Fake: Greddy E-manage Blue

selamat berpuasa khusus bagi yang beragama Islam bagi tahun 2017 ini
kalau anda masih ingat pada penghujung tahun 2016, saya telah memaparkan entri bagaimana hendak membezakan greddy e-manage blue antara yang original dengan yang tiruan. entri kali ini saya betul-betul berpeluang mengambil gambar dan mengalami sendiri pemasangan dan seterusnya melakukan wideband tuning dengan menggunakan emb tiruan ini. sebenarnya seingat saya dah 2 kali terkena dengan pemasangan e-manage blue tiruan ini tapi kedua-dua owner tersebut tidak jadi memasangnya setelah mendapat tahu bahawa unit yang diperolehnya merupakan tiruan. kali ini saya betul-betul memasang dan menguji emb tiruan (jenis besar) pada sebuah wira. kita ikuti cerita selanjutnya nanti

unit emb ini telah dipasang dengan sempurna tanpa ada sebarang masalah. parameter setting telah dibuat dengan baik dan kereta berjaya dihidupkan dengan cantik tanpa ada sebarang masalah. saya telahpun membuat wideband tuning kereta ini dan didapati unit ini dapat berfungsi dengan cemerlang dan memang owner pun gembira dengan hasil yang diperoleh daripada proses on the road wideband tuning ini. apabila telah selesai, maka saya pulang ke rumah untuk memasang panel bawah dashboard kereta ini. seperti biasa, off kunci kereta dan kerja-kerja kemasan dilakukan seperti sediakala. masalah besar timbul apabila kereta hendak dihidupkan semula, iaitu terpaksa crank beberapa kali. kereta dapat hidup tapi seperti 3 silinder, hidup segan mati mahu, enjin tersengguk-sengguk, check engine light hidup manakala keluar asap hitam yang banyak pada ekzos kereta ini. saya arahkan owner matikan enjin dan bermulalah episod untuk mengenl pasti apakah masalah yang berlaku

saya telah sambungkan kembali laptop dan telah membuka balik software emb kereta ini dan didapati main unit setting information telah berubah sama sekali. pada awalnya saya telah mengubah rotary switch emb dengan nilai 283 dan tertera seperti pada paparan gambar di atas dengan nilai 283 tersebut pada permulaannya. apabila saya membuka balik paparan ini setelah kereta bermasalah, didapati information ini telah berubah daripada 283 kepada 2C3. maklumat lain semuanya kosong dan pada table parameter setting pada bahagian airflow meter change hilang paparannya, kosong sahaja. so, inilah salah satu masalahnya apabila menggunakan fake emb. setting akan berubah apabila kita off kunci. saya ubah balik rotary switch dengan memusing semula kepada no. 8 dan kereta dapat dihidupkan dengan sempurna. test off kunci dan start balik, berulang lagi masalah yang sama. so satu caranya ialah menyambung power supply emb (12v) secara direct dengan wire constant 12v pada kunci, barulah masalah ini selesai. hal ini tidak menggembirakan owner kereta kerana beliau membayar dengan harga seperti original sedangkan barang yang diperoleh merupakan barang tiruan. jadi berhati-hati semasa hendak membeli emb agar betul-betul tulen keluaran japan. di bawah ini saya paparkan beberapa gambar emb tiruan tersebut agar dapat dijadikan panduan kepada kita semua

bahagian bawah emb tiruan tidak mempunya nombor siri sedangkan emb tulen mempunyai satu tempat khas yang ditampal dengan nombor siri. jika no siri unit original dibuang sekalipun kita dapat mengesannya pada tempat tampalan sticker no siri permukaannya tenggelam sedikit daripada tapak belakang ini, iaitu ada kesan lekuk sedikit mengikut ukuran saiz no siri tersebut

perhatikan gambar di atas, sepatutnya pada bahagian bawah tempat soket ini ada tertulis CONNECTER (ini ejaan emb yang original walaupun dieja salah oleh pengeluar) kalau yang tiruan ejannya ialah CONNECTOR. berbalik pada unit tiruan ini, didapati ejaan ini telah dipadam oleh penjual dan tidak ada langsung ejaan tersebut pada unit ini

rotary switch sepatutnya berwarna biru gelap sedikit tetapi set tiruan ini berwarna light blue. rujuk gambar 7 switch di atas. satu lagi ialah pada suis jumper, sepatutnya berwarna hitam bukan biru seperti di atas

cip emb tiruan berbentuk segi empat sama sedangkan yang original berbentuk segi empat tepat panjang. ini jelas menujukkan antara yang fake dengan original. tapi bagi set emb mini bentuk cip yang original sama seperti di atas

papan litar yang tiruan berwarna hijau gelap seperti di atas, manakala yang original hijau cerah sedikit. boleh rujuk gambar entri terdahulu mengenai perbezaan warna board ini

resistor emb tiruan hanya mempunya jalur warna seperti pada gambar di atas, sedangkan emb tulen terdapat nilai-nilai tertentu yang dicetak pada resistor tersebut. inilah paparan saya untuk kali ini semoga bermanfaat untuk pembaca semua. mudah-mudahan kita tidak tertipu apabila membeli e-manage blue ini dan pastinya merugikan kita juga. daripada info yang saya peroleh, emb mini made in taiwan tidak mendatangkan apa-apa masalah untuk dipasangkan pada kereta, dan boleh berfungsi seperti emb mini original. satu lagi ialah e-manage ultimate juga terdapat set tiruan made in mana saya tak pasti, yang ni memang tidak boleh pakai dan kemungkinan ada masalah-masalah tertentu pada kereta nanti. selamat berpuasa

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra