Washing Machine Water Valve Replacement

assalamualaikum dan salam sejahtera

bersua lagi kali ini dengan entri yang boleh dikatakan lain dari yang lain, tidak ada kena mengena dengan kereta pun. kali ini  saya paparkan cara menukar inlet water valve mesin basuh. mana tahu kan, kalau ada yang rosak inlet valve ini bolehlah kita ganti sendiri, tak perlu panggil tukang repair dan sudah tentu upahnya boleh tahan juga nanti. beli barang sendiri di kedai part elektrik tak sampai pun rm50 dan selebihnya kerja kita sendiri untuk menukarnya. berbaloi kalau buat sendiri ni

inilah mesin basuh brand hitachi yang berusia lebih kurang 3 tahun, dah habis waranty. so kalau rosak tentulah kita kena keluarkan sendiri perbelanjaan menggantikan part tersebut. kalau brand lain inlet valve ini agak murah seperti kalau samsung harga sekitar rm16-rm20 sahaja dan kalau brand hitachi ini boleh mencecah sehingga rm45 satu

kerosakan mesin basuh di rumah ibu mentua saya ini ialah air tak nak berhenti walaupun dah sampai masa untuk air tu stop. mesin basuh ni jenis fully automatic, so tak perlu kita tutup paip seperti kebanyakan mesin basuh manual biasa. apabila masalah air tak stop ini tidak lain dan tidak bukan mestilah masalah water inlet valve yang rosak, valve di dalamnya sudah tidak berupaya untuk menutup dan menghalang air daripada terus mengalir keluar. solutionnya ialah kita terpaksa menukar dengan inlet valve yang baru

kerja menukar inlet valve ini agak mudah dan tidak sesukar seperti kerja-kerja diy pada kereta. kita hanya perlu buka 2 biji nat mata philip pada bahagian belakang mesin basuh tersebut. boleh lihat gambar seperti yang saya tandakan di atas. kemungkinan lain jenama, lain pula kedudukannya tapi konsepnya tetap sama iaitu kita hendak membuka penutup bahagian belakang atas mesin basuh. sebelum tu tutup dulu papip air dan keluarkan hose yang besambung dengan inlet ini dan jangan lupa tutup suis dan tanggalkan plug elektrik

sebaik sahaja penutup belakang bahagian atas tu dibuka, kita akan dapat lihat inlet valve pada bahagian tempat yang bersambung dengan hose paip air. ada juga jenis mesin basuh yang kedudukan inlet valve ini pada bahagian belakang, bergantung pada jenama tertentu

inilah inlet valve yang perlu diganti dengan yang baru. buka klip hose paip yang berwarna hitam dan cabut hose paip tersebut. buka satu skru yang ditandakan dengan petak purple pada gambar serta unplug 2 klip untuk power inlet valve ini. tarik je ke atas dan dengan mudah ia dapat dikeluarkan

inilah rupa inlet valve tersebut. kalau nak beli kena bawak sample ataupun kita bagitau kepada owner kedai jenama mesin basuh yang kita inginkan. tahulah nanti tokey kedai bagi pada kita dan kalau bawak sample boleh ukur terus di kedai. tidaklah menyusahkan kita sekiranya barang tak sama semasa hendak pasang nanti. bagi yang berada di sekitar kuala terengganu bolehlah pergi ke kedai (lupa nama) yang terletak di ladang, sederet dengan bangunan kopitiam uncle chua. macam-macam part barangan elektrik ada jual di situ

harga yang saya dapat rm45 dan kalau brand lain agak murah, kata tokey kedai tadi. mintak kurang dia tak bagi so ambik je lah. saya hanya bagitau brand hitachi je dan tokey tersebut terus ambil barang tanpa melihat pun sample yang saya bawa :)

kelihatan pada gambar inlet valve baru yang telah siap dipasangkan pada mesin basuh. sambungkan semula hose hitam tadi, kenakan klip dengan kemas. pasangkan balik nat philip yang mengikat valve tersebut dan jangan lupa plug in balik connector - dan + pada inlet valve. masa ini sesuai untuk kita test dengan menyambung punca elektrik dan hose air. on mesin basuh dan sepetutnya sebelum on air tak keluar dan bila on air akan terus keluar ke dalam mesin basuh. pastikan tiada kebocoran pada hose tertentu dan pasang balik penutup mesin basuh tersebut. selamat mencuba

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Myvi Radiator Fan Motor Replacement

assalamualaikum dan salam sejahtera

terlebih dahulu masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin bersempena dengan hari raya ke-4 bagi tahun 2017 ini. semalam iaitu hari raya ke-3 saya berpeluang untuk menukar radiator fan motor perodua myvi saudara terdekat kerana mengalami masalah temperature naik mendadak semasa dalam perjalanan sehinggakan kereta hampir mati. bila diperiksa didapati fan motor tidak berfungsi langsung. oleh itu terpaksalah saya tolong untuk menukar fan motor ini, maklumlah kan, masih lagi mood raya dan perlukan kenderaan untuk memudahkan pergerakan ke mana-mana

perodua myvi ini merupakan keluaran tahun 2007. jika kita perhatikan pada temp meter, kedudukan jarum meter semasa suhu mencapai tahp kepanasan yang normal ialah seperti pada kedudukan yang terpapar di atas, hampir separuh kedudukannya. masalah myvi anak buah saya tadi ialah temp meter naik hampir pada kedudukan indicator merah pada meter, nasib baik sempat perasan dan kereta dimatikan. oleh itu semasa memandu kenderaan, kita perlulah memantau keadaan simbol-simbol yang berada pada meter kerana semua indicator yang dibuat begitu besar gunanya pada kita untuk dijadikan panduan awal sebelum masalah besar timbul. tidak hairanlah kebanyakan kaki kereta memasang pelbagai meter tambahan untuk memantau kondisi enjin masing-masing

oleh kerana masih lagi berhari raya, kebanyakan kedai spare masih tutup. nasib baik kedai yang biasa saya pergi menjalankan operasi perniagaannya seperti biasa dan sudah tentu ramai customer di kedai tersebut. bagi yang tinggal di kuala terengganu, bolehlah pergi ke kedai teong lean auto part sekiranya hendak membeli barangan spare part kereta kerana boleh dikatakan semua part kereta ada dijual di situ. kedainya terletak di jalan hiliran selepas stesen minyak shell hiliran. motor radiator fan myvi ini saya beli dengan harga rm110 keluaran denso dan ada engrave made in japan pada body motor ini. ada sesetengah rakan yang membeli motor ini dengan harga rm120, bergantung kepada kedai spare part tertentu

sebelum motor dapat ditukar, terlebih dahulu kita perlu mengeluarkan keseluruhan radiator fan myvi ini. terdapat 4 biji skru bersaiz 10mm yang perlu dibuka iaitu masing-masing 2 biji di atas dan 2 biji lagi berada pada bahagian bawah housing fan ini. nat bahagian atas perlu dibuka kesemuanya manakala 2 biji nat bahagian bawah tak perlu dibuka keseluruhannya, memadai dengan hanya melonggarkan nat itu sahaja dan kita hanya perlu tarik sahaja radiator fan itu ke atas. sebelum fan dapat dikeluarkan, kita perlu membuka hose coolant bahagian atas sahaja dan selebihnya kita juga perlu unplug soket motor untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan radiator fan tersebut

inilah radiator fan yang dikeluarkan dan untuk membuka motor anda perlu membuka dahulu fan tersebut dengan hanya membuka satu nat 8mm pada tengah-tengah fan itu. nat tersebut agak ketat dan berhati-hati membukanya. setelah berjaya membuka nat tersebut maka bolehlah keluarkan fan itu dan barulah kita akan nampak 3 nat untuk motor berkenaan

dengan menggunakan skru driver philip buka kesemua nat seperti yang tertera pada gambar di atas. nat ini juga agak ketat dan gunalah tool yang bersesuaian kerana nat ini mudah loose sekiranya menggunakan tool yang matanya kecil daripada saiz nat itu

sebaik sahaja 3 biji nat philip tadi dikeluarkan, bolehlah kita mencabut motor lama dan diganti dengan motor yang baru. pastikan kedudukan motor baru sama dengan kedudukan motor lama. kalau tak sama pun boleh masuk cuma kedudukan soket nanti akan berubah dan kemungkinan untuk memasang kembali soket tidak boleh dilakukan dengan sempurna

selesai pemasangan motor dan fan pada housingnya, bolehlah anda memasangkan kembali pada kedudukannya di kereta. selesai pemasangan, jangan lupa plug in kembali soket wire dan hose coolant bahagian atas yang dibuka tadi. jangan lupa untuk memeriksa coolant pada radiator dan sekiranya kurang perlulah kita menambah sedikit cecair coolant pada radiator. start enjin dan tunggu beberapa minit sehingga radiator fan ini berpusing setelah suhu enjin mencapai sekitar 98 degree. alhamdulillah diy yang saya lakukan semalam berjaya memulihkan kembali operasi radiator fan ini

sekian, terima kasih
sincerely: jefftacra

FM Radio Converter Installation

assalamualaikum dan salam sejahtera

bersua lagi kali ini dengan entri pemasangan radio fm converter pada head unit (HU) kereta anda. ramai dalam kalang peminat kereta sekarang menggunakan head unit jenama keluaran negara jepun sama ada yang sedia terdapat pada kereta import atau pun membeli head unit terpakai di kedai halfcut. satu masalah besar bagi kita yang menggunaka HU japan ini ialah frekuensi radio tidak sama dengan negara kita. di jepun frekuensi radio adalah sekitar 76-90mhz sahaja sedangkan di negara kita sehingga 105mhz. masalah besar yang timbul ialah kita tidak akan dapat menimati siaran radio tempatan sepenuhnya apabila menggunakan HU japan. salah satu device popular yang selalu dipasang untuk membolehkan kita mendegar siaran tempatan ialah radio fm converter. jadi saya akan paparkan bagaimana cara untuk memasang fm converter ini pada HU import anda

ini salah satu jenis fm converter yang terdapat di pasaran dan pelbagai jenis lagi yang boleh kita peroleh di kedai accessories sama ada yang didatangkan dengan port USB untuk memainkan lagu seperti format mp3 dan lain-lain. ada juga yang siap dengan display yang memaparkan frenkuesi radio yang telah diubah tadi. jika diperhatikan pada gambar di atas terdapat satu wire biru dan satu cable untuk dicucuk ke port antenna belakan HU. wire biru ini perlu disambungkan ke 12v yang selalunya diambil melalui wire pada HU itu sendiri. manakala hujung cable antenna asal dimasukkan pula ke module fm converter ini. saya lebih suka menggunakan fm converter yang didatangkan dengan 2 wire iaitu untuk 12v dan groud seperti yang akan saya tunjukkan di bawah ini

inilah fm converter yang saya gunakan pada HU kereta saya. perhatikan gambar di mana terdapat 2 wire iaitu merah untuk 12v dan hitam untuk ground (-). saya telah menggunakan jenis satu wire seperti gambar pertama dan ternyata tidak dapat menstabilkan frekuensi radio HU saya dan apabila bertukar kepada jenis 2 wire ini siaran radio sekarang menjadi lebih jelas tanpa gangguan lagi. harganya cukup murah sahaja dan boleh diperoleh di kedai accessories dengan harga bawah rm50 sahaja. tak perlu guna yang mahal-mahal pun. pasikan ada wire positif dan negatif. bukan tak boleh pakai yang mempunyai satu wire positif sahaja, mungkin ada jenama yang lebih baik lagi, cuma saya tak jumpa je

tutorial saya ini berpandukan pada dashboard lancer dan kaedah ini adalah sama sahaja dengan mana-mana dasboard kereta. apa yang penting ialah pastikan kita dapat mengeluarkan HU untuk membuat sedikit proses wiring pada wire tertentu di belakang HU kereta. kalau yang menggunakan dashboard lancer, sangat senang untuk mengeluarkan HU kerana kita hanya perlu membuka 2 biji nat phillip pada bahagian panel dashboard seperti mana yang dipaparkan melalui gambar di atas. untuk kereta lain, lain pula caranya

sebaik sahaja 2 biji skru dikeluarkan maka dengan berhati-hati tarik panel dashboard tersebut ke arah anda. berhati-hati semasa menariknya kerana kemungkinan untuk panel ini patah atau pecah begitu mudah sekali memandangkan barang ini merupakan barang usang, tetapi kita masih lagi menggunakannya. harganya pun agak mahal di pasaran semasa walaupun barang 2nd hand

jangan tarik terus ye kerana pada bahagian belakang panel ini terdapat wire-wire tertentu yang disambungkan pada butang-butang di dashboard. bagi dashboar lancer ini hanya ada 2 soket yang perlu dikeluarkan iaitu soket putih untuk heater cermin belakang dan soket hijau untuk double signal. pada bahagian ini juga perlu berhati-hati untuk unplug soket kerana female soket pada dashboard reput dan mudah patah

diagram pemasangan cukup mudah iaitu perlu menyambung 2 wire sahaja  iaitu wire hitam pada body kereta atau wire negative (kalau lancer/proton biasanya wire yang berwarna hitam). lebih mudah wire hitam ini tap ke mana-mana body kereta atau mana-mana skru yang terdapat pada body kereta. wire merah pula ialah untuk 12v semasa on kunci pertama (acc). kebiasanya wire kereta lancer/proton ialah wire yang berwarna merah pada HU atau anda boleh menguji wire acc ini dengan menggunakan test lamp atau volt meter. on kunci pada posisi ACC dan test wire dengan test lamp, sekiranya hidup bermakna itulah wire acc dan bila kunci off test lamp akan turut padam. masukkan terminal antenna pada fm converter pada port antenna belakan HU manakala terminal antenna asal dimasukkan pula pada fm converter. dah pun siap dan boleh menguji frekuensi radio anda

pasangkan balik HU, soket yang telah dibuka tadi serta panel dashboard dengan kemas. perkara yang perlu diberi perhatian juga ialah pastika wire-wire pada bahagian belakang HU tidak terkepit dengan mana-mana peralatan seperti HU itu sendiri atau pun panel dashboard. sekarang on kunci dan on HU anda dan tekan butang untuk memilih channel radio fm anda dan ternayata sekarang siaran radio tempatan telah boleh didengar dengan baik. satu maklumat yang ingin disampaikan ialah pada panel display frekuensi HU, frekuensi asal HU japan tidak berubah tetapi siaran radio boleh diperoleh dengan mana-ana frekuensi tertentu. paparan tetap pada frekuensi asal radio japan

saya telah menguji fm converter ini pada HU alpine japan dan ternyata siaran malaysia kesemuanya dapat diperoleh dengan baik, cuma nombor frekuensinya tidak sama dengan nombor frekuensi malaysia. dah boleh dengan lagu raya di radio sekarang, memandangkan sekarang kita dah melepasi 15 hari berpuasa. ok, selamat berpuasa dan selamat hari raya yang bakal menjelang nanti

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

Starter Motor Service

assalamualaikum dan salam sejahtera

masih lagi bulan puasa namun tidak menghalang saya untuk melakukan proses servis pada sebuah starter motor high speed yang diambil daripada enjin mitsubishi evolution 3. kerja-kerja servis starter ini tidaklah rumit sangat dan part di dalamnya pun boleh dikatakan tidak banyak dan senang untuk dipasang semula nanti. selalunya masalah starter ini iaitu sekiranya kereta tidak boleh crank bermakna starter bermasalah sama ada carbon bruh dah habis ataupun selenoid starter dah rosak. satu petua sekiranya starter tak crank langsung anda boleh dapatkan kayu atau besi dan ketuk-ketuk pada bahagian starter, kadang-kadang kaedah ini menjadi dan starter dapat berfungsi dengan baik. tapi sebaik-baiknya servis starter anda dan jika pelu, tukar dengan yang lain

inilah starter motor high speed daripada enjin 4G63 evo3, nampak buruk tapi masih berfungsi dengan baik, sudah test untuk start enjin halfcut tersebut. harga sekarang walaupn part 2nd hand boleh mencecah antara rm180-rm220. saya lebih suka menggunakan part 2nd daripada part recond kerana ada ketikanya part recond luarannya nampak macam baru tetapi dalamnya belum tentu lagi

bahagian pinion gear ini masih lagi cantik, cuma nampak kotor sahaja dengan habuk dan minyak. apabila kita membukanya nanti barulah nampak akan bahagian dalamanya yang sebenar. tapi saya kira part dalamanya masih lagi cemerlang

pada atas starter tersebut terdapat 2 biji nat 12mm yang dikeluarkan daripada dua tempat seperti mana yang telah saya mark dengan no 1 dan no 2. stud no 1 ialah untuk dipasangkan dengan cable positif (+) daripada bateri dan sebab itulah kalau nak keluarkan starter terlebih dahulu kita mesti membuka terminal negatif (-) bateri kereta. bahagian yang bertanda dengan no 2 ialah tempat kita memadankan wire carbon brush seperti mana yang ditunjukkan pada gambar. sebenarnya kita perlu membuka nat no 2 sahaja untuk servis ini

degan menggunakan impact driver kita perlu buka 2 biji nat phillip yang menempatkan selenoid starter. keluarkan nat ini barulah selenoid starter dapat dikeluarkan daripada badan starter. jangan lupa spring dan plunger yang terdapat di dalam selenoid ini turut juga dikeluarkan. pada bahagian bontot atau belakang starter kita perlu buka 2 biji nat panjang bersaiz 8mm, iaitu untuk memisahkan 3 bahagian starter iaitu depan, tengah dan penutup belakang. selain itu, 2 biji nat phillip lagi perlu dibuka pada bahagian belakang starter, nat ini sebenarnya tempat untuk mengikat carbon brush. setelah kesemua nat dibuka maka bolehlah anda menarik satu persatu bahagian demi bahagian yang terdapat pada starter tersebut

part ini berada pada bahagian muncung starter dan dibelakangnya terdapat 3 biji gear berserta dengan sebiji bebola di tengah-tengahnya. anda perlu ingat kedudukan part berkenan supaya apabila hendak dipasangkan nanti akan memudahkan kerja-kerja tersebut

ini ialah armature yang terdapat pada bahagian tengah starter dan kalau kita perhatikan pada bahagian bawah armature ini terdapat carbon brush di situ iaitu pada bahagian belakang sekali pada starter ini. sekiranya carbon brush sudah pendek maka bolehlah anda membelinya dengan yang baharu di kedai bateri dengan harga tak sampai rm100 kot, lupa. bawak sample atau anda boleh meminta carbon brush starter kereta perdana, sama sahaja part dengan starter lancer ini

inilah keseluruhan part starter motor lancer. anda boleh mencuci dan membersihkan bahagian ini dengan menggunakan WD40 dan selepas bersih lap dengan kering dan jemur seketika di bawah kepanasan cahaya matahari supaya betul-betul kering

untuk nampak lebih cantik kita boleh spray housing luaran starter dengan warna hitam dan silver hi-temp. spray 3 star hi-temp boleh diperoleh di kedai hardware, harga belasan ringgit kot. apabila segalanya dan kering maka bolehlah pasangkan semula part tersebut dan jangan lupa untuk meletakkan grease pada part-part tertentu seperti pada gear dan sebagainya

inilah hasilnya, nampak seperti baru kan? kini anda boleh servis starter motor kereta anda mengikut tutorial yang telah dijelaskan. saya telah post mengenai servis ini di facebook dan kebetulan ada seseorang yang berminat dengan starter ini, jadi starter ini bakal dipos ke melaka untuk berkhidmat pada owner baru nanti

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

Bee-R Power Builder Installation

asssalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ini ialah bagaimana hendak memasang bee-r power builder sebagai launch control untuk jentera anda. bagi yang tidak mahu memasang engine management yang juga ada fungsi launch control maka bolehlah memasang device ini sebagai alternatif kepada engine management tersebut. saya akan terangkan bagaimana proses wiring dan sedikit setup yang perlu dibuat untuk mengaktifkan launch control pada kereta





inilah rupa device bee-r power builder yang berfungsi sebagai ignition cut untuk mengaktifkan launch control semasa kereta hendak bergerak. sekarang banyak di pasaran barangan tiruan dan ini berbeza dengan yang original. saya sendiri tidak dapat mengenal pasti apakah perbezaan antara barangan tiruan dengan yang asli. selalunya yang baru memang boleh dibeli di mana-mana kedai performance dan secara online pun kita boleh mendapatkannya di internet





ini ialah set original daripada website japan, dan ternyata harga yang dipaparkan boleh dikatakan agak mahal juga iaitu JPY30,432 itu pun setelah diskaun sebanyak JPY1,752. ini tidak termasuk kos penghataran ke negara kita dan juga tidak termasuk service charge lagi. try lah convert sendiri kepada Ringgit Malaysia (RM), totalnya dah jadi berapa yang perlu kita bayar. kalau nasib tak baik bila dah sampai malaysia kena cukai kastam lagi. oleh itu kalau hendak murah dan tulen lebih baik dapatkan di mana-mana kedai halfcut, mungkin ada yang menawarkan device ini dengan harga yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan yang baru





pemasangan dan diagram yang saya tunjukkan adalah khusus untuk enjin proton dan mitsu siri 4G sahaja. namun device ini berbentuk universal dan boleh dipasangkan kepada mana-mana kereta yang bersesuaian mengikut diagram masing-masing. anda perlu tap beberapa wire daripada unit bee-r ke wire ecu kereta anda dan langkah-langkah keselamatan tertentu perlu diambil kira bagi memastikan sebarang kemungkinan yang kerosakan yang berlaku, sama ada kerosakan pada device ini, kerosakan pada ecu kereta anda dan sebagainya. pemasangan ini menjadi tanggungjawab penuh anda sendiri dan saya tidak bertanggungjawab atas kemungkinan kerosakan yang berlaku. disclaimer: i'm not responsible for blown cat's, engines, ecu's, fouled plugs etc

langkah pemasangan

  1. buka terminal negatif bateri
  2. unplug ecu connector
  3. tap wire merah bee-r kepada 12v ecu
  4. tap wire hitam bee-r ke wire negatif (hitam) ecu
  5. tap wire hijau ke wire pinout crank angle signal ecu
  6. tap wire kuning ke pinout tacho (rpm) ecu
  7. wire putih hendaklah tap ke wire suis handbrake
  8. potong wire looped warna grey pada bee-r untuk kereta 4 cylinder
  9. pasangkan balik terminal negatif bateri kereta
  10. start kereta dan pastikan kereta dapat dihidupkan seperti biasa (rpm hidup)
  11. set rev 1 pada kedudukan 0 atau 1 iaitu bersamaan dengan 2.5k - 3k rpm
  12. set rev 2 sama seperti step 11
  13. set gain kepada angka melebihi 0
  14. tarik handbrake kereta anda
  15. rev kereta dan sepatutnya ignition akan cut (launch control)
  16. lepaskan handbrake fungsi ini terbatal



sebagai panduan juga saya sertakan ecu pin out yang telah saya tandakan dengan warna tertentu mengikut warna pada wire unit bee-r power builder. sekiranya anda telah berjaya memasang unit ini dan sebaik sahaja kereta hidup tetapi ada masalah rpm tidak bergerak maka perlulah anda memotong wire rpm asal pada ecu dan tap pada pinout crank angle sensor pada ecu. hanya wire kuning bee-r sahaja ke pinout rpm pada ecu. sekian sahaja semoga berjaya melakukannya. selamat berpuasa



video



video



sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

Fake: Greddy E-manage Blue

selamat berpuasa khusus bagi yang beragama Islam bagi tahun 2017 ini
kalau anda masih ingat pada penghujung tahun 2016, saya telah memaparkan entri bagaimana hendak membezakan greddy e-manage blue antara yang original dengan yang tiruan. entri kali ini saya betul-betul berpeluang mengambil gambar dan mengalami sendiri pemasangan dan seterusnya melakukan wideband tuning dengan menggunakan emb tiruan ini. sebenarnya seingat saya dah 2 kali terkena dengan pemasangan e-manage blue tiruan ini tapi kedua-dua owner tersebut tidak jadi memasangnya setelah mendapat tahu bahawa unit yang diperolehnya merupakan tiruan. kali ini saya betul-betul memasang dan menguji emb tiruan (jenis besar) pada sebuah wira. kita ikuti cerita selanjutnya nanti

unit emb ini telah dipasang dengan sempurna tanpa ada sebarang masalah. parameter setting telah dibuat dengan baik dan kereta berjaya dihidupkan dengan cantik tanpa ada sebarang masalah. saya telahpun membuat wideband tuning kereta ini dan didapati unit ini dapat berfungsi dengan cemerlang dan memang owner pun gembira dengan hasil yang diperoleh daripada proses on the road wideband tuning ini. apabila telah selesai, maka saya pulang ke rumah untuk memasang panel bawah dashboard kereta ini. seperti biasa, off kunci kereta dan kerja-kerja kemasan dilakukan seperti sediakala. masalah besar timbul apabila kereta hendak dihidupkan semula, iaitu terpaksa crank beberapa kali. kereta dapat hidup tapi seperti 3 silinder, hidup segan mati mahu, enjin tersengguk-sengguk, check engine light hidup manakala keluar asap hitam yang banyak pada ekzos kereta ini. saya arahkan owner matikan enjin dan bermulalah episod untuk mengenl pasti apakah masalah yang berlaku

saya telah sambungkan kembali laptop dan telah membuka balik software emb kereta ini dan didapati main unit setting information telah berubah sama sekali. pada awalnya saya telah mengubah rotary switch emb dengan nilai 283 dan tertera seperti pada paparan gambar di atas dengan nilai 283 tersebut pada permulaannya. apabila saya membuka balik paparan ini setelah kereta bermasalah, didapati information ini telah berubah daripada 283 kepada 2C3. maklumat lain semuanya kosong dan pada table parameter setting pada bahagian airflow meter change hilang paparannya, kosong sahaja. so, inilah salah satu masalahnya apabila menggunakan fake emb. setting akan berubah apabila kita off kunci. saya ubah balik rotary switch dengan memusing semula kepada no. 8 dan kereta dapat dihidupkan dengan sempurna. test off kunci dan start balik, berulang lagi masalah yang sama. so satu caranya ialah menyambung power supply emb (12v) secara direct dengan wire constant 12v pada kunci, barulah masalah ini selesai. hal ini tidak menggembirakan owner kereta kerana beliau membayar dengan harga seperti original sedangkan barang yang diperoleh merupakan barang tiruan. jadi berhati-hati semasa hendak membeli emb agar betul-betul tulen keluaran japan. di bawah ini saya paparkan beberapa gambar emb tiruan tersebut agar dapat dijadikan panduan kepada kita semua

bahagian bawah emb tiruan tidak mempunya nombor siri sedangkan emb tulen mempunyai satu tempat khas yang ditampal dengan nombor siri. jika no siri unit original dibuang sekalipun kita dapat mengesannya pada tempat tampalan sticker no siri permukaannya tenggelam sedikit daripada tapak belakang ini, iaitu ada kesan lekuk sedikit mengikut ukuran saiz no siri tersebut

perhatikan gambar di atas, sepatutnya pada bahagian bawah tempat soket ini ada tertulis CONNECTER (ini ejaan emb yang original walaupun dieja salah oleh pengeluar) kalau yang tiruan ejannya ialah CONNECTOR. berbalik pada unit tiruan ini, didapati ejaan ini telah dipadam oleh penjual dan tidak ada langsung ejaan tersebut pada unit ini

rotary switch sepatutnya berwarna biru gelap sedikit tetapi set tiruan ini berwarna light blue. rujuk gambar 7 switch di atas. satu lagi ialah pada suis jumper, sepatutnya berwarna hitam bukan biru seperti di atas

cip emb tiruan berbentuk segi empat sama sedangkan yang original berbentuk segi empat tepat panjang. ini jelas menujukkan antara yang fake dengan original. tapi bagi set emb mini bentuk cip yang original sama seperti di atas

papan litar yang tiruan berwarna hijau gelap seperti di atas, manakala yang original hijau cerah sedikit. boleh rujuk gambar entri terdahulu mengenai perbezaan warna board ini

resistor emb tiruan hanya mempunya jalur warna seperti pada gambar di atas, sedangkan emb tulen terdapat nilai-nilai tertentu yang dicetak pada resistor tersebut. inilah paparan saya untuk kali ini semoga bermanfaat untuk pembaca semua. mudah-mudahan kita tidak tertipu apabila membeli e-manage blue ini dan pastinya merugikan kita juga. daripada info yang saya peroleh, emb mini made in taiwan tidak mendatangkan apa-apa masalah untuk dipasangkan pada kereta, dan boleh berfungsi seperti emb mini original. satu lagi ialah e-manage ultimate juga terdapat set tiruan made in mana saya tak pasti, yang ni memang tidak boleh pakai dan kemungkinan ada masalah-masalah tertentu pada kereta nanti. selamat berpuasa

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

Replacing Alternator Brushes

assalamualaikum dan salam sejahtera. bersua lagi dengan entri bagaimana menukar carbon brush alternator jentera anda. hari ini (jumaat) saya telah berpeluang menggantikan carbon brush sebuah jentera mivec rakan saya yang secara tiba-tiba masalahnya dapat dikesan 2 hari lepas. semasa start kereta untuk pergi ke tempat kerja, indicator alternator telah hidup tanpa padam pada meter dan voltage pula sekitar 11.5V sahaja. owner kereta memaklumkan kepada saya dan saya katakan kemungkina masalah ini berpunca daripada alternator, iaitu carbon brush dah pendek dan habis. sebab itulah indicator bateri pada meter hidup tanpa padam. baru hari ini saya berkesempatan untuk memeriksa dan mengenalpasti apakah masalah sebenar pada kereta tersebut. saya telah sediakan siap-siap satu set carbon brush untuk memudahkan kerja-kerja sekiranya ini yang menjadi punca masalah pada keretanya

sampai je saya terus keluarkan alternator daripada kereta dan mula untuk membarai part alternator tersebut. ternyata  telahan saya betul, sebaik sahaja part dalaman alternator dikeluarkan, akan nampaklah bahagian carbon brush yang sudah terlalu pendek dan tiba masanya untuk ditukar dengan yang baru. jadi untuk menukar carbon brush ini kita perlu keluarkan bahagian tengah alternator seperti yang tertera pada gambar di atas. bahagian inilah letaknya carbon brush alternator


inilah carbon brush yang saya gunakan dengan harga yang agak murah sahaja, boleh diperoleh di kedai bateri kereta. carbon ini perlu disolder dengan part tapak asal alternator yang diambil daripada carbon yang pendek tadi. jadi solder yang baik perlu digunakan untuk memudahkan kerja-kerja membuka dan memasang kembali tapak carbon brush ini


bahagian tengah bawah inilah nanti letaknya carbon brush, iaitu pada bahagian yang bertanda panah merah. tempat inilah juga perlu disolder untuk mengeluarkan carbon lama. ada satu penutup plastik pada bahagian berkenaan yang perlu ditanggalkan terlebih dahulu. sepatutnya pada lubang bahagian bertanda panah biru kita akan nampak hujung carbon brush yang keluar melalui lubang tersebut. oleh kerana dah terlalu pendek maka kita tidak akan nampak brush tersebut


dengan menggunakan electric solder, keluarkan carbon brush lama dan bahagian tapak atas itulah nanti yang akan digunakan balik untuk disolder dengan carbon baru. keluarkan kedua-dua carbon brush lama dan bersedia untuk digantikan dengan yang baru


carbon brush lama yang telah dikeluarkan daripada alternator 4G92 mivec. tapak atau hujung besi bahagian atas tu kena pakai balik pada carbon brush baru


carbon brush baru yang telah dipasangkan tapak asal yang diambil daripada brush lama. solder wire mengikut ukuran yang betul dengan yang lama. apabila siap maka bolehlah dimasukkan ke dalam slot carbon brush pada alternator seperti mana yang telah dikeluarkan tadi


kelihatan pada gambar ialah carbon brush yang baru yang telah berjaya dipasangkan pada alternator. solder balik tapak dengan kedudukan yang betul seperti asal. periksa sekali lagi kedudukan carbon baru dengan menekan carbon ke atas dan lepaskan kembali. sepatutnya carbon brush baru ini dapat bergerak ke atas iaitu ke dalam lubang carbon dan akan keluar kembali apabila dilepaskan. sekiranya pergerakan sangkut-sangkut atau lekat, keluarkan kembali dan pasangkan balik mengikut kedudukan yang betul. apabila segalanya telah sempurna maka pasangkan balik keseluruhan alternator dan masukkan kembali di kereta. pasangkan alternator dan ketatkan belt mengikut kadar yang betul. pasangkan balik terminal negatif bateri dan bolehlah kita start kereta. apabila kereta hidup sepetutnya bacaan voltage sekitar 14.0-14.3v dan ini bermakna alternator anda telah dapat berfungsi dengan jayanya

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra