Oil Seal Flywheel Replacement

salam sejahtera dan bersua kembali. entri kali ini saya paparkan bagaimana cara menukar oil seal flywheel khusus bagi enjin proton/mitsu dan diy saya kali ini ialah pada enjin 4G92 MIVEC rakan saya jugak. kerjanya boleh dikatakan agak rumit, nampak je nak tukar oil seal tapi bila dah disebut oil seal flywheel maka untuk meukarkannya dengan yang baru memakan masa lebih daripada separuh hari kerjanya. maklumlah kena turunkan gearbox dan untuk membuka dan menurunkan gearbox banyaklah kerja berkaitan terpaksa dilakukan. kerja-kerja tersebut seperti membuka crossmember, membuka kedua-dua driveshaft, menurunkan gearbox, membuka pressure clutch & plate serta membuka flywheel itu sendiri, barulah oil seal dapat ditukarkan dengan yang lain


bagaimana hendak mengetahui bahawa oil seal flywheel yang bocor? dapat tengok melalui mana? kena buka gearbox dulu ke? ok lah, antara tanda-tanda biasa kebocoran oil seal ini ialah adanya minyak hitam atau minyak enjin pada bahagian antara gearbox dan oil sump bawah kereta. kedudukannya pada bahagian bersententangan dengan crossmember. bila ada minyak hitam sekitar kawasan tersebut, hinggakan ada yang menitik membasahi corrmember dan juga ada kalanya menitik tempat kita parking kereta. jika ada simptom-simptom seperti ini besar kemungkina oil seal flywheel kereta anda sudah bocor, mungkin kerana wear n tear ataupun ada kemungkinannya salah pasang dan lain-lain lagi



gambar kerja-kerja membuka dan menurunkan gearbox saya tak sempat nak ambil, maklumlah, tangan berminyak, hitam lagi. nak pegang camera pun rasa serba salah, takut kotor pulak. hanya gambar yang ada untuk paparan kali ini ialah semasa nak pasangkan kembali peralata-peralatan yang dibuka tadi. apa yang peting tools mesti cukup dan gunakanlah jack stand untuk mengampu body kereta, jangan harapkan pada jack semata-mata kerana malang tidak berbau. safety first



nampak bersihkan gearbox ni? sebenarnya gearbox XRXE ini tersangat kotor dengan kesan minyak daripada oil seal yang bocor tadi. hitam di dalamnya dengan kesan minyak. owner kereta telah membersihnya tanpa menggunakan apa-apa chemical pun tetapi berkat usahanya dengan menggunakan kain buruk sahaja memang bersih, saya pun terkejut tengok tadi. sambil saya membuat kerja-kerja pada bahagian lain dia menyental gearbox ini sehingga berkilat, seperti baru



ini ialah crankshaft yang mana telah dikeluarkan set clutch dan flywheel. oil seal pun telah dikeluarkan dengan cara mencungkilnya dengan menggunakan screw driver flat sahaja. tak susah pun. jangan lupa pasangkan jack pada bahagian bawah enjin supaya semasa gearbox dikeluarkan enjin tidaklah menjadi senget sebelah, bahaya untuk mounting nanti



sebelah kiri ialah oil seal yang lama dan sebelah kanan oil seal baru. owner kereta ini beli sendiri di kedai spare part, harga lupa pulak nak tanya tadi. kalau tak silap brand VITON



sebelum pasangkan oil seal, cuci dahulu kawasan sekitar crank seperti dalam gambar. kemudian sapukan sealant seperti permatex ultra grey pada bahagian luaran oil seal dengan kadar nipis sahaja. barulah dimasukkan pada tempatnya dengan menolak menggunakan tangan sahaja. pastikan kesemua bahagian tepi rata pada tepi housing oil seal tersebut dan tolakkan ke dalam sedikit oil seal daripada tepi housingnya. kiranya kedudukan oil seal ke dalam sedikit tapi tidaklah jauh ke dalam sangat



langkah seterusnya ialah memasang kembali flywheel pada crankshaft. cuci dahulu permukaan flywheel dengan menggunakan sedikit thinner supaya kesan minyak dapat ditanggalkan dengan sempurna. kemudian sapukan sedikit thread locker pada nat flywheel, tujuannya supaya nat dapat lekat dengan baik pada thread crank dan tidak mudah longgar semasa enjin vibrate. pasangkan flywheel dan ketatkan nat satu persatu secara silang dengan torque sebanyak 98 ft.lbs



pasangkan clutch plate dengan menggunakan clutch alignment tool supaya kedudukan clutch plate betul-betul center pada flywheel. akhirnya pasangkan kembali clutch pressure dan ketatkan nat ini dengan torque sekitar 14ft.lbs - 15ft.lbs sahaja. dah pun siap pasang clutch, maka bolehlah kita mulakan kerja-kerja memasang kembali gearbox serta peralatan yang dibuka tadi


apabila dah sempurna siap segala pemasangan yang dilakukan, masukkan minyak gearbox sebanyak 2 liter sahaja. jangan terlalu banyak atau lebih kerana akan memberatkan kerja-kerja gearbox nanti. seterusnya bolehlah start kereta dan panaskan enjin beberapa ketika. uji tekan pedal clutch dengan menekannya beberapa kali sehingga pedal clutch sperti keadaan sebelum ini. test juga brek dan lain-lain. tunggu sehingga kipas radiator berpusing dan bolehlah test kereta dengan membawanya beberapa ketika untuk mengesan bunyi tertentu. selalunya ada bunyi geseran pada bahagian rotor disc dengan dust cover disc. selesaikan diy kita kali ini :)


sekian, terima kasih
sincerely - jefftacra