Wrinkle Finish Paint (vol. 2)

salam sejahtera kepada semua. entri kali ini merupakan sambungan daripada entri terdahulu iaitu tajuknya ialah wrinkle finish paint, dan di sini saya akan paparkan sambungan kepada projek spray rocker arm cover sebuah kereta bernadikan enjin 4G mivec. kali ini saya hanya paparkan gambar-gambar yang telah siap dilakukan iaitu wrinkle paint pada cover plug dan cover intake manifold enjin mivec

masih lagi menggunakan spray yang sama iaitu brand GOX7 dengan harga sekitar rm70-rm90 bagi setiap satu tin. anda boleh memilih mana-mana warna kegemaran berdasarkan katalog yang disediakan tetapi saya hanya menggunakan satu warna sahaja untuk menghasilkan kesan wrinkle dan kemudiannya saya mengenakan warna lain sebagai finishing kerja-kerja saya ini. dengan cara ini kita boleh berjimat sedikit tanpa membeli dua atau tiga warna yang berlainan sekiranya kita hendak menggunakan dua warna atau lebih pada bahagian enjin kereta

inilah rupa rocker arm cover enjin mivec selepas cat asal ditanggalkan dengan menggunakan paint remover yang boleh diperoleh di mana-mana kedai menjual cat ataupun hardware. perlu bersabar untuk membuang cat asal, kena ulang beberapa kali menyapu paint remover sehingga kesemuanya dapat ditanggalkan 100% seperti gambar di atas

rocker arm cover yang telah siap dispray asasnya dahulu ialah cat high temp silver sebagai under coat. kemudian 2 layer wrinkle spray GOX7 dan diakhiri dengan 2 layer lagi warna flat black biasa. maka terhasillah warna hitam seperti gambar ini. tulisan DOHC 12 VALVE perlu ditanggalkan cat supaya nampak seperti gambar tersebut

masih lagi menggunakan spray GOX7 yang sama dan kali ini finishing pula saya spray dengan menggunakan 2 layer warna biasa sahaja iaitu warna honda blue, kod berapa saya kurang pasti. boleh minta warna honda blue sahaja semasa membeli spray atau terpulang kepada anda untuk memilih mana-mana warna yang dikehendaki mengikut cita rasa masing-masing

test dahulu cover plug ke atas rocker arm cover dan apabila dipasangkan pada kereta nanti akan terhasillah gabungan dua warna imej wrinkle hitam dan biru. seperti yang ditegaskan tadi, anda boleh memilih apa-apa sahaja warna terakhir mengikut minat anda yang tersendiri

siap dipasangkan pada enjin kereta. dah nampak lain sekarang dengan imej yang baru. pasangkan balik rocker arm cover dengan mengenakan seal yang baru. semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua

terima kasih
sincerely: jeff tacra

No comments: