FM Radio Converter Installation

assalamualaikum dan salam sejahtera

bersua lagi kali ini dengan entri pemasangan radio fm converter pada head unit (HU) kereta anda. ramai dalam kalangan peminat kereta sekarang menggunakan head unit jenama keluaran negara jepun sama ada yang sedia terdapat pada kereta import atau pun membeli head unit terpakai di kedai halfcut. satu masalah besar bagi kita yang menggunakan HU japan ini ialah frekuensi radio tidak sama dengan negara kita. di jepun frekuensi radio adalah sekitar 76-90mhz sahaja sedangkan di negara kita sehingga 108mhz. masalah besar yang timbul ialah kita tidak akan dapat menikmati siaran radio tempatan sepenuhnya apabila menggunakan HU japan. salah satu device popular yang selalu dipasang untuk membolehkan kita mendengar siaran tempatan ialah radio fm converter. jadi saya akan paparkan bagaimana cara untuk memasang fm converter ini pada HU import anda

ini salah satu jenis fm converter yang terdapat di pasaran dan pelbagai jenis lagi yang boleh kita peroleh di kedai accessories sama ada yang didatangkan dengan port USB untuk memainkan lagu seperti format mp3 dan lain-lain. ada juga yang siap dengan display yang memaparkan frenkuesi radio yang telah diubah tadi. jika diperhatikan pada gambar di atas terdapat satu wire biru dan satu cable untuk dicucuk ke port antenna belakan HU. wire biru ini perlu disambungkan ke 12v yang selalunya diambil melalui wire pada HU itu sendiri. manakala hujung cable antenna asal dimasukkan pula ke module fm converter ini. saya lebih suka menggunakan fm converter yang didatangkan dengan 2 wire iaitu untuk 12v dan groud seperti yang akan saya tunjukkan di bawah ini

inilah fm converter yang saya gunakan pada HU kereta saya. perhatikan gambar di mana terdapat 2 wire iaitu merah untuk 12v dan hitam untuk ground (-). saya telah menggunakan jenis satu wire seperti gambar pertama dan ternyata tidak dapat menstabilkan frekuensi radio HU saya dan apabila bertukar kepada jenis 2 wire ini siaran radio sekarang menjadi lebih jelas tanpa gangguan lagi. harganya cukup murah sahaja dan boleh diperoleh dengan harga sekitar rm60 sahaja. tak perlu guna yang mahal-mahal pun. pasikan ada wire positif dan negatif. bukan tak boleh pakai yang mempunyai satu wire positif sahaja, mungkin ada jenama yang lebih baik lagi, cuma saya tak jumpa je

tutorial saya ini berpandukan pada dashboard lancer dan kaedah ini adalah sama sahaja dengan mana-mana dasboard kereta. apa yang penting ialah pastikan kita dapat mengeluarkan HU untuk membuat sedikit proses wiring pada wire tertentu di belakang HU kereta. kalau yang menggunakan dashboard lancer, sangat senang untuk mengeluarkan HU kerana kita hanya perlu membuka 2 biji nat phillip pada bahagian panel dashboard seperti mana yang dipaparkan melalui gambar di atas. untuk kereta lain, lain pula caranya

sebaik sahaja 2 biji skru dikeluarkan maka dengan berhati-hati tarik panel dashboard tersebut ke arah anda. berhati-hati semasa menariknya kerana kemungkinan untuk panel ini patah atau pecah begitu mudah sekali memandangkan barang ini merupakan barang usang, tetapi kita masih lagi menggunakannya. harganya pun agak mahal di pasaran semasa walaupun barang 2nd hand

jangan tarik terus ye kerana pada bahagian belakang panel ini terdapat wire-wire tertentu yang disambungkan pada butang-butang di dashboard. bagi dashboar lancer ini hanya ada 2 soket yang perlu dikeluarkan iaitu soket putih untuk heater cermin belakang dan soket hijau untuk double signal. pada bahagian ini juga perlu berhati-hati untuk unplug soket kerana female soket pada dashboard reput dan mudah patah

diagram pemasangan cukup mudah iaitu perlu menyambung 2 wire sahaja  iaitu wire hitam pada body kereta atau wire negative (kalau lancer/proton biasanya wire yang berwarna hitam). lebih mudah wire hitam ini tap ke mana-mana body kereta atau mana-mana skru yang terdapat pada body kereta. wire merah pula ialah untuk 12v semasa on kunci pertama (acc). kebiasanya wire kereta lancer/proton ialah wire yang berwarna merah pada HU atau anda boleh menguji wire acc ini dengan menggunakan test lamp atau volt meter. on kunci pada posisi ACC dan test wire dengan test lamp, sekiranya hidup bermakna itulah wire acc dan bila kunci off test lamp akan turut padam. masukkan terminal antenna pada fm converter pada port antenna belakan HU manakala terminal antenna asal dimasukkan pula pada fm converter. dah pun siap dan boleh menguji frekuensi radio anda

pasangkan balik HU, soket yang telah dibuka tadi serta panel dashboard dengan kemas. perkara yang perlu diberi perhatian juga ialah pastika wire-wire pada bahagian belakang HU tidak terkepit dengan mana-mana peralatan seperti HU itu sendiri atau pun panel dashboard. sekarang on kunci dan on HU anda dan tekan butang untuk memilih channel radio fm anda dan ternayata sekarang siaran radio tempatan telah boleh didengar dengan baik. satu maklumat yang ingin disampaikan ialah pada panel display frekuensi HU, frekuensi asal HU japan tidak berubah tetapi siaran radio boleh diperoleh dengan mana-ana frekuensi tertentu. paparan tetap pada frekuensi asal radio japan

saya telah menguji fm converter ini pada HU alpine japan dan ternyata siaran malaysia kesemuanya dapat diperoleh dengan baik, cuma nombor frekuensinya tidak sama dengan nombor frekuensi malaysia. dah boleh dengan lagu raya di radio sekarang, memandangkan sekarang kita dah melepasi 15 hari berpuasa. ok, selamat berpuasa dan selamat hari raya yang bakal menjelang nanti

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra