e-Manage Vol. 2 - MAP

assalamualaikum dan salam sejahtera. entri kali ini merupakan sambungan kepada entri e-manage yang terdahulu (CLICK HERE) yang mana entri ini saya akan cuba terangkan fungsi-fungsi yang terdapat pada map e-manage blue yang kesemuanya terdapat 8 map sahaja. kebanyakan tuner hanya menggunakan map tertentu sahaja kerana ada antara map ini tidak sesuai digunakan bagi sesebuah enjin, namun semua fungsi ini bergantung kepada jenis enjin yang digunakan sama ada enjin NA atau enjin TURBO. untuk pemahaman yang lebih mendalam anda perlu merujuk kepada buku owner manual greddy e-manage blue. berikut merupakan fungsi map yang terdapat di dalam e-manage blue

  1. air flow adjustment map
  2. boost limiter cut setting
  3. anti engine stall setting
  4. optional external output setting
  5. additional injection map
  6. ignition timing adjustment map
  7. sub injector map
  8. acceleration map

air flow adjusment map

air flow adjustment map ini mengandungi 16x16 mapping table iaitu mengambil kira load enjin dengan rpm sesebuah enjin. air flow map ini sebenarnya menipu ecu sesebuah kereta dengan membekalkan voltage tertentu untuk mengawal ecu. jadi ecu menerima isyarat atau signal yang telah diubah oleh e-manage ini. air flow adjustment map ini juga mengawal kadar udara yang masuk ke dalam enjin sama ada kita hendak rich atau lean penggunaan fuel ke enjin. adjusment boleh dibuat sebanyak +50% atau pun -50% dan di sinilah perlunya bacaan air fuel ratio yang dikeluarkan oleh ekzos untuk menentukan kadar bacaan yang betul. maka wide band tuning yang menggunakan sensor wide band sangat penting untuk menjalankan proses penalaan supaya bersesuaian dengan kehendak sesebuah enjin


boost limiter cut setting

boost limiter cut berfungsi hanya untuk kereta turbo dan bolehlah kita menaikkan boost sesebuah enjin dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu. sebenarnya fungsi ini untuk membuang limit voltage yang dihasilkan oleh map sensor atau maf sensor. sebagai contoh boost standard sesebuah enjin ialah 0.6 bar dan kita boleh up lagi contohnya naikkan 1 bar dan kita boleh menggunakan map ini untuk melakukannya. bila 0.6 bar injector dah cut fuel dan kita bleh membenarkan lagi penggunaan fuel dengan menggunakan map ini


anti engine stall setting

anti engine stall setting pula ialah berfungsi untuk mengawal idling sesebuah enjin turbo khususnya semasa blow off valve (BOV) menghasilkan lebih tekanan udara. fenomena ini berlaku menyebabkan tekanan udara tadi balik semula ke air flow sensor dan hal ini menyebabkan air flow sensor akan mengesan volume kemasukan udara yang banyak, secara automatiknya ecu menghasilkan voltage tertentu untuk supply minyak yang lebih kepada injector. dalam keadaan throttle tertutup rapat ini injector akan mengeluarkan minyak yang banyak menyebabkan enjin akan menjadi seperti hendak mati disebabkan terlebih minyak yang dikeluarkan oleh injector. map ini boleh mengawal keadaan seperti di atas tadi


optional external output setting

optional external output setting ini sebenarnya untuk engine honda VTEC sahaja iaitu untuk mengawal bukaan vtec pada rpm tertentu mengikut apa yang kita set pada map ini. penggunaan minyak juga boleh dikawal ketika vtec on sama ada hendak rich atau lean berdasarkan % increment yang kita ubah pada map ini. walaupun untuk enjin vtec tetapi kita boleh mengubah suai fungsi ini untuk enjin MIVEC juga dan kita boleh mengawal pada rpm mana kita nak on mivec seperti mana vtec juga


additional injection map

additional injection map ini fungsinya untuk menambahkan fuel ketika map/maf sensor telah mencapai limit voltage tertentu bagi rpm tertentu. sebagai contohnya fuel cut pada rpm 7k dan semasa ini fuel akan menjadi semakin lean atau berkurangan. kita boleh menggunakan map ini untuk memasukkan nilai % tertentu supaya injector dapat terbuka dengan lebih lama lagi mengikut nilai % apa yang kita masukkan tadi sehinggalah kita mencapai afr yang dikehendaki. sekiranya kita tidak mahu menggunakan air flow map kita boleh menggunakan additional map ini untuk mengawal penggunaan minyak sesebuah enjin mengikut nisbah afr yang betul. bagi pengguna kereta bernadikan mitsubishi seperti enjin keluaran 4G sekiranya wire injector ini disambungkan kepada wire injector pada ecu check engine light akan keluar. untuk mengatasinya kita perlukan greddy injector adapter yang disambungkan kepada wire injector ini


ignition timing adjustment map

ignition timing adjustment map ini pula berfungsi untuk retard atau advance ignition timing sesebuah enjin. jika kita memasukkan nilai yang tepat bagi map ini kita boleh merasakan enjin kereta kita semakin bertenaga. map ini perlu gunakan dengan lebih berhati-hati kerana jika kita terlalu advance ignition boleh menyebabkan enjin menjadi knocking dan seterunya boleh merosakkan seebuah enjin tersebut. sebenarnya kita mengarahkan plug membakar campuran fuel dengan udara di dalam enjin mengikut kelajuan enjin sesebuah kereta


sub injector map

sub injector map ini berfungsi untuk mengawal injector tambahan yang dipasangkan pada sesebuah enjin sekiranya injector sedia ada tidak mampu menghasilkan afr yang dikehendaki. e-manage blue membenarkan penggunaan 2 unit sub injector tambahan dan boleh mengawalnya sama seperti kita memasukkan nilai pada additional injector map


acceleration map

acceleration map ini hanya akan berfungsi apabila additional injector map diaktifkan. tujuannya ialah untuk menambah fuel semasa kereta hendak dipecut. kedudukan throttle bermula 0%-40% sahaja, manakala rpm bermula daripada 1000rpm-5000rpm sahaja. katakan semasa kita berada pada kedudukan gear 2 rpm 1.5k dan ketika ini kita floor pedal minyak secara mengejut didapati afr menjadi lean sekejap seperti 17.0 dan sebagainya dan kembali kepada asal seperti 13.0 dalam kadar masa tertentu. hal ini disebabkan injector lambat mengeluarkan minyak dan penggunaan map ini dapat mengatasi masalah tersebut dengan menambahkan fuel semasa lean tadi dengan afr yang betul


sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

Engine Knock Detection

bersua lagi dengan entri bagaimana cara nak menghasilkan engine knock detection. knocking pada enjin boleh menyebabkan kerosakan enjin secara kekal dan perlulah dituning dengan sebaiknya agar knocking atau detonation ini tidak terjadi pada sesebuah enjin. knocking ini merupakan musuh utama sesebuah enjin kerana boleh memudaratkan enjin dan perkara inilah yang perlu dielakkan bagi sesiapa yang menjalankan proses tuning agar inigtion timing tidak terlalu advance yang boleh menyebabkan enjin tidak power dan terasa sebu

bagi pengguna e-manage ketika bermain dengan mapping ignition timing perlulah berhati-hati agar knocking tidak berlaku. amat sukar untuk mendengar bunyi knocking ini dengan telinga sahaja kerana proses knocking ini berlaku di dalam kebuk pembakaran enjin. bunyi seakan-akan hammer drill akan muncul sekiranya ignition timing terlalu advance. e-manage blue menyediakan mapping ignition timing 16x16 iaitu kita dapat retard atau advance ignition berdasarkan keupayaan enjin sesebuah kereta dan bukannya secara anggaran sahaja ketika hendak memasukkan nilai di dalam mapping tersebut

peralatan utama yang diperlukan ialah sebuah unit ultra compact low noise mixer seperti di atas untuk melakukan diy ini. unit ini saya beli secara online dari luar negara yang memerlukan power 12v sahaja iaitu sesuai dengan bateri kereta kita. input daripada knocking sensor jenis donut masuk ke dalam unit ini dan seterusnya diproses lalu dikeluarkan output dengan menggunakan head speaker dan kita boleh melaras volume mengikut apa yang bersesuaian dengan pendengaran kita. sedikit ubah suai perlu dilakukan pada unit ini kerana saya tidak mahu menggunakan adapter speaker jack jenis besar ke kecil. jadi saya pasangkan output jack speaker jenis kecil seperti yang terdapat pada bahagian kiri unit ini

sebenarnya tak perlu pun mod apa-apa unit ini kerana kita boleh membeli input output adapter jack yang jenis kecil ke besar. ada dijual di kedai elektronik. saya lakukan penambahan speaker output ini pun kerana barang telah sedia ada, dan ambil daripada speaker pc lama. jadi pertamanya perlu baraikan unit ini seperti gambar di atas. nak barai senang sahaja, buka skru bunga dan keluarkan board unit tersebut

tebuk lubang yang bersesuaian dengan speaker output tersebut dan pasangkan pada lubang yang dibuat pada casing unit tadi. ketatkan nat yang disertakan supaya kemas dan tidak mudah longgar. anda boleh merujuk kepada gambar pertama di atas nat yang saya maksudkan pada bahagian ini

sambungkan 2 wire seperti di atas, terlebih dahulu kita mestilah kenal pasti di mana kedudukan point wire out speaker serta mana satu negatif dan mana satu positif. dalam hal ini kita perlukan multimeter untuk mengenal pasti point wire tersebut. apabila dah jumpa maka boleh solder dua wire berkenaan

apabila segalanya dah selesai maka bolehlah pasang kembali board pada tempatnya dan tutup semula casing unit ini. inilah kedudukan lubang speaker output baru yang bersaiz kecil seperti biasa. nampak kemas juga bila dibuat dengan teliti :) langkah seterusnya ialah bagaimana membuat wiring pada sensor, power 12v dan seterusnya output ke head speaker. semuanya akan saya jelaskan di bawah ini

unit ini didatangkan dengan power adapter plug 3 pin untuk kegunaan rumah. output yang dihasilkan hanya 12v sahaja. jadi untuk digunakan pada kereta kita perlu ubah suai sedikit power cord asal atau kalau sayang nak potong kita boleh hasilkan sendiri power cord untuk menghidupkan unit ini di dalam kereta dengan memasukkannya ke cigar lighter kereta. anda perlu dapatkan pencucuk cigar lighter terpakai, saya tak pasti ada jual baru atau pun tidak. satu lagi ialah input jack ke unit di atas tadi. sebelum wiring kenal pasti dahulu mana satu 12v dan mana satu ground pada kereta. solder wire berkenaan agar tidak mudah tertanggal nanti. dah pun siap power cord untuk unit ini

saya menggunakan knock sensor jenis donut kerana jenis ini mudah dipasangkan di enjin kereta. saya memasangkan sensor ini pada hanger enjin iaitu besi tempat untuk mengeluarkan enjin. ada dua wire yang akan keluar dari sensor ini iaitu wire ground dan wire sensor. dengan menggunakan multimeter kenal pasti mana satu wire yang dinyatakan tadi. sambungkan wire ini ke input jack untuk dicucukkan ke unit tadi. pada mixer tadi terdapat 4 input, yang kita hendak gunakan hanyalah satu sahaja iaitu input daripada sensor knock ini

output ke speaker pula hanya cucukkan jack speaker ke unit ini. dah pun selesai dan bolehlah kita menguji knock detection ini pada kereta kita. cara untuk tuning ignition iaitu kebiasaannya pada rpm di bawah 4k rpm dan selebihnya kita sukar mendegar bunyi knocking akibat enjin terlalu bising. dengan menggunakan peralatan sepeti ini sebenarnya banyak membantu proses tuning kereta terutamanya bagi yang menggunakan engine management tertentu. caranya ialah sebagai contoh kita menggunakan emanage blue. setelah kita tuning wideband air fuel ratio dan kita seudahpun dapat reading afr yang terbaik pada setiap rpm, maka kita boleh advancekan sedikit ignition pada rpm tertentu untuk memaksimumkan power enjin, sekiranya berlaku knocking kita dapat mendengar bunyi knocking melalui alat ini dan ketika ini kita turunkan balik ignition hingga tidak lagi kedengaran bunyi tersebut. sekiranya tuning dibuat dengan betul anda boleh merasakan sedikit power yang keluar daripada enjin kereta anda

video menunjukkan bunyi knocking pada enjin

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

Water Pump Replacement

salam sejahtera

ada kalanya kita dapati coolant atau air pada kereta kita berkurangan dan terpaksa ditambah dalam jangka masa yang singkat sahaja. jika simptom ini berlaku besar kemungkinan terdapat kebocoran pada cooling system enjin sesebuah kereta. kebocoran yang berlaku kebiasaannya pada radiator, pipe besi atau hose getah, oil seal pada pipe dan juga pada bahagian water pump yang terdapat pada bahagian enjin. kalau bocor dan air menitik kita boleh kesan dengan mudah kerana selalunya terdapat kesan coolant di bawah kereta terutamanya pada waktu pagi. sekiranya bocor pada bahagian timing belt bagi kereta proton bermakna water pump kereta anda sudah bermasalah dan perlulah ditukar dengan yang baru dengan kadar segera


water pump memainkan peranan penting untuk recycle air untuk disejukkan pada bahagian radiator dengan bantuan kipas atau angin dan seterusnya masuk ke dalam enjin untuk menyejukkan dan menjaga suhu sesebuah enjin. entri kali ini saya paparkan serba sedikit cara untuk menukar water pump enjin mivec dan kaedah ini sama sahaja dengan enjin proton 1.6 - 1.8




terdapat beberapa jenama water pump di pasaran negara kita untuk kegunaan enjin jenis yang saya nyatakan tadi. antaranya ialah GMB, paraut, aisin, NPW dan beberapa jenama lagi, termasuk jenama keluaran proton sendiri.saya telah memilih jenama NPW made in japan untuk menggantikan water pump pada kereta saya yang saya kira telah menjangkau 6 atau 7 tahun. ada masalah kurang air sikit tapi saya tidak menyangka water pump yang bermasalah. bila buka cover timing belt dengan menggunakan torch light ternampak coolant berwarna hijau pada bahagian water pump. maka confirm water pump kereta saya bermasalah. hari ini juga saya akan tukar dengan yang baru




untuk mengeluarkan water pump ini terlebih dahulu kerja-kerja seperti membuka dan memasang timing belt perlu dilakukan. kita perlu buka belting aircond dan belting alternator, buka crank pulley dan seterusnya keluarkan timing belt. anda boleh merujuk entri terdahulu mengenai cara membuka dan memasang timing belt bagi enjin DOHC ini. terlebih dahulu keluarkan coolant melalui radiator drain yang terdapat pada bahagian bawah radiator. akhirnya buka nat 12mm yang terdapat pada bahagian water pump dan sebaik sahaja kesemua nat dibuka, ketuk perlahan-lahan pada bahagian water pump untuk memisahkannya daripada blok enjin kereta. gambar atas kelihatan yang lama dan water pump yang baru




bahan penting untuk memasang water pump ini ialah gam gasket dan saya telah serasi menggunakan jenis permatex ultra grey untuk kerja-kerja pada bahagian enjin kereta saya. sekiranya terdapat gasket kertas seperti di atas maka bolehlah kita menggunakan gasket tersebut. ada sesetengah water pump tidak disertai dengan gasket kertas ini dan kita memerlukan gam gasket ultra grey semata-mata untuk memasangnya




ini pula ialah tempat water pump dipasangkan pada blok enjin. cuci dengan bersih-bersih bahagian ini supaya pemasangan water pump baru dapat dibuat dengan kemas dan dapat mengelakkan masalah selepas pemasangannya nanti. kikis dan bersihkan betul-betul gam gasket lama dan kalau boleh gunakan sedikit thinner untuk membersihkannya sehingga betul-betul bersih




letakkan gam gasket dengan berhati-hati pada bahagian water pump. jangan terlalu banyak kerana kemungkinan lebihan gam ini akan terlebih ke bahagian dalam water pump dan boleh menyebabkan aliran coolant nanti tidak lancar. sapukan juga pada bahagian gasket kertas tadi dengan meletakkan gam gasket secara nipis sahaja. tunggu beberapa minit dan kemudiannya bolehlah memasangkannya pada bahagian blok enjin. dengan berhati-hati letakkan pada tempatnya kerana apabila tidak berhati-hati nanti dikhuatiri gam gasket akan terkena pada bahagian lain dan menyebabkan hilangnya gam gasket pada bahagian water pump. hal ini boleh mendatangkan masalah nanti




pasangkan kesemua nat pada water pump dan dengan menggunakan torque wrench ketatkan nat sebanyak 18ft.lbs bersamaan dengan 24Nm sahaja. adalah penting menggunakan torque wrench pada bahagian enjin supaya pemasangan dapat dibuat dengan kemas dengan tekanan skru yang sekata






water pump telah pun siap di pasang pada enjin. tunggu beberapa jam supaya gam gasket tadi kering sepenuhnya. apabila dah kering maka bolehlah masukkan coolant melalui radiator sehingga penuh. pasangkan balik timing belt dan segara peralatan yang telah dbuka tadi. apabila segalanya telah selesai maka bolehlah hidupkan enjin dan periksa jika terdapat kebocoran coolant. panaskan enjin dan tunggu sehingga radiator fan berpusing seperti keadaan asal

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

e-Manage Vol. 1 - Intro

entri kali ini saya akan menerangkan pengenalan kepada piggyback engine management khusus kepada e-manage blue (emb). sebenarnya piggyback ialah alat atau device yang dipasangkan pada enjin injection dengan tujuan untuk menipu dan memanipulasi bacaan dan voltage sensor tertentu untuk mengoptimakan lagi keupayaan enjin agar kuasa yang lebih sedikit dapat dihasilkan dengan penalaan yang betul, tepat dan sempurna. pemasangan peralatan piggyback ini masih lagi bergantung kepada engine controller unit asal (ecu) kereta untuk sama-sama bekerja dan saling bantu membantu antara satu sama lain untuk meningkatkan kuasa enjin. pemasangan piggyback hanyalah proses tapping dan penyambungan pada wayar asal yang terdapat pada ecu sesebuah kereta. antara contoh piggyback yang biasa kita dengar atau biasa digunapakai oleh kebanyakan pemilik dan peminat kereta iaitu brand apexi (safc1, safc2, vafc2, afc neo) manakala keluaran brand greddy pula seperti e-manage blue (emb) atau pun e-manage ultimate. jenama lain seperti AEM, works dan lain-lain lagi

piggyback ini berlainan sekali dengan sistem standalone iaitu penggunaan device stand alone ini tidak lagi memerlukan ecu asal malahan ecu asal hendaklah dibuka dan tidak digunakan lagi. engine management diambil alih sepenuhnya oleh stand alone tersebut. antara jenis stand alone yang popular ialah seperti haltech, microtech dan lain-lain lagi. entri ini saya hanya bincangkan khusus kepada e-manage blue sahaja dan kemungkinan akan ada sambungan yang lebih detail lagi mengenai piggyback ini sehingga kepada bagaimana hendakan melakukan wideband street tuning

e-manage blue versi awal boleh dikatakan agak familiar bagi kaki-kaki kereta yang mementingkan performance kereta. device ini masih lagi ada peminantnya yang tersendiri sehingga sekarang. harga semasa used (2nd hand) sekitar rm700 - rm850 bergantung dengan kondisi dan harnes yang ditawarkan. biasanya harga yang dijual sekiranya 2nd hand adalah sekitar seperti yang saya nyatakan di atas termasuk sekali dengan main harness dan ignition harness. sekiranya anda hanya memperoleh main harness sahaja harganya sekitar rm700 sahaja

inilah mainboard e-manage blue versi besar yang terdapat di dalam casingnya. cip berbentuk segi empat panjang menunjukkan bahawa main board ini merupakan barangan original kerana bentuk cip yang lain daripada ini sudah pasti barangan tersebut ialah barangan tiruan (fake). di bawah ini nanti saya akan paparkan bagaimana hendak mengenal pasti sama ada e-manage yang anda beli itu original atau pun tiruan kerana ada part dan tanda-tanda tertentu yang membezakan barangan ori atau pun fake

terbaru ialah pihak greddy telah menghasilkan e-manage blue versi mini dan di pasaran sekarang memang versi inilah yang banyak dijual. walaupun dah berubah saiz kepada lebih kecil sedikit tetapi fungsi dan antara muka software yang digunakan sama sahaja dengan versi besar. cuma penggunaan software version sahaja yang berbeza iaitu versi lama menggunakan ver. 1.49 manakala versi mini menggunakan ver.1.50 software e-manage ini boleh diperoleh secara percuma di greddy.com anda hanya perlu download sahaja di web page tersebut. harus diingat software e-manage ini compatible dengan windows xp sahaja tanpa ada apa-apa masalah. windows lain kemungkinan mendatangkan masalah tertentu

bahagian dalaman main board emb mini version ini ternyata masih mengekalkan part yang sama seperti versi lama, bezanya cuma cip sahaja yang berbentuk segi empat tepat. bilangan jumper juga sama namun kedudukan jumper berubah tempatnya jika dibandingkan antara keduanya. hal ini akan saya terangkan pada entri akan datang, tunggu sambungan pada volume seterusnya. pengubahsuaian jumper yang perlu dilakukan bergantung kepada apa fungsi yang kita hendak gunakan nanti

original vs fake


e-manage blue keluaran asal ialah dihasilkan di japan manakala yang tiruan pula ada yang mengatakan dibuat di taiwan atau pun china. fungsinya tetap sama tetapi kemungkinan ada beberapa kelemahan tertentu yang terdapat pada e-manage tiruan ini. antaranya ialah kemungkinan memori mapping dan tuning yang kita lakukan akan hilang sebaik sahaja bateri kereta dibuka atau pun ada yang mendakwa tuning yang dilakukan boleh 'lari' dan tidak stabil. saya pernah berpengalaman jumpa dengan e-manage tiruan ini yang dibawa oleh customer untuk dipasangkan pada keretanya. saya jelaskan kepada owner tersebut bahawa barangan yang dibeli tidak sama seperti yang kebanyakan saya pasang pada kereta orang lain dan kemungkinannya barang itu tiruan berdasarkan adanya tanda-tanda tertentu yang akan saya jelaskan di bawah nanti. harga yang dibelinya rm700 termasuk pos (brand new). owner tersebut tak jadi nak pasang pada keretanya

salah satu cara nak kenal ori atau tiruan ialah kita perhatikan pada soket yang dibekalkan sekali dengan unit utamanya. kalau berpandukan pada gambar di atas yang mana satukah original dan yang mana tiruan agaknya. fikir sejenak...  jawapannya ialah, yang atas original manakala bawahnya tiruan. bentuk dan keadaan soket agak berbeza antara satu sama lain iaitu soket original terdapatnya warna putih pada bahagian dalam soket, warna putih ini merupakan lock kepada wire tersebut. jika dibandingkan dengan soket bawah bentuknya agak kecewa sedikit, nampak pun tak kemas seperti gambar atas.

satu lagi ialah ejaan connecter (ori japan) manakala tiruan dieja dengan connector. yang ejaan salah itulah sebenarnya emb yang original. satu lagi ialah wire yang original kecil sedikit dibandingkan dengan wire e-manage tiruan (gambar sumber internet, credit to owner)

emb original terdapat no siri pada bahagian bawahnya dan ini tidak terdapat pada kebanyakan set tiruan. saya pernah tengok secara live emb triuan dan ternyata memang tidak ada no siri seperti yang tertera pada gambar di atas. sekarang yang tiruan pun ada no siri seperti ini dan bagaimana pula kita nak kenal pasti yang itu adalah tiruan?

inilah rupa bentuk perbandingan soket yang telah saya jelaskan di atas tadi. yang penting perhatikan soket original adanya lock yang berwarna putih

ini ialah gambar yang saya copy daripada internet (credit kepada owner gambar) yang menunjukkan main board original dan part ini ada kelainan sedikit dengan yang tiruan. sudah pasti kita hendak barang yang betul-betul original kan supaya tidak mendatangkan masalah tertentu di kemudian hari. paling penting tidak memudaratkan enjin kereta kita kerana jika lean (minyak kurang) boleh menyebabkan enjin panas melampau dan jika rich (minyak lebih) boleh menyebabkan kereta menjadi sebu dan hilang tenaganya. penggunaan minyak pun akan menjadi lebih daripada kebiasaan

gambar sumber internet (credit to owner) tak tahu siapa pemiliknya. terima kasih atas gambar ini. gambar menunjukkan main board emb tiruan dan anda boleh bandingkan sendiri dengan gambar di atas, pasti anda dapat menemui beberapa perbezaan antara keduanya. terdapat beberapa perbezaan lagi yang boleh anda temui dengan menggunakan bantuan google di internet :)

pada entri akan datang saya akan jelaskan fungsi-fungsi yang terdapat pada e-manage blue ini dan fungsi tertentu ini boleh diaplikasikan pada enjin kereta mengikut apa yang telah kita mod pada enjin kereta kita. tunggu kemunculan vol. 2 sedikit masa lagi

sekian, terima kasih
sencerely: jeff tacra

Item Detained By Customs

salam sejahtera. entri kali ini saya akan jelaskan secara terperinci bagaimana kita hendak menuntut kembali barangan kita yang telah ditahan oleh pihak kastam malaysia. sekiranya kita membeli barangan daripada luar negara maka apabila barangan tersebut sampai ke malaysia terlebih dahulu barangan itu akan diperiksa oleh pihak kastam yang bertempat di KLIA. kalau barangan kecil atau yang nilainya kurang daripada rm500.00 kemungkinan barangan itu akan dilepaskan tetapi sebaliknya kalau barangan yang dibeli itu melebihi rm500.00 maka besar kemungkinan barangan anda akan dikenakan cukai oleh kastam. tetapi hal ini bergantung pada nasib jugak, kadang-kadang beli barang dengan harga hampir 1k ataupun lebih ok je kastam lepas, bergantung pada nasib

salah satu cara nak melepasi kastam ialah seller di sana declare barang tersebut sebagai apa, contohnya gift, sample dan sebagainya. ada juga pembeli yang di negara kita berhubung dengan seller luar negara meminta seller meletakkan jumlah harga yang lebih rendah daripada nilai belian yang dilakukan, tapi harus diingatkan kalau declare harga rendah namun harga sebenar melebihi seperti apa yang tertulis pada custom form declaration dan pihak kastam dapat mengesannya maka anda akan dikenakan cukai mengikut peratusan tertentu seperti yang termaktub dalam peraturan dan tatacara mengimport barangan daripada negara luar

entri ini saya akan memberikan sedikit panduan bagaimana cara kita nak menuntut barangan yang ditahan oleh pihak kastam. saya akan memberikan panduan pilihan kedua iaitu kita menuntut secara jarak jauh iaitu tanpa pergi ke pusat mel di klia di mana tempat barang kita di tahan. kalau tinggal di sekitar sana berbaloilah pergi sendiri menguruskan dan menuntut barangan tersebut. kalau yang tinggal jauh seperti di utara atau pantai timur adalah lebih baik uruskan secara dalam talian sahaja. lebih jimat daripada bayar tol, duit minyak, masa dan tenaga lagi


antara tanda-tanda barangan anda ditahan oleh pihak kastam ialah terdapatnya dua masa berbeza seperti yang tertera pada tracking form di atas iaitu barang telah sampai malaysia dan diperiksa oleh pihak kastam kali pertama. tunggu punya tunggu barang tak pun sampai ke tangan kita atau tak menunjukkan perubahan pada tracking form tersebut. tengok lagi sekali dah masuk balik 'in custom' tetapi dengan hari dan waktu yang berbeza. jika keadaan ini berlaku maka sah barangan anda sudah ditahan oleh kastam. salah satu cara lagi ialah pihak kastam pos di klia akan menghubungi kita menyatakan barangan ditahan dan akan memaklumkan bahawa bilakah surat penahanan tersebut akan dikirim kepada kita. kita perlu tunggu surat ini sampai ke tangan barulah kita boleh bertindak selanjutnya

ini ialah surat yang dihantar kepada dan di dalamnya terdapat sekeping kertas yang menerangkan butiran dan no rujukan barangan tahanan tersebut. kalau kita awal-awal lagi mengesyaki barangan kita ditahan kita boleh membuat panggilan terus ke pusat mel klia dan bertanya status barang kita. sekiranya ditahan kita boleh meminta pihak berkenaan emailkan terus surat tersebut untuk mempercepatkan lagi urusan seterusnya

inilah surat yang dikeluarkan kepada yang perlu kita isi maklumat tertentu untuk menuntut barangan kita. terdapat 3 pilihan yang boleh kita buat untuk menuntut barangan tersebut. pertama ialah dengan cara kita sendiri pergi ke pusat mel tersebut dengan membawa surat di atas berserta invoice pembelian yang kita lakukan. saya tak akan ceritakan secara detail pilihan pertama ini. pilihan kedua ialah kita melantik orang ke-3 seperti kawan, adik beradik, saudara mara dan sebagainya untuk menguruskan urusan ini, juga memerlukan surat dan invoice yang sama. pilihan yang ke-3 ialah kita melantik pihak pos malaysia untuk menguruskan proses menuntut barangan dengan mengisi bahagian D pada surat berkenaan. kalau kita lantik pihak pos maka pihak pos di sana akan menguruskan barangan kita sehingga selesai dan kita akan menerimanya di pejabat pos di tempat kita. bayaran kepada pihak pos ialah kira-kira rm50.00 tidak termasuk gst dan ditambah lagi dengan cukai yang dikenakan nanti




setelah mengisi butiran D kita perlu dapatkan invoice atau bil yang mengesahkan bayaran yang telah kita lakukan dalam pembelian tersebut. invoice ini boleh diperoleh secara online semasa urusan pembelian yang kita buat. setelah cukup dokumen ini maka boleh kita mengambil gambar dan kalau nak baik lagi scan dan emailkan ke unit perkastaman (customs affair unit) iaitu PMK_CSCustomSupervisor@pos.com.my. tajuk email sebaiknya no rujukan pos yang terdapat pada surat tersebut. selepas email untuk tindakan yang lebih cepat kita boleh menghubungi supervisor unit perkastaman di talian 03-87773680 dengan memaklumkan kepada pihak berkenaan yang kita telah siap email dokumen-dokumen yang diperlukan


ini ialah contoh email kepada unit tersebut dengan mengemukakan invoice dan bukti pembayaran yang telah kita lakukan



ini balasan email pihak berkenaan kepada kita memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima segala dokumen yang telah kita hantar tadi. biasanya dalam masa 3 atau 4 hari bekerja kita akan dihubungi sekali lagi oleh pihak ini memaklumkan kepada kita jumlah cukai yang bakal dikenakan dan memaklumkan juga barangan kita akan dihantar ke pejabat pos laju yang terdekat dengan rumah kita. apabila barang tersebut sampai pihak pos laju akan menghubungi kita mengatakan barangan bercukai dah boleh dituntut di pejabat pos laju tertentu. apa lagi, sediakan duit je lah ye...

apabila tiba di pejabat pos kerani pos akan mengemukakan barang yang kita beli dan dokumen yang menunjukkan jumlah bayaran cukai yang perlu kita bayar. bayar lah dengan sebaiknya. ada juga kes walaupun barangan telah ditahan oleh pihak kastam dan setelah kastam memeriksanya barangan tersebut tidak dikenakan cukai dan semasa kita menuntut di pejabat pos nanti kita akan dapat borang seperti yang tertera di atas

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra