2nd Chance For Innovate LC-1

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

selamat hari malaysia... hari ini di terengganu cuti ganti sempena hari malaysia pada 16 september 2017 (semalam). sempena dengan cuti ini saya mengambil peluang untuk membaiki innovate LC-1 yang telah mengalami kekejangan otot dan langsung tidak berfungsi serta tidak berkomunikasi dengan komputer, sensor dan lain-lain. pendek kata memang tak hidup langsung. hal ini berlaku disebabkan oleh owner telah melakukan proses upgrade firmware yang disediakan oleh innovate dan sebaik sahaja 100% proses menaik taraf firmware selesai, innovate ini terus padam dan langsung tak nak 'on'. so saya telah jalankan sedikit research dan didapati file firmware tadi tidak sesuai digunakan dan perlu direflash kembali cip pada brain LC-1 ini. kemungkinan juga kerosakan lain pada innovate boleh dilakukan proses yang sama seperti yang saya lakukan ini, mana tahu LC-1 ini boleh bernafas kembali, selamatlah poket kita daripada membeli yang lain dengan harga yang mahal. jadi saya akan terangkan bagaimana cara melakukan proses memberi nafas kembali kepada otak LC-1 ini

langkah pertama ialah proses mengopek housing untuk mendapatkan brain LC-1 ini. anda hanya perlu potong dengan pisau tajam bahagian keliling housing ini dan jangan risau kerana di sebalik getah housing ini masih terdapat satu lagi cover plastik yang keras di dalamnya. keluarkan housing getah dan kemudian umpil dengan screw driver flat cover plastik, harus berhati-hati kerana dikhuatiri akan tercucuk board LC-1 ini. umpil sehingga nampak papan litar di dalamnya

inilah papan litar innovate LC-1 dan pada tengahnya anda akan dapati satu cip yang diberi nama cip atmega-64 yang perlu di re-chip balik dengan file flash LC-1 yang asal. sebelum dapat menghubungkan komputer dengan cip ini kita perlu membuat sedikit hardmod iaitu sambungan wire oren seperti gambar di atas yang disolder pada papan litar. pada bahagian inilah nanti kita sambungkan wire iaitu bermula dari kiri untuk ground, 5volt, reset, sck, miso dan mosi yang akan disambungkan pula pada programmer nanti iaitu USBASP

daripada wire oren yang disambung pada board tadi maka kita perlu sambungkan pula dengan wire IDE cable untuk disambungkan pula pada USBASP programmer. anda perlu tahu pin atau wire mana yang mewakili ground, 5 volt, reset, sck, miso dan mosi pada wire tersebut. anda boleh search pinout usbasp di internet, memang banyak tersedia berserta dengan gambar sekali. ikut sahaja kedudukan pinout tersebut

inilah programmer yang perlu kita gunakan untuk menghubungkan komputer dengan cip pada board tadi. harga programmer ini hanyalah sekitar rm18 sahaja. untuk membolehkan ia berkomunikasi dengan laptop, maka kita perlu download driver usbasp ini di internet dan kemudian install driver ini pada laptop anda

apabila telah selesai proses penyambungan wire maka bolehlah kita re-flash semula cip tadi dengan file HEX innovate LC-1 juga boleh diperoleh di internet. gunakan software sesuai untuk melakukan proses ini. kesemua software saya peroleh di internet sahaja, cuma perlu beli programmer usbasp tu sahaja. gambar atas menunjukkan proses re-chip telah dilakukan dan apabila telah selesai mesej seperti di atas akan muncul. bila selesai maka bolehlah anda mencuba menyambungkan innovate LC-1 untuk dibuat sedikit configurasi semula

saya menggunakan test lamp ini sebagai penunjuk sama ada proses yang saya lakukan ini berjaya atau tidak. semasa proses ini jika lampu led ini berkelip-kelip maka ia berjaya dilakukan dan sekiranya lampu led ini tidak hidup bermakna proses ini gagal sama sekali

sambungkan innovate LC-1 dengan laptop menggunakan serial cable atau pun usb cable dan on LC-1 anda. dengan menggunakan innovate LM programmer buka software tersebut, sekiranya paparan di atas muncul maka anda telah berjaya melakukannya dan sekiranya ada mesej error tertentu bermakna innovate LC-1 tidak berjaya dipulihkan semula

video yang menunjukkan kerja-kerja yang telah saya lakukan dalam menghidupkan kembali innovate LC-1 ini. kini LC-1 ini kembali bernafas dan boleh berfungsi dengan cemerlang seperti sedia kala

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Innovate LC-1 Installation & Wiring

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

bersua kembali dengan entri mengenai pemasangan innovate wideband LC-1 type pada kenderaan anda. innovate LC-1 kebanyakannya dipasang kekal pada kereta untuk kita memantau air fuel ratio sesebuah enjin. jadi tutorial ini akan saya jelaskan bagaimana memasang innovate LC-1 dan bagaimana kaedah untuk melakukan proses wiring untuk membolehkan LC-1 ini berfungsi sepenuhnya pada jentera kita

inilah brain LC-1 yang menerima isyarat daripada sensor dan seterunya diproses di sini dan kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk analog output dan seterusnya menghasilkan bacaan digital pada DB gauge yang akan dipasang nanti. innovate LC-1 ini senang dipasangkan secara kekal di kereta memandangkan pada saiznya yang agak kecil dan senang untuk disorokkan di bawah dashboard kereta. harga satu set sekarang dah mencecah ribuan ringgit iaitu complete dengan brain LC-1, DB gauge, bosch sensor, bung sensor, push switch dan LED. saya akan terangkan secara jelas di bawah ini nanti

ini ialah DB gauge innovate yang anda dapat sekali semasa membeli set LC-1. namun jika anda ingin membeli gauge ini sahaja pun boleh je, ada jual separate pun, wideband sensor bosch pun dijual berasingan. harga DB gauge ini sahaja boleh mencecah rm500 sekarang

ini pula ialah wideband sensor keluaran bosch LSU 4.2 yang akan dapat sekali semasa membeli set LC-1 ini. harga sensor keluaran innovate ini pun agak tinggi iaitu menghampiri rm500 di pasaran semasa. saya telah jelaskan pada entri terdahulu bagaimana cara memasang sensor ini pada piping kereta dengan cara yang dicadangkan oleh manual innovate untuk mengelakkan kepanasan melampau yang boleh merosakkan sensor tersebut. boleh lihat entri sebelum ini tentang pemasangan sensor ini pada piping exhaust kereta 

gambar atas menunjukkan push switch serta led yang dibekalkan sekali iaitu switch bertujuan untuk menjalankan proses calibrate sensor sebelum dipasangkan pada kereta nanti dan manakala led bertujuan untuk memantau kemungkinan wujudnya error code pada unit ini

baiklah, berbalik pada proses wiring innovate LC-1 ini pertamanya untuk menstabilkan voltage pada unit ini kita perlukan satu relay untuk dipasangkan pada wiring innovate ini. diagram telah saya tunjukkan di atas dan anda boleh mengikutinya dengan mudah sahaja

pada brain LC-1 terdapat 6 wire utama iaitu

  1. red untuk 12v yang boleh diambil daripada wire ON kunci dari relay tadi
  2. blue & white untuk ground (-)
  3. yellow untuk analog output 1 iaitu disambungkan pada wire signal DB gauge
  4. brown untuk analog output 2 untuk disambungkan pada mana-mana engine management
  5. black untuk push switch dan led
untuk wiring wire hitam pada LC-1 adalah mengikut diagram di atas iaitu berfungsi untuk calibrate sensor dan memantau keadaan brain LC-1 sama ada wujudnya error atau tidak berpandukan blinking led itu nanti

apabila telah selesai proses wiring ini sebelum kita boleh menggunakan LC-1 ini terlebih dahulu kita perlu lakukan proses free air calibration pada sensor mengikut step di bawah ini
  1. keluarkan sensor daripada ekzos iaitu pada ruang udara terbuka
  2. ON kunci dan pada masa ini LED akan blinking about 2 times/second
  3. LED akan nyala stabil bila sensor dah panas
  4. tekan push button lebih kurang 30 saat (LED padam)
  5. lepas 30 saat lepaskan push button
  6. LED akan nyala solid
  7. pasangkan sensor pada ekzos
  8. start your engine
terima kasih
sincerely: jeff tacra

Innovate Wideband LC1

assalamualaikum dan salam sejahtera

entri kali ini saya akan kongsikan sedikit info dan pengalaman saya sepanjang saya menggunakan innovate wideband siri LC1 yang dipasang secara kekal di kereta saya. untuk on the road wideband tuning, saya menggunakan set innovate LM2. mungkin ada info dan tips berguna yang dapat dijadikan panduan bagi sesiapa sahaja yang sedang menggunakan set ini atau pun yang berhajat untuk memiliki set innovate LC1 ini pada kereta masing-masing. kebiasaannya sensor wideband brand BOSCH ini dapat bertahan lama juga jika kita lakukan pemasangan dengan kaedah yang betul dan mengikut apa yang dicadangkan oleh pengeluar innovate itu sendiri dan seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat sensor itu. perbincangan saya ini berkisarkan bagaimana hendak memasang sensor pada kedudukan yang betul dan bagaimana langkah untuk mengurangkan kepanasan untuk menjaga hayat sensor ini

inilah innovate wideband LC1 yang saya gunakan dan dipasang kekal di kereta semenjak daripada tahun 2011 lagi dan sehingga sekarang masih berfungsi dengan baik tanpa ada apa-apa kerosakan. pun saya tak pernah menukar sensor lagi dengan yang baru. harga semasa tahun berkenaan sekitar 500 lebih sahaja dan sekarang saya kira harganya boleh mencecah 1k lebih. mungkin ada yang bertanya apa kegunaan innovate wideband ini, sebenarnya kita hendak mengetahui bacaan air fuel ratio kereta kita berpandukan meter tersebut. air fuel ratio ini sangat berguna untuk tune kereta agar pembakaran lebih sempurna dalam enjin dan boleh meningkatkan prestasi kereta di samping dapat menjimatkan penggunaan minyak petrol. kalau hendak tuning dengan baik sudah tentu memerlukan engine management tertentu yang dipasang pada kereta. mungkin saya akan membuat entri baru berkaitan pemasangan dan wiring LC1 ini serta penerangan mengenai air fuel ratio pada akan datang

berbalik kepada bahan kita hari ini ialah pemasangan dan penjagaan wideband sensor keluaran bosch ini. rajah atas menunjukkan angle terbaik untuk menempatkan sensor pada pipe exhaust iaitu kalau mengikut manual yang dikeluarkan oleh innovate pemasangannya boleh dilakukan pada kedudukan pukul 9 hingga pukul 3. sebenarnya kedudukan ini terbaik kerana sensor tidak akan dimasukki air semasa kita memanaskan kereta pada waktu pagi. salah satu perkara yang menyebabkan sensor mudah rosak ialah kerana terkena air. jadi angle di atas perlu dibuat ketika memasangnya nanti bagi mengelakkan air bertakung pada kepala sensor

gambar atas merupakan contoh angle yang saya pasangkan pada pipe exhaust kereta saya. sebenarnya jika kita memasang sensor dalam keadaan yang sedemikian masih tidak bagus lagi. hal ini kerana sensor masih lagi menerima kepanasan melampau hasil daripada suhu exhaust yang panas. jadi langkah seterusnya harus kita buat untuk mengelakkan dan mengurangkan kepanasan badan sensor tersebut dengan kaedah yang betul

rajah atas ialah seperti mana yang dikeluarkan dalam manual pemasangan innovate yang disertakan sekali semasa kita membeli set innovate baru. garisan merah menunjukkan heat sink yang perlu kita buat untuk mencegah kepanasan tersebut. di sebelahnya ialah ukuran yang dicadangkan ketika kita menghasilkan heat sink atau heat shield ini. saya telah buat sendiri heat sink ini dengan menggunakan cover extractor yang berwarna chrome itu yang saya ambil daripada cover terpakai. potong mengikut skala yang diberikan dan bengkokkan seperti lakaran berwarna merah di atas. setelah siap, pasangkan seperti mana kedudukan yang ditunjukkan pada rajah sebelah kiri

ini ialah contoh gambar yang saya ambil di laman web tertentu. pemilik kereta ini menghasilkan sendiri dengan menggunakan copper dan ternyata owner meniru 100% seperti yang dicadangkan pada lakaran yang dicadangkan oleh innovate seperti gambar yang saya tunjukkan sebelum ini. gunakanlah material yang bersesuaian 

ini pula ialah kedudukan sensor setelah dipasangkan pada pipe exhaust berserta dengan heat sink yang dilakukan secara DIY sahaja. persoalannya di manakah kedudukan sensor yang perlu dipasang? lokasi terbaik seperti yang disarankan oleh innovate ialah pada pipe bawah selepas flexible (nenas). lagi pun lokasi tersebut mempunya sistem pengudaraan yang baik kerana kedudukannya pada bahagian bawah kereta. bukan tidak boleh pasang pada tempat lain, boleh je tapi faktor kepanasan melampau perlu diambil kira untuk memanjangkan hayat sensor ini. sensor pula bukan murah, yang original bosch berharga melebihi rm300. kalau kerap rosak je, kopak juga duit kita

ini satu lagi contoh heat sink yang dihasilkan secara diy sahaja. nampak mudah dan kos nya pun boleh dikatakan agak murah daripada kita membeli heat sink yang dikeluarkan oleh innovate itu sendiri

inilah heat sink yang dikeluarkan oleh innovate dengan harga hampir rm400 seunit. lebih baik buat sendiri dengan kepingan besi seperti mana gambar di atas tadi. dapatkan cover extractor dan potong mengikut ukuran yang telah saya berikan tadi

ok lah, inilah sedikit pengalaman saya menggunakan set innovate LC1 yang dipasang secara kekal di kereta. bolehlah saya memantau bacaan air fuel ratio pada setiap rpm dan sekiranya terdapat kelainan atau perubahan ketara maka dengan mudah kita boleh tuning balik pada tempat (rpm) yang dinyatakan tadi. set innovate LC1 ini banyak dipasang oleh pemilik kereta mat salleh, boleh google cara pemasangan LC1 di internet

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Un-lock Gate Lock Wiring

assalamualaikum dan salam sejahtera

diharapkan semua followers dan pembaca page saya ini berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping tugasan harian anda. baiklah, entri saya kali ini ialah bagaimana kita hendak memasang dan seterusnya membuat sedikit proses pendawaian mudah untuk memboleh un-lock gate lock switch berfungsi dengan sepenuhnya pada kereta kita. diy ini khusus bagi pemilik kereta bernadikan enjin 4g series atau lebih tepat lagi bagi kereta proton khususnya wira kerana pada bahagian dashboard telah tersedia satu slot untuk dipasangkan switch gate lock ini. switch ini sebenarnya untuk memudahkan kita menekan kunci pintu kereta tanpa menekan tombol kunci pada bahagian pintu kereta. dengan adanya switch gate lock ini kita hanya perlu menekan switch sahaja untuk mengunci atau pun membuka pintu kereta

inilah kedudukan switch pada bahagian dashboard iaitu di bawah aircond vent sebelah driver. sebenarnya bagi kereta mitsu atau proton lock pintu aktif menggunakan polarity negatif iaitu apabila kita touchkan wire body pada wire lock dan un-lock pada bahagian belakang relay (akan saya tunjukkan proses wiring nanti) maka lock pintu akan berfungsi sepenuhnya. jadi kita perlu melakukan proses wiring secara mudah sahaja untuk membolehkannya berfungsi dengan baik

untuk makluman semua, terdapat dua jenis switch ini iaitu sama ada yang mempunyai bulb di dalamnya ataupun tidak. kalau anda bernasib baik anda akan dapat switch yang mempunyai bulb dan apabila wiring lampu dibuat akan nampak tulisan seperti di atas apabila kita membuka suis lampu pada waktu malam. cara untuk mengenali switch yang ada bulb atau tidak ialah kita perhatikan pada bahagian socket di mana bagi yang berlampu mempunyai 5 wire iaitu 2 wire untuk disambungkan ke positif dan negatif lampu dan 3 wire lagi untuk lock dan un-lock. warna wire yang ada lampu ialah black stripe yellow (-) dan green stripe white (+). cara kedua untuk mengenali switch yang ada lampu iaitu perhatikan pada tulisan un-lock dan gate lock tersebut. sekiranya tulisan nampak agak pudar atau tidak terang bermakna switch itu mempunyai bulb di dalamnya. sekiranya tulisan diprint dengan jelas pada bahagian switch tersebut, biasanya warna putih terang. ini menunjukan bahawa switch itu tidak mempunyai lampu. namun kalau tak ada bulb sekali pun sebenarnya kita boleh menambahkan LED di dalam switch tersebut. boleh cari entri saya yang terdahulu bagaimana cara memasang LED pada switch ini

sekarang saya akan terangkan bagaimana melakukan proses wiring untuk switch ini. perhatikan pada bahagian socket di atas (kemungkinan color wire tidak sama antara socket tertentu). terdapat 5 wire utama iaitu 2 wire untuk negatif dan positif lampu dan 3 wire untuk lock dan un-lock. dua wire di sebelah kiri itu ialah wire lampu iaitu kita perlu tap pada wire negatif dan positif lampu kecik di bawah dashboard sahaja untuk membolehkan bulb hidup semasa kita on lampu. berbalik kepada 3 wire lagi (kena test dahulu wire) iaitu 1 wire disambungkan ke ground ( - atau mana-mana body kereta) dan dua wire lagi akan di tap pada wire lock dan un-lock di belakang relay besar nanti. perlukan multimeter untuk test continuity wire tersebut sambil menekan switch lock atau pun un-lock. apabila dah dapat wire yang dikehendaki maka sambungkan dengan wire lain daripada wire socket ini untuk di tap pula ke bahagian wire bawah dashboard nanti

pada bahagian bawah dashboard dapatkan socket relay seperti gambar di atas. perhatikan relay yang paling besar (pada gambar atas ialah tempat kosong kerana relay telah dikeluarkan). ada yang berwarna merah dan ada juga yang berwarna hitam. buka 2 biji nat saiz 10mm dan tengok pada bahagian belakang relay besar tersebut

dapatkan dua wire di belakang relay besar tadi iaitu wire brown stripe white (lock) dan wire brown stripe yellow (un-lock). 2 wire daripada socket switch tadi perlu di tap pada 2 wire ini. apabila dah disambung kepada dua wire ini, masukkan switch pada socket dan cuba test tekan switch tersebut sama ada berjaya atau tidak. kalau terbalik boleh ubah kedudukan wire daripada switch tadi, tak ada masalah apa-apa

ini contoh wire yang di tap ke 2 wire brown di belakang relay besar. anda boleh lihat wire hijau dan wire biru tersebut, yang mana kedua-dua wire ini akan bersambung dengan socket switch tadi. selesai sudah proses wiring mudah yang perlu dilakukan. kemaskan wire yang di tap tadi dengan menggunakan black tape dan pasangkan kembali socket relay seperti keadaan asal. pasangkan switch pada dashboard dan sekarang switich un-lock gate lock berfungsi dengan jayanya. semoga anda berjaya melakukannya

terima kasih
sincerely: jeff tacra

Adjustable Fuel Regulator Installation

assalamualaikum dan salam sejahtera

kali ini saya akan paparkan bagaimana cara untuk memasang adjustable fuel regulator bagi kereta bernadikan enjin 4G9x siri. bagi sesebuah enjin memang telah tersedia ada fuel regulator yang dipasang pada hujung fuel rail bertujuan untuk menahan minyak daripada terus mengalir semula ke tangki minyak kereta. terdapat pressure tertentu yang telah disetkan bagi sesebuah enjin dan ini bergantung kepada pihak pengeluar sesebuah enjin supaya injector dapat memancutkan minyak mengikut volume tertentu dalam kebuk pembakaran enjin. kalau fuel regulator lemah atau rosak sudah pasti injector tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan dan hasilnya injector tidak dapat menyalurkan minyak dengan efisien untuk melakukan pembakaran lengkap di dalam kebuk pembakaran dan akibatnya boleh mendatangkan masalah kepada enjin kereta. mulalah kereta kan menjadi jerking, tersedut-sedut dan lain-lain lagi

kalau kita perhatikan pada bahagian hujung fuel rail sebelah kanan (sebelah timing belt) enjin 4G siri akan terdapat fuel regulator standard dipasang di situ. pressurenya tidak boleh diubah seperti adjustable fuel regulator aftermarket yang akan dipasang nanti. regulator standard ini kita mesti keluarkan untuk memasang adjustable fuel regulator. dan di hujung fuel rail ini nanti kita akan pasang satu adapter yang bersesuaian dengan fuel rail tersebut dan kebiasaannya pihak kedai akan menyarankan sekali adapter yang sesuai mengikut jenis kereta

inilah contoh adapter yang perlu kita pasang pada hujung fuel rail tempat yang dikeluarkan regulator standard tadi. kita perlu gunakan kembali oil seal asal yang diambil daripada regulator standard serta dua biji nat bersaiz 10mm yang dibuka tadi. sebelum pasang terlebih dahulu letakkan sedikit minyak hitam pada oil seal untuk memudahkan adapter ini dimasukkan pada fuel rail. ketatkan nat tadi dengan kemas

langkah seterusnya ialah sambungkan hujung adapter tadi ke adjustable fuel regulator dengan menggunakan hose minyak yang bersesuaian, jangan sesekali menggunakan hose untuk air. pasangkan klip pada hujung hose dengan kemas agar tidak berlaku kebocoran minyak nanti. hujung hose seterusnya dipasangkan pula pada body adjustable fuel regulator. kebiasaannya terdapat dua lubang pada bahagian body regulator dan anda boleh memilih mana-mana inlet untuk dimasukkan dengan hose daripada fuel regulator ini. lubang yang satu lagi pada regulator ialah untuk pemasangan pressure meter nanti

saya ambil contoh sard adjustable fuel regulator dan pada bahagian body regulator ini telah tersedia satu inlet untuk dipadankan dengan hose daripada fuel regulator tadi. dan satu lubang lagi untuk dipadankan dengan meter bagi mengetahui bacaan pressure yang dikehendaki semasa kita melaras tekanan nanti

manakala pada bahagian atas regulator terdapat juga satu inlet untuk dipasangkan dengan hose vacuum iaitu bermula daripada regulator dan disambungkan ke bahagian intake manifold seperti mana pada kedudukan asal regulator standard tadi. vacuum hose tidak perlu diletakkan klip memandangkan kedudukannya yang telah sedia agak kemas pada tempatnya. akhir sekali jangan lupa untuk sambungkan kembali hose fuel return iaitu berada di bawah regulator dan disambungkan dengan hose ke inlet return asal

meter pressure ini pula ialah untuk kita pasangkan pada bahagian body regulator bertujuan untuk mengetahui berapakah pressure yang kita perlu bagi enjin kereta kita. sebelum pemasangan terlebih dahulu balutkan thread saiz 1/8 npt itu dengan teflon tape putih atau lebih dikenali dengan tape untuk kerja-kerja paip. perkara ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan kebocoran pada bahagian tersebut. ketatkan meter ini dengan berhati-hati kerana kemungkinan untuk thread loose boleh terjadi


apabila telah siap pasang, pilihlah mana-mana lokasi yang bersesuaian untuk diletakkan regulator ini. kebiasannya diletakkan pada body kereta supaya gegaran boleh diminimakan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan buruk yang akan terjadi nanti. apabila segalanya telah siap, periksa sekali lagi semua sambungan hose yang dipasang tadi dan apabila dah berpuas hati boleh kita mula untuk menghidupkan kereta. on kunci dan crank seperti biasa, ada ketika kita perlukan crank dua atau tiga kali baru enjin dapat dihidupkan kerana di dalam fuel rail tidak ada minyak lagi. setelah enjin hidup segera periksa mana-mana sambungan hose untuk mengesan sama ada ada kebocoran atau pun tidak. kalau ada kebocoran minyak segera matikan enjin dan ketatkan balik klip dan jika berkeadaan sebaliknya iaitu tiada kebocoran maka bolehlah kita melaras pressure minyak untuk fuel rail tadi

cara untuk melaras pressure minyak ialah pertamanya pusingkan lock nut pada bahagian atas fuel rail arah lawan jam dan kemudiannya dengan menggunakan spanar saiz 10mm pusing nat pada bahagian atas yang dipasang dengan vacuum hose tadi. pusing arah jam untuk meninggikan pressure dan arah lawan jam untuk merendahkan pressure minyak. selalunya setkan pada kedudukan 38psi - 40psi ataupun jalan mudah kita boleh setkan pada kedudukan 3 bar bergantung kepada tahap modifikasi yang kita lakukan pada enjin kereta kita

terima kasih
sincerely: jeff tacra