Caliper Guide Pin Boot Replacement

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

apa khabar semua. semoga sihat sejahtera di samping kerja-kerja seharian anda. baiklah, entri saya kali ini ialah bagaimana cara untuk menukar caliper guide boot yang terletak pada caliper brake sesebuah kereta. entri ini khusus saya paparkan terhadap sistem brek mitsubishi evolution 3 dan sistem ini boleh dikatakan sama antara mana-mana kereta. saya menukar boot ini memandangkan ianya agak lama dan keadaannya yang sudah uzur akibat wear and tear, jadi anda juga perlu menukarnya sekiranya ada masalah yang akan saya nyatakan di bawah nanti

ini ialah sistem brek yang diambil daripada evo 3, twin pot caliper dapat dipadankan dengan kereta proton wira. sekiranya ada bunyi seperti besi berlaga terutamanya semasa melalui jalan tidak rata atau pun melalui garisan kuning di jalan raya bermakna caliper kereta anda telah longgar dan bergetar semasa melalui permukaan jalan sedemikian. hal ini disebabkan oleh pin boot atau getah yang terdapat pada pin caliper sudah longgar atau pun dah rosak. jadi jalan terbaik ialah menukar guide pin boot ini dengan yang baru

ternyata agak susah untuk mendapatkan getah ini di negara kita, malahan saya order khusus dari negara matahari terbit khas untuk kereta mitsubishi lancer kod CE9A. gambar atas menunjukkan part yang saya dapat iaitu set repair kit untuk caliper kereta yang saya nyatakan di atas tadi

saya cuma hendak gunakan getah pin sahaja, jadi part lain boleh disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang. mana tahu suatu hari nanti saya memerlukannya, lebih baik simpan sahaja. not for sale

inilah kedudukan getah tersebut iaitu pada pin antara caliper dan bracket brek. nampak dah kembang getah tersebut, sebab itulah bila lalu jalan tak rata ada bunyi bising pada bahagian ini. kesilapan kita juga boleh menyebabkan getah ini tidak berfungsi dengan baik, iaitu semasa kita servis brek kereta selalunya kita letak gris biasa pada boot dan dust cover piston, harus diingat gris biasa boleh menyebabkan getah pada brek menjadi kembang dan lama-kelamaan akan longgar. sebaiknya gunakan rubber grease yang boleh diperoleh di kedai spare part

lihat perbandingan getah baru (kiri) dan getah lama (kanan) dan ternyata di sebelah kanannya kelihatan besar saiznya berbanding dengan yang baru. sebab itulah caliper boleh bergetar dan bergoyang apabila melalui permukaan jalan yang tidak rata. asalnya getah yang sebelah kanan itu sama dengan sebelah kiri

untuk mengeluarkan getah ini terlebih dahulu buka nat atau pin caliper bahagian bawah. kemudian jongketkan caliper dan tolak caliper ke arah enjin kereta. dengan mudah pin atas akan dapat dikeluarkan daripada bracket caliper. jika susah nak keluarkan kemungkinan pin bahagian atas sudah berkarat. ada kalanya pomen memasukkan gris biasa, ini pun akan menyebabkan caliper menjadi ketat. getah kecil di sebelah kanan gambar ialah getah yang terdapat pada hujung pin bahagian atas caliper. getah ini pun saya tukar dengan yang baru

semasa memasang getah ini nanti jangan lupa untuk meletakkan gris yang dapat sekali dalam packaging yang disediakan. kalau tak ada gris ini gunakan rubber gris. gris merah seperti gambar di atas atau rubber gris tidak menyebabkan mana-mana getah menjadi kembang

sekarang cuba bandingkan dengan gambar ke-4 di atas. memang ada perbezaan kan? yang ini nampak kecil sahaja berbanding gambar ke-4 di atas. bila kita masukkan pin caliper agak ketat sedikit dan pin betul-betul fit pada bahagian getah baru ini, sebab itulah caliper tidak akan bergoyang atau bergetar

ini gambar getah lama yang dikeluarkan dan diganti dengan yang baru. masing-masing terdapat dua getah di kiri kanan caliper kereta iaitu pada bahagian pin atas dan pin bawah. getah kecil itu pula hanya diletakkan pada hujung pin bahagian atas caliper sahaja

apabila telah siap, pasangkan balik segala yang dibuka tadi dengan kemas, pastikan nat diikat dengan secukupnya. sekarang boleh menguji kereta anda dengan melalui permukaan jalan yang tidak rata dan ternayata pada kereta saya ini bunyian yang terhasil daripada caliper ini tidak lagi kedengaran

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Sard Fuel Regulator - Ori vs Fake

assalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ini saya paparkan bagaimana kita hendak mengenali adjustable fuel regulator brand sard sama ada original atau pun local. saya buat perbandingan ini berdasarkan laman sesawang sard itu sendiri dan gambar-gambar paparan ini pun saya ambil di web sard. adjustable fuel regulator memang menjadi pilihan bagi kaki kereta tak kira jenama apa pun, fungsinya untuk meninggikan atau menurunkan pressure minyak dalam fuel rail untuk membolehkan pancutan minyak oleh injector baik. tapi yang kita perhatikan ramai yang meninggikan pressure minyak dan jarang kita dengar pasang fuel reglator ini untuk merendahkan tekanan minya. satu perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menaikkan pressure ini ialah kita perlu mengambil kira berapakan bacaan pressure standard bagi sesebuah enjin. berdasarkan maklumat awal ini barulah kita dapat meningkatkan pressure minyak dengan selamat


pernah kita terbaca atau terdengar dari pelbagai sumber tertentu, ada yang pecah saluran minyak kerana pressure terlalu tinggi atau pun kemungkinan hose yang digunakan tidak berkualiti sehingga menyebabkan ianya menjadi pecah akibat tekanan minyak petrol. bayangkan ada yang set sehingga melebihi 3 bar ke atas dan sebagainya lagi. kalau nak tinggikan pressure lebih baik menggunakan hose minyak yang berketahanan tinggi atau pun lebih selamat menggunakan braided hose yang boleh diperoleh di mana-mana kedai performance, malahan ada kedai yang boleh custom braided hose ini


saya telah menggunakan brand sard ini dah menjangkau 14 tahun iaitu semenjak saya menaik taraf enjin kereta saya bermula pada tahun 2003 lagi dan sehingga sekarang masih mampu berkhidmat dengan cemerlang, patut dapat 'anugerah perkhidmatan cemerlang' agaknya. di bawah ini saya tunjukkan perbandingan fuel regulator original vs fake


ini packaging adjustable fuel regulator sard. terdapat 2 type fuel regulator ini iaitu standard size untuk kegunaan kereta modifikasi biasa dan sederhana manakala type RJ bagi yang extreme terutamanya bagi kereta turbo high boost. type rj ini didatangkan dengan high-capacity body and diaphram



fake adjustable sard fuel regulator di sebelah kiri manakala genuine product di sebelah kanan. kalau dilihat sekali imbas memang tak nampak apa-apa perbezaan, nampak sama sahaja tetapi hasil penelitian nanti memang ternyata ada beberapa bahagian tertentu yang membezakan kedua-dua product ini



pertamanya dilihat ialah pada bahagian label atau sticker yang terdapat pada badan fuel regulator ini. outline huruf pada fake regulator kelihatan tidak sejelas seperti yang original. sangat sukar untuk membezakan pada bahagian sticker ini kerana perbandingan dapat dilakukan dengan jelas jika kita bandingkan secara langsung dengan ada dua regulator iaitu yang ori dan fake. kalau tengok satu-satu sudah tentu susah untuk membezakannya. satu lagi ialah warna sticker fake punya sedikit kusam jika dibandingkan dengan yang ori

seterusnya pada bahagian permukaan regulator itu sendiri ada perbezaan. tiruan agak kasar sedikit jika dibandingkan dengan ori yang lebih licin permukaannya. pada bahagian skru allen pun nampak perbezaan seperti yang tertera pada gambar di atas



pada bahagian nat lock untuk melaras regulator ini pula pun bebeza. kalau yang tiruan saiz nat ialah 12mm, manakala sard original bersaiz 13mm



inilah perbezaan yang nampak ketara pada bahagian ini. iaitu yang original terdapat dua titik (dot) yang jelas manakala yang fake punya hanya terdapat satu dot sahaja, itu pun kurang jelas. jadi keadaan ini memudahkan kita untuk mengenali antara yang original dan yang tiruan dengan memerhatikan titik atau punch ini. sebelum kita membeli regulator barand ini, terlebih dahulu kita perhatikan 2 punch ini, kalau ada 2 bermakna itu original



akhir sekali ialah ketebalan bracket mounting iaitu yang counterfit kelihatan nipis sedikit jika dibandingkan dengan yang ori, tebal sedikit. inilah sedikit sebanyak panduan yang boleh dikongsikan sekiranya kita hendak membeli adjustable fuel regulator jenis sard. saya kira harga sard ori sekarang hampir rm400 tidak termasuk meter, manakala yang fake punya agak murah daripada harga ori

saya telah menggunakan product ini semenjak 2003 lagi iaitu selepas saya menaik taraf enjin kereta saya. ternyata regulator sard ori ini masih lagi berfungsi hingga sekarang (2017), pressure masih cantik. gambar atas saya ambil selepas 2 jam lebih enjin kereta dimatikan dan ternyata pressure masih kekal lagi beberapa ketika. namun pressure akan perlahan-lahan turun juga akhirnya


pilihan di tangan anda. ada yang hanya pasang je tanpa mengira product original atau tidak dan bagi saya hal ini perlu diberi perhatian kerana alat ini melibatkan minyak petrol, kemungkinan bocor boleh berlaku kalau menggunakan product local atau pun pressure tidak stabil dan mengakibatkan enjin pun tidak beroperasi dengan baik dan sebagainya


inilah sedikit sebanyak perbezaan regulator brand sard, semoga boleh dijadikan panduan untuk semua. di pasaran negara kita terdapat beberapa jenama lain seperti works, tomei dan beberapa lagi. tepuk dada tanya selera


terima kasih
sincerely: jeff tacra

Extractor Bracket

assalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ini saya paparkan bagaimana hendak membuat bracket custom pada extractor yang kita pasangkan pada sesebuah kereta khususnya bagi yang menukar extractor aftermarket. selalunya extractor aftermarket tidak didatangkan sekali dengan bracket yang sepatutnya disambungkan daripada extractor kepada bahagian block enjin kereta bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan extractor agar tida bergerak dan bergoyang apabila enjin sedang beroperasi dan hasilnya kebanyakan extractor tersebut mudah crack dan retak jika material yang digunakan bermutu rendah

gambar di atas merupakan contoh extractor aftermarket yang selalu menjadi kegemaran kaki kereta dan bila kita perhatikan memang tidak ada bracket pada penyambung extractor tersebut. jika kita perhatikan pada extractor asal kereta memang telah tersedia bracket yang menghubungkan extractor dengan block enjin dan memang kita akan dapati kedudukan extractor ini kelihatan cukup kemas dan tidak muda bergetar atau bergerak mengikut pergerakan enjin terutamanya semasa rpm tinggi

sebab itulah pada bahagian bawah piping extractor ini akan terdapat flexible atau lebih dikenali dalam kalangan kita dengan panggilan nenas yang berfungsi sebagai flexible untuk menyerap sebarang pergerakan enjin dan membantu piping exhaust ini tidak mudah patah. kalau tidak ada nenas seperti ini selalunya ada option lain iaitu extractor yang bersambung dengan down pipe menggunakan spring sebagai menahan pergerakan tersebut

ramai dalam kalangan kita yang mengalami masalah seperti di atas iaitu bahagian extractor yang menghubungkan dengan flange dipasangkan pada head enjin crack atau merekah. lama kelamaan akan patah dan boleh menjejaskan prestasi kereta. dengan adanya bracket pada bahagian extractor dengan block sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah seperti ini. oleh itu saya telah custom sendiri bracket untuk dipasangkan pada extractor kereta saya dan alhamdulillah sudah 6 tahun lebih menggunakan extractor ini masih lagi sempurna dan tidak ada tanda-tanda crack lagi. caranya simple sahaja seperti mana yang akan saya terangkan nanti

saya menggunakan besi plate berketabalan 4.5mm dan dah dikira cukup tebal untuk dijadikan bracket yang akan digunakan nanti. bolehlah cari mana-mana besi terpakai yang bersesuaian untuk projek ini

peralatan penting yang mesti digunakan ialah ragum untuk memegang plate besi itu nanti sebagai alat bantuan berguna untuk kerja-kerja ini. hand drill dengan saiz bit yang bersesuaian untuk menebuk lubang pada plate besi yang hendak dijadikan penghubung antara block dengan extractor dan satu lagi peralatan yang penting juga ialah mesin grinder untuk memotong besi plate itu nanti. langkah keselamatan juga perlu diambil kira ketika menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan menggunakan peralatan seperti ini

inilah hasil yang saya telah saya siapkan, plate besi ini perlu dibengkokkan sedikit untuk disesuaikan pada keadaan dan kedudukan yang akan dipasangkan nanti. nampak simple tapi sangat berguna untuk kesan jangka panjang pada extractor kereta anda

inilah kedudukan apabila telah siap dipasangkan pada kereta. bracket asal pada bahagian block perlu digunakan kembali yang telah tersedia lubang nat, cuma kita perlu hubungkan bracket custom yang kita buat tadi dengan penyambung extractor ini. gunakan saiz nat yang bersesuaian dan ikatlah dengan kemas menggunakan tool dan spanar yang sesuai. hasilnya, extractor tidak lagi mendapat tekanan semasa enjin sedang beroperasi dan boleh memanjangkan lagi hayat extractor kereta anda

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra