Test And Find a Battery Drain

assalamualaikum dan salam sejahtera. pernahkah anda mengalami masalah begini, bateri kereta masih baru tapi cepat sangat kondem sehingga nak start kereta pun tidak boleh, ataupun kereta kuat 'makan' bateri. sepatutnya jangka hayat bateri boleh bertahan melebihi satu tahun, dua tahun malahan ada yang dapat bertahan sehingga 3 tahun atau lebih. jika bateri kereta anda cepat kondem, sebenarnya ada current kereta yang berjalan walaupun kereta telah dimatikan. keadaan ini berlaku disebabkan terdapatnya masalah wiring kereta yang perlu diperiksa dan diperbetulkan supaya keadaan bateri kereta berada dalam keadaan normal dan tidak cepat habis. berlainan sekali dengan masalah alternator iaitu bateri kereta pun cepat habis kerana alternator yang rosak menyebabkan bateri tidak dapat dicas dengan baik. entri kali ini saya paparkan bagaimana kita hendak menguji dan memperbetulkan masalah battery drain pada sesebuah kereta

tool penting yang mesti ada ialah multimeter, tidak kira yang mahal atau pun murah asalkan ada fungsi untuk menguji ampere elektrik. biasanya multimeter yang mempunyai fungsi ini akan ada 3 input jack iaitu com untuk common (-) dan dua lagi ialah jack input jack biasa dan paling penting ialah input jack A (ampere). gunakan jack hitam untuk com dan jack merah untuk A seperti di atas. jangan gunakan terminal ini untuk menyentuh negati dan positif bateri kerana boleh merosakkan multimeter anda

tetapkan tombol multimeter ke arah A seperti gambar di atas. sesetengah multimeter biasa pun ada fungsi untuk menguji ampere ini

display sepatutnya akan menunjukkan angka kosong kerana tidak ada apa-apa current lagi. satu perkara lagi ialah pastikan setting multimeter diset pada direct current (DC) dan bukannya pada AC. sekarang dah sedia untuk diuji pada kereta anda

seterusnya ialah buka terminal negatif bateri kerana kita akan melakukan ujian untuk mengetahui berapa bacaan yang akan keluar pada display multimeter nanti

sentuh hujung positif kepada terminal bateri dan hujung negatif ke wire ground kereta. ada sedikit spark akan keluar apabila hujung ini tersentuh tetapi hanya kecil sahaja dan tidak mendatangkan apa-apa masalah pun

mengikut apa yang tertera pada display multimeter di atas bacaan ampnya ialah 0.068A dan ini bersamaan dengan 68 milliampere (1A = 1000 milliampere). saya telah mengenal pasti bacaan ini iaitu kerana LED alarm pada kereta saya masih lagi hidup walaupun wire ground pada bateri dicabut. saya tak hendak terangkan lebih lanjut kenapa lampu LED alarm ini masih hidup pada kereta saya, ada seseuatu yang tersirat di sebaliknya, hehe...

sekiranya ada masalah bateri kerap mati kemungkinan bacaan amp lebih besar seperti 3A atau lebih dan perkara ini berlaku kerana ada sesuatu masalah pada wiring tertentu di kereta anda. anda harus memeriksa dengan mencabut kesemua fuse yang ada pada kereta satu persatu sehingga anda mendapat bacaan 0 pada display multimeter

cabut fius aircond kereta satu persatu dan pasang balik satu demi satu. jika tidak ada apa-apa perubahan pada fius bahagian ini maka beralih pula pada fius di sebelah kanan engine bay

buka penutup kotak fius pada bahagian ini dan cabut satu persatu fius. jika tiada lagi perubahan maka berpindah pula pada fius di bawah dashboard kereta anda. sekiranya dah jumpa masalah di sini maka bolehlah anda memeriksa fius mana dan wire berkenaan yang bermasalah

periksa juga pada fius di bahagian bawah dashboard ini hingga selesai. sekiranya tidak berlaku apa-apa perubahan pada display multimeter berkemungkinan alternator kereta anda bermasalah. cuba cek kondisi alternator di mana-mana kedai bateri atau menggunakan device kecil khusus untuk mengetahui keadaan bateri dan alternator kereta anda seperti yang saya jual di FB saya

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

DIY - Manual Wheel Alignment Guide

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. entri kali ini khusus saya akan paparkan bagaimana hendak melakukan sendiri alignment tayar kereta dan entri ini dibuat berdasarkan kereta proton wira sedan sahaja. untuk kereta lain saya tidak pasti adakah kaedah ini boleh juga dipraktikkan atau pun ada kelainannya. untuk body wira sedan sama sahaja dengan wira aeroback dan kaedah ini boleh dilakukan pada aeroback jugk. walaupun khusus untuk kerea wira sahaja, namun untuk kereta lain konsepnya boleh dikatakan sama sahaja cuma atas keyakinan anda untuk melakukannya

tutorial ini saya tidak memberikan jaminan keputusannya sama seperti alignment di kedai 100% kerana di kedai menggunakan mesin khas yang lebih tepat bacaannya. namun setakat yang saya lakukan pada kereta saya ianya tetap memberikan keputusan yang memuaskan walaupun dibuat secara manual sahaja. sudah melebihi 8 tahun saya gunakan kaedah ini dan saya kira sudah 2 kali bertukar tayar, hasilnya tetap memuaskan, bunga tayar tetap rata dan tidak makan sebelah

pertamanya kita hendaklah pastikan kedudukan kereta mestilah sekata iaitu tapak atau lantai kereta berada dalam keadaan rata. saya menggunakan ukuran air seperti di atas untuk memastikan keadaan kereta berada dalam keadaan rata dan tidak senget ke kiri atau ke kanan kerana boleh menjejaskan bacaan camber nanti

inilah tool yang saya gunakan untuk menetukan kedudukan camber kereta sama ada negatif atau positif. saya telah membetulkan kedudukan tayar kereta mengikut timbangan air pada tool ini iaitu tidak sampai -1 darjah dan saya kira hanya -0.5 sahaja. sebenarnya kita boleh buat kedudukan camber ini 0 degree tetapi ini tidak digalakkan sangat. 0.5 degree bermakna kedudukan tayar senget sedikit sahaja iaitu bahagian atas tayar masuk ke dalam. untuk melaras camber ini kita boleh menggunakan nat camber yang dipasang pada knuckle absorber sehingga kita dapat kedudukan camber yang dikehendaki. kalau anda menggunakan pillow ball hanya adjust bahagian atas top mount absorber sahaja beberapa degree seperti yang dikehendaki. proses menentukan kedudukan camber ini perlu dilakukan pada semua tayar termasuk bahagian belakang. itulah hakikatnya bukan mudah kalau nak buat manual alignment ini agak cerewet jika dibandingkan buat di kedai

bagi pengguna telefon pintar kita boleh menggunakan apps yang disediakan untuk mengukur degree sama ada negatif atau positif. gunakan besi yang lurus, potong mengikut ukuran rim kereta dan letakkan telefon lurus dengan besi dan anda akan dapat bacaan yang terhasil daripada camber yang diadjust tadi. contoh gambar di atas ialah kedudukan camber pada -1 degree

apabila sudah melaras camber yang dikehendaki maka berpindah pula bagaimana hendak align kedudukan tayar kereta supaya lurus dengan body kereta iaitu kedudukan tayar sama ada tayar hadapan atau tayar belakang perlulah selari dengan badan kereta kita, barulah pemanduan menjadi stabil dan tidak terhuyung-hayang nanti. dengan menggunakan tali, tarik bermula hadapan hingga ke belakang dan tali tersebut mestilah lurus dan sama tinggi dengan ketinggian kereta. ukuran jarak tali dengan badan kereta perlu dilakukan pada bahagian bertanda panah di atas. jarak ukuran tersebut perlulah sama bacaannya antara bahagian hadapan dengan bahagian belakang badan kereta barulah kita akan berpindah ke proses seterusnya

inilah ukuran jarak tali tadi dengan bahagian depan dan belakang kereta. ukuran mestilah lurus dan sekata. mungkin ada ralat kalau buat dengan cara ini tetapi sekurang-kurangnya kedudukan tali ini selari dengan badan kereta

seterusnya ialah ukur kedudukan tayar belakang terlebih dahulu iaitu ukuran sisi tayar kiri mestilah sama dengan sisi tayar kanan (tayar yang sama). sekiranya ukuran tidak sama maka anda perlulah adjust kedudukan toe tayar belakang ini sehingga ukuran sama seperti contoh gambar di atas. nampak senang dan mudah tapi nak buat memang cerewet dan memenatkan kerana kita akan melakukan proses yang sama bagi keempat-empat tayar nanti. mulakan dengan tayar belakang terlebih dahulu

setelah selesai pada bahagian tayar belakang maka sekarang pada bahagian tayar hadapan pula. ambillah ukuran antara sisi tayar sehingga dapat ukuran yang sekata atau hampir sama. pada bahagian tayar hadapan ini kita perlu adjust toe menjadi toe in sedikit dan janganlah terlalu banyak. toe ini bermaknan hadapan tayar masuk ke dalam beberapa degree sahaja. kalau nak buat lurus pun boleh tapi kebiasaannya kedai tayar pun akan mengubah menjadi toe in sedikit sahaja. terlalu banyak toe in tayar akan makan tepi dan sekiranya banyak toe out tayar makan bahagian dalam. untuk melaras kedudukan tayar depan ini stereng mestilah lurus dan tidak berubah. proses ini selalunya dilakukan berulang-ulang kali sehingga dapat ukuran yang dihendaki, bukan sekali buat je terus jadi ye. apabila siap bahagian kiri kereta maka buatlah pula kaedah dan cara yang sama pada bahagian kanan kereta

untuk mengubah toe tayar belakang kita perlu melaras nat seperti yang dibulatkan pada gambar. 2 spanar 17mm perlu digunakan iaitu satu untuk menahan nat dan satu lagi untuk membuka nat tersebut. apabila selesai maka ketatkan nat secukupnya dan jangan overtighten kerana nat ini mudah loose

nat ini pula gunanya untuk melaras camber tayar belakang sama ada camber negatif atau positif. untuk melaras camber, terlebih dahulu kerata hendaklah dijack dalam keadaan tayar tegantung. kalau tidak buat cara ini agak sukar untuk menggerakkan tayar, sebab itulah di kedai tayar, bahagian bawah tayar kereta ini boleh digerak-gerakkan, tak perlu lagi jack kereta

bahagian rack end ini pula gunanya untuk kita melaras toe tayar hadapan, iaitu toe in atau pun toe out. nak adjust rack end ini kita perlu hidupkan kereta dan pusing stereng sehingga kita dapat memasukkan spanar pada bahagian ini. kemudiannya boleh melaras toe dalam keadaan enjin hidup kerana tayar mudah bergerak in atau out

sebenarnya untuk melakukan alignment secara manual ini bukanlah perkara mudah kerana kita perlu melaras kesemua tayar, jack kereta, ukur tali lagi serta ukur kedudukan pada tayar berulang kali. selepas siap kita perlu pula test kereta di jalan. perkara biasa pada mulanya steering akan senget dan kita perlu betulkan supaya seteering lurus dan kereta pun bergerak lurus. cara adjust steering supaya lurus ialah dengan melaras kedudukan rack end tadi dengan mengambil kira ukuran toe pada tayar hadapan sama ada pada bahagian kiri atau kanan kereta. teorinya napak mudah tapi praktikal agak mencabar jugak. apabila dah siap hasilnya agak memuaskan hati kita dengan tangan kita sendiri yang melakukannya. bayangkan di kedai tayar harga nat camber sebijik sekitar 60-80 manakala di kedai spare part hanya berharga rm5 sahaja, itu tak termasuk adjust bahagian lain lagi. bukan kata tak mampu pergi kedai tapi nak tengok hasil tangan kita sendiri dan sekiranya berjaya kita akab berasa puas melakukannya

ini tayar kedua saya gunakan setelah melakukan alignment secara manual. dah guna tayar ini 4 tahun kot dan ternayata bunga tayar masih lagi rata dan tidak makan sebelah. saya kira dah hampir 10 tahun saya tidak menggunakan perkhidmatan alignment tayar di mana-mana kedai tayar


begitu juga dengan kereta jazz wife saya ini, walaupun dah tukar adjustable dan lowered, keadaan tayar masih lagi cantik dengan cara manual wheel alignment sahaja. kereta honda jazz ini alignment lebih senang jika dibandingkan dengan wira kerana bahagian tayar belakang jazz menggunakan sistem torsion beam, jadi kita perlu ikut kedudukan tayar belakang sahaja untuk align tayar hadapan, lebih mudah dan senang kerana tayar belakang statik camber dan toe, tak boleh ubah

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

e-Manage Vol. 3 - Wiring (Mivec)

assalamualaikum dan salam sejahtera. entri kali ini masih lagi merupakan sambungan kepada entri e-manage blue terdahulu tetapi entri ini khusus untuk pemasangan dan wiring pada enjin 4G92 1.6 MIVEC sahaja. ini bermakna pada kereta lain ada perbezaan pemasangan terutamanya dari segi wiring dan setting rotary switch. perbezaan enjin mivec dengan enjin 4G9X lain ialah 1.6 mivec menggunakan map sensor manakala kebanyakan 4G yang lain menggunakan sistem air flow sensor. jadi ada sedikit kelainan proses wiring yang perlu dibuat. diingatkan bawah proses wiring ini perlu dibuat dengan berhati-hati kerana sekiranya berlaku kesalahan semasa wiring boleh mengakibatkan short circuit berlaku dan ini boleh menyebabkan kerosakan pada ecu kereta anda atau pun pada unit e-manage itu sendiri. terpulang kepada anda untuk melakukannya atas risiko anda sendiri. kalau tidak mempunyai keyakinan yang tinggi maka serahkanlah pada yang pakar untuk melakukannya dengan sedikit bayaran dikenakan kepadanya. baiklah kita ikuti tutorial khusus pemasangan hanya kepada enjin MIVEC sahaja

pertamanya ialah kita perlu membuka casing e-manage untuk mendapatkan papan litar atau board e-manage tersebut. tujuannya ialah kita perlu setkan atau ubahkan beberapa kedudukan jumper untuk membolehkan fungsi vtec digunakan kepada enjin mivec. hal ini perlu dilakukan kerana kita boleh setkan point rpm untuk mivec berfungsi mengikut mana-mana rpm yang bersesuaian dengan kehendak owner. kesemuanya ada 7 jumper pada board e-manage tetapi kita perlu ubah hanya pada jumper JP3, JP4 dan JP7 sahaja untuk membolehkan fungsi vtec/mivec diaktifkan

inilah kedudukan dan bilangan jumper pada e-manage dan pada colum ke-2 itu merupakan factory setting yang didatangkan dengan unit e-manage daripada kilang. jadi kita perlu mengubah jumper JP3 daripada pin 1-2 kepada 2-3. JP4 asalnya OPEN kita pasangkan jumper pada kedudukan 1-2 dan akhir sekali JP7 yang asalnya pin 1-2 diubah kepada OPEN. kesemua jumper ini ada ditulis pada board berkenaan, begitu juga dengan kedudukan pin-pin ada ditanda pada board. kerja-kerja ini perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak berlaku kesilapan semasa kita mangubah kedudukan jumper ini

kemudian perhatikan pula pada bahagian tepi board sehingga anda nampak 3 rotary switch seperti pada gambar di atas. setiap rotary switch ini ada nombor 0-9 dan A-F dan ditengah-tengahnya terdapat panah yang perlu diubah kepada nombor dan abjad yang diperlukan bagi sesebuah enjin. bagi enjin MIVEC switch 1 setkan pada nombor 3, switch kedua pada nombor 8 dan akhir sekali switch ketiga pada kedudukan D. jadi kita perlu setkan rotary switch menjadi kedudukan 3-8-D. bahagian biru dan kuning disebelah rotary switch tidak perlu diubah apa-apa. selesai kerja ini maka bolehlah anda memasang kembali board ke dalam casing e-manage ini

sekarang kita beralih kepada bagaimana untuk menyambung wire e-manage pada wire ecu. diagram pinout ecu di atas merupakan pinout MIVEC dan kita perlu menyambung wire daripada e-manage kepada beberapa wire ecu sama ada dengan cara tapping pada wire ecu ataupun memotong wire ecu dan penyambungan dilakukan secara in out kepada unit e-manage. diagram penyambungan akan saya paparkan di bawah ini

basic wire yang perlu disambung ke ecu seperti yang tertera di atas ini. white wire (air flow input) disambung pada ecu di atas iaitu pada in air flow signal, kena potong wire ini. manakala wire green e-manage di sambung ke airflow output juga pada wire airflow signal ecu di atas. warna brown untuk RPM, wire black ke ground, wire red ke 12v power dan satu lagi ialah wire greye-manage ke throttle signal. semua kerja-kerja ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati

ini pula merupakan penyambungan untuk enjin vtec tetapi kita akan menggunakannya untuk mivec dan sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan dengan tambahan satu relay biasa digunakan untuk mengubah polarity signal vtec menjadi signal mivec. signal vtec outputnya adalah positif (+) manakala signal mivec negatif (-) dan di sinilah fungsi relay untuk mengubah signal ini. kita hanya perlu menggunakan satu wire sahaja iaitu wire kuning (VTEC output) dan disambungkan ke kaki relay 86 seperti yang saya akan paparkan di bawah nanti. wire vtec lain dalam diagram di atas tidak digunakan seperti wire vtec input dan vtm otuput


inilah diagram relay yang digunakan untuk mengubah polarity positif kepada negatif. pada pinout ecu dapatkan wire signal mivec (cokelat belang putih) iaitu terdapat pada soket tengah ecu, potong wire mivec ini, balutkan dengan tape wire yang keluar dari ECU. wire yang ke selenoid mivec di sambung ke kaki 87 relay. wire kuning dari e-manage (vtec output) ke kaki 86 relay manakala 85 dan 30 relay tap ke ground. ok siap pemasangan relay untuk fungsi mivec ini

sekarang proses penyambungan wire ignition untuk mengawal ignition timing enjin sama ada retard atau advance mengikut kesesuaian enjin anda. terdapat 16x16 map untuk mengawal ignition timing ini dan jika dibuat dengan betul kuasa enjin dapat dikeluarkan lagi daripada enjin anda. rujuk diagram ini dengan diagram ECU di atas tadi dan mulalah membuat penyambungan secara in dan out seperti dalam diagram

sebaik sahaja proses wiring siap dilakukan JANGAN START dahulu kereata anda. beberapa initial setup perlu dilakukan sebelum menghidupkan enjin kereta anda. untuk melakukan proses ini pula anda perlukan software e-manage iaitu versi 1.49 untuk e-manage jenis lama (besar) dan versi 1.50 untuk e-manage jenis baru (mini). software ini boleh didownload melalui web GREDDY secara percuma sahaja. harus diingatkan sekiranya anda menggunakan e-manage jenis lama maka perlunya cable USB converter untuk membolehkan e-manage berinteraksi dengan laptop anda. e-manage perlukan WINDOWS XP untuk menjalankan software ini dengan lebih stabil. e-manage mini hanya perlukan cable printer biasa sahaja iaitu USB A to USB B. klik settings dan pergi kepada main unit setting. paparan seperti di atas sepatutnya ada

seterusnya klik pada menu setting dan pilih parameter setting. tandakan dalam kotak di bawah seperti di atas iaitu pada ignition timing adjustment map, optional external output setting (vtec/mivec), airflow adjustment map. throttle setting calibrate juga perlu dilakukan dengan mendapatkan nilai voltage tertentu pada 0% throttle pedal dan pada 100% throttle pedal

sebaik sahaja initial setup ini dibuat maka bolehlah anda start kereta dan bolehlah juga anda membuka mapping yang ditandakan di atas tadi. kesemua map sekarang masih lagi bernilai 0 dan jangan anda masukkan sebarangan nilai pada mana-mana map kerana ia memerlukan wideband tuning untuk mengubahnya. sekarang bolehlah anda mula tuning kereta anda sama ada hendak menggunakan mesin dyno atau pun on the road tuning. happy motoring

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra