Replacing Alternator Brushes

assalamualaikum dan salam sejahtera. bersua lagi dengan entri bagaimana menukar carbon brush alternator jentera anda. hari ini (jumaat) saya telah berpeluang menggantikan carbon brush sebuah jentera mivec rakan saya yang secara tiba-tiba masalahnya dapat dikesan 2 hari lepas. semasa start kereta untuk pergi ke tempat kerja, indicator alternator telah hidup tanpa padam pada meter dan voltage pula sekitar 11.5V sahaja. owner kereta memaklumkan kepada saya dan saya katakan kemungkina masalah ini berpunca daripada alternator, iaitu carbon brush dah pendek dan habis. sebab itulah indicator bateri pada meter hidup tanpa padam. baru hari ini saya berkesempatan untuk memeriksa dan mengenalpasti apakah masalah sebenar pada kereta tersebut. saya telah sediakan siap-siap satu set carbon brush untuk memudahkan kerja-kerja sekiranya ini yang menjadi punca masalah pada keretanya

sampai je saya terus keluarkan alternator daripada kereta dan mula untuk membarai part alternator tersebut. ternyata  telahan saya betul, sebaik sahaja part dalaman alternator dikeluarkan, akan nampaklah bahagian carbon brush yang sudah terlalu pendek dan tiba masanya untuk ditukar dengan yang baru. jadi untuk menukar carbon brush ini kita perlu keluarkan bahagian tengah alternator seperti yang tertera pada gambar di atas. bahagian inilah letaknya carbon brush alternator


inilah carbon brush yang saya gunakan dengan harga yang agak murah sahaja, boleh diperoleh di kedai bateri kereta. carbon ini perlu disolder dengan part tapak asal alternator yang diambil daripada carbon yang pendek tadi. jadi solder yang baik perlu digunakan untuk memudahkan kerja-kerja membuka dan memasang kembali tapak carbon brush ini


bahagian tengah bawah inilah nanti letaknya carbon brush, iaitu pada bahagian yang bertanda panah merah. tempat inilah juga perlu disolder untuk mengeluarkan carbon lama. ada satu penutup plastik pada bahagian berkenaan yang perlu ditanggalkan terlebih dahulu. sepatutnya pada lubang bahagian bertanda panah biru kita akan nampak hujung carbon brush yang keluar melalui lubang tersebut. oleh kerana dah terlalu pendek maka kita tidak akan nampak brush tersebut


dengan menggunakan electric solder, keluarkan carbon brush lama dan bahagian tapak atas itulah nanti yang akan digunakan balik untuk disolder dengan carbon baru. keluarkan kedua-dua carbon brush lama dan bersedia untuk digantikan dengan yang baru


carbon brush lama yang telah dikeluarkan daripada alternator 4G92 mivec. tapak atau hujung besi bahagian atas tu kena pakai balik pada carbon brush baru


carbon brush baru yang telah dipasangkan tapak asal yang diambil daripada brush lama. solder wire mengikut ukuran yang betul dengan yang lama. apabila siap maka bolehlah dimasukkan ke dalam slot carbon brush pada alternator seperti mana yang telah dikeluarkan tadi


kelihatan pada gambar ialah carbon brush yang baru yang telah berjaya dipasangkan pada alternator. solder balik tapak dengan kedudukan yang betul seperti asal. periksa sekali lagi kedudukan carbon baru dengan menekan carbon ke atas dan lepaskan kembali. sepatutnya carbon brush baru ini dapat bergerak ke atas iaitu ke dalam lubang carbon dan akan keluar kembali apabila dilepaskan. sekiranya pergerakan sangkut-sangkut atau lekat, keluarkan kembali dan pasangkan balik mengikut kedudukan yang betul. apabila segalanya telah sempurna maka pasangkan balik keseluruhan alternator dan masukkan kembali di kereta. pasangkan alternator dan ketatkan belt mengikut kadar yang betul. pasangkan balik terminal negatif bateri dan bolehlah kita start kereta. apabila kereta hidup sepetutnya bacaan voltage sekitar 14.0-14.3v dan ini bermakna alternator anda telah dapat berfungsi dengan jayanya

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

Water Temp Gauge - Honda Jazz GE

bertemu kembali dengan tutorial pemasangan water temperature gauge pada kereta honda jazz GE8 iaitu jazz generasi ke-2 selepas GD dan generasi ke-3 pula lebih dikenali sebagai GK. pada kebanyakan kereta baru sekarang pihak pengeluar kebanyakannya tidak lagi mengadakan meter temperature kereta secara analog seperti pada kebanyakan kereta lama, malahan sekarang lebih mengutamakan meter bentuk digital. tetapi bagi honda jazz ini meter tempnya hanyalah merupakan simbol sahaja dan tidak ada lagi jarum penunjuk seperti biasa

semasa on kunci hanya indicator biru sahaja yang akan ditunjukkan untuk menunjukkan enjin masih lagi sejuk. apabila menghidupkan enjin dan temp beransur-ansur panas sehingga mencapai normal temp lampu biru ini akan hilang atau padam, menunjukkan bahawa enjin telah mencapai kepanasan normal. sekiranya indicator merah keluar menunjukkan enjin dah berada pada tahap kepanasan yang tinggi. saya tidak tahu bagaimana amaran atau kedudukan indicator ini sekiranya enjin menunjukkan tanda-tanda nak overheat, kalau pada kereta-kereta lama kita dapati jarum temp ini beransur-ansur meningkat naik. jadi saya ambil keputusan untuk menambahkan external water temp gauge pada kereta jazz ini

saya hanya menggunakan water temp brand auto gauge sahaja, made in taiwan je. cukuplah untuk memberi amaran sekiranya enjin meningkat kepanasan melebihi kebiasaannya. gauge jenis ini ada warning yang menunjukkan radiator fan akan berpusing sekiranya led merah berkelip-kelip pada meter ini iaitu apabila suhunya mencapai 98C, serta ada amaran apabila temperature melebihi kepasan normal. harga lebih kurang rm300 dan boleh dikatakan agak berbaloi juga ditambah paparan meter yang menarik dengan lampu putih atau biru, boleh pilih mengikut kehendak pengguna untuk menetapkan lampu berkenaan

tidak cukup dengan membeli meter sahaja kerana untuk memasangnya kita perlu ada sensor adapter yang perlu dipasangkan pada hose atas radiator kereta anda. saya membeli adapter brand JURAN ini dari jepun kerana tertarik dengan bentuknya yang bengkok ditambah pula amat bersesuaian dipasangkan pada hose radiator yang bentuknya bengkok juga. kalau untuk honda jazz saiz adapter ini ialah 30mm sahaja

anda perlu memotong hose radiator bahagian atas untuk memasangkan adapter ini. memang terpaksa potong. potong mengikut kedudukan adapter dengan membuat ukuran yang sesuai, pasangkan adapter dan kenakan klip pada bahagian kiri dan kanan adapter, selalunya klip ini dapat sekali semasa kita membeli adapter ini. pastikan juga jangan terlalu ketat ketika memasangkan klip ini kerana jika terlalu ketat boleh merosakkan hose radiator tersebut. pastikan juga saiz lubang sensor pada adapter ini sama dengan saiz sensor yang akan digunakan nanti. selalunya saiz sensor ialah 1/8npt

apabila telah selesai pemasangan adapter sensor maka bolehlah pasang sensor pada adapter, terlebih dahulu letakkan sedikit teflon tape pada thread sensor dan sebaik-baiknya pakai sekali dengan washer tembaga seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. washer ini tidak dibekalkan sekali ye, pandai-pandai lah cari saiz yang sesuai di kedai spare part

apabila segalanya telah siap maka proses seterusnya ialah kerja-kerja wiring untuk melengkapkan litar gauge ini supaya berfungsi dengan sempurna. selalunya kalau kita beli gauge yang baharu, ada dibekalkan sekali panduan wiring diagram untuk memudahkan kita membuat penyambungan wire nanti. untuk brand auto gauge ini, wire dari sensor perlulah dimasukkan ke dalam cabin dan kita cuma perlu plug ini sahaja soket kecil wire sensor ke belakang meter. cuma kita perlu wiring constant 12v (+) wire merah, ground (-) wire hitam dan dua wire lagi iaitu disambungkan pada wire acc dan satu lagi untuk lampu kecil kereta. selesai kerja-kerja pendawaian yang perlu dilakukan. kesemua sambungan ini saya hanya gunakan wire pada bahagian penyambungan head unit honda jazz

dah siap test dan dapat berfungsi dengan sempurna. ON kunci dan lampu putih seperti di atas akan keluar, start kereta dan biarkan enjin mencapai tahap kepanasan normal. segera periksa pada bahagian pemasangan adapter tadi takut kalau-kalau ada kebocoran pada bahagian tersebut. sekiranya ada nampak coolant keluar, ketatkan sedikit klip tadi sehingga tiada lagi tanda-tanda coolant di situ. perhatikan juga sekitar sensor kemungkinan kebocoran boleh juga berlaku pada bahagian tersebut

apabila lampu kecil dihidupkan. lampu meter ini bertukar kepada warna biru. sebenarnya kita boleh memilih sama ada biru atau putih, biru sahaja atau putih sahaja bergantung pada proses wiring wire lampu ini. semua ini ditunjukkan dengan jelas pada panduan pemasangan yang dibekalkan sekali.untuk honda jazz ini, normal temp semasa cruising ialah sekita 70-80 degree. radiator fan akan beroperasi apabila temp mencapai 98 degree

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

How To Crimp Wires

assalamualaikum dan salam sejahtera. bersua kembali dengan entri mengenai bagaimana kita hendak crimp atau memasang cable lug pada wire untuk proses penyambungan kepada gajet dan device tertentu. dengan menggunakan cable connector tertentu, hasilnya nanti kita dapati penyambungan wire akan menjadi lebih kemas dan cantik. bukan tak boleh gunakan solder biasa, tapi kalau menggunakan penyambung ini, kita akan mudah untuk membuka atau memasang kembali device yang kita pasangkan tadi

inilah peralatan penting yang perlu digunakan iaitu crimping tools, stripping wire (penjalur wayar), connector dan wire yang kita hendak pasangkan connector tadi. paling penting ialah crimping pliers dengan saiz yang sesuai untuk penyambungan connector kebanyakan pada wire automotif iaitu dengan ukuran 0.14mm - 1.5mm dan ukuran wire yang boleh digunakan ialah AWG 26-16. tools ini boleh diperoleh di kedai elektrik atau sesetengah kedai hardware ada menjualnya

pertamanya ialah buang dahulu penebat pada hujung wire beberapa mm mengikut kesesuaian yang hendak digunakan nanti. anda boleh menggunakan apa sahaja peralatan untuk menanggalkan sedikit hujung penebat seperti yan tertera pada gambar di atas. saya menggunakan penjalur wire yang boleh diubah suai mengikut saiz wire dan peralatan ini juga boleh diperoleh di kedai elektronik

seterusnya masukkan connetor pada ruang yang bersesuaian dengan saiz connector yang digunakan. biasanya pada crimping tools terdapat tiga saiz yang berlainan untuk kegunaan connector yang berbeza saiznya

pada bahagian yang berlawanan dengan gambar tadi (rujuk gambar atas) akan kelihatan belakang connector dan di sinilah kita akan masukkan hujung wire beberapa mm untuk dicrimp nanti. jangan terlalu banyak ke dalam kerana ada kemungkinan bahagian wire tidak akan contact dengan baik dengan connector dan jangan pula terlalu keluar ke belakang. kena pandai mengagak kedudukan yang baik

kacip playar tersebut sehingga benar-benar rapat. kalau tak rapat nanti susah nak keluar connector kerana tuas atau pemegang crimping tool ini tidak dapat dibuka untuk mengeluarkan connector tersebut sekiranya tidak benar-benar rapat. keluarkan connector yang telah siap dicrimp dan perhatikan sekiranya masih longgar dan tidak kemas maka bolehlah melakukan proses crimp sekali lagi dengan memindahkan connector ke ruang bahagian tengah (ruang ke-2) playar tersebut

inilah hasilnya apabila dah siap nanti. wire akan kelihatan kemas dan cantik apabila disambungkan ke hujung wire satu lagi. nak buka balik pun mudah juga tanpa merosakkan wire

siaplah sudah tutorial ringkas dan mudah untuk dijadikan panduan untuk semua. cuma apa yang penting ialah crimping tools dengan saiz yang bersuaian perlu dibeli dahulu sebelum dapat melakukan kerja-kerja ini. ada antara kita yang menggunakan playar biasa sahaja, bukan tak boleh, malah wire pun dapat berfungsi dengan baik juga. cuma penggunaan crimping tool ini akan menambahkan lagi kekemasan kerja-kerja berkaitan dengan proses wiring terutamanya pada kereta kesayangan anda

set connector yang saya gunakan apabila melakukan proses penyambungan wire pada kereta terutamanya apabila menyambung piggyback pada sesebuah kenderaan yang dihantar pada saya untuk memasangnya. peralatan ini saya order khas direct dari japan cuma tempat simpannya sahaja saya beli di kedai mr. diy

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra