Water Temp Gauge - Honda Jazz GE

bertemu kembali dengan tutorial pemasangan water temperature gauge pada kereta honda jazz GE8 iaitu jazz generasi ke-2 selepas GD dan generasi ke-3 pula lebih dikenali sebagai GK. pada kebanyakan kereta baru sekarang pihak pengeluar kebanyakannya tidak lagi mengadakan meter temperature kereta secara analog seperti pada kebanyakan kereta lama, malahan sekarang lebih mengutamakan meter bentuk digital. tetapi bagi honda jazz ini meter tempnya hanyalah merupakan simbol sahaja dan tidak ada lagi jarum penunjuk seperti biasa

semasa on kunci hanya indicator biru sahaja yang akan ditunjukkan untuk menunjukkan enjin masih lagi sejuk. apabila menghidupkan enjin dan temp beransur-ansur panas sehingga mencapai normal temp lampu biru ini akan hilang atau padam, menunjukkan bahawa enjin telah mencapai kepanasan normal. sekiranya indicator merah keluar menunjukkan enjin dah berada pada tahap kepanasan yang tinggi. saya tidak tahu bagaimana amaran atau kedudukan indicator ini sekiranya enjin menunjukkan tanda-tanda nak overheat, kalau pada kereta-kereta lama kita dapati jarum temp ini beransur-ansur meningkat naik. jadi saya ambil keputusan untuk menambahkan external water temp gauge pada kereta jazz ini

saya hanya menggunakan water temp brand auto gauge sahaja, made in taiwan je. cukuplah untuk memberi amaran sekiranya enjin meningkat kepanasan melebihi kebiasaannya. gauge jenis ini ada warning yang menunjukkan radiator fan akan berpusing sekiranya led merah berkelip-kelip pada meter ini iaitu apabila suhunya mencapai 98C, serta ada amaran apabila temperature melebihi kepasan normal. harga lebih kurang rm300 dan boleh dikatakan agak berbaloi juga ditambah paparan meter yang menarik dengan lampu putih atau biru, boleh pilih mengikut kehendak pengguna untuk menetapkan lampu berkenaan

tidak cukup dengan membeli meter sahaja kerana untuk memasangnya kita perlu ada sensor adapter yang perlu dipasangkan pada hose atas radiator kereta anda. saya membeli adapter brand JURAN ini dari jepun kerana tertarik dengan bentuknya yang bengkok ditambah pula amat bersesuaian dipasangkan pada hose radiator yang bentuknya bengkok juga. kalau untuk honda jazz saiz adapter ini ialah 30mm sahaja

anda perlu memotong hose radiator bahagian atas untuk memasangkan adapter ini. memang terpaksa potong. potong mengikut kedudukan adapter dengan membuat ukuran yang sesuai, pasangkan adapter dan kenakan klip pada bahagian kiri dan kanan adapter, selalunya klip ini dapat sekali semasa kita membeli adapter ini. pastikan juga jangan terlalu ketat ketika memasangkan klip ini kerana jika terlalu ketat boleh merosakkan hose radiator tersebut. pastikan juga saiz lubang sensor pada adapter ini sama dengan saiz sensor yang akan digunakan nanti. selalunya saiz sensor ialah 1/8npt

apabila telah selesai pemasangan adapter sensor maka bolehlah pasang sensor pada adapter, terlebih dahulu letakkan sedikit teflon tape pada thread sensor dan sebaik-baiknya pakai sekali dengan washer tembaga seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. washer ini tidak dibekalkan sekali ye, pandai-pandai lah cari saiz yang sesuai di kedai spare part

apabila segalanya telah siap maka proses seterusnya ialah kerja-kerja wiring untuk melengkapkan litar gauge ini supaya berfungsi dengan sempurna. selalunya kalau kita beli gauge yang baharu, ada dibekalkan sekali panduan wiring diagram untuk memudahkan kita membuat penyambungan wire nanti. untuk brand auto gauge ini, wire dari sensor perlulah dimasukkan ke dalam cabin dan kita cuma perlu plug ini sahaja soket kecil wire sensor ke belakang meter. cuma kita perlu wiring constant 12v (+) wire merah, ground (-) wire hitam dan dua wire lagi iaitu disambungkan pada wire acc dan satu lagi untuk lampu kecil kereta. selesai kerja-kerja pendawaian yang perlu dilakukan. kesemua sambungan ini saya hanya gunakan wire pada bahagian penyambungan head unit honda jazz

dah siap test dan dapat berfungsi dengan sempurna. ON kunci dan lampu putih seperti di atas akan keluar, start kereta dan biarkan enjin mencapai tahap kepanasan normal. segera periksa pada bahagian pemasangan adapter tadi takut kalau-kalau ada kebocoran pada bahagian tersebut. sekiranya ada nampak coolant keluar, ketatkan sedikit klip tadi sehingga tiada lagi tanda-tanda coolant di situ. perhatikan juga sekitar sensor kemungkinan kebocoran boleh juga berlaku pada bahagian tersebut

apabila lampu kecil dihidupkan. lampu meter ini bertukar kepada warna biru. sebenarnya kita boleh memilih sama ada biru atau putih, biru sahaja atau putih sahaja bergantung pada proses wiring wire lampu ini. semua ini ditunjukkan dengan jelas pada panduan pemasangan yang dibekalkan sekali.untuk honda jazz ini, normal temp semasa cruising ialah sekita 70-80 degree. radiator fan akan beroperasi apabila temp mencapai 98 degree

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra