e_Manage Ultimate Remote Switch

assalamualaikum dan salam sejahtera. bertemu lagi kita kali ini dengan entri bagaimana kita hendak merekod datalogger emanage ultimate tanpa menggunakan laptop, maksudnya kita boleh rekod datalog dengan hanya menekan switch dan kemudiannya data akan disimpan di dalam emanage ultimate. kita boleh download semula dengan menggunakan laptop untuk tindakan seterusnya. sebenarnya greddy ada mengeluarkan remote switch ini tetapi harganya boleh dikatakan mahal juga, tambahan pula dengan kejatuhan nilai ringgit kita, semakin tinggi jumlah yang perlu kita bayar untuk membeli cable ini. namun ada caranya, kita boleh melakukan secara DIY sahaja cable ini dengan menggunakan peralatan yang murah sahaja. ikutilah penerangan selanjutnya di bawah ini

dua komponen penting yang perlu digunakan untuk menjalankan proses diy kali ini ialah pertamanya momentary switch (sama dengan switch reset kebanyakan alarm), kat kedai elektronik atau pasar raya pun ada jual. harga rm1 lebih sahaja kot. dan komponen yang kedua ialah audio jack seperti yang terdapat pada gambar di atas. buat sedikit penyambungan wiring berpandukan diagram di atas iaitu satu terminal momentary switch ke hujung tip audio jack dan satu terminal lagi ke ground atau body audio jack. anda boleh dapatkan mana-mana cable audio jack terpakai yang sedia ada bersambung wayar, gunakan multimeter untuk menentukan wire mana bersambung ke hujung tip dan satu wire lagi ke ground/body audio jack. yang tengah-tengah tu tak pakai. ok, dah pun siap peralatan penting yang kita hendak gunakan nanti

apabila dah siap jadilah seperti ini. proses menghasilkannya bukan payah pun, cari switch dan audio jack terpakai pun boleh digunakan. kalau tak ada boleh beli dengan harga yang murah sahaja. sesetengah supermarket pun ada jual komponen ni

input SWITCH seperti yang ditanda kuning pada gambar di atas perlu digunakan. yang SERIAL tu tak boleh pakai, akan ada projek lain pada masa akan datang yang akan saya jelaskan nanti. cucuk je audio jack kat lubang tu, sedikit konfigurasi pada software emanage perlu dilakukan untuk membolehkannya berfungsi dengan sempurna

sambungkan laptop dengan emanage, buka parameter setting atau gambar kereta biru seperti di atas. lepas tu klik main logger dan di sini dapat dilihat menu yang keluar iaitu masa merekod dan apa yang penting anda perlu tetapkan switch tu dengan kedudukan REMOTE seperti di atas. kemudiannya anda perlu menambah datalogger mana yang anda hendak digunakan atau hendak rekod dan mainkan balik nanti. terdapat hanya 8 pilihan datalogger sahaja. selesai, klik APPLY

tutup suis dan unplug cable usb laptop dengan emanage. dah pun selesai konfigurasi software untuk merekod nanti. sekarang cucuk audio jack pada lubang SWITCH dan hidupkan kereta. cuba uji dahulu berjaya atau tidak, caranya ialah tekan momentary switch sekali dan proses merekod mula dilakukan. anda boleh perhatikan LED dalam petak yang saya tanda tersebut akan berkelip-kelip, ini bermakna recording sedang dijalankan. bila dah selesai atau nak berhenti rekod, tekan momentary switch sekali lagi, lampu LED akan berhenti berkelip-kelip. itu sahaja proses merekod datalogger. emanage ultimate memerlukan 1 pulse untuk ON dan 1 pulse lagi untuk OFF. remote switch ini berguna untuk kita merekod di mana-mana sahaja, tak perlu lagi sentiasa bersambung dengan laptop 

untuk download balik perlukan laptop iaitu buka software emanage, buka juga data logger dan pada bahagian bawah terdapat logo menu download data logger from main unit. klik ok dan data logger akan didownload, apabila selesai save dalam laptop anda dan bolehlah mainkan balik data logger ini untuk proses seterusnya

inilah hasilnya yang anda akan dapat tetepi terhad kepada 8 data log sahaja. anda boleh kaji balik dengan membuka mapping tertentu dan boleh ubah semula nilai yang terdapat pada mapping berpandukan datalog ini untuk tuning dengan lebih cantik lagi

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra

Launch Control via e-Manage Ultimate

salam sejahtera. kali ini saya paparkan tutorial mudah untuk melakukan launch control bagi pengguna e-manage ultimate (emu) sahaja. semua option sudah sedia ada di dalam emu, hanya kita sahaja perlu masukkan nilai-nilai tertentu untuk mengaktifkan launch control bagi sesebuah kereta. apakah yang dimaksudkan dengan launch control atau ada dalam kalangan kaki kereta menggunakan istilah launching (loncing). launch control sangat berguna untuk kereta drag racing sebagai permulaan untuk pergerakan kereta. dengan adanya fungsi launch control ini driver boleh menekan pedal minyak sampai lantai atau bergantung pada berapa setting pada % throttle tertentu, manakala kereta dalam keadaan statik dan pada masa ini enjin akan tersekat-sekat dengan rpm tertentu untuk memulakan pergerakan kereta. sebaik sahaja clutch dilepaskan kereta akan bergerak dengan cepat ke hadapan


sebenarnya banyak engine management menyediakan option launch control ini sama ada piggyback seperti emu ini, ada juga pengguna e-manage blue yang kreatif dapat menghasilkan launch control ini. kebanyakan standalone management pun menyediakan option ini. salah satu gadget yang terkenal yang sedia dikeluarkan oleh syarikat tertentu iaitu power builder bee*R seperti gambar di atas. dengan pemasangan device ini sahaja pun kita boleh melakukan launch control pada kereta kita. mungkin pada masa akan datang saya akan tunjukkan pula tutorial pemasangan bee*R ini, kali ini hanya tertumpu pada emu sahaja


harga semasa emu ini kalau brand new sekitar rm2500 tapi saya tak pasti sama ada yang baru ini betul-betul made in japan kerana kebanyakan seller mengatakan sudah tidak ada keluaran baru emu ini di japan. kebanyakannya dihasilkan di taiwan, saya pun tidak pasti kesahihan ini sama ada betul atau tidak. bagi yang 2nd kebanyakan seller menjual dengan harga rm1.7k - 1.8k bergantung pada kondisi barang tersebut


berbalik kepada projek kita kali ini, pertamanya sambungkan cable usb a to usb b antara usb port emu dengan laptop. on kunci kereta dan bila laptop dan dapat berhubung dengan emu, klik parameter setting iaitu klik pada gambar kereta biru seperti di atas. selepas itu satu tetingkap menu akan keluar seperti di bawah ini pula


sebagai contoh, saya lakukan kepada kereta yang menggunakan enjin 4G93. klik drop down menu vehicle pada bahagian atas sebelah kiri dan tetingkap ini akan keluar. dapatkan menu RPM Signal type dan klik drop down menu dan pilih IGNITION SIGNAL dan klik apply. ruangan lain biarkan dalam keadaan asal


kemudiannya klik menu IGN (ignition). yang perlu dimasukkan nilai tertentu ialah pada ruang IGN Cut Setting iaitu, ruangan start ialah berapa rpm yang dikehendaki untuk memulakan launch control ini. anda boleh masukkan rpm yang bersesuai dengan kereta anda. saya menggunakan 5000 rpm sahaja dan pada sebelah kanannya pula tick kotak Adj seperti di atas.

ruangan throttle position perlu dimasukkan berapa % throttle yang perlu ditekan untuk mengaktifkan launch control ini. anda boleh masukkan 4000 - 5000 rpm dan nilai ini bergantung kepada kehendak anda. IGN adjustment pula ialah kita perlu retard ignition sama ada -5 hingga -10, retard ignition ini boleh diubah bergantung kepada bunyi enjin semasa launch control berfungsi. pastikan bunyi enjin kuat dan nyaring

akhir sekali ialah masukkan input speed pulse iaitu nilai speed berapa baru launch control ini berakhir. maksudnya di sini ialah emu akan detect speed kereta untuk membolehkan kereta bergerak secara normal balik. kalau menggunakan emb atau bee*R biasanya menggunakan switch untuk mematikan fungsi ini yang kebiasaannya disambung pada wire hand brake kereta. bagi kebanyakan engine management, fungsi ini dapat dikesan melalui speed pulse sesebuah kereta. masukkan nilai 4 atau 5 pada speed pulse tersebut dan selesailah sudah konfigurasi untuk membuat launch control pada emu ini. bolehlah mencubanya sama ada berjaya atau tidak

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra

Shift Light With e-Manage Blue

assalamualaikum dan salam sejahtera. seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan paparkan bagaimana cara untuk menghasilkan shift light dengan menggunakan engine management e-manage blue (emb). sekiranya anda menggunakan apexi RSM pun boleh menghasilkan shift light mengikut point rpm yang dikehendaki. shift light ini berguna sebagai panduan untuk kita menukar gear apabila telah mencapai satu-satu point rpm yang akan kita tetapkan nanti. lampu tersebut sebagai indicator untuk kita menukar gear sahaja kot. kali ini saya paparkan projek shift light dengan menggunakan signal sub-injector sebab kebiasaannya kita tidak menggunakan fungsi sub-injector ini. sebenarnya kita pun boleh jalankan shift light ini dengan menggunakan signal vtec output tetapi bagi pengguna enjin mivec sudah pasti memerlukan signal vtec ini untuk menjalankan fungsi trigger mivec. bezanya ialah signal sub-injector yang dihasilkan adalah negatif (-) manakala signal vtec output adalah positif (+)


saya akan tunjukkan tutorial dengan menggunakan emb mini version dan kaedah ini sama sahaja jika anda menggunakan emb keluar terdahulu yang fizikalnya lebih besar sedikit daripada keluaran sekarang. perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan kedua-dua model ini ialah, model sekarang hanya menggunakan cable USB A to USB B sahaja untuk diconnect dengan laptop. cable printer biasa pun boleh pakai. versi terdahulu memerlukan usb to serial port untuk membolehkan emb berkomunikasi dengan laptop. jadi versi sekarang lebih mesra pengguna sedikit agaknya


ini merupakan main harness socket emb manakala yang di sebelah kanannya ialah ignition harness. main soket harnes ini sebenarnya terdapat injector wire jika sekiranya anda hendak trim fuel melalui injector pada kereta. tetapi harus diingatkan, bagi pengguna enjin mitsu sekiranya anda menyambungkan wire injector ini, lampu check engine akan keluar nanti tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan pada prestasi kereta. mungkin ecu tidak mengenali signal yang dihasilkan oleh emb ini. solusinya anda memerlukan injector adapter 3 keluaran greddy untuk mengatasi masalah ini. ok, berbalik pada projek kita ini, perhatikan soket yang saya tanda dengan petak kuning di atas. pin tersebut merupakan pin untuk sub-injector yang akan kita gunakan untuk emb menghasilkan signal negatif (-) yang seterusnya akan disambungkan ke bulb 12v terminal negatif (-) nanti


jadi, kita perlu menambahkan pin wire pada slot kosong bersebelahan dengan wire merah seperti gambar atas tadi. anda boleh mendapatkan mana-mana wire daripada socket ignition yang tidak dipakai dan kemudiannya dipindahkan ke soket sub-injector tadi. caranya ialah, tolakkan lock wire yang berwarna putih ke atas (panah kuning), masukkan jarum atau pin ke dalam lubang pin wire yang hendak dikeluarkan, umpil lock pin sambil tarik wire biru tersebut. dengan mudah wire yang kita kehendaki akan dapat dikeluarkan daripada soket. tolakkan balik lock pin yang berwarna putih itu ke bawah seperti keadaan asal


berbalik kepada soket main harness, seperti tadi juga, tolakkan lock socket ke atas dan masukkan wire biru tadi ke lubang pin yang ditunjukkan seperti gambar di atas iaitu bersebelah dengan wire power 12v emb. masukkan wire sehingga berbunyi klik dan tolakkan balik lock wire tersebut. ok, selesai pada proses pemindahan wiring pada soket emb


langkah seterusnya ialah kita perlu mengaktifkan output signal sub-injector ini pada board emb. keluarkan board emb dan anda perlu mendapatkan jumper (jp) iaitu JP5 dan JP6 yang akan saya paparkan di bawah ini


untuk mengenali setiap jumper memang ada marking pada board yang tertera pada setiap JP tersebut. gambar atas saya tunjukkan JP5 dan JP6 yang perlu kita setkan daripada OPEN (factory setting) kepada kedudukan 1-2 dengan hanya mencabut plastik hitam jumper dan dicucukan pada kedua-dua pin jumper sahaja. ok siap konfigurasi pada board emb. pasangkan balik board ke dalam casing emb


 ini diagram yang saya lakarkan untuk membuat wiring daripada emb ke bulb dan seterusnya ke sumber 12v. wire dari soket emb yang kita ubah tadi disambungkan ke negatif (-) bulb atau led 12v manakala kaki positif (+) disambungkan ke mana-mana sumber 12v semasa kunci di ON. sebagai langkah keselamatan letakkan fuse 10A pada wire positif tersebut. lakaran diagram tak cantik tapi dapatlah dijadikan sedikit panduan untuk semua, saya tak pandai melukis pun


selesai proses wiring kita perlu lakukan sedikit perubahan pada software emb. sambungkan emb ke laptop, on kunci dan apabila emb dah dapat berhubung dengan laptop, klik parameter setting atau lambang kereta yang berwarna biru. pada map select tick pada kotak sub injector map dan klik confirm


sekarang buka sub-injector map dan ruangan atas sebelah kanan pilih throttle position (%) dan masukkan nilai injector duty cycle 50 pada mana-mana rpm yang dikehendaki dan pada rpm berikutnya sehingga habis masukkan nilai 100. ini bermakna apabila rpm sampai pada nilai 50%, lampu shift light akan mula berkeli-kelip dan apabila rpm berada pada duty cycle 100% lampu shift light akan solid menyala sehingga rpm seterusnya. nak test dulu rpm rendah pun boleh, nak pastikan lampu shift light berfungsi sahaja. kemudian baru ubah ke mana-mana rpm yang dikehendaki. ok lah, dah pun selesai projek shift light dengan menggunakan emb

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra

e-Manage Ultimate Option Port (A/F)

bersua kembali, diharapkan pembaca page ini berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping tuga-tugas dan jentera masing-masing. entri kali ini saya paparkan khusus bagaimana hendak menggunakan option port 1 pada front panel emanage ultimate (emu) untuk berfungsi sebagai output untuk reading air fuel ratio. ini sangat berguna pada pengguna yang mempunyai innovate wideband LC-1 yang dipasangkan secara kekal di dalam kereta. kita boleh memantau dan mengetahui reading afr hanya berpandukan logwork emu sahaja dan satu lagi yang penting ialah kita dapat auto tuning afr dengan menggunakan map afr target map di dalam emu. jadi emu akan secara automatik menala afr kereta kita mengikut nilai afr yang kita masukkan pada afr target map. jadi kita ikuti langkah-langkah bagaimana kita hendak melakukan secara diy sahaja

EMU mempunya 2 option port pada front panel iaitu port yang berwarna kuning pada gambar yang tertera di atas. terdapat 3 pin pada setiap soket iaitu dari kiri pin satu untuk signal, pin 2 kebiasaannya voltage bernilai 5v dan pin 3 untuk ground atau body. untuk menjayakan projek kali ini kita hanya perlu menggunakan pin 1 dan pin 3 sahaja. pin 2 abaikan


sebenarnya pihak greddy ada mengeluarkan soket untuk option port ini dengan harga sekitar rm100 tetapi tidak berbaloi untuk membelinya kerana kita dapat menghasilkan sendiri dengan menggunakan cable cd rom drive yang terdapat pada dekstop komputer. ambil je kat mana-mana dekstop yang tidak digunakan


cable ini mempunya 4 female pin, jadi kita perlu mod atau buang pin terakhir untuk dipadankan dengan soket option pada emu. potong dengan berhati-hati bahagian tepi supaya jadi seperti gambar di atas


try padankan dengan soket EMB dan ternyata dapat dimasukkan dengan sempurna. jadi kita dah boleh jimat daripada membeli cable yang dikeluarkan oleh greddy ini


seterusnya ialah diagram yang perlu kita ikuti untuk proses penyambungan wire daripada option port kepada analog out yang terdapat pada wire innovate LC-1. pada wire lc 1 ini terdapat 2 analog output iaitu warna kuning dan warna cokelat. kita boleh pilih mana-mana wire tersebut dan salah satunya perlu digunakan untuk bacaan pada meter afr innovate


saya menggunakan wire analogl-1 output yang berwarna kuning dan disambungkan ke pin 1 option port emu tadi. manakala pin 3 option port emu disambungkan ke wire ground (hitam) di wire lc-1. jadi siaplah proses wiring ini. agak mudah bukan?


langkah seterunya ialah kita nak setting sedikit dalam software emu ini. sambungkan emu dengan laptop, buka software dan klik pada parameter atau lambang kereta pada emu. seterusnya pilih menu front panel dan pada ruang option 1 kita pilih a/f meter - innovate - dan nilai seperti di atas. kalau guna afr jenis lain pun boleh juga. tekan apply dan ok. kalau kita start kereta kita akan boleh nampak reading afr ini di dalam data log emu


kemudian pilih menu a/f target iaitu untuk kita menetapkan target afr pada map nanti. kita perlu konfigurasi sedikit nilai tertentu di dalam ruangan ini. ikut seperti di atas pun tidak menjadi masalah


buka map a/f target dan injector adjusment map P. pada ruangan table injector adjustment P kita tidak perlu mengisi apa-apa nilai kerana nanti akan diisi secara auto oleh emu berdasarkan target a/f ratio yang kita tetapkan di dalam map tersebut. duty cycle injector akan diisi secara automatik nanti apabila kita menghidupkan kereta dan seterusnya memandu kereta nanti


contoh target map dan bahagian map atas itu emu calculate sendiri. pastikan anda menggunakan duty cycle untuk injector dan jangan ubah dengan menggunakan duration kerana emu tidak dapat menjalankan tugasnya untuk mengisi map injector adjustment tersebut. test kereta dan kita dapati pada meter air fuel ratio berkeadaan seperti hampir sama dengan apa yang kita tetapkan di dalam target map. happy tuning and happy motoring

sekian, terima kasih
sincerely - jeff tacra