Starter Motor Service

assalamualaikum dan salam sejahtera

masih lagi bulan puasa namun tidak menghalang saya untuk melakukan proses servis pada sebuah starter motor high speed yang diambil daripada enjin mitsubishi evolution 3. kerja-kerja servis starter ini tidaklah rumit sangat dan part di dalamnya pun boleh dikatakan tidak banyak dan senang untuk dipasang semula nanti. selalunya masalah starter ini iaitu sekiranya kereta tidak boleh crank bermakna starter bermasalah sama ada carbon bruh dah habis ataupun selenoid starter dah rosak. satu petua sekiranya starter tak crank langsung anda boleh dapatkan kayu atau besi dan ketuk-ketuk pada bahagian starter, kadang-kadang kaedah ini menjadi dan starter dapat berfungsi dengan baik. tapi sebaik-baiknya servis starter anda dan jika pelu, tukar dengan yang lain

inilah starter motor high speed daripada enjin 4G63 evo3, nampak buruk tapi masih berfungsi dengan baik, sudah test untuk start enjin halfcut tersebut. harga sekarang walaupn part 2nd hand boleh mencecah antara rm180-rm220. saya lebih suka menggunakan part 2nd daripada part recond kerana ada ketikanya part recond luarannya nampak macam baru tetapi dalamnya belum tentu lagi

bahagian pinion gear ini masih lagi cantik, cuma nampak kotor sahaja dengan habuk dan minyak. apabila kita membukanya nanti barulah nampak akan bahagian dalamanya yang sebenar. tapi saya kira part dalamanya masih lagi cemerlang

pada atas starter tersebut terdapat 2 biji nat 12mm yang dikeluarkan daripada dua tempat seperti mana yang telah saya mark dengan no 1 dan no 2. stud no 1 ialah untuk dipasangkan dengan cable positif (+) daripada bateri dan sebab itulah kalau nak keluarkan starter terlebih dahulu kita mesti membuka terminal negatif (-) bateri kereta. bahagian yang bertanda dengan no 2 ialah tempat kita memadankan wire carbon brush seperti mana yang ditunjukkan pada gambar. sebenarnya kita perlu membuka nat no 2 sahaja untuk servis ini

degan menggunakan impact driver kita perlu buka 2 biji nat phillip yang menempatkan selenoid starter. keluarkan nat ini barulah selenoid starter dapat dikeluarkan daripada badan starter. jangan lupa spring dan plunger yang terdapat di dalam selenoid ini turut juga dikeluarkan. pada bahagian bontot atau belakang starter kita perlu buka 2 biji nat panjang bersaiz 8mm, iaitu untuk memisahkan 3 bahagian starter iaitu depan, tengah dan penutup belakang. selain itu, 2 biji nat phillip lagi perlu dibuka pada bahagian belakang starter, nat ini sebenarnya tempat untuk mengikat carbon brush. setelah kesemua nat dibuka maka bolehlah anda menarik satu persatu bahagian demi bahagian yang terdapat pada starter tersebut

part ini berada pada bahagian muncung starter dan dibelakangnya terdapat 3 biji gear berserta dengan sebiji bebola di tengah-tengahnya. anda perlu ingat kedudukan part berkenan supaya apabila hendak dipasangkan nanti akan memudahkan kerja-kerja tersebut

ini ialah armature yang terdapat pada bahagian tengah starter dan kalau kita perhatikan pada bahagian bawah armature ini terdapat carbon brush di situ iaitu pada bahagian belakang sekali pada starter ini. sekiranya carbon brush sudah pendek maka bolehlah anda membelinya dengan yang baharu di kedai bateri dengan harga tak sampai rm100 kot, lupa. bawak sample atau anda boleh meminta carbon brush starter kereta perdana, sama sahaja part dengan starter lancer ini

inilah keseluruhan part starter motor lancer. anda boleh mencuci dan membersihkan bahagian ini dengan menggunakan WD40 dan selepas bersih lap dengan kering dan jemur seketika di bawah kepanasan cahaya matahari supaya betul-betul kering

untuk nampak lebih cantik kita boleh spray housing luaran starter dengan warna hitam dan silver hi-temp. spray 3 star hi-temp boleh diperoleh di kedai hardware, harga belasan ringgit kot. apabila segalanya dan kering maka bolehlah pasangkan semula part tersebut dan jangan lupa untuk meletakkan grease pada part-part tertentu seperti pada gear dan sebagainya

inilah hasilnya, nampak seperti baru kan? kini anda boleh servis starter motor kereta anda mengikut tutorial yang telah dijelaskan. saya telah post mengenai servis ini di facebook dan kebetulan ada seseorang yang berminat dengan starter ini, jadi starter ini bakal dipos ke melaka untuk berkhidmat pada owner baru nanti

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra