaik sahaja klip ini dicabut maka dengan mudah kita boleh keluarkan atau pisahkan push rod daripada clutch pump tersebut. tibalah pula kepada langkah seterusnya iaitu keluarkan isi perut pump tersebut



gambar di atas menunjukkan isi dalam clutch pump ini yang perlu dikeluarkan dan diganti dengan rapair kit yang baru tadi. untuk mengeluarkan kit ini agak sukar juga jika tidak tahu caranya kerana kit ini masih melekat kuat pada bahagian dalamnya, tetapi kita ada caranya yang boleh dikeluarkan dengan mudah tanpa special tools :)



caranya ialah lihat gambar di atas. gunakan apa-apa tools atau peralatan yang bersesuaian dan ketuk-ketuk manja pada bahagian kit di tengah-tengah pump. ketika kita mengetuk benda ini akan bergerak ke dalam dan akan menganjal balik tetapi masih tidak boleh dikeluarkan. kalau ada yang dapat keluarkan dengan mudah itu menjadi rezekinya



seterunya terbalikkan bahagian kit ke bawah dan ketuk perlahan-lahan pada objek keras seperti kayu dan sebagainya. ketuk-ketuk sehingga nampak bahagian hadapan kit keluar dan bolehlah gunakan playar untuk menarik kit itu keluar keseluruhannya. maka dengan mudah ia dapat dikeluarkan daripada 'sarangnya'



inilah isi perut lama yang dikeluarkan tadi dan ternyata sealnya telah haus dan tidak dapat lagi berkhidmat dan terpaksa diberhentikan daripada tugas. maka boleh gantikan dengan repair kit yang baru tadi. kemudiannya pasangkan balik segala peralatan yang dibuka dan yang telah dikeluarkan tadi sehingga sempurna dan lengkap seperti asal. semasa memasukkan kit baru letakkan sedikit minyak pelincir untuk memudahkan kerja pemasangannya. setelah siap pasangkan semula tabung minyak (sekiranya dibuka) dan bolehlah pasangkan balik pada kereta. isikan minyak clutch dan lakukan proses bleeding untuk membuang bubble trap di dalam hose clutch. pandu uji kereta dan jika terasa pendek atau terlalu panjang pedal clutch maka laraskan push rod untuk disesuaikan dengan kehendak anda


sebenarnya terdapat dua pilihan ketika membaik pulih clutch pump ini iaitu sama ada melakukan proses diy seperti di atas sebagai mana yang telah saya terangkan atau pun mendapatkan terus set baru clutch pump ini di kedai spare part. terdapat beberapa jenama seperti TRW, SANYCO, NABCO dan beberapa lagi yang boleh dipilih bergantung kepada bajet anda. suatu ketika dahulu saya pernah membeli set baru brand NABCO sama seperti original mitsubishi di kedai spare part dengan harg rm170 satu set dan sekarang agak sukar untuk mendapatkan brand ini. barand SANYCO pula ialah brand yang dipakai oleh kebanyakan kereta proton terutamanya proton wira. ada juga yang membeli set 2nd di kedai halfcut, bergantung pada nasib juga, kadang kala dapat bertahan lama dan kadang kala sebaliknya pula. so pilihan di tangan anda dan anda lah yang menentukannya untuk membuat pilihan terbaik

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Power Steering Fluid

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. kali ini akan saya paparkan entri mengenai power steering fluid atau pun minyak power stereng sesebuah kenderaan. selalunya kita lupa untuk servis atau menukar ataupun top up minya power stereng ini akibatnya lama-kelamaan power stereng akan bermasalah bukan sahaja pada steering pump malahan turut merebak kepada steering rack itu sendiri. kerja untuk menukar power steering fluid ini bukanlah suatu kerja yang begitu sukar, boleh dilakukan secara diy sahaja di rumah asalkan power steering fluid ada serta peralatan tambahan sedikit, itu pun kalau nak keluarkan minyak lama dan masukkan minyak baru




ada beberapa cara dan kaedah berkaitan yang dilakukan untuk menukar minyak power stereng ini. antaranya ialah melalui flushing iaitu kita terpaksa membuka hose inlet dan outlet pada fluid reservoir dan disambungkan pula dengan hose lain untuk membuat proses flushing. cara ini agak cerewer kerana tidak sesuai dilakukan secara diy di rumah. kalau di kedai mungkin ada peralatan khusus untuk flushing minyak power steering ini. kaedah popular yang dilakukan oleh sesetengah orang ialah hanya top up sahaja minyak baru jika minyak lama berkurangan, cara ini juga tidak menjadi masalah tapi lama-kelamaan minyak itu akan menjadi hitam dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. cara yang saya lakukan pula ialah menyedut minyak lama dan digantikan dengan minyak yang baru. secara detail akan saya jelaskan berikutnya

gambar atas ialah kedudukan reservoir power steering fluid pada kereta proton wira iaitu bahagian kiri kereta berhampiran dengan kota fuse dan relay aircond. lokasi tabung ini bergantung pada jenis kereta, ala... bukan payah nak cari tabung ini, mesti ada tulis pada reservoir cap 'power steering'. sarung ralliart tu selain sebagai kometik fungsinya ialah untuk menyerap lebihan minyak yang keluar daripada tabung jadi fluid tidaklah merebak dan mengotorkan kawasan lain. perkara ini berlaku kerana oil seal pada bahagian bawah cap dah keras




buka cap tabung minyak power steering ini dan periksa kedudukan paras minyak sama ada min atau max atau pun tidak ada langsung pada dipstick ini. minyak hitam selalunya kita cek tapi minyak ini kadang-kadang kita lupa untuk memeriksanya. sekiranya minyak kurang atau tidak ada langsung maka boleh merosakkan power steering pump dan seterunya merebak ke steering rack pulak. modal besar pula terpaksa dikeluarkan untuk mendapatkan set yang baru atau 2nd di halfcut




tools yang saya gunakan untuk keluarkan minyak lama daripada tabung minyak power steering ialah oil suction gun 500cc. tool ini boleh dibeli dikedai hardware, saiz kecil lagi pun ada. masukkan hose transparent ke dalam tabung minyak dan sedut keluar minyak power steering sehingga habis semua dikeluarkan. kemudian, tambah minyak baru mengikut sukatan yang betul dan start enjin kereta, running beberapa ketika sekitar 3-5 minit, tujuannya supaya minyak yang dimasukkan tadi mengalir dan beredar ke steering pump dan ke steering rack dan seterusnya kembali semula ke tabung minyak. apabila dah mencapai masa yang tertentu, matikan enjin dan sedut balik minyak ini keluar seperti tadi. tambah minyak baru dan running enjin sama seperti tadi. ulangi langkah ini sebanyak 3 kali dan sudah dikira memadai untuk menggantikan minyak baru walaupun tidak 100% minyak baru sepenuhnya. inilah kaedah yang saya ambil daripada method hendak menukar minyak ATF HONDA. saya kira kedah honda ini boleh digunakan pada minyak power steering wira. terpulang kepada anda sama ada hendak top up sahaja pun dah dikira memadai. tapi bagi saya ada masanya kita perlu tukar dengan minyak yang baru




jenis minyak power steering yang hendak digunakan terpulang kepada anda. mana-mana minyak ATF sesuai digunakan untuk power steering seperti minyak ATF proton SP3 di atas. minyak ATF dexron lll pun boleh digunakan tanpa sebarang masalah, malahan. minyak khusu untuk power steering pun boleh digunakan seperti minyak HONDA atau STP atau pun mana-mana brand khusus untuk power steering fluid




bagi kereta wira saya, saya menggunakan power steering fluid keluaran untuk kereta honda seperti gambar di atas dengan harga sekitar rm20 untuk satu botol. minyak ini boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part. walaupun tertera pada label hanya untuk kereta HONDA sahaja tetapi minyak ini boleh digunakan pada mana-mana kereta. saya pernah masukkan minyak honda ini kepada kereta VOLVO S60 dan dapat berfungsi dengan baik tanpa ada sebarang masalah. kaedah yang saya buat pada volvo itu sama seperti yang saya terangkan di atas




minyak lama yang dikeluarkan agak kehitaman jika dibandingkan dengan minyak baru. mungkin tindakan minyak ke atas mekanikal tertentu di dalam sistem power stereng yang menyebabkan perubahan ini berlaku. bayangkan kalau tidak tukar minyak ini melebihi 5 tahun ke atas, mungkin akan jadi pekat dan hitam lagi. so terpulang kepada anda dan pomen anda masing-masing




minyak lama yang dikeluarkan. dah nampak macam air coke pulak :) saya kira eloklah kita tukar minyak power stereng pada sela masa setiap 60,000-80,000km




akhir sekali masukkan minyak power stereng yang baru mengikut penunjuk sukatan pada dipstick cap tabung minyak. pastikan minyak berada pada kedudukan antara MIN dan MAX seperti yang disarankan oleh pengeluar sesebuah kenderaan

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Dell Inspiron 14z Overhaul

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca page saya ini. hari ini hari jumaat dan saya ambil kesempatan cuti hujung minggu di kuala terengganu ini dengan menambahkan entri terkini page saya mengenai bagaimana cara kita hendak servis laptop khusus bagi laptop DELL inspiron 14z. selama ini asyik dengan kereta sahaja tapi kali ini ada kelainan sikit. memandangkan laptop juga merupakan sebuah jentera yang digunakan hari-hari maka peralatan ini perlulah diservis juga kerana semakin lama kita gunakan ada kalanya prestasinya semakin menurun. tidak seperti mula-mula kita beli dahulu. begitu jugalah dengan kereta, performance semakin menurun maka perlulah kita buat sesuatu untuk mengembalikan prestasi seperti baru

masalah utama yang mengganggu prestasi laptop atau komputer ialah overheat iaitu kepanasan melampau, sama juga seperti kereta kalau dah overheat sudah pasti akan merosakkan enjin kereta. begitu juga dengan laptop, perlu diselenggara supaya masalah ini tidak berlaku. sekarang kita dapati trend semasa PC yang menggunakan coolant untuk menyejukkan CPU supaya dapat bekerja dengan lebih efisien. bagi laptop pula masalah kepanasan ini selalunya disebabkan oleh habuk atau debu yang melekat pada fin CPU fan yang menghalang haba daripada dibebaskan keluar untuk menyejukkan CPU. kita dapati bermacam-macam barangan direka untuk menyejukkan sesebuah laptop ini. oleh itu mari lah kita servis juga laptop kita agar dapat bertahan dengan lebih lama sama konsepnya dengan enjin kereta juga :)

bagi laptop model DELL inspiron 14z ini caranya untuk membuka komponan dalamannya boleh dikatakan agak mudah sahaja. pertamanya terbalikkan laptop dan buka kesemua skru yang terdapat pada bahagian bawah lapto ini. keseluruhannya terdapat kira-kira 8 biji skru kecil. gunakan toll yang bersesuaian untuk memudahkan kerja-kerja ini

selepas kesemua skru dibuka, keluarkan RAM yang terdapat pada bahagian mainboard ini. terdapat satu lagi skru pada bahagian bawah RAM ini iaitu skru untuk mengeluarkan keyboard nanti. kalau tak keluarkan skru ini maka keyboard akan sukar untuk dikeluarkan dan jika paksa juga maka boleh merosakkan keyboard laptop anda

langkah seterusnya, keluarkan CD/DVD drive ini. caranya sangat mudah hanya perlu tarik sahaja pada bahagian hadapan pemacu ini dengan syarat kesemua skru pada bahagian belakang atau bawah laptop ini telah dikeluarkan kerana terdapat satu skru khusus untuk pemacu CD/DVD ini

keluarkan pula keyboard dengan menggunakan screw driver leper kecil, umpil lock keyboard yang terdapat pada bahagian hadapan keyboard. terdaapt 3 lock kesemuanya dan apabila lock ini dibuka maka bolehlah keluarkan keeyboard dengan perlahan-lahan. jangan terus menarik keyboard ini kerana masih terdapat ribbon cable yang melekat pada motherboard yang perlu dibuka juga. tuil lock pada penghujung ribbon cable ini dan tarik ribbon dan dengan mudah ia dapat dikeluarkan daripada motherboard

sebaik sahaja keyboard dikeluarkan maka kita perlu menanggalkan beberapa ribbon cable yang melekat pada mainboard itu tadi. kalau diperhatikan pada gambar terdapat 4 ribbon cable berwarna biru yang perlu dikeluarkan. kaedahnya sama seperti menanggalkan ribbon cable keyboard itu tadi. buka juga beberapa nat yang terdapat pada bahagian ini. dalam gambar itu terdapat 3 biji skru kecil yang telah dikeluarkan untuk memisahkan bahagian atas laptop

cabut keluar bahagian atas laptop, kaedahnya sama seperti kita hendak membuka housing belakang handphone. umpil dan dengan mudahnya bahagian ini dapat dikeluarkan atau dipisahkan daripada bahagian bawahnya

langkah seterusnya ialah keluarkan bateri laptop dengan membuka 2 biji skru kecil. laptop model ini baterinya diletakkan pada bahagian dalam laptop, ini bermakna kita tidak boleh mengeluarkan bateri dengan mudah seperti kebanyakan laptop biasa. DELL 14z ini perlu kerja lebih sikit sekiranya kita hendak menggantikan bateri baru sekiranya yang lama rosak

keluarkan harddisk dengan hanya menarik ke arah hadapan sahaja tanpa ada apa-apa skru yang perlu dibuka. pada masa ini kalau kta nak upgrade kapasiti storage yang lebih besar maka bolehlah kita buat sekaligus, tak perlu buka dua atau tiga kali

inilah bahagian penting yang perlu kita servis iaitu bahagian fan dan heatsink CPU laptop. gambar atas merupakan bahagian fan yang telah dibersihkan. kebiasaanya bahagian fan inilah selalunya terdapat kotoran dan habuk yang tebal dan boleh menyebabkan kepanasan melampau pada CPU nanti. bersihkan dengan apa-apa peralatan yang sesuai seperti berus gigi dan sebagainya untuk menghilangkan kotoran tadi. copper berbentuk L itu merupakan heatsink daripada CPU dan dialirkan kepada kipas untuk disejukkan. apabila dah siap nanti jangan lupa pasangkan balik soket putih CPU fan ini kerana jika lupa memasangnya maka boleh menyebabkan overheat dan mengganggu prestasi laptop, kadang-kadang laptop hang atau mati dengan sendiri

apabila semuanya dah siap dibersihkan, jangan lupa untuk membuang thermal paste lama yang terdapat pada CPU dan gantikan dengan therma paste yang baru. thermal paste ini boleh didapati di mana-mana kedai komputer dengan harga yang boleh dikatakan agak murah juga. letakkan sedikit thermal paste pada bahagian atas CPU dan ratakan terlebih dahulu, kemudiannya pasangkan balik fan dan heatsink CPU tadi

apabila segalanya sudah selesai, maka pasangkan balik segala peralatan yang dibuak tadi dengan sempurna, jangan terlebih skru pulak ye. apabila dah beres on laptop dan sekiranya tidak ada apa-apa masalah laptop akan hidup seperti biasa malahan proses boot laptop ini menjadi lebih cepat daripada sebelumnya. perubahan pasti akan dapat dirasai iaitu, kipas tidak lagi mengeluarkan haba yang terlalu panas, kipas berpusing secara senyap, tidak sebelum ini bising dan cepat panas. laptop pun terasa lebih laju daripada biasa dan kita pun terasa seronok untuk menggunakan laptop semasa membuat sesuatu kerja. laptop inilah yang banyak berjasa kepada saya untuk update page ini, tambahan pula segala gambar mengenai projek DIY saya semua ada di dalamnya

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Rear View Camera Installation

selamat tahun baru 2016 diucapkan kepada semua followers dan pengunjung serta pembaca page ini semoga tahun ini lebih baik lagi daripada tahun lepas. begitulah azam kita apabila menjelma tahun baru dan hari ini 1 januari 2016 telah bermula meninggalkan tahun 2015 yang mungkin banyak meninggalkan kenangan dan imbauan pahit manis dalam kehidupan, begitu juga, mungkin jentera kita pada tahun ini akan bertambah berseri-seri lagi dengan perancangan baru yang bakal dilaksanakan


hari ini saya berpeluang untuk membuat tutorial bagaimana memasang dan seterusnya proses wiring rear view camera bagi sesebuah kereta. bagi yang menukar sistem head unit DVD atau double din yang mempunyai skrin sudah pasti kita perlu manfaatkan function yang ditawarkan seperti function untuk rear view camera. pemasangan rear view camera boleh dikatakan penting juga kerana selalunya apa sahaja objek yang lebih rendah daripada pandangan kereta, kita sudah tidak dapat melihatnya. dengan adanya rear view camera apabila kita masuk sahaja gear R atau gear reverse secara automatik skrin head unit kita akan memaparkan imej pandangan belakang kereta kita. hal ini sebenarnya boleh dijadikan panduan bagi pemanduan kita sekiranya ada objek tertentu ataupun ada kanak-kanak di belakang kereta serta merta kita dapat melihatnya, di samping mengatasi masalah blind spot pada kerata. ok, saya akan tunjukkan bagaimana memasang rear view camera di bawah ini



seperti biasa pada penghujung tahun 2015 baru-baru ini selalunya akan ada offer menarik daripada penjual tidak kira apa-apa jualan sekalipun. saya mengambil peluang ini untuk membeli rear view camera dari negara matahari terbit memandangkan offer yang dibuat agak menarik juga, ada pos free lagi ke tempat kita ini. bolehlah shopping di web tertentu sekiranya hendak membeli barangan kereta dari japan. gambar kecil pada penjuru atas kanan merupakan rear view camera yang telah selamat saya terima dari japan, tidak sampai seminggu barang sudah dapat kalau menggunakan EMS japan




pertamanya pasang dahulu camera pada bahagian belakang kereta, kebiasaanya bahagian atas plet nombor kerana di situ amat sesuai tambahan pula wire nanti senang untuk dimasukkan ke bahagian dalam kereta sama ada melalui bahagian lampu nombor plet kereta atau apa-apa ruang yang bleh digunakan. saya memasangkan camera ini pada bahagian kiri nombor plet honda jazz GE ini dan memasukkan wire ke dalam bonet kereta melalui lubang pada lampu malam nombor plet. gunakan skru yang ada untuk memasangkan camera ini kerana dengan cara ini kedudukan camera ini akan kemas jika dibandingkan dengan hanya menggunakan double tape sahaja yang saya kira akan tercabut suatu hari nanti



masukkan wire camera ke dalam bonet kereta (honda jazz GE) dan wire ini nanti akan disambungkan dengan soket yang akan menghubungkan camera ini ke bahagian hadapan kereta iaitu pada bahagian belakan head unit nanti untuk membuat penyambungan seterusnya. kemaskan wire dengan menggunakan cable tie agar kelihatan teratur mengikut harness wiring kereta




wire yang disambungkan dengan soket yang sedia ada hendaklah dimasukkan ke dalam hose getah seperti pada gambar untuk dilalukan pula ke bahagian lampu reverse kereta sebelum di bawa ke hadapan kereta. buka hose dari bonet dan body kereta dan masukkan atau lalukan wire tadi ke dalam hose dan bukannya melalui luar hose. ada sesetengah kedai yang menebuk hose getah ini untuk memudahkan kerja-kerja laluan wire tetapi saya tidak suka mengamalkan cara tersebut. lebih baik bersabar sedikit untuk memasukkan wire ke dalam hose agar terlindung dan tidak terkena air, tambahan pula kelihatan kemas



dari bonet laluan wire tadi akan melalui bahagian belakang body kereta dan agak sukar untuk memasukkan wire ke dalam body kereta. tapi ada caranya iaitu dengan menggunakan dawai besi halus kita dapat menyelesaikan kerja ini dengan mudah. masukkan dawai ke dalam ruangan body kereta sehingga keluar hujungnya pada bahagian tertentu, sambungkan hujung wire dengan hujung dawai dengan menggunakan tape hitam dan tarik sahaja dawai tersebut. dengan mudah wire tadi akan masuk dengan senangnya melalui ruang-ruang sempit yang tertentu. seterunya wire ini dimasukkan pada bahagian tapi panel lantai kereta, ke bawah dashboard dan seterusnya ke belakang head unit. dah pun siap membuat laluan wire untuk rear view camera



sekarang tibalah proses wiring pula iaitu terdapat dua bahagian atau tempat yang perlu disambungkan wire tertentu. pertamanya pada bahagian lampu reverse kereta terlebih dahulu. lampu reverse terdapat 2 wire utama iaitu positive dan negative. sambungkan wire dari camera iaitu wire merah ke positive (+) wire lampu reverse. dalam gambar wire putih kerana saya telah menyambungkan wire merah dengan wire putih, agak pendek wire merah asal. manakala wire hitam pula sambung ke negative (-) lampu reverse ataupun boleh juga disambungkan ke body kereta. jadi kebetulan dah ada nat untuk wire negative asal kereta, saya hanya sambungkan wire negative camera ini ke body kereta sahaja tanpa menyambungkannya dengan wire negative lampu reverse. ok selesai proses penyambungan wire pada bahagian belakang kereta



pada bahagian hadapan kereta pula iaitu pada bahagian head unit hanya plug in sahaja soket RCA video ini (soket kuning) ke soket camera in belakang head unit. biasa dah ada label untuk camera in di bekanag head unit yang selalunya juga berwarna kuning. tinggal hanya satu lagi wire iaitu wire merah yang keluar daripada belakang RCA socket ini yang selalunya merah kecil sahaja. wire ini ialah wire trigger iaitu apabila kita memasukkan gear R wire ini akan supply current 12v yang akan menghantar isyarat ke head unit untuk mengaktifkan skrin seupaya memaparkan imej camera belakang. ke mana pula hendak disambungkan wire merah kecil ini?



lihat wire pada bahagian belakang head unit kerea anda. bagi yang double din atau ada skrin dengan fungsi rear view camera akan ada satu wire yang dilabelkan dengan REVERSE atau BACK. sambungkan wire merah kecil tadi (wire merah soket RCA) ke wire reverse atau back ini. wire inilah nanti akan trigger signal untuk head unit bertukar ke mode camera. saya kira proses wiring ini tidak rumit sangat, boleh diy sendiri di rumah sahaja dan paling penting boleh jimatkan kos upah wireman luar lagipun hasil kerja kita sendiri tentulah kita puas hati. ok, kira selesailah proses pemasangan rear view camera serta proses wiring pun dah siap



sebelum pasang dan kemaskan balik head unit anda, ambil kunci kereta dan on kunci tanpa start kereta terlebih dahulu dan tanpa on head unit. masukkan gear R dan dengan serta merta imej belakang kereta akan terpapar di skrin. ini bermakna projek anda dah pun berjaya dilakukan



pasangkan semula head unit, kemaskan wire yang ada dan tibalah masa untuk menguji camera ini. hidupkan enjin, ON head unit dalam apa-apa mode sekalipun dan masukkan gear R, sepatutnya skrin akan menunjukkan imej belakang kereta tanpa mematikan muzik yang anda pasang. ubah ke gear 1 atau D secara automatik imej akan terpadam. selesailah projek pemasangan rear view camera sempena tahun baru 2016 ini :)

terima ksih
sincerely: jefftacra